Itulah Takdir Muhyiddin



Ibarat permainan papan klasik, ular dan tangga, tiada siapa yang menjangka perjalanan politik Tan Sri Muhyiddin Yassin kini cukup manis.

Nama beliau sebelum ini tiada dalam saga untuk jawatan Perdana Menteri selepas Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatan itu pada 24 Feb lepas.

Namanya hanya timbul apabila disebut oleh Dr Mahathir ketika melancarkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 pada 27 Feb, dan sehari selepas itu, segalanya berubah.
Iklan

Hari ini, anak jati Muar, Johor yang juga antara pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu, mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri Malaysia kelapan di Istana Negara.

Figura berusia 72 tahun itu melalui pelbagai ranjau dan duri dalam perjalanan politiknya, dan paling terkesan ialah disingkir daripada Umno dan dilucutkan jawatan Timbalan Perdana Menteri semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) berikutan kelantangan beliau terhadap kepimpinan BN ketika itu.

Mula berkecimpung dalam politik sejak 1970-an, Muhyiddin yang lahir pada 15 Mei 1947 merupakan Ahli Parlimen Pagoh selama lima penggal sejak 1978.

Selain Ahli Parlimen Pagoh, anak kepada ulama terkenal di Bandar Maharani (Muar), Johor, Muhammad Yassin Muhammad itu juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, Johor.

Beliau berpengalaman luas dalam pentadbiran negara dan pernah memegang pelbagai jawatan dalam Kabinet iaitu Menteri Dalam Negeri (Mei 2018-Febuari 2020); Timbalan Perdana Menteri (2009-2015); Menteri Pendidikan (2009-2015); Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2004-2008); Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (1999-2004), Menteri Belia dan Sukan (1995-1999); dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri di bawah beberapa pentadbiran sebelum ini.



Memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu dari Universiti Malaya (UM), Muhyiddin juga pernah menjawat jawatan Menteri Besar Johor (1986-1995), selepas memenangi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Serampang pada pilihan raya umum ketujuh.

Kerjaya Muhyiddin bermula sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Johor pada 1970 dan kemudiannya Penolong Pegawai Daerah Muar pada 1974.

Beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Luar pada 1981; dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan pada 1982.

Muhyiddin mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Maharani dan Sekolah Kebangsaan Ismail serta Sekolah Tinggi Muar di Muar, Johor, sebelum melanjutkan pengajian ke UM.

Beliau mendirikan rumah tangga dengan Puan Sri Norainee Abdul Rahman pada 1972 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Fakhri Yassin, Nabilah, Najwa dan Farhan.



Jawatan terakhir beliau ialah Menteri Dalam Negeri di bawah kabinet Dr Mahathir di bawah kerajaan Pakatan Harapan selepas gabungan itu yang melibatkan PKR, Bersatu, DAP dan Amanah memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 menewaskan Barisan Nasional.

Muhyiddin juga pernah memegang jawatan naib presiden UMNO (1993-1996 dan 2000-2007), dan dipilih sebagai timbalan presiden UMNO pada 2008 sebelum dipecat pada 2016 kerana pendiriannya yang tegas dan berani menentang arus demi kepentingan parti.

Selain politik, Muhyiddin juga aktif dan banyak terlibat dalam kegiatan kemasyarakatan iaitu pernah dilantik menjadi Yang Dipertua Royal Johor Country Club dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (1986-1995); dan Presiden Persatuan Kanak-Kanak Spastik Negeri Johor (1986-1996).

Muhyiddin juga merupakan pengasas TSM Charity Golf, yang merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bermatlamat membentuk masyarakat penyayang melalui sumbangan kebajikan dan derma daripada sukan golf.

TSM yang ditubuhkan pada 2002 telah sedikit sebanyak mengubah persepsi masyarakat terhadap sukan golf dengan menjadikan golf sebagai satu wadah untuk membuat kebajikan dan menyumbang kepada mereka yang memerlukan.

- Bernama


MR :  Itulah takdir Mahathir diakhir usia terkena 'game' dan juga takdir Anwar tak merasai sebagai PM


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/itulah-takdir-muhyiddin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Melayu Islam Rasa Lega Dan Selamat Muhyiddin Pm8

Melayu Islam Rasa Lega Dan Selamat Muhyiddin Pm8

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 360 hits
Semasa PH menang seluruh rakyat rasa lega dari kleptokrasi lega dari GST Rupanya SERABUT soal ekonomi negara kos saraan manifesto rakyat boleh memahami dan sabar Tetapi apabila DAP SOMBONG dan bongkak dan penyokong Anwar MERATIB peralihan k...
Bohong Untuk Jadi Pm Mukhriz Persoal Jumlah Mp Bersatu Sokong Muhyiddin

Bohong Untuk Jadi Pm Mukhriz Persoal Jumlah Mp Bersatu Sokong Muhyiddin

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 405 hits
BERITATimbalan Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir mempersoalkan majoriti sokongan terhadap Muhyiddin Yassin apabila bukan semua anggota parlimen Bersatu menyokong presiden parti itu sebagai perdana menteri Mukhriz berkata enam anggota parlim...
Perlantikan Muhyiddin Pm 8 Sebahagian Mesej Perjuangan Islam Tercapai

Perlantikan Muhyiddin Pm 8 Sebahagian Mesej Perjuangan Islam Tercapai

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 235 hits
Oleh Nooreni Abu Bakar DUNGUN Perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan menandakan sekurang kurang sebahagian mesej perjuangan telah tercapai meskipun belum kemenangan mutlak kepada perjuangan Islam Timbalan Ketua...
Tak Suka Muhyiddin Tidak Perlu Melolong Seperti Anjing Gila

Tak Suka Muhyiddin Tidak Perlu Melolong Seperti Anjing Gila

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 301 hits
Tidak perlu melalak dijalanan atau di warong kopi kerana tidak puas hati Baca dah faham Perlembagaan Persekutuan Membantah kerana tidak setuju Muhyiddin Yassin di pilih ke jawatan perdana menteri sehingga melolong seperti kena rasuk di medi...
Lambaian Pertama Muhyiddin Keluarga Sebagai Pm Ke 8 Laungan Takbir Bergema

Lambaian Pertama Muhyiddin Keluarga Sebagai Pm Ke 8 Laungan Takbir Bergema

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 638 hits
Selepas pengumuman sebagai Perdana Menteri Kelapan diketahui umum Tan Sri Muhyiddin Yassin terus melakukan sujud syukur diatas lantikan yang dibuat terhadapnya Kediamannya juga telah gamat dengan laungan takbir daripada para penyokong belia...
Dr M Dedah 114 Sokong Muhyiddin Kurang Enam Pemimpin Bersatu

Dr M Dedah 114 Sokong Muhyiddin Kurang Enam Pemimpin Bersatu

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 710 hits
SHAH ALAM 29 FEB Perdana Menteri sementara Dr Mahathir Mohamad mendedahkan senarai nama 114 ahli parlimen yang menyokongnya sebagai perdana menteri Dalam kenyataan media malam ini Dr Mahathir berkata beliau menyediakan surat untuk diserah k...
Muhyiddin Dapat Sokongan 114 Ahli Parlimen

Muhyiddin Dapat Sokongan 114 Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 488 hits
Suraya Roslanam hmetro com myDatuk Takiyuddin Hassan FOTO NSTPSETIAUSAHA Agung PAS Datuk Takiyuddin Hasan mengesahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin disokong 114 Ahli Parlimen sebagai calon Perdana Menteri ke 8 Menurutnya Muhyiddin memperoleh sok...
Tan Sri Muhyiddin Perdana Menteri Ke 8 Terima 114 Sokongan Pas Akhirnya Dalam Kerajaan

Tan Sri Muhyiddin Perdana Menteri Ke 8 Terima 114 Sokongan Pas Akhirnya Dalam Kerajaan

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 794 hits
Selepas hampir 1 minggu rakyat Malaysia bermain teka teki dengan ketidaktentuan politik negara akhirnya satu keputusan telah dicapai apabila Yang di Pertuan Agong membuat keputusan untuk menjadikan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Me...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi