Beranikah Pn Berjanji Akan Pinda Perlembagaan Jika Berkuasa Malah Mula Meletakakkannya Dalam Manifesto Pru16




 Isu perlu atau tidak meminda perlembagaan bagi memastikan orang Melayu saja menduduki jawatan Perdana Menteri, menuding jari kepada pihak lain untuk melakukannya bukanlah suatu bentuk penyelesaian yang munasabah.


PN misalnya, mereka tidak perlu menggesa PH melakukan pindaan tersebut kerana gesaan itu jelas difahami berniat jahat dan tidak ikhlas.


Lagi pula, pendirian PH dan lain-lain parti ialah mereka mahu peruntukan sedia ada dikekalkan iaitu sesiapa saja boleh dan berhak menjadi Perdana Menteri.


Tetapi, berserta kefahaman dan kesepakatan, dalam masa yang sama mereka yakin bahawa berdasarkan orang Melayu merupakan penduduk majoriti negara ini, orang Melayu tetap merupakan pilihan utama untuk menjadi Perdana Menteri.


Bermakna, tidak perlu dipinda perlembagaan atau diwajib-paksakan perkara tersebut.


Penyelesaian melalui persefahaman, kesepakatan dan saling memahami adalah bentuk yang lebih harmoni dan itulah yang berlaku selama ini.


Tambahan lagi, sudah 15 kali PRU diadakan di negara ini, tidak pernah terpacul nama bukan Melayu ditonjolkan sebagai calon Perdana Menteri.


Jadi, kenapa kita perlu kecoh dan kelam-kabut?


Dalam hal ini, kiranya PN sepertimana kenyataan beberapa pemimpinnya benar-benar mahu hanya orang Melayu saja boleh jadi Perdana Menteri, adalah lebih baik mereka sendiri yang memperjuangkan perkara itu mulai sekarang.


Kalau mereka mahu perkara itu menjadi kenyataan, merekalah yang mesti memperjuangkannya.


Contohnya, mereka hendaklah mula menabur janji mulai sekarang bahawa jika PN berkuasa atau berjaya memerintah negara suatu hari, maka pindaan itu wajib akan dilakukan.


Dalam PRU16 akan datang, perkara meminda perlembagaan untuk memastikan Melayu saja boleh jadi Perdana Menteri itu pula mesti diletakkan sebagai manifesto utama dan tunjang dalam semua gerakan kempen yang dibentangkan kepada pengundi.


Jika rakyat atau pengundi memberi sokongan, sudah barang tentu PN akan senang-senang beroleh kemenangan dengan majoriti dua pertiga dalam PRU16 akan datang bagi membolehkan pindaan tersebut dilakukan.


Soalnya, beranikah PN berbuat demikian? – ShahbudinHusin 16/12/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/12/16/beranikah-pn-berjanji-akan-pinda-perlembagaan-jika-berkuasa-malah-meletakkannya-dalam-manifesto-pru16.html








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/12/beranikah-pn-berjanji-akan-pinda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beranikah Kit Siang