Berapa Lama Ubat Yang Di Simpan Dalam Peti Sejuk Boleh Bagi Pada Anak Ini Jawapannya


Biasanya selagi stok ubat belum habis, ibu bapa akan gunakan semula jika waktu kecemasan. Persoalannya macam mana nak tahu ubat itu masih elok atau tak sebelum nak diberikan pada anak.
Jika diteliti pada botol memanglah tarikh luput lambat lagi tapi adakah ia masih boleh digunakan dengan selamat. Berikut adalah perkongsian Pegawai Farmasi, Fahmi Hassan untuk panduan semua ibu bapa.
BERAPA LAMA BOLEH SIMPAN UBAT?
Saya sering menerima soalan dari orang awam berkaitan berapa lama ubat-ubatan boleh disimpan di rumah. Soalan ini walaupun nampak mudah sebenarnya memerlukan kepada penjelasan yang terperinci kerana terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan tarikh luput sesuatu ubat-ubatan berubah.

Secara amnya, ubat-ubatan di dalam BEKAS ASAL (sama ada blister tablet atau botol yang belum dibuka) akan berada di dalam kondisi yang baik sehingga tarikh luput ubat JIKA IA DISIMPAN MENGIKUT ATURAN YANG DITETAPKAN OLEH PENGILANG.
SEBAGAI PANDUAN UMUM, BERIKUT ADALAH CARA SIMPAN UBAT YANG BETUL
Baca label pada bungkusan ubat dengan teliti. Sekiranya perlu disimpan pada suhu bilik, simpan di tempat yang redup dan kering (15-30 darjah selsius). Sekiranya perlu pada suhu 2-8 darjah selsius, simpan di dalam peti sejuk (bukan ruangan sejuk beku). Simpan di tempat yang tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak. Elakkan dari menyimpan ubat di tempat yang terdedah dengan sinaran matahari secara langsung. Jangan simpan ubat di dalam kereta. Asingkan ubat makan atau minum dengan ubat untuk kegunaan luaran. BAGAIMANA PULA DENGAN UBAT YANG TELAH DIBUKA?
Ada sesetengah ubat yang mempunyai tarikh luput tersendiri selepas dibuka. Maklumat ini boleh diperolehi melalui label ubat-ubatan. Contohnya; terdapat ubat yang berlabel ‘discard 30 days after opening’ yang bermaksud buang selepas 30 hari botol dibuka. Bagi ubat-ubatan yang berlabel seperti ini, tarikh luput adalah jelas.

Namun begitu terdapat banyak produk yang tidak menyatakan tempoh ketahanan setelah dibuka. Mengikut pengalaman saya sendiri, saya pernah menghubungi beberapa syarikat farmaseutikal mengenai jangkamasa ubat mereka boleh bertahan sekiranya botol asal telah dibuka (ubat cecair) atau ubat-ubatan dikeluarkan dari bekas asal.
Jawapan yang diterima adalah mereka tidak membuat kajian tentang perkara tersebut dan kestabilan produk selepas dibuka tidak dapat dipastikan.
Oleh itu, saya suka menasihatkan orang ramai supaya membuang baki ubat-ubatan terutamanya di dalam bentuk sirap yang telah dibuka. Jangan simpan ubat-ubatan tersebut di dalam peti sejuk dengan tanggapan ia akan tahan lebih lama sekiranya disimpan pada suhu rendah. Penyimpanan pada suhu dan keadaan yang tidak sesuai akan menyebabkan stabiliti ubat berubah.
Namun begitu, hasil carian saya, terdapat beberapa garis panduan berkaitan penyimpanan ubat yang digunapakai di peringkat antarabangsa. Kebanyakan garis panduan ini dihasilkan daripada kajian-kajian kecil dan bukannya kajian rasmi dari syarikat pengeluaran.
Satu garis panduan yang saya nampak agak jelas dan praktikal adalah yang dikeluarkan oleh National Health Services, United Kingdom. Ringkasan garis panduan tersebut adalah seperti yang tertera pada jadual dalam gambar.
PERKARA PENTING YANG PERLU DIAMBIL PERHATIAN
Tarikh luput produk seperti yang tertulis pada label perlu dipatuhi terlebih dahulu. Cara simpanan ubat perlu mematuhi syarat yang ditetapkan bagi setiap jenis produk. Semak bau, warna, keadaan fizikal dan rasa ubat. Sekiranya telah berubah, buang ubat tersebut. Tulis tarikh ubat dibuka. Saya ingin mengingatkan bahawa nasihat profesional dari saya selaku seorang pegawai farmasi adalah untuk tidak menyimpan baki dari ubat-ubatan terutama berbentuk sirap. Simpan ubat yang belum dibuka sekiranya perlu menyimpan bekalan ubat untuk kecemasan dirumah. Penulisan saya ini tidak mewakili praktis atau panduan rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sumber: Fahmi Hassan
The post Berapa Lama Ubat Yang Di Simpan Dalam Peti Sejuk Boleh Bagi Pada Anak? Ini Jawapannya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/berapa-lama-ubat-yang-di-simpan-dalam-peti-sejuk-boleh-bagi-pada-anak-ini-jawapannya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Salah Bancuh Susu Cuci Simpan Botol Susu Anak Boleh Jatuh Sakit 10 Tips Ini Sangat Penting

