Berbuka 18 Puasa Nasi Beriani Kari Kambing Pajeri Nenas Sirap Bandung


 Assalamualaikum WBT 


SUDAH lebih 24 jam hujan melanda di seluruh Johor. Jabatan Meteorologi Johor juga telah memaklumkan bahawa hujan lebat berterusan dijangka berlaku sehingga esok, Jumaat, 21 Mac 2025. Ketika ini, beberapa pusat pemindahan sementara mangsa banjir (PPS) telah pun dibuka kepada orang ramai yang terjejas. Semoga urusan mereka sama ada mangsa atau petugas dipermudahkan. Akibat hujan berlarutan jugak, pagi ni Sk sampai lewat ke pejabat padahal keluar awal sikit dari semalam. Bertabah sajalah mengadap jalan jammed dengan rasa nak terkucilnya, huwa huwa huwa.

Syukur, dapat jugak makan Nasi Beriani untuk berbuka puasa semalam. Mulanya memang ingat nak pergi beli nasi beriani bazar Ramadhan, tapi tu pun kalau rajin la. Tup tup kawan Sk whatsapp menu jualan kantin Kak Sab semalam, ada nasi beriani, kari kambing dan pelbagai lagi lauk. Berdesup la Sk pergi kantin takut habis, hehehe. Bulan puasa ni, Kak Sab ada ambil tempahan katering, tu yang kadang-kadang memang dia masak lebih untuk jualan di kolej. Cuma Sk jer malas nak turun kantin tengok apa yang ada.

Tapi tu la, semalam tu tak lengkap dengan acar jelatah atau pajeri nenas. Ada acar jelatah, tapi pekerja Kak Sab dah siap wrapping dan masukkan dalam van untuk hantar katering. Sk pergi Maslee beli nenas madu sebiji, buat pajeri. Cuma kuah pajerinya sengaja buat tak pekat sangat


Nak nak dekat waktu berbuka, Sk masukkan nasi dalam rice cooker, kemudian kari kambing letak macam ni dalam pengukus. Sambil panaskan nasi, panaskan jugak la lauknya bertingkek-tingkek, hehehe


Sebelum tu, Sk buat lagi Kurma Kukus Bersantan untuk dessert. Kali ni buat 4 mangkuk


Sk berbuka dengan dua mangkuk kurma kukus ni. Sk berbuka seorang semalam, lepas berbuka dessert, solat dulu



Lepas tu baru mengadap nasi beriani kari kambing dengan penuh selera, nikmat apakah lagi yang hendak didustakan


Nasi beriani Kak Sab memang sedap dan berempah, cuma tak femes la macam kedai nasi beriani lain kat JB ni. Tapi, kalau yang biasa ambil katering, mesti tahu jugaklah Prety Azariah Katering


Kari kambing Kak Sab, sedap sangat ya. Nasi beriani kari kambing ni, RM10


Pajeri nenas masak sendiri. Modal RM3, hehehe


Reward diri sendiri dah tiga hari kot berbuka seorang, kita bancuhlah sirap bandung, baru matching makan dengan nasi beriani. Sirap tu, Izzat yang buat


PI ada program berbuka bersama Menteri Besar Johor, YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi di Kediaman MBJ Bukit Saujana


Kurma dari Dato' dapat lambat sikit kali ni. Selalu dapat awal puasa atau sebelum puasa. Bolehlah hari-hari buat kurma kukus, hihi


Ada mug Maju Johor


Tahun lepas Dato' bagi tart nenas, tahun ni biskut Red Velvet Nutella. Sk dah rasmikan terus malam tadi, tak dan tunggu raya


Kad Hari Raya pertama dapat tahun ni dari Menteri Besar Johor


Tengah-tengah borak dengan PI dengar bunyi berdentang! kat depan. Tengok-tengok meja kopi dah berderai. Tak tahulah siapa punya kerja, yassalammmm


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/03/berbuka-18-puasa-nasi-beriani-kari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menu Berbuka Puasa 10 Ramadan Nasi Kerabu Daging Bakar

Menu Berbuka Puasa 10 Ramadan Nasi Kerabu Daging Bakar

papar berkaitan - pada 12/3/2025 - jumlah : 245 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Dah seminggu lebih kita semua berada dalam bulan puasa Rasa cepat masa berputar berlalu pergi berganti hari Puasa tahun ni mood nak update menu menu berbuka memang lambat sikit Mood kelaut Hari ni hari ke...
Berbuka 5 Puasa Ayam Masak Lemak Cili Api W Spaghetti Nasi

Berbuka 5 Puasa Ayam Masak Lemak Cili Api W Spaghetti Nasi

papar berkaitan - pada 7/3/2025 - jumlah : 322 hits
Assalamualaikum WBT ALHAMDULILLAH dua hari ni Sk dapat clock in sebelum pukul 7 30 pagi Dua hari sebelumnya clock in jam 7 36 pagi Rushing nak masuk kerja awal sebab nak balik awal sebab nak masak untuk berbuka puasa Nampak tak dia punya ba...
Berbuka 22 Puasa Nasi Ayam

