Bercakap Tentang Apa Yang Semua Sudah Tahu


 

Ini semua sudah tahu. Kisah sedih.
Kita semua sedang susah, sengsara, derita, perit. Kita maksudnya kita semua. Tidak ada kecualian. Bezanya cuma tahap kesusahan, kesengsaraan, penderitaan, keperitan yang ditanggung. Kita susah, sengsara, derita, perit, dan sedih. Ada orang lebih susah, lebih sengsara, lebih derita, lebih perit, lebih sedih.
Namun hakikatnya semua sedang merasakannya. Akibat ekonomi yang dihentam teruk oleh wabak Covid-19.
Tekanan yang dialami sekarang – masa PKB 2.0 ini – lebih keras berbanding PKP dulu ketika kita mula-mula diperkenalkan dengannya Mac tahun lalu. Ketika itu ada sikit simpanan, yang ada kerja masih bekerja walau dari rumah. Kesimpulannya ada sumber sedikit sebanyak yang dibawa daripada waktu sebelum wabak melanda.
Sekarang – ada yang sudah tidak ada simpanan, ada yang sudah tidak ada kerja. Yang ada sumber terkumpul sudah kekeringan.
Lalu tekanan masa kini terlalu hebat. Kata pakar melanjutkan PKP dengan sekatan lebih ketat akan mengundang “bencana”. Itu kita tahu tanpa perlu orang bijak pandai beritahu.
Sekarang kita tahu Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Perdagangan dan Pembangunan atau UNCTAD menyaksikan kejatuhan ketara FDI bagi 2020 sebanyak 68% ke USD2.5 billion.
FDI ialah pengaliran masuk pelaburan langsung asing. Itu ramai tahu. Berdasarkan laporan itu, kesimpulannya ialah pelabur asing sudah tawar hati untuk melabur. Itu sebab FDI jatuh ketara.
Jadi ke mana mereka pergi melabur? Negara lain di Asia Tenggara pun menyaksikan penurunan FDI.
FDI Singapura jatuh 37% kepada USD58 billion. FDI Indonesia jatuh 24% kepada USD18 billion. FDI Vietnam jatuh 10% kepada USD14 billion. FDI Thailand jatuh 50% kepada USD11.4 billion.
Tetapi FDI Filipina naik 29% kepada USD 6.4 billion, dan seperti yang dikatakan tadi FDI Malaysia jatuh 68% kepada USD2.5 billion.
Ertinya kita tercorot dalam senarai negara Asean yang dibentang. Ini perangkaan PBB, bukan NGO yang “iri hati” dan suka “memperlecehkan” negara.
Pelbagai pihak mahu penjelasan segera Menteri Kanan (Ekonomi) Azmin Ali. Lebih penting, mahu tahu apa akan dilakukan kerajaan untuk menangani masalah kejatuhan FDI.
Bagi Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki, seperti dilapor FMT, “nampaknya kepercayaan dan keyakinan pelabur masih belum pulih terhadap Malaysia setelah berlakunya perubahan kerajaan pada 2018”.
Malaysia pernah atau sentiasa berada pada kedudukan teratas dan dikenali sebagai destinasi mesra dan tumpuan utama pelabur asing. Tidak lagilah jika diambil kira laporan UNCTAD. Itu pun cakap apa yang orang dah tahu.
Ketika artikel ini ditulis belum ada respon daripada Azmin, mahupun pemimpin yang melantik beliau sebgai menteri kanan (ekonomi). Apa pun rasanya boleh jangka apa yang dijawab kelak.
Mungkin ketika anda baca artikel ini sudah ada penjelasan dan huraian akan langkah yang akan diambil.
Negara lain (malah seluruh dunia) dilanda wabak. Indonesia dilanda dengan lebih teruk daripada kita. Sekali lagi saya cakap perkara yang semua orang sudah tahu.
Memetik catatan Facebook seorang kawan lama: “Kita semua dah tua. Boleh berfikir dengan bijak. Rakyat bimbang kes Covid tak turun-turun. Mana yang gagal, terasa diri gagal ataupun sudah tidak mampu untuk urus, elok berundur. Jangan tunggu lama-lama.”
Setuju benar saya akan kata-kata kawan saya itu walaupun dia lebih muda daripada saya. Catatan itu khusus mengenai Covid-19. Tetapi saya kira boleh juga dilihat daripada sudut kejatuhan ketara FDI.
Masalahnya ialah tidak ramai yang gagal berani mengaku gagal. Tidak ramai yang terasa diri gagal – sebaliknya rasa tidak gagal, malah hebat serta berjaya.
Tidak ramai mahu mengaku mereka sudah tidak mampu untuk urus. Lantas semua tunggu lama-lama. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/01/bercakap-tentang-apa-yang-semua-sudah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Harga Murah Tak Dapat Untung Peniaga Seiambe Buang Semua Telur Ayam Akhirnya Mohon Maaf

Video Harga Murah Tak Dapat Untung Peniaga Seiambe Buang Semua Telur Ayam Akhirnya Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 264 hits
Tidak dinafikan lagi sepanjang tempoh pandemik Covid 19 ini ramai individu yang terkesan Ada rakyat marhaen yang terputus bekalan makanan kerana hiIang sumber pendapatan Malah ada yang sanggup mencuri demi sesuap nasi untuk keluarga di ruma...
Memang Patut Pun Dikecam Semua Pelabur Lari Tak Dapat Jumpa Menteri Menteri Banyak Diam Membisu Memang Teruk

Memang Patut Pun Dikecam Semua Pelabur Lari Tak Dapat Jumpa Menteri Menteri Banyak Diam Membisu Memang Teruk

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 242 hits
Netizen kecam Azmin desak gaji menteri dipotong 70 kerana gagal bantu rakyatJanuary 27 2021 Tiada satu komen pun menyokong Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu hantara...
Hiburan Pu Semua Desak Aku Zarina Anjoulie Dedah Kahwin Terlalu Cepat Punca Dia Bercerai

Hiburan Pu Semua Desak Aku Zarina Anjoulie Dedah Kahwin Terlalu Cepat Punca Dia Bercerai

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 406 hits
Disebabkan ramai yang meluahkan rasa risau mengenai berita penceraiannya Zarina Anjoulie ataupun Anju sekali lagi memuat naik video penjelasan menerusi Insta Story di laman Instagram miliknya BACA AdvertisementJelasnya lagi tiada perkara ya...
Wakil Ketua Komisi Ii Sebut Hampir Semua Fraksi Ingin Pilkada Di 2022 Dan 2023

Wakil Ketua Komisi Ii Sebut Hampir Semua Fraksi Ingin Pilkada Di 2022 Dan 2023

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 159 hits
Saat ini lanjut Saan hampir semua fraksi ingin Pilkada tetap berjalan lima tahun sekali Ia lantas membeberkan alasan mengapa pilkada 2022 dan 2023 tidak digelar serentak pada 2024
Ibu Hamil Bukan Semua Ikan Boleh Makan Bahaya Untuk Bayi Dalam Kandungan

Ibu Hamil Bukan Semua Ikan Boleh Makan Bahaya Untuk Bayi Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 308 hits
Ibu janganlah makan sembarangan ikut nafsu mengidam Kelak saya yang tanggung akibatnya Bayangkan jika anda dapat dengar keluhan bayi anda pasti anda tidak sampai hati kan Diet ibu hamil memang penuh dengan pantang larang kerana makanan diam...
Tukar Mindset Semua Masalah Selesai

Tukar Mindset Semua Masalah Selesai

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 344 hits
Pernah dengar tak kalau kita tukar mindset masalah akan jadi lebih mudah Sebenarnya banyak benda yang jadi masalah yang menghantui diri kita setiap hari Ini sebabnya bermula dari mindset kita sebenarnya Sebenarnya semua benda yang kita liha...
Hiburan Sekarang Semua Nak Jadi Wartawan Siti Sarah Minta Orang Berhenti Sebar Fitnah Terhadap Dia Dan Shuib

Hiburan Sekarang Semua Nak Jadi Wartawan Siti Sarah Minta Orang Berhenti Sebar Fitnah Terhadap Dia Dan Shuib

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 255 hits
Penyanyi Siti Sarah yang juga isteri kepada pelawak dan pelakon Shuib Sepahtu tampil meluahkan rasa berang kepada portal portal berita yang tidak bertanggungjawab kerana sering saja menyebarkan berita tidak benar dan berunsur fitnah terhada...
Kerjasama Malaysia Jepun Bangunkan Semula Gaza Dapat Pujian Rakyat

Headed To New Orleans For The Super Bowl Or Mardi Gras Here S The Safety Info You Need

Turn Your Startup Dream To Reality

Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Makan Malam Chicken Chop Viral Klang

Bahaya Vitamin Dan Suplemen Tanpa Nasihat Pakar

Cara Menghidupkan Kembali Percikan Cinta Dalam Hubungan

Bagaimana Orang Berjaya Menguruskan Masa Mereka Dengan Bijak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice


Bendang

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta

Utamakan Isu Negara Sebelum Bangunkan Semula Gaza Rafidah

Resepi Ikan Siakap Hong Shau Kredit Soyabelacan

Minta Semua Sedekahkan Al Fatihah Abang Tajul Meninggal Dunia

Tiga Cedera Selepas Kenderaan Melanggar Sekumpulan Lelaki