Apakah Terdapat Doa Berbuka Puasa Daripada Hadith


Soalan: Apakah terdapat doa berbuka puasa daripada hadith?
 
Jawapan :
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
 
Berdasarkan soalan di atas, kita dituntut di dalam agama untuk sentiasa berdoa kepada Allah walaupun ketika makan. Tambahan pula, doa orang yang berpuasa adalah mustajab. Terdapat satu hadith di dalam Sunan Abi Daud:
 
Daripada Ibn Umar RA berkata, bahawa Nabi SAW apabila hendak berbuka, Baginda SAW membaca (doa): 
ذَهَبَ الظَّمَأُ، وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ، وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ
Maksudnya: "Telah hilang dahaga, telah basah urat-urat dan telah ditetapkan pahala insyaAllah". [Riwayat Abu Daud (2357)][Syeikh al-Arna’outh menghukum sanad hadith ini adalah hasan]
 
Menurut Imam al-Nawawi di dalam al-Azkar, makna “الظَّمَأُ” di dalam hadith di atas adalah dahaga. Ini berdasarkan firman Allah SWT:
 
ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ لَا يُصِيبُهُمْ ظَمَأٌ
Maksudnya: “Yang demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga”. [Lihat: al-Taubah:120]
 
Tambahan pula, terdapat satu lagi doa yang masyhur dalam masyarakat kita apabila hendak berbuka adalah:
 
Daripada Muaz bin Zuhrah, telah sampai kepadanya bahawa Nabi SAW bersabda apabila hendak berbuka: 
اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ، وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ
Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan kami kerana Engkau aku berpuasa dan dengan rezeki Engkau aku berbuka”. [Riwayat Abu Daud (2358)] [Imam al-Nawawi di dalam al-Azkar menghukum hadith ini sebagai mursal iaitu sanadnya terputus iaitu nama sahabat gugur di dalam sanad hadith ini]
 
Kami berpandangan bahawa setiap orang boleh dibolehkan berdoa dengan apa jua doa selagimana maksud atau makna doa itu tidak bertentangan dengan al-Qur’an dan hadith Nabi SAW tanpa menyandarkannya kepada Rasulullah SAW. Akan tetapi, jika ingin dilihat dari sudut status hadith, doa yang pertama lebih sahih dari sudut sanadnya berbanding hadith yang kedua.
 
Di sini kami sertakan beberapa lagi lafaz doa yang dinukilkan oleh Ibn Sunni di dalam kitabnya. Antaranya adalah:
 
Daripada Muaz bin Zuhrah, adapun Rasulullah SAW bersabda apabila hendak berbuka: 
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَعَانَنِي فَصُمْتُ، وَرَزَقَنِي فَأَفْطَرْتُ
Maksudnya: “Segala puji bagi Allah yang telah membantuku maka disebabkan itu aku telah berpuasa dan Dia telah memberi rezeki kepadaku maka aku berbuka dengannya”. [Lihat: Amal al-Yaum wa al-Lailah (479)] [Syeikh al-Arna’outh menghukum sanad hadith ini adalah mursal kerana Muaz bin Zuhrah tidak mendengar langsung daripada Nabi SAW]
 
Daripada Ibn Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda ketika berbuka: 
اللَّهُمَّ لَكَ صُمْنَا، وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْنَا، فَتَقَبَّلْ مِنَّا، إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan kami kerana Engkau kami berpuasa dan dengan rezeki Engkau kami berbuka maka terimalah daripada kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ”. [Lihat: Amal al-Yaum wa al-Lailah (480)] [Syeikh al-Arna’outh menghukum sanad hadith ini adalah dhaif]
 
Daripada Abdullah bin ‘Amr berkata bahawa Nabi SAW apabila hendak berbuka beliau bersabda: 
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ أَنْ تَغْفِرَ لِي
Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan kami, aku memohon kepada-Mu dengan rahmat-Mu yang mana meliputi semua perkara agar Engkau ampunkan aku”. [Riwayat Ibn Majah (1753)][Syeikh Syuaib al-Arna’outh mengatakan sanad hadith ini adalah hasan]
Wallahua’lam
PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2025/03/apakah-terdapat-doa-berbuka-puasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Himpunan Doa Pilihan Sebelum Berbuka Puasa

Himpunan Doa Pilihan Sebelum Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 13/3/2025 - jumlah : 273 hits
Ramadan sering disifatkan sebagai bulan yang sangat istimewa penuh keberkatan rahmat serta terhidang dengan berbagai jenis tawaran tawaran dan keistimewaan buat umat Islam Banyak ganjaran yang boleh dikecapi di bulan mulia ini antaranya ber...
Doa Berbuka Puasa