Salah Bancuh Susu Cuci Simpan Botol Susu Anak Boleh Jatuh Sakit 10 Tips Ini Sangat Penting

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 598 hits
Botol susu adalah peralatan yang sering digunakan untuk bayi dan kanak kanak kecil menikmati susu sama ada susu ibu perahan atau susu formula Ibu bapa perlu peka pengendalian botol susu dan cara bancuh susu yang salah boleh mengundang mudar...
Waktu Usia Berapa Anak Boleh Dikategorikan Lambat Bercakap Ini Jawapan Dari Pakar

Waktu Usia Berapa Anak Boleh Dikategorikan Lambat Bercakap Ini Jawapan Dari Pakar

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 358 hits
Ibu mana yang tidak risau bila lihat anak kawan kawan semua sudah mula pandai bercakap dan anak sendiri masih tidak boleh bertutur walaupun seusia Bagi ibu yang mengalami situasi ini pastinya bingung Ada yang mungkin memberi pandangan supay...
Dah Ada Anak Dating Suami Isteri Tetap Penting Waktu Ni Sama Sama Boleh Luah Dan Faham

Dah Ada Anak Dating Suami Isteri Tetap Penting Waktu Ni Sama Sama Boleh Luah Dan Faham

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 352 hits
Nampak macam biasakan tapi inilah yang boleh mengukuhkan hubungan suami isteri walaupun dah ada anak ramai Ketahuilah siapa tak dating suami isteri memang rugi besar Mana tidaknya kalau sibuk dengan alam kerjaya balik rumah dengan anak lagi...
Anak Tak Duduk Diam Itu Tak Semestinya Hiperaktif Kena Caranya Mereka Boleh Jadi Bijak

Anak Tak Duduk Diam Itu Tak Semestinya Hiperaktif Kena Caranya Mereka Boleh Jadi Bijak

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 664 hits
Anak saya terlalu aktif tak boleh duduk diam walau seminit melompat sana melompat sini Nak tengok dia duduk diam waktu dia tidur Tidur pulak sekejap sahaja Begitulah antara keluhan ibu ibu yang anak mereka terlalu aktif Sebenarnya anak yang...
Anak Bosan Makan Nasi Mi Boleh Cuba Buat Sup Cendawan Kaya Vitamin B Baik Untuk Otak

Anak Bosan Makan Nasi Mi Boleh Cuba Buat Sup Cendawan Kaya Vitamin B Baik Untuk Otak

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 717 hits
Menjinakkan selera anak adalah menjadi tanggungjawab mama papa Bila mereka bosan dengan sesetengah menu boleh cuba untuk tukarkan menunya Kalau nasi dan mi sudah kurang mendapat sambutan apa kata cuba masakkan sup cendawan pula Yang penting...
Gemuk Sikit Tak Boleh Ke Doktor 5 Kesilapan Ini Ibu Ayah Selalu Buat Jadikan Anak Kecil Obes

Gemuk Sikit Tak Boleh Ke Doktor 5 Kesilapan Ini Ibu Ayah Selalu Buat Jadikan Anak Kecil Obes

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 484 hits
Gemuk dan tembam semasa anak masih bayi memang nampak cute tapi kalau berterusan sehingga usia prasekolah ia adalah petanda amalan pemakanan yang kurang sihat Ibu ayah elakkan melakukan 5 kesilapan ini dari awal lagi dalam pemakanan keluarg...
Messy Play Dengan Modal Tak Sampai Rm5 Anak Seronok Boleh Menajamkan Skil Motor Halus

Messy Play Dengan Modal Tak Sampai Rm5 Anak Seronok Boleh Menajamkan Skil Motor Halus

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 506 hits
Tidak perlu bermodal besar untuk berikan anak rasa seronok hanya menggunakan dua bahan ini mereka sudah boleh bermain dengan gembira sambil menajamkan skil motor halus dan menajamkan sensori Modal yang keluar pun tak sampai RM5 berkongsi ca...
4 Tips Elak Marah Anak Anak Yang Boleh Dijadikan Panduan Ibu Bapa

4 Tips Elak Marah Anak Anak Yang Boleh Dijadikan Panduan Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 490 hits
Mengawal marah apabila berhadapan dengan perangai anak anak adalah satu perkara yang sangat mencabar Lagi mencabar apabila ini berlaku ketika ibu atau bapa keletihan selepas pulang daripada kerja atau pemikiran kusut akibat isu lain Kami ko...
Bagaimana Seorang Anak Boleh Menolong Ayahnya Dalam Kubur

Bagaimana Seorang Anak Boleh Menolong Ayahnya Dalam Kubur

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 1056 hits
Soal Macamana nak tolong ayah dalam kubur Jawab Sebagai anak sebaiknya selalu mendoakan kebaikkan dan memohon keampunan Allah untuk ayah yang telah meninggal dunia selalu bersedekah dan menderma dan dan banyakkan amal solih niatkan untuk ay...
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi

Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Free Sample Libresse Knowyourv


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Perry Feat Zee Avi Romantisa Chord

Melihat Gunung Kinabalu Dari Daradaat View

Kejadian Ikut Hukum Alam

Pengambilan Jawatan Ppj Februari 2025

Waktu Solat Bandar Baharu Kulim Kedah 03 02 2025

Subsidi Yuran Kanak Kanak Autisme 2025 Semakan Permohonan