Berbuka 22 Puasa Nasi Ayam

papar berkaitan - pada 24/3/2025 - jumlah : 239 hits
Assalamualaikum WBT HARI ini warga Johor bercuti sempena cuti ganti Hari Keputeraan Sultan Johor semalam Jadi pagi ni tak ada episod berkejaran ke pejabat lepas subuh boleh santai santai lepak sambil berblog hehehe Semalam 22 Ramadhan 1446H...
Berbuka 13 Puasa Nasi Lemak Ayam Goreng Sambal Pekat Pekat

Berbuka 13 Puasa Nasi Lemak Ayam Goreng Sambal Pekat Pekat

papar berkaitan - pada 15/3/2025 - jumlah : 249 hits
Assalamualaikum WBT PLAN awal berbuka puasa semalam Iman minta masakkan tapi Pak Inche pulak cadangkan masak nasi lemak Bila PI kata masak nasi lemak teringat sebelum ni Iman ada minta jugak nak berbuka nasi lemak sambal pekat pekat macam j...
Himpunan Doa Pilihan Sebelum Berbuka Puasa

Himpunan Doa Pilihan Sebelum Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 13/3/2025 - jumlah : 285 hits
Ramadan sering disifatkan sebagai bulan yang sangat istimewa penuh keberkatan rahmat serta terhidang dengan berbagai jenis tawaran tawaran dan keistimewaan buat umat Islam Banyak ganjaran yang boleh dikecapi di bulan mulia ini antaranya ber...
Berbuka 10 Puasa Rusim Thai Kitchen

Berbuka 10 Puasa Rusim Thai Kitchen

papar berkaitan - pada 12/3/2025 - jumlah : 259 hits
Assalamualaikum WBT SEMALAM 10 Ramadhan 1446H Sk gantung periuk Pak Inche tak berbuka di rumah kerana bertugas di Stadium Sultan Ibrahim pada perlawanan ACLE Pasukan JDT vs Buriram United Iman ajak berbuka di Oriental Kopi Paradigm Mall tap...
Apakah Terdapat Doa Berbuka Puasa Daripada Hadith

Apakah Terdapat Doa Berbuka Puasa Daripada Hadith

papar berkaitan - pada 13/3/2025 - jumlah : 309 hits
Soalan Apakah terdapat doa berbuka puasa daripada hadith Jawapan Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW ahli keluarga baginda SAW sahabat baginda SAW serta orang orang yang mengik...
Dua Hari Berbuka Puasa Dengan Gula Gula Eclipse

Dua Hari Berbuka Puasa Dengan Gula Gula Eclipse

papar berkaitan - pada 15/3/2025 - jumlah : 335 hits
Walaupun pada bulan puasa Encik Suami tetap jua perlu ke wilayah tengah atas urusan kerja Kali ini ada urusan kerja di Putrajaya Kelmarin hari Rabu kira kira pukul 11 30 pagi kami bertolak dari rumah Perlis menuju ke Putrajaya Tak dapat nak...
Menu Berbuka 12 Ramadan Kari Ayam Kentang

Menu Berbuka 12 Ramadan Kari Ayam Kentang

papar berkaitan - pada 14/3/2025 - jumlah : 240 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Kalau nampak setup bekal makan macam ni sudah semestinya berbuka puasa di tempat kerja Menu hari ni pun simple ada beberapa jenis menu juga disediakan di kafe Cuma CCL tertarik menu ni sahaja Malas nak am...
Why We Ve Been Told Time And Again Not To Speculate When Police Investigation Is Ongoing Yb Rafizi

Kotak Packaging Kosmetik Custom Investasi Kecil Untuk Pulangan Besar Dalam Bisnes

Pelbagai Negara Optimis Prestasi Ekonomi China Cgtn

Masak Nasi Lemak Simple

Orang Asli Leader Questions Poor Representation In Aboriginal Law Talks

Read The Room Kj Sound Fadhlina Sidek Anggap Gagal Urus Krisis Komunikasi Kes Zara Qairina

Islam Agama Persaudaraan Sejagat Ukuhuwa Terjalin

More Industrial Courts Needed In Johor To Clear Backlog Says Bar Council


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Serving Hope Supporting The Spastic Children S Association With Every Pickleball Bag

Cinta Tak Mengenal Usia Datuk Kahwin Nenek Video

Makan Petang Di Club House Coffee

Dewa 19 Cukup Siti Nurbaya Chord

Road Tested Marrakesh Jacket And Outrider Pants From Klim

Tok Wan Nasi Berlauk Nasi Lemak Barakah