Berat Naik Bukan Sebab Bahagia Tapi Sebenarnya Stres Ini 6 Buktinya


Berat Naik Bukan Sebab Bahagia, Tapi Sebenarnya Stres. Ini 6 Buktinya! Ramai orang yang ingat kalau badan kita makin berisi, itu maknanya kita tengah bahagia. Namun sains membuktikan sebaliknya. Kajian menunjukkan berat badan mudah naik disebabkan gagal menangani stres. Nak tahu kenapa? Ini 6 buktinya. Stres bukan sahaja membebankan minda, tanpa disedari ia juga memberi kesan buruk kepada tubuh badan seseorang. Di bawah disenaraikan beberapa sebab mengapa stres boleh menjadikan seseorang mudah gemuk.

1. STRES MENINGKATKAN SELERA MAKAN Bila otak terlalu risau, tubuh akan terdorong untuk merembeskan hormon grehlin. Hormon inilah yang menyebabkan minda terangsang untuk makan makanan kegemaran yang tidak sihat. Sebab itulah kita akan rasa nak makan makanan yang menenangkan seperti coklat atau minuman kegemaran – kononnya untuk stress-relief atau reward diri. Situasi ini selalu terjadi kerana tindakbalas yang berlaku dalam badan kita sendiri. Terdapat juga kajian sebuah jurnal di Science Direct telah membuktikan bahawa comfort food seperti coklat boleh menjadi ‘jalan keluar’ yang pantas bagi mengurangkan rasa stres.

2. PROSES PEMBAKARAN LEMAK TERHALANG Walau sekuat mana pun kita bersenam dan berdiet, tetapi berat badan masih tidak turun-turun. Badan pula ‘naik’ bagai dipam-pam. Nak kata makan banyak sangat, tidak juga. Rutin senaman pun masih diteruskan seperti biasa. Tapi kenapa susah betul nak turunkan berat badan? Cuba periksa semula kadar stres anda. Tahukah anda, stres juga menyebabkan badan sukar memproses lemak untuk bertukar menjadi tenaga. Suatu penelitian mendapati bahawa apabila berada dalam keadaan tertekan, tubuh akan menghasilkan protein yang menghalang enzim yang berfungsi untuk membakar lemak. Oleh itu, selain bersenam, jangan lupa tumpukan minda pada santapan rohani dan belajarlah menguruskan emosi. Dengan cara ini, barulah lemak dapat dibakar dengan lebih efektif.

3. STRES PEMUSNAH DIET Memang betul diet bukanlah semudah yang disangka. Lebih-lebih lagi jika sudah terbiasa dengan pemakanan yang tidak sihat. Dalam keadaan stres, tekak lebih terasa mahu makan makanan sedap-sedap. Mungkin ramai menyangka bahawa ini hanya alasan bagi yang mudah mengalah, namun terdapat bukti yang dapat diterangkan secara saintifik dalam soal ini. Menurut hasil kajian oleh jurnal Neuron, terdapat satu bahagian dalam otak yang berfungsi untuk merekod matlamat jangka panjang dan meyakinkan diri supaya kekal ke arah matlamat tersebut sehingga tercapai. Bahagian kecil ini juga menyimpan maklumat supaya minda berpihak kepada pilihan baik, selari dengan misi yang ingin dicapai. Apabila kerap stres, bahagian otak tersebut tidak dapat berfungsi dengan berkesan. Kesannya, kita akan mudah beralih kepada diet lama yang memudaratkan kesihatan.

4. STRES MERANGSANG HORMON YANG MENGGEMUKKAN Stres di tempat kerja membuatkan ramai tidak mendapat tidur yang berkualiti akibat minda yang berkecamuk. Kekurangan tidur mengurangkan rembesan hormon leptin, iaitu hormon yang merangsang minda supaya berhenti makan ketika kenyang. Kekurangan tidur juga boleh meningkatkan paras hormon yang membuatkan kita cenderung terhadap makanan. Rasa stres dalam aktiviti harian turut meningkatkan produksi hormon kortisol. Paras kortisol yang tinggi ini mampu menjadikan tubuh kita aktif memproduksikan glukos, lalu meningkatkan paras gula dalam darah.

5. METABOLISME BADAN SEMAKIN PERLAHAN Hari yang sibuk sama ada di rumah atau di tempat kerja kadang-kala membuatkan kita lupa untuk makan. Bila dah pukul 4 petang, baru makan tengah hari kerana terlalu asyik membuat kerja. Tabiat sedemikian dapat mengurangkan tahap metabolisme dalam badan. Metabolisme yang seimbang penting untuk fungsi badan yang sihat secara menyeluruh. Pakar juga menyarankan untuk mengikut waktu pemakanan yang tetap untuk mengekalkan berat badan yang seimbang.

