Bercuti Di Pulau Kapas Dan Pulau Gemia




Agenda utama saya bersama 14 orang teman bercuti ke Pulau Kapas pada awal August 2020 adalah mencandat sotong. Kami dari Penang bertolak sekitar jam 11:30 malam dan sampai di Kuala Terengganu sekitar jam 6:00 pagi. Kami bersarapan di gerai makan Kampung Rusila dalam perjalanan ke Jety Marang


Pagi hari pertama kami sampai, setelah memakir kenderaan di tempat pakir berbayar di Jety Marang, kami ke counter Makcik Gemuk untuk membayar harga pakage sementara menunggu teman-teman dari Perak dan Kuala Lumpur sampai. Teman kami dari Perak tersasar ke Jety Merang memandangkan Jetty Merang dan Marang hampir mempunyai sebutan yang sama dan dua tempat ini mempunyai jety untuk ke pulau menyebabkan ramai pelancong keliru. 

Agenda kami di malam pertama pastilah tujuan utama. Tetapi menurut Alif yang menguruskan pakage mencandat sotong, ombak memukul setinggi tiga meter pada hari ini, lalu dia mencadangkan kami mencandat esok malam kerana ramalan cuaca memaparkan ombak cuma setinggi 1.3 meter sahaja. Kami sepakat bersetuju dan mengubah jadual aktivity kami. Setelah semua sampai dan bersedia, kami menaiki bot menuju ke Pulau Kapas pada jam 10:00 pagi. Perjalanan menyeberangi pulau mengambil masa sekitar 15 minit



Di Pulau Kapas kami menginap di Ombak Kapas Chalet. Setelah check-in, kami memulakan aktivity Round Island. Kami dibawa mengelilingi pulau, singgah sebentar di Blue Pool. Disebabkan ombak agak besar, kami cuma melihat Blue Pool dari atas bot. 


Kemudian kami singgah di Pulau Gemia. Kami dibawa mandi manda di kawasan cantik di pulau persendirian ini. Terdapat sebuah resort di pulau ini. Suasana di pulau ini aman dan damai berbeza dengan Pulau Kapas yang meriah dan agak sesak di siang hari








Kami mengambil masa agak lama mandi manda dan merakan gambar di air jernih berbatu perang kehitaman ini memandangkan kami tidak ada jadual khusus petang itu. Setelah puas mandi manda, pemandu bot menjemput kami untuk melengkapkan perjalanan mengelilingi Pulau Kapas hari itu. Selesai 'round island', kami pulang semula ke chalet dan menjamu selera tengahari itu. Petang itu aktivity bebas. Kami berehat di pantai sambil makan-makan. Kemudian kami sepakat berjalan kaki di pantai menghala ke Bukit Singa




Trek menghala ke Bukit Singa dibina pelantar simen bertangga dipersisiran pantai. Sekali sekala jalur menaik dan menurun menyebabkan kami termengah-mengah. Memandangkan jadual ke Bukit Singa adalah keesokan paginya, kami cuma berjalan sekadar yang perlu sahaja sambil merakam gambar dan menyaksikan matahari terbenam.




Malam itu kami mengambil pakage BBQ. Memandangkan kami telah melalui perjalanan jauh malam sebelumnya, ramai di antara kami tidur awal untuk merehatkan badan. Beberapa orang teman yang berprinsip enggan membazir masa tidur semasa bercuti, mengambil kesempatan berehat di pantai. Di waktu malam, pantai di hadapan chalet agak tenang dari kunjungan orang awam, tidak seperti waktu siang yang padat dan riuh. 

Keesokan paginya selepas sarapan, kami menaiki bot menuju ke Bukit Singa. Bukit Singa terletak di hadapan Pulau Gemia. Sekiranya air pasang, bot boleh mendarat di kaki Bukit Singa dan pengujung cuma memerlukan masa sekitar lima hingga sepuluh minit untuk mendaki bukit tempat menyaksikan Bukit Singa


Hari itu air laut agak surut, jadi kami diturunkan di pantai terakhir kami susuri petang semalam. Dari pantai kami diturunkan, guide membawa kami menyusuri jalur menuju ke Bukit Singa. Sesekali kami berjalan di dalam air dan di atas batu yang agak tajam kerana jalur semulajadi ke Bukit Singa masih dikekalkan di sini



 Saya melihat Bukit Singa merupakan batu yang menganjur dari Pulau Kapas. Bentuknya yang menyerupai seekor singa yang sedang baring, mungkin menjadikannya istimewa dan salah satu tarikan di Pulau Kapas. Untuk melihat bentuk singa tersebut, pengujung perlu mendaki sedikit bukit di hadapan bukit singa ini. Bukit yang tegak sekitar 50 darjah ini lebih tinggi dari Bukit Singa dan tempat sesuai untuk merakam objek batu Bukit Singa.



Dari atas bukit di hadapan Bukit Singa, pemandangan indah Pulau Kapas lebih terserlah. Air laut yang memukul batu telok-telok di bawah sana kelihatan jernih mempesonakan. Kami berehat agak lama di sini sambil merakam gambar dari berbagai sudut dan aksi. Kemudian kami dibawa ke 'spot snorkling'. Dari Bukit Singa, sebuah bot kecil pula menjemput kami, jadi bot kecil ini boleh mendarat di kaki Bukit Singa dan kami tidak perlu berjalan ke pantai di mana kami diturunkan tadi. 




Spot snorkling yang kami lawati tidak begitu menarik. Kami tidak berlama-lama di sana. Sekadar snorkling ala kadar, kami pun meminta pemandu bot membawa kami pulang ke chalet untuk makan tengahari. Petang itu kami cuma berehat dan aktivity bebas sementara menunggu jadual mencandat yang bermula pada jam 17:30 petang. Setelah semua bersedia, bot menjemput kami pada jam 18:00 petang. Kami belayar ke tengah Laut China Selatan dengan menaiki dua buah bot. Perjalanan mengambil masa sekitar sejam


Setiap bot ditemani dua orang guide yang mahir.dan berpengalaman. Sampai di tengah lautan luas, bot dihentikan dan pemandu bot memastikan di mana sauh akan diturunkan berpandukan tiupan angin. Saya melihat terdapat beberapa buah bot telah sedia di sana dengan tujuan yang sama seperti kami. Setelah kedudukan bot ditetapkan, pemandu bot mengajar kami cara mencandat sotong



Kami bersorak kegembiraan bila teman kami berjaya mencadat sotong pertama bagi bot kami. Setelah matahari terbenam, pemandu bot memasang beberapa buah lampu untuk menarik perhatian sotong. Sejak lampu dipasang, semakin galak sotong berjaya kami candat. Sekitar jam 22:00 malam, tiba-tiba ribut melanda tanpa amaran. Saya dan beberapa orang teman agak cemas dan bila pemandu bot bertanya samada kami mahu pulang, langsung kami bersetuju. Tambahan pula beberapa orang teman yang mabok teruk sejak bot berhenti di tengah lautan petang tadi kelihatan amat lemah. Kebanyakkan bot candat yang lain, terus bertahan kerana mereka berpendapat ribut hanya seketika. Saya dan teman-teman sepakat pulang, tambahan pula hasil candat kami tidak mengecewakan malam itu

Setibanya kami di chalet, kami meminta petugas chalet menyediakan bara untuk membakar sotong. Hasil dari dua buah bot memang agak banyak. Larut malam itu, kami menjamu selera sepuasnya dengan sotong bakar segar





Keesokan paginya kami sedia untuk pulang sekitar jam 10:00 pagi. Sampai di Jety Marang, kami berkumpul sebentar di counter Makcik Gemuk untuk berjumpa Alif. Setelah semua selesai, kami bersurai kerana kami datang dari tempat berbeza. Saya dan beberapa orang teman mengambil kesempatan bergambar di Pesisir Payang berlatar belakangkan Jambatan Angkat. Kemudian kami membeli belah di Pasar Payang





Selesai membeli belah, percutian kami berakhir di Pasar Payang. Teman-teman yang lain meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing. Saya dan lapan orang teman menuju pulang ke Penang. Sebelum meneruskan perjalanan pulang, kami mencari gerai yang sudi memasak sotong hasil tangkapan kami malam tadi. Beberapa buah kedai makan menolak untuk memasak sotong yang kami bawa walaupun kami menawarkan bayaran mengikut kemahuan mereka. Akhirnya Restaurant Wawak Addin sedia mengoreng sotong yang kami bawa. Baki sotong yang tidak bergoreng kami bawa pulang. Terima kasih staf  Restaurant Wawak Addin Kuala Terengganu



Setelah  puas menjamu selera dengan sotong celop tepong, kami meneruskan perjalan pulang. Kami meyusuri jalan tepi laut kerana berhajad singgah di Surau Langgar Rindu yang terletak di Kampung Rhu Tapai, Merang. Surau yang didirikan oleh Hj Abdul Karim Embong ini berasaskan Kayu Tembusu  sangat unik dan hampir siap sepenuh. Seni bina Surau Langgar Rindu ini sungguh menarik. Kelihatan klasic dan damai. 


Kemudian kami meneruskan perjalanan pulang ke penang. Percutian yang padat activity pasti meletihkan. Untuk mengelak memandu dalam keadaan letih, kami menyewa sebuah van berserta pemandu. Van ini selalu kami sewa bila bercuti di Negara Thailand. Sepanjang perjalanan pergi dan pulang, kesemua kami boleh berehat dan kami juga boleh singgah mengikut kehendak kami berbeza jika kami menaiki bas


Kami selamat sampai di Penang sekitar jam 01:30 pagi setelah singgah di beberapa buah tempat. Kami mungkin mengulangi percutian mencandat sotong di tahun akan datang. Terima Kasih Allah

Nota:1- Musim mencandat di Pantai Timur Semenanjung Malaysia bermula dari bulan April sehingga September setiap tahun
2- Pakage mencandat dan Pulau Kapas contact Alif- +60 1482485353- Transport van contact Alim- +60 194403630




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jalankegunung.blogspot.com/2020/08/bercuti-di-pulau-kapas-dan-pulau-gemia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Part 5 Pulau Kapas

Part 5 Pulau Kapas

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 418 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Bangun pagi terus bersiap kemas barang apa semua sebab KK minta nak balik awal kawan kawan nak pergi jalan Kuala Terengganu pula kita layan jeSarapan pukul 8 30 pagi bot pula pukul 9 00 pagi yang akan s...
Mencandat Sotong Di Pulau Kapas

Mencandat Sotong Di Pulau Kapas

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 784 hits
Saya bersama 15 orang teman bercuti ke Pulau Kapas dan agenda utama kami adalah untuk mencandat sotong Kesemua kami tidak pernah mencandat sotong dan pasti ini merupakan permulaan yang akan menentukan samada kami akan mengulangi aktivity in...
Tips Bercuti Di Pulau Perhentian Bak Maldives Malaysia

Tips Bercuti Di Pulau Perhentian Bak Maldives Malaysia

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 580 hits
Bak Kata Nitizens yang Pulau Perhentian ini bak Maldives malaysia Ye ke Betul ke Basically kalau dari KL ada 3 option RECOMMENDED Bas Standard bus RM44 40 46 atau nak selesa saya suka amik business class bus RM49 90 sebab beza sikit jeee Bi...
Pulau Pinang Destinasi Pelancongan Bertaraf Dunia

Pulau Pinang Destinasi Pelancongan Bertaraf Dunia

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 390 hits
Dalam Malaysia ni aku dah pernah ikut ayah aku berpindah tempat kerja di lima buah negeri dan salah satunya daripadanya adalah Pulau Pinang Memulakan alam persekolahan aku di Pulau Pinang dinegeri ini juga aku belajar cara bergaul dengan ji...
Covid 19 Dua Kluster Baru Dikesan Di Pulau Pinang Putrajaya

Covid 19 Dua Kluster Baru Dikesan Di Pulau Pinang Putrajaya

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 296 hits
KKM mengesan dua lagi kluster baharu berkaitan wabak Covid 19 iaitu Kluster Kurau di Pulau Pinang dan Kluster Meranti di Putrajaya Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR 9 Ogos Kementerian Kesihatan mengesan dua lagi kluster baharu berkaitan w...
Laporan Covid 19 Hari Ini Kedah Berjaga Jaga Termasuk Jiran Perlis Dan Pulau Pinang

Laporan Covid 19 Hari Ini Kedah Berjaga Jaga Termasuk Jiran Perlis Dan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 380 hits
Kluster Sivagangga dah merebak dari Kedah Negeri mana selepas ini Polis buat sekatan jalan raya mulai 10 malam tadi Polis melakukan sekatan jalan raya di Sanglang bermula malam tadi Foto BERNAMALaluan ke Kuala Sanglang ditutupSANGLANG Lalua...
Sprm Siasat Uda Holdings Dan Projek Pulau Jerejak Berkaitan Lim Guan Eng

Sprm Siasat Uda Holdings Dan Projek Pulau Jerejak Berkaitan Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 480 hits
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengenai penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng belum berakhir dengan beberapa pendakwaan Jumaat lepas dan hari ini SuaraTV difahamkan SPRM telah ...
Rentetan Gempa Guncang Pulau Sumba Ntt

Rentetan Gempa Guncang Pulau Sumba Ntt

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 254 hits
Rentetan gempa mengguncang wilayah Pulau Sumba Nusa Tenggara Timur hari ini Sabtu 8 Agustus 2020 Analisis BMKG gempa bumi ini merupakan jenis gempa bumi dangkal Kepala Pusat Gempabumi dan Tsunami BMKG Rahmat Triyono menjelaskan pada Sabtu 8...
Jika Benar Mahu Undang Undang Antilompat Parti Pecat Adun Di Pulau Pinang Dulu Takiyuddin Hassan

Jika Benar Mahu Undang Undang Antilompat Parti Pecat Adun Di Pulau Pinang Dulu Takiyuddin Hassan

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 312 hits
Menteri undang undang Takiyuddin Hassan berkata kerajaan negeri Pulau Pinang harus melucutkan empat Adun mengikut undang undang antilompat parti negeri itu jika pembangkang benar benar mahukan undang undang berkenaan dilaksanakan di peringk...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa