Berbuka 5 Puasa Ayam Masak Lemak Cili Api W Spaghetti Nasi


 Assalamualaikum WBT 


ALHAMDULILLAH,  dua hari ni Sk dapat clock in sebelum pukul 7.30 pagi. Dua hari sebelumnya, clock in jam 7.36 pagi. Rushing nak masuk kerja awal sebab nak balik awal sebab nak masak untuk berbuka puasa. Nampak tak dia punya banyak sebab tu, hahahaha. Semangat la puasa tahun ni memasak, bukan boikot bazar ya, cuma elakkan ke bazar. Sk ni kalau ke bazar semua benda rasa nak beli, jadi, baiklah jangan. Nanti PI pun surrender!

Semalam, 6 Mac 2025 bersamaan 5 Ramadhan 1446H, PI ada program berbuka puasa bersama Ranhill SAJ x Kelab Media Johor di Horizon Hills Golf Resort. Mula dah tanya Iman, nak makan apa untuk berbuka? Dia minta masak nasi lemak sambal pekat-pekat macam kat Nasi Lemak Atas Bukit tu. Nak buat sambal pekat-pekat tu boleh, tapi kena restock cili kering dan bawang dulu, tunggu ya. Jadi, semalam ikut selera mak dia la, nak makan Ayam Masak Lemak Cili Api. Nak makan pulak dengan spaghetti, hihihi. Fusion sangat selera mak ko, nak. Iman pulak nak nasi, jadi, kita masaklah jugak nasi


Sk masak suku bahagian ayam bahagian dada dan kepak, banyaklah isinya. Bahagian dada ayam tu Sk potong tiga keping memanjang dulu, kemudian baru potong kecil bahagian selebihnya


Untuk kuah masak lemak, Sk kisar halus  2" kunyit hidup, 33 biji cili api. Kemudian panaskan dalam periuk bersama sedikit air dan sebatang serai diketuk. Dah mendidih tu, Sk masukkan ayam dan daun kunyit, masak sampai ayam kecut, kemudian baru masukkan santan. Sk guna sekotak santan Ayam Brand 200ml. Walaupun guna lebih 30 biji cili api, tapi tak pedas langsung pulak


Ni sebelum masuk santan. Sk ni kalau masak guna timer tau. Sk renih ayam ni dalam 15 minit kemudian baru letak santan. Lepas masuk santan tu baru masukkan garam. Nanti kita kacau-kacau anggaran 5 minit, masaklah sempurna ayam kita tu. Yang hitam tu asam keping, hehehe


Lepas tu Sk selongkar freezer, jumpalah nugget dua ketul, ayam karage ke apa ni tiga ketul kot, karipap pusar tiga ketul, karipap biasa pun ada dua ketul, Sk goreng semua sekali, kasi lapang sikit laci esbox tu.  

Lagi setengah jam nak berbuka, ambil ayam bahagian dada ayam tadi, panggang atas non stick pan ni sampai bahagian luarnya garing sikit. 

Sementara tu rebus spaghetti. Sk memang suka rebus spaghetti dalam kuali, puas gaul, spaghetti pun elok tak putus. Kita rebuslah ikut masa yang dicatat di label. Yang ni rebus 13 minit, letak garam dan minyak semasa merebus


Oh, dekat-dekat nak balik semalam, ada pelajar kursus penyediaan makanan buat jualan Roti John, Sk beli dua


Muai roti John banyak inti, tapi sayurnya kasar betul potong, hahaha


Spaghetti w Ayam Bakar dengan kuah lemak masak cili api. Dua kali makan la, sekali dengan spaghetti, sekali lagi dengan nasi. Cuma kuah masak lemak tu tak berapa lekat la dengan spaghetti,  kita sepatutnya guna krim gantikan santan kalau nak buat menu fusion macam ni


Sahur tadi, Sk terjaga awal. Terus panaskan nasi dan masak lemak. PI tak nak makan nasi dengan lauk lemak tu, nasiblah ada lagi sekotak Kueyteow Goreng beli kat bazar kelmarin, Sk pecahkan telur dalam kuali, kemudian masukkan kuey teow tu, panaskan. Jadi, PI sahur kueytoew laaa.. dia makan separuh aje, Sk dan Iman la jadi majlis bandarayanya,  macam tak biasa, hahahahah. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/03/berbuka-5-puasa-ayam-masak-lemak-cili.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayam Masak Lemak Pucuk Paku Kulat Hitam Resepi Santai Kredit Dapurtiy

Ayam Masak Lemak Pucuk Paku Kulat Hitam Resepi Santai Kredit Dapurtiy

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 151 hits
Resepi Masak Lemak Ayam Pucuk Paku Kulat Hitam Kredit Dapurtiyah Siapa yang tidak suka masakan lemak Kali ini kita akan belajar cara masak lemak yang sedap gila menggunakan ayam pucuk paku dan kulat hitam Kombinasi rasa yang pasti buat sele...
Berbuka 1 Puasa Kari Ayam Kuih Bazar

Berbuka 1 Puasa Kari Ayam Kuih Bazar

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 149 hits
Assalamualaikum WBT ALHAMDULILLAH syukur berjaya mengharungi hari pertama puasa bulan Ramadhan tahun ini Eh eh first time ke puasa tu Hehehehe Sebenarnya kelakar banyak baca kat threat rata rata macam baru nak puasa tahun ni Ada yang cerita...
Berbuka 3 Puasa Asam Pedas Ayam Daun Kesom

Berbuka 3 Puasa Asam Pedas Ayam Daun Kesom

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 139 hits
Assalamualaikum WBT SEMALAM hari ketiga berpuasa dan semalam juga hari pertama bekerja dalam bulan puasa tahun ini Mulai 1 Mac tahun ini juga pejabat Sk telah memulakan jadual waktu kerja anjal Lama mengidam jadual waktu kerja anjal ni akhi...
Menu Berbuka Puasa 10 Ramadan Nasi Kerabu Daging Bakar

Menu Berbuka Puasa 10 Ramadan Nasi Kerabu Daging Bakar

papar berkaitan - pada 12/3/2025 - jumlah : 135 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Dah seminggu lebih kita semua berada dalam bulan puasa Rasa cepat masa berputar berlalu pergi berganti hari Puasa tahun ni mood nak update menu menu berbuka memang lambat sikit Mood kelaut Hari ni hari ke...
Ayam Masak Kicap Resipi Sahur Hari Pertama Puasa

Ayam Masak Kicap Resipi Sahur Hari Pertama Puasa

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 194 hits
Hari pertama Ramadhan 2025 sampai jua Alhamdulillah dengan izinNya dapat juga menikmatinya bersama keluarga tersayang Ayam Masak Kicap menjadi pilihan menu sahur utama sis sekeluarga Bukan apa nak memasaknya tu mudah tak sampai setengah jam...
Doa Berbuka Puasa

Doa Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 178 hits
Assalamualaikum Selamat berpuasa bagi semua sahabat Moga 1 Ramadan tahun ini penuh makna bagi kalian semua Ada yang balik kampung sambut Ramadan bersama ibu ayah tercinta ke tu Bagi adik adik yang baru belajar berpuasa jom acik LM share doa...
Senarai Tempat Berbuka Puasa Dan Dinner Buffet 2025 Johor Bahru

Senarai Tempat Berbuka Puasa Dan Dinner Buffet 2025 Johor Bahru

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 767 hits
AGLIOS JOHOR BAHRU Aglios Bandar Johor Bahru Ramadan Dinner Buffet 2025 Price WeekdayAdult RM39 NettSenior RM 29 NettChildren RM 19 NettChildren 5 and below FREE WeekendAdult RM49 NettSenior RM 35 NettChildren RM 25 NettChildren 5 and below...
Sinar Ramadan I Dahlia Corner Memikat Selera Berbuka Puasa Dengan Hidangan Rasa Tradisi Asli

Sinar Ramadan I Dahlia Corner Memikat Selera Berbuka Puasa Dengan Hidangan Rasa Tradisi Asli

papar berkaitan - pada 28/2/2025 - jumlah : 188 hits
SINAR RAMADAN I DAHLIA CORNER MEMIKAT SELERA BERBUKA PUASA DENGAN HIDANGAN RASA TRADISI ASLI Assalammualaikum semua Lagi beberapa hari kita akan berpuasa di bulan Ramadan Dah ada lokasi untuk berbuka puasa Jom Ruby bawa anda semua ke I Dahl...
Kl Steamboat Grill Menyajikan Pakej Berbuka Puasa Sepanjang Ramadan 2025

Kl Steamboat Grill Menyajikan Pakej Berbuka Puasa Sepanjang Ramadan 2025

papar berkaitan - pada 28/2/2025 - jumlah : 199 hits
KL STEAMBOAT GRILL MENYAJIKAN PAKEJ BERBUKA PUASA SEPANJANG RAMADAN 2025 Assalammualaikum semua Bulan Ramadan tahun ini bakal menjelma Pastinya anda semua ingin mencari lokasi berbuka puasa yang menyajikan pelbagai hidangan agar seisi kelua...
Pen Nsula House By Studio Fabricio Rodrigues A Serene Lakeside Sanctuary In Piracaia

Adventure Travel To The Amazon Forest A Journey Into The Heart Of Nature

Monitor All Projects To Ensure Timely Completion Pm

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan

Masuk Usia 40 An Ini 6 Perkara Penting Yang Kebanyakan Orang Cari

Buasir Otak Tv Roblox Lawan Alien Dalam Perang Dunia Live

Muhyiddin Shahidan Sah Hadir Majlis Pembukaan Kapsul Masa 2020 Di Menara Kl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lintah Berkepala Manusia By Rakib Jamari Riau

Kek Lapis Penganan Pilah

Misi Mencari Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Tercapai

Hudsons Eumenthol Jujubes Membantu Melegakan Tekak Dan Batuk

Polis Halang Penjawat Awam Di Raub Lima Individu Termasuk Ahli Parlimen Raub Akan Diambil Keterangan

Asean All Star Vs Mu Jadual Pemain Pembelian Tiket Online