6. IA ‘MENYERAP’ TENAGA SEMASA BERSENAM Sebenarnya tujuan untuk bersenam ialah untuk meningkatkan stamina dan tenaga dalam badan. Namun begitu, tanpa kita sedari kadangkala kita menjejaskan diri sendiri dengan melakukan dua perkara dalam satu masa. Kalau bersenam sambil risaukan kerja di pejabat, tubuh anda akan menjadi lebih cepat penat. Satu kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa individu yang bersenam sambil otaknya ligat memikirkan bermacam-macam benda akan menyebabkan ketahanan ototnya berkurang sebanyak 25%. Maka anda mungkin tidak dapat berlari sejauh yang anda sasarkan. Tubuh pula juga terasa begitu lesu selepas sesi senaman.

SEKARANG ANDA DAH TAHU PUNCANYA? Stres ada fungsinya tersendiri, di mana ia membantu mengembangkan potensi diri dengan bergerak maju jauh daripada comfort zone. Namun, ia perlu dikawal agar tidak mendatangkan ,ebih banyak keburukan berbanding kebaikan. Gaya hidup sihat yang ingin dicapai bukan sahaja perlukan komitmen daripada aspek fizikal semata-mata, tetapi status mental seseorang juga perlu stabil dan kekal tenang. Minda dan jasmani yang sihat membuatkan hormon lebih stabil dan metabolisme seimbang. Praktikkan pengisian rohani dan berbicaralah dengan seseorang tentang masalah yang dihadapi supaya beban di minda dapat dikurangkan.
Sumber: Sirap Limau
The post Berat Naik Bukan Sebab Bahagia, Tapi Sebenarnya Stres. Ini 6 Buktinya! appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/berat-naik-bukan-sebab-bahagia-tapi-sebenarnya-stres-ini-6-buktinya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Percaya Atau Tidak Sebenarnya Berkahwin Dengan Kekasih Dari Zaman Sekolah Lebih Bahagia

Percaya Atau Tidak Sebenarnya Berkahwin Dengan Kekasih Dari Zaman Sekolah Lebih Bahagia

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 531 hits
Percaya Atau Tidak Sebenarnya Berkahwin Dengan Kekasih Dari Zaman Sekolah Lebih Bahagia Mesti masa zaman persekolah kita pernah bercinta bukan Ada juga hubungan percintaan tersebut yang berakhir ketika tamatnya tempoh persekolahan dan ada y...
Br1m Akan Naik Jika Bn Menang Tapi Apa Ph Buat Soal Najib

Br1m Akan Naik Jika Bn Menang Tapi Apa Ph Buat Soal Najib

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 363 hits
BR1M Akan Naik Jika BN Menang Tapi Apa PH Buat Soal NajibBR1M Akan Naik Jika BN Menang Tapi Apa PH Buat Soal Najib
Tki Maryani Alami Stres Berat Sebelum Bunuh Bayi Majikan Di Singapura

Tki Maryani Alami Stres Berat Sebelum Bunuh Bayi Majikan Di Singapura

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 233 hits
Pengacara Maryani Muhamad Muzammil Muhammad mengatakan kliennya mulai bekerja sejak usia 15 tahun untuk membantu ekonomi keluarganya
Tanda Tanda Berat Badan Dah Naik

Tanda Tanda Berat Badan Dah Naik

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 3536 hits
Tanda Tanda Berat Badan Dah Naik Bila berat badan dah naik apa yang anda lakukan Anda panik ke Atau biarkan je sebab memang nak berat badan naik Haha Macam mana nak tahu berat badan dah naik Apakah tanda tandanya Jam tengok apa yang saya ko...
Anak Suka Buat Sepah Sebenarnya Dia Sedang Rangsang Sensori Deria Jangan Marah Tapi Latih Anak Tak Buat Sepah

Anak Suka Buat Sepah Sebenarnya Dia Sedang Rangsang Sensori Deria Jangan Marah Tapi Latih Anak Tak Buat Sepah

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 451 hits
Anda perlu faham apabila anak membuat sepah ketika bermain dia sebenarnya sedang merangsang sensori deria Si kecil berpeluang untuk bereskperimen dengan deria sentuh hidu lihat dan dengar Selain itu tangannya akan bergerak secara aktif dan ...
Timses Jokowi Tim Ekonomi Prabowo Lemah Cuma Kritik Tapi Sulit Bikin Program

Timses Jokowi Tim Ekonomi Prabowo Lemah Cuma Kritik Tapi Sulit Bikin Program

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 230 hits
Irma mengamini penilaian Mega bahwa faktanya rakyat bertanya tanya soal program Prabowo Sandi Faktanya di lapangan menurutnya kubu Prabowo hanya mengkritik dan menyampaikan narasi terkait program namun minim implementasi
Wartawan Hairan Dr Mahathir Hadir Mesyuarat Tapi Duterte Tidur

Wartawan Hairan Dr Mahathir Hadir Mesyuarat Tapi Duterte Tidur

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 256 hits
Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad Perdana Menteri China Li Keqiang Presiden Russia Vladimir Putin dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong bergambar sebelum permulaan sidang kemuncak Asia Timur ke 13 di luar Persatuan Negara ne...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut