Berbanding Ab Rauf Kenapa Tidak Ditonjolkan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Sebagai Ketua Menteri Melaka Berbanding Ab Rauf


 
Isnin lalu, Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi berkata, struktur kerajaan negeri Melaka akan berubah dalam waktu terdekat ini menjadi sebuah kerajaan perpaduan.
Menurut beliau, perubahan itu untuk menyesuaikan dengan kerajaan perpaduan yang telah wujud di peringkat pusat.
Semalam pula, di sebalik riuh rendah dengan spekulasi berlakunya pertukaran jawatan Ketua Menteri, tiba-tiba Sulaiman Md Ali pula disahkan telah meletakkan jawatan.
Dengan perletakan jawatan beliau itu, hampir pasti Pengerusi UMNO Melaka, Ab Rauf Yusoh akan mengisi kekosongan jawatan tersebut.
Dilaporkan beliau akan mengangkat sumpah Jumaat ini.
Makna kata, merubah struktur kerajaan negeri menjadi kerajaan perpaduan bukan saja dengan membawa masuk wakil PH dalam barisan Exco, malah menukar sekali penyandang Ketua Menteri.
Dengan terlantiknya Ab Rauf sebagai Ketua Menteri Melaka yang baru, hasrat beliau yang diperkatakan ramai inginkan jawatan tersebut sejak PRN Melaka pada November 2021 lalu lagi tercapai jua akhirnya.
Sebaik kemenangan dua pertiga BN pada PRN Melaka, nama Ab Rauf sudah disebut-sebut sebagai bakal Ketua Menteri Melaka, meskipun Sulaiman diletakkan sebagai “poster boy” dalam pilihan raya itu.


Di negeri-negeri lain, biasanya Ketua Menteri atau Menteri Besar akan juga diberi peranan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkenaan.
Gugurnya Sulaiman daripada jawatannya, sedangkan beliau adalah “poster boy” PRN negeri dengan pencapaian kemenangan dua pertiga adalah menyusuli nasib yang menimpa bekas Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad sebelum ini.
Jika Hasni tidak dilantik semula lebih mudah diketahui dan difahami sebabnya, Sulaiman pula semacam diarah untuk meletakkan jawatan semata-mata untuk memberi laluan kepada Ab Rauf mengambil alihnya.
Kenapa perlu Sulaiman ditukar sekarang?
Mengapa tidak daripada dulu lagi iaitu sebaik BN menang pada PRN Melaka, Ab Rauf terus dilantik sebagai Ketua Menteri?
Apakah Sulaiman digantikan dengan Ab Rauf kerana beliau enggan membentuk kerajaan perpaduan?
Kecuali jika benar pertukaran Sulaiman kerana beliau enggan membentuk kerajaan perpaduan dan sudah tentu boleh diterima sebagai tindakan yang munasabah, tetapi menjadikan Ab Rauf sebagai pengganti belum tentu merupakan pertukaran yang benar-benar bermanfaat.
Ini kerana berbanding Ab Rauf yang diselubungi pelbagai isu, Sulaiman sebaliknya adalah pemimpin yang tidak kontroversi yang selama ini telah berjaya meletakkan Melaka kelihatan aman tenteram sejak di bawah pentadbirannya.
Kenapa bukan pemimpin lain yang ditonjolkan sebagai Ketua Menteri yang baru, misalnya Dr. Akmal Saleh, Exco Kerajaan Negeri Melaka yang baru-baru ini menang cemerlang sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia? – ShahbudinHusin 30/03/2023.












Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/03/berbanding-ab-rauf-kenapa-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Nak Komen Lagi Dah Penat Lah Ketua Menteri Melaka Letak Jawatan Sebab Penat Nak Bagi Peluang Pada Orang Lain

Apa Nak Komen Lagi Dah Penat Lah Ketua Menteri Melaka Letak Jawatan Sebab Penat Nak Bagi Peluang Pada Orang Lain

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 106 hits
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali menafikan dakwaan kononnya beliau didesak untuk berundur dari jawatan itu Sebaliknya beliau sudah penat dan mahu memberi peluang kepada orang lain yang lebih berkemampuan nbsp Tiada desakan at...
Rauf Dijangka Angkat Sumpah Ketua Menteri

Rauf Dijangka Angkat Sumpah Ketua Menteri

papar berkaitan - pada 30/3/2023 - jumlah : 55 hits
SHAFIQAH MUKHSINSelepas pelbagai khabar angin melanda Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali dikatakan bakal meletakkan jawatan esok Difahamkan keputusan itu susulan pertemuan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah itu dengan Pr...
Punca Sulaiman Ali Letak Jawatan Ketua Menteri Melaka Tersebar

Punca Sulaiman Ali Letak Jawatan Ketua Menteri Melaka Tersebar

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 175 hits
Punca Sulaiman Ali Letak Jawatan Ketua Menteri Melaka Tersebar Dah penat itu kata Adun Lendu di Melaka Sulaiman Md Ali ketika ditanya media hari ini mengenai keputusannya berundur dari jawatan ketua menteri Tidak menuding jari kepada sesiap...
Ketua Menteri Melaka Yang Baharu

Ketua Menteri Melaka Yang Baharu

papar berkaitan - pada 30/3/2023 - jumlah : 117 hits
Ketua Menteri Melaka Yang Baharu Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara Ab Rauf Yusoh dicalonkan sebagai ketua menteri Melaka yang baru Saya telah memutus warkah kepada Tuan Yang Terutama M...
Melaka Bakal Bertukar Ketua Menteri

Melaka Bakal Bertukar Ketua Menteri

papar berkaitan - pada 30/3/2023 - jumlah : 174 hits
NOR FARHANA YAACOBMELAKA Kerajaan Melaka didakwa bakal bertukar Ketua Menteri baharu pada Jumaat ini Malah difahamkan upacara mengangkat sumpah Ketua Menteri ke 14 itu akan diadakan di hadapan Yang di Pertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam di Pe...
Ini Punca Sebenar Ketua Menteri Melaka Letak Jawatan Yang Ramai Nak Tahu

Ini Punca Sebenar Ketua Menteri Melaka Letak Jawatan Yang Ramai Nak Tahu

papar berkaitan - pada 30/3/2023 - jumlah : 157 hits
Ini punca sebenar Ketua Menteri Melaka letak jawatan yang ramai nak tahu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Datuk Seri Sulaiman Md Ali telah meletak jawatan Ketua Menteri Melaka Ahmad Zahid yang juga Presi...
Ahmad Zahid Umno Nominates Rauf Yusoh As New Melaka Cm Sulaiman Resigns For Health Reasons

Ahmad Zahid Umno Nominates Rauf Yusoh As New Melaka Cm Sulaiman Resigns For Health Reasons

papar berkaitan - pada 30/3/2023 - jumlah : 153 hits
Umno president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi has nominated the party s Melaka state liaison chief Datuk Seri Ab Rauf Yusoh as the state s new chief minister to replace Datuk Seri Sulaiman Md Ali During a press conference today Ahmad Zahid s...
Ketua Pemuda Bersatu Tandus Idea Nak Malukan Anwar

Ketua Pemuda Bersatu Tandus Idea Nak Malukan Anwar

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 58 hits
Tindakan Ketua Armada Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang cuba memberi gambaran kepada rakyat kononnya lawatan Perdana Menteri ke Arab Saudi sebagai gagal merupakan tindakan terdesak untuk mencalar reputasi Datuk Seri Anwar Ibrah...
James Cameron Sedang Menghasilkan Filem Baharu Terminator Akan Diinspirasikan Dari Teknologi Ai

Drama Janji Di Bawah Pokok Ceri

Zed Zaidi Didakwa Sebar Berita Palsu Covid 19

Dahtu Kalau Tak Cuai Kenapa Eksidenn

Huawei Ict Competition 2022 2023 Global Final Held In Shenzhen China

Lirik Lagu Heal The World Michael Jackson

6 Tempat Menarik Di Kelantan Yang Wajib Dilawati

Vegetarian Sushi Rolls



Resepi Ayam Masak Kicap Berempah Cepat Licin Kalau Jadi Lauk Kenduri

Biodata Penyanyi Farhan Shah Peserta Big Stage 2023 Musim 5

Senarai Lagu Tugasan Peserta Konsert Big Stage 2023 Minggu 5 Musim 5

Keputusan Markah Peserta Konsert Big Stage 2023 Minggu 4 Musim 5

5 Budaya Muzik Yang Tak Lagi Dirasai Generasi Muda


Jawatan Kosong Singapore 2023 Terkini

Cara Pulihkan Pokok Layu Akibat Terlupa Siram Atau Ketika Cuaca Terlalu Panas

Yoursay Opr Not The Only Reason For Ringgit Depreciation

Man Arrested After Dog Tied Up Dragged By Car

Businessman Gives Evidence To Macc On Claims Pn Getting Funds From Gambling Companies

Smk Damai Jaya 20230529 On Duty Reronda