Doa Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 285 hits
Assalamualaikum Selamat berpuasa bagi semua sahabat Moga 1 Ramadan tahun ini penuh makna bagi kalian semua Ada yang balik kampung sambut Ramadan bersama ibu ayah tercinta ke tu Bagi adik adik yang baru belajar berpuasa jom acik LM share doa...
Menu Berbuka Puasa Ke 4

Menu Berbuka Puasa Ke 4

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 227 hits
semalam iwan tak kerja atau mungkin tak kerja terus sebulan hehehhe dia whatsapp aku tanya nak tak makan ikan sambal cili api lepastu dia ada tanya nak cili hijau ke merah aku rasa aku dah reply aku nak cili api hijau atau guna je cili besa...
Bapa Maut Anak Lelaki Parah Dirempuh Kereta Ketika Dalam Perjalanan Untuk Berbuka Puasa Di Masjid

Bapa Maut Anak Lelaki Parah Dirempuh Kereta Ketika Dalam Perjalanan Untuk Berbuka Puasa Di Masjid

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 236 hits
Hajat dua beranak untuk berbuka puasa di masjid tidak kesampaian selepas mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan petang semalam Motosikal yang ditunggang bapa telah dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta ...
Berbuka 6 Puasa Asam Pedas Ikan Merah X Ikan Senangin Goreng

Berbuka 6 Puasa Asam Pedas Ikan Merah X Ikan Senangin Goreng

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 261 hits
Assalamualaikum WBT HARI ini cuti yey Tak perlu berkejaran ke pejabat boleh qada tidur ops Jangan lupa mengaji dulu Menu utama berbuka puasa 6 Ramadhan 1446H semalam Asam Pedas Ikan Merah Ikan merah tu Pak Inche dah beli lama ada dua keping...
Berbuka 5 Puasa Ayam Masak Lemak Cili Api W Spaghetti Nasi

Berbuka 5 Puasa Ayam Masak Lemak Cili Api W Spaghetti Nasi

papar berkaitan - pada 7/3/2025 - jumlah : 308 hits
Assalamualaikum WBT ALHAMDULILLAH dua hari ni Sk dapat clock in sebelum pukul 7 30 pagi Dua hari sebelumnya clock in jam 7 36 pagi Rushing nak masuk kerja awal sebab nak balik awal sebab nak masak untuk berbuka puasa Nampak tak dia punya ba...
Berbuka 7 Puasa Sambal Taukua X Buttermilk Slipper Lobsters

Berbuka 7 Puasa Sambal Taukua X Buttermilk Slipper Lobsters

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 212 hits
Assalamualaikum WBT SEKEJAP jer dah seminggu kita berpuasa Dua tiga hari ni pulak cuaca tidak menentu Pagi pagi panas tapi nak dekat petang hujan disertai dengan ribut petir Takutnya nak nak pulak time tu kita dah mula nak memasak Bahaya gu...
Menu Berbuka Puasa

Menu Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 326 hits
nbsp Menu Berbuka Puasa Saja je nieyl ni kan post gambar makanan menjelang tengah hari ni kan hehehe Sekarang ni tak ada benda nak share yang ada gambar makanan je hahaha Tak apa la mana tahu boleh bagi idea menu berbuka korang hari ni kan ...
Thalapathy Vijay Tarik Perhatian Umat Islam Anjur Majlis Berbuka Puasa Di Chennai

Thalapathy Vijay Tarik Perhatian Umat Islam Anjur Majlis Berbuka Puasa Di Chennai

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 434 hits
Dalam usaha untuk menarik lebih ramai penyokong dari kalangan penduduk muslim di India pemimpin parti Tamilaga Vettri Kazhagam dan pelakon popular Vijay menghadiri majlis Iftar anjuran partinya di perkarangan YMCA di Royapettah Chennai pada...
Breaking News Renault Group Acquires A Former Nissan Manufacturing Facility In India

Exploring The Essential Marine Supplies For Smooth Sailing

Menantu Siti Nurhaliza Diserang Caprice

Hiburan Saya Tak Layan Suami Orang Syira Atiqah Akhirnya Respon Isu Penyondol Rumah Tangga Fattah Amin Fazura

Should Dap Now Apologise To Zahid For Accusing Him Of Graft Ala Its Apology To Beng Hock S Family

Rozi Kemang Berduri Tido Di Bilik Kekasih Chord

Malam Yang Tak Bisa Membawa Tidur

Donald Trump Currently Possesses An Armored Golf Buggy Golf Force One Video


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Supaya Tak Sepi Di Hari Tua

Komposer Ross Ariffin Meninggal Dunia

100 Kubur Di Kampung Pengkalan Maras Berisiko Hanyut Dipindahkan Mulai Hari Ini

Mdec X Bsn Team Up To Power Malaysia S Next Gen Digital Leaders

Mcdonald S Spicy Duo Concert Lit Up Putrajaya

Pelarasan Tarif Air Johor Tak Jejas Majoriti Pengguna Domestik Kelompok E Kasih