Bercerai Susu Tanpa Si Kecil Cari Tengah Malam Standby Cara Ni Confirm Jadi


Ada sesetengah ibu yang memulakan penyusuan sebelum ini dan lepas dari tempoh dua tahun mula berkira-kira untuk mula nak bercerai susu (wean off) dengan anak.
Bagaimanapun ibu-ibu kena faham tentang satu perkara. Penyusuan susu ibu, berjaya dalam penyusuan penuh atau bercerai susu – semua ini adalah satu proses yang panjang. Bukan perkara yang boleh terus jadi atau berjaya dalam sehari dua sahaja.
Melalui apa yang dikongsikan oleh Perunding Laktasi, Dr Nurhaya, beliau kurang bersetuju dengan sesetengah tips dan pilihan untuk meletakkan bahan-bahan di puting atau payudara dengan niat agar anak menolak untuk menyusu.
Perlu ingat penyusuan susu ibu adalah satu perjalanan yang sangat indah antara ibu dan anak. Sayang sekali sekiranya ia diakhiri dengan cara yang traumatis begitu bagi anak kecil.
Saya pasti kita juga tidak suka jika sesuatu yang kita sukakan dirampas dengan sekelip mata dan secara traumatis. Pasti jika boleh, kita akan meminta waktu untuk menerima hal tersebut secara perlahan-lahan supaya dapat membiasakan diri. Begitu juga dengan si kecil. Hormatilah perasaan dan jiwa manja mereka. Jangan diakhiri sesuatu yang indah bagi mereka dengan cara begitu.
Cerai susu atau “wean off” adalah satu proses. Ia boleh jadi satu proses yang cepat atau memakan masa berbulan-bulan.
Jom baca tips yang boleh dilakukan ibu semua untuk bercerai susu secara perlahan-lahan dan menjaga perasaan si kecil.

Apabila ibu memutuskan untuk bercerai susu atau wean off, jangan sesekali sengaja menawarkan si kecil untuk menyusu tanpa diminta.
Jika si kecil tak ingat, ibu pun terus saja leka kan dia lagi. Ingat, ini adalah langkah pertama yang paling penting!
Bila ibu tak offer menyusu badan dengan sengaja, tetapi lepas tu si kecil ada meminta, cuba alihkan perhatiannya dengan cara mengajak anak bermain dahulu.
Alihkan perhatian anak sehingga mereka lupa seketika dengan permintaan mereka tadi.
Ingat! Bercerai susu merupakan satu proses yang mengambil masa. Jadi, dengan mengalihkan perhatian atau lengahkan penyusuan, mungkin dari 10 kali penyusuan akan berkurang ke 8 kali. Kemudian turun lagi ke 6 kali sahaja dan seterusnya sehingga anak dapat bercerai susu.
Ibu juga tak boleh kalau anak tak menyusu langsung secara tiba-tiba. Nanti boleh terjadi bengkak payudara pula.

Apabila waktu malam pula, yang selalunya si kecil akan mula nak ‘mengempeng’ untuk menyusu, ibu boleh cuba buat “time out” atau hadkan masa penyusuan anak.
Contohnya, kata pada si kecik “Adik boleh menyusu tapi untuk 5 minit saja ya. Lepas 5 minit kita berhenti menyusu, okay? Kalau adik okay, baru ibu bagi…”
Dan bila nak dekat dengan 5 minit tu.. kata pada anak, “Okay, ibu kira sampai 20 lepas tu kita berhenti menyusu ya. Ibu tarik perlahan-lahan dari adik ya. Adik tak boleh marah ibu tau. Adik kan dah janji tadi.”
Mungkin kali pertama tidak berjaya. Tidak mengapa. Teruskan mencuba lagi sehingga berjaya.

Pada bila-bila masa sahaja, samada waktu makan, waktu bermain, waktu lengang bersama-sama, cuba banyakkan bercakap dengan anak yang mereka perlu berhenti menyusu. Cuba pahamkan mereka dengan alasan seperti mereka sudah besar.
Jangan beranggapan mereka tidak paham. Bercakap lah dengan lembut dengan mereka, ulang dan ulang.

Bila anak tidur, semasa separa sedar, cuba urut dan usap dahi mereka sambil berkata-kata apa yang ibu mahu sampaikan.
Ulang berkali-kali dan lakukan terturut-turut setiap malam. Kaedah bercakap dengan anak ketika minda separa sedar adalah salah satu teknik yang banyak dipraktikkan untuk membantu mengawal cara pemikiran anak.
Sumber: Dr Nurhaya Lactation Center
Kredit Gambar: Google
The post Bercerai Susu Tanpa Si Kecil ‘Cari’ Tengah Malam. Standby Cara Ni, Confirm Jadi! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bercerai-susu-tanpa-si-kecil-cari-tengah-malam-standby-cara-ni-confirm-jadi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantuan Khas Rm1500 Bagi Peniaga Dan Penjaja Kecil Melalui Sarawak Pay Cara Mohon

Bantuan Khas Rm1500 Bagi Peniaga Dan Penjaja Kecil Melalui Sarawak Pay Cara Mohon

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 1557 hits
Bantuan Khas RM1500 Bagi Peniaga Dan Penjaja Kecil Melalui Sarawak Pay Cara Mohon Hari ini kecoh Bantuan Khas RM1500 Bagi Peniaga dan Penjaja Kecil yang diumumkan oleh Ketua Menteri Sarawak petang tadi Memandangkan ramai lagi yang tak perna...
Jambatan Jalan Tongkang Pechah Persimpangan Lampu Isyarat Bindu Ditutup Mulai Tengah Malam Ini

Jambatan Jalan Tongkang Pechah Persimpangan Lampu Isyarat Bindu Ditutup Mulai Tengah Malam Ini

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 472 hits
Batu Pahat Dua laluan di daerah ini iaitu Jambatan Jalan Tongkang Pechah dan Persimpangan Lampu Isyarat Bindu akan mula ditutup mulai tengah malam ini bagi memperkemaskan lagi Perintah Kawalan Pergerakan yang dilanjutkan sehingga 14 April K...
Cara Membuat Pie Susu Yang Lezat Mudah Dipraktikkan Oleh Pemula

Cara Membuat Pie Susu Yang Lezat Mudah Dipraktikkan Oleh Pemula

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 191 hits
Selain rasanya yang gurih dan lezat bahan bahan dasar pembuatan pie susu juga cukup mudah didapatkan Apakah Anda salah satu orang yang tertarik ingin mencoba membuat pie susu sendiri di rumah Simak cara membuat pie susu yang sederhana dan m...
Di Tengah Pandemi Corona Penyandang Disabilitas Ini Terus Cari Nafkah Usai Sholat Subuh

Di Tengah Pandemi Corona Penyandang Disabilitas Ini Terus Cari Nafkah Usai Sholat Subuh

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 224 hits
Pandemi virus corona berimbas kepada masyarakat kalangan menengah ke bawah Meski pemerintah Indonesia menginstruksikan agar menerapkan social distancing physical distancing hingga work from home atau bekerja dari rumah untuk sementara waktu...
Tata Cara Dan Doa Sholat Taubat Di Malam Nisfu Sya Ban 8 April 2020 Malam Pengampunan Dosa

Tata Cara Dan Doa Sholat Taubat Di Malam Nisfu Sya Ban 8 April 2020 Malam Pengampunan Dosa

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 282 hits
Berikut tata cara dan doa salat Taubat di malam nisfu sya ban 8 April 2020 malam penganpunan dosa Salat taubat adalah salah satu salat sunnah untuk memohon ampun kepada Allah SWT atas segala dosa Sholat taubat menjadi amalan nisfu sya ban y...
Cara Buat Kuih Tepung Pelita Buat Ikut Sukatan Cawan Confirm Jadi

Cara Buat Kuih Tepung Pelita Buat Ikut Sukatan Cawan Confirm Jadi

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 907 hits
Kuih tepung pelita kuih tradisi melayu yang memang sinonim dengan bulan Ramadan Kuih ini pastinya ditemui di bazar bazar Ramadan Tak sah rasanya kalau tak beli beberapa keping untuk juadah berbuka Rasanya yang lembut sedikit masin diatas da...
Cara Dinkes Sulawesi Tengah Tangkal Virus Corona

Cara Dinkes Sulawesi Tengah Tangkal Virus Corona

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 208 hits
Di gerai yang buka setiap pukul 07 00 hingga 11 00 Wita itu disediakan jamu hasil olahan dari bahan temulawak kunyit daun sereh dan jahe Ada juga pemanis dari ekstrak gula aren jahe dan cingkeh Sensasi hangat di tubuh langsung terasa sesaat...
Pentingnya Ketahui Cara Bersihkan Botol Susu

Pentingnya Ketahui Cara Bersihkan Botol Susu

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 286 hits
Pentingnya Ketahui Cara Bersihkan Botol Susu Assalamualaikum botol susu adalah pilihan terakhir apabila bayi kita tidak dapat meneruskan penyusuan melalui susu badan ibu adapun ibu ibu terpaksa memilih untuk menggunakan botol susu semasa me...
11 Cara Mudah Agar Kamu Lebih Cepat Terlelap Di Malam Hari Tanpa Rasa Cemas

11 Cara Mudah Agar Kamu Lebih Cepat Terlelap Di Malam Hari Tanpa Rasa Cemas

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 279 hits
Kecemasan dan kekhawatiran yang kita miliki terkait pandemi COVID 19 menganggu kualitas tidur yang kita miliki Hal ini membuat pada malam hari kita menjadi sulit tidur dan semakin cemas
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Gagal Itu Biasa Bangkit Itu Luar Biasa

Bufet Ramadan 2025 Citarasa Sedunia Di Ve Hotel Residence

Resep Thailand Milk Bun Viral Sajian Berbuka Puasa Yang Bikin Ketagihan

Masak Ayam Berlado Cili Merah Kesukaan Anak Anakku

Kes Buang Bayi Wanita Berusia 29 Tahun Direman

Doorgift Kenduri Dapat Numee Gardenia