Berbuka 23 Puasa Di The Coffee Bean Tea Leaf


 Assalamualaikum wbt
MAYBANK buat hal, semalam, kan. Tak tahulah mula pukul berapa dia buat perangai, tapi pagi tu, dalam pukul 9, Sk sempat buat pindahan wang untuk bayar duit tempeyek, hehehehe. Lepas tu, baru perasan, kawan post di fb tentang kekecohan yang melanda pengguna maybank, bila mana baki dalam akaun.. kosong perpuluhan kosong kosong. Mahunya tak panik, lagi-lagi kalau baru dapat duit kwsp yang masuk dalam maybank. Malah, khabarnya, bank-bank lain pun bermasalah untuk di login. Sk sendiri gagal nak masuk ke akaun Bank Islam. Sajalah nak check duit adsense dah masuk ke belum, huhu. Boleh jugak tambah-tambah pinggan raya, kahhhh.
Disebabkan dah berjanji dengan Iman, nak ke JPO, Sk rancang untuk berbuka terus di sana. Sebelum berbuka, nak la shopping sikit, takutlah ada masalah kalau bayar guna kad, kan.. jadi, pergilah ATM dulu. Tup-tup, selepas masukkan jumlah wang, kad dah keluar, sistem ATM tu balik ke asal. Apoo... duitnya tak keluar pun 😱😭. Terus buka M2U, nasiblah dah boleh buka semula dan semak baki akaun.. aaaa.. duit dah luak!
Tanya dengan pengawal keselamatan bertugas, rupa-rupanya, ramai yang dah terkena hari tu. Dia kata, nanti dalam setengah jam, duit akan masuk balik dalam akaun. Kalau tak masuk, telefon nombor hotline yang tertera belakang kad. Iman tanya, kalau telefon sekarang, boleh tak? Boleh juga, jawabnya. Bila Sk telefon, semua operator sedang sibuk, kena cuba lagi nanti. Hurmm.. ajak Iman pergi tempah makanan dan meja dulu di The Chicken Rice Shop (TCRS). Sekali dah penuhhhh, tengok jam, baru pukul 5. Buntu terus, duduk dekat bangku sambil cari nyawa. Dalam lima minit kemudian, buka lagi M2U, lega.. dah masuk balik duit yang keluar tuuu.. syukurrrrrr.

Barulah ada mood nak shopping. Cari sling bag untuk Iman ni haa. Beg yang ada dah berlobang, kesiannnnnn. Beg mak lobang, tak apo 😜. Ramai giler pengunjung JPO semalam, dah macam hari minggu. Raya sakan eh korang nampaknya tahun ni. Mujurlah SOP dah tak seketat dulu. Ada kedai yang tidak menghadkan bilangan pelanggan dalam kedai, tapi, kitalah pulak yang kurang selesa. Kita jaga kitalah ya


Lawo pulak luggage ni. Risau baju tak muat beg balik raya ni, hahaha. Maklumlah dah dua tahun tak balik raya kampung Pak Inche, jadi, kali ni balik lama sikit. Boleh jer nak cuci baju kat kedai dobi, tapi, mesti berebut nanti. Tambah dengan buang masanya menunggu, jadi, kena bawa baju satu almari banyak-banyak la nampaknya


Sebab TCRS dah penuh, ajak Iman ke The Coffee Bean & Tea Leaf. Baru pukul 6, tak tahulah boleh booking ke idok. Tengok dalam, tak ada pelanggan langsung. Rupanya, boleh booking la. Boleh pesan makanan dan bayar siap-siap, kemudian pergi shopping. Tapi, macam dah penat aje nak tawaf dalam JPO tu, kami borak-borak jer la menunggu waktu berbuka sambil layan Tik Tok. Hurmmm.. orang suruh berdoa banyak-banyak sebelum berbuka, ko layan Tik Tok pulak ya, Sk. (Takkanlah berdoa, solat, mengaji semua, nak bagitau orang... mata ke atas!)

Berdua.. tapi pesan minumannya, tiga. Satu, minumkan untuk bapaknya, alasan.. hahaha. Mula tu, Iman pesan Cold Brew tapi flavour yang dia nak, tak ada. Flavour lain takut tak boleh masuk, jadi dia pesan Caramel Macchiato. Masa nak tutup menu tu, ternampak pulak ada Ramadhan Specials, Cold Brew Burnt Caramel with Cream Cap, terus dia nak jugak. Satu minum sana, satu bawa balik


Sk peminat minuman panas. Bukan masa remaja purba jer tau, tapi memang sejak dulu, Sk suka air panas. Nak minum kopi, takut tak boleh tidur, jadi, kita mengeteh saja la. Sk ambil Hot Brew, Berries Flavour. Sedap, tapi, sebab masih awal lagi masa dihantar ke meja tu, tiba waktu berbuka, dah tak berapa panas


Makanan pun pesan tiga, hahaha. Sebenarnya, 19 PUASA hari tu,  dah plan nak berbuka di TCBTL Eko Botanik, tapi tak jadi, sebab dah terlambat nak pergi, risau sangkut trafik kat Taman Nusantara. SK ni kalau sangkut jem, mudah naik angin. Sebab tu sanggup keluar gelap-gelap nak pergi kerja. Sk rasalah, kan.. zaman Iman masih sekolah dulu pun, Sk tak keluar seawal sekarang. Pukul 6.50 keluar pun, masih sempat sampai sekolah sebelum pukul 7.20 pagi. Lagi la masa tu, belum ada jalan pintas masuk ke Lebuhraya Perling. Ni.. dah dua minggu tau, Sk keluar pukul 6.30, sebab makin menjadi-jadi jemnya. Kalau keluar pukul 7 macam sebelum ni, memang merahlah punch card. Masa border dibuka semula 1 April lepas, kemahenlah sebak tengok video dorang lari-lari heret bag kat Tambak, laaa ni, aku yang sebak ngadap jem

                     
Sk pilih Chicken Lasagna. Walaupun dah tak panas sangat, tapi taklah rasa ada lemak beku dalam mulut macam di Restoran The Morso tu. Inti ayam pun penuh di setiap lapisan pasta. Sos marinara tu rasa tomato segar, bukan rasa macam sos tomato dalam botol atau puri tomato dalam tin

                       
Iman nak makan Chicken & Mushroom Spaghetti tapi tak ada. Jadi, dia tukar dengan Tomato-Herb Spaghetti. Haaa.. risau jugak takut masam, kan. Tapi, sedap pulak, lagi-lagi bila digaul bersama pes hijau tu. Iman kata, dah lama dia nak rasa sos pesto tu, dapatlah jugak rasa, tidak mengecewakan nampaknya

                 
Sk ajak kongsi makan Hawaiian Pizza. Sebab makanan sampai agak awal jugak, macam-macam gaya la ambil gambar, tapi, rupa sama jer, hahaha. Pizza sedap dan lembut walaupun dah tak panas. Crust dia tu, ada inti jugak tau kat dalamnya. Kagumlah kita, sebab thin crust tapi ada filling. Setiap kali beli pizza kat mana pun, flavour Hawaian Pizza ni memang selalu la jadi pilihan jika ada, sebab suka gabungan rasa ayam dan nenas tu. Hurmmm.. tengah fikir nak berbuka apa pulak hari ni, hihihi

Syukur.. Alhamdulillah




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/04/berbuka-23-puasa-di-coffee-bean-tea-leaf.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menu Air Milo Soya Cincau Untuk Berbuka Puasa Resepi Khairul Aming

Menu Air Milo Soya Cincau Untuk Berbuka Puasa Resepi Khairul Aming

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 381 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Jom buat air milo soya cincau masa berbuka nanti confirm esok akan repeat lagi Haa kalau air soya cincau dah biasa sangat kita dengar tapi kali ini bunyinya milo soya cincau macam rare je kan resepi ni Wa...
Berbuka Puasa Dengan Balang Ramadan Nutella Edisi Terhad

Berbuka Puasa Dengan Balang Ramadan Nutella Edisi Terhad

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 304 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan yang dikasihi sekalian Sempena bulan Ramadan yang mulia dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang Nutella Malaysia telah melancarkan balang Ram...
16 Ramadan Berbuka Puasa Di Kampung

16 Ramadan Berbuka Puasa Di Kampung

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 232 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Alhamdulillah hari ini kita semua dapat menjalani ibadah puasa yang ke 16 Ramadan Hari ini juga berpeluang balik kampung berbuka puasa dengan sanak saudara yang ada di kampung Tahun lepas tak dapat nak ba...
Menu Berbuka Puasa Hari Kelima Belas

Menu Berbuka Puasa Hari Kelima Belas

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 251 hits
Assalamualaikum Hi korang Semalam memang menu kegemaran Mak Pah dan Pak Zain la yang di masak SA masak lauk lain Mak Pah pi pasar tani kat Tanjung Ipoh Kuala Pilah Lepas tu dibelinya pucuk paku tanjung ke pinang ntah x tau la SA Pucuk paku ...
14 Puasa Berbuka Di Grand Seafood Senibong

14 Puasa Berbuka Di Grand Seafood Senibong

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 219 hits
Assalamualaikum wbtBULAN mengambang penuh malam tadi tanda kita telah menghampiri pertengahan Ramadhan Petang semalam kami tiga beranak ke Midvalley Southkey Pak Inche nak beli t shirt untuk pakai raya kedua ketiga keempat kelima dan keenam...
Makanan Bergoreng Punca Utama Badan Rasa Letih Dan Malas Selepas Berbuka Puasa

Makanan Bergoreng Punca Utama Badan Rasa Letih Dan Malas Selepas Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 172 hits
Makanan Bergoreng Punca Utama Badan Rasa Letih Dan Malas Selepas Berbuka Puasa JUADAH berbuka puasa masyarakat Malaysia pastinya tidak akan lengkap tanpa makanan berminyak seperti ayam goreng popia goreng karipap dan sebagainya Hakikatnya p...
Nasi Kandar Tak Original Berbuka 16 Puasa

Nasi Kandar Tak Original Berbuka 16 Puasa

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 187 hits
Assalamualaikum wbtPAK Inche beli Nasi Kandar untuk berbuka semalam bila Iman terlupa nak defros ayam untuk dimasak Sambal Ayam Masa Sk sampai rumah Iman baru jer rendam ayamnya dah tuuu bila nak memasaknya Pak Inche pun dapatlah alasan unt...
Majlis Berbuka Puasa Keluarga Seri Wardati

Majlis Berbuka Puasa Keluarga Seri Wardati

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 190 hits
Dah berapa minggu dah tak menulis Tak sempat nak menulis Banyak kerja dan banyak benda pula nak buat dalam bulan puasa ni Entry kat draft tu harap harap tak basi berkulat lah time mood dah ada nanti Mama Yan dan suami ajak staf dan family m...
7 Aneka Resepi Menu Berbuka Puasa Yang Mudah Sedap Dan Menyelerakan

7 Aneka Resepi Menu Berbuka Puasa Yang Mudah Sedap Dan Menyelerakan

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 264 hits
7 ANEKA RESEPI MENU BERBUKA PUASA YANG MUDAH SEDAP DAN MENYELERAKAN Assalamualaikum Masak sendiri di rumah untuk juadah berbuka puasa menjadi pilihan ramai orang Yelah kalau nak beli takut tak menepati selera ahli keluarga Juga harga yang a...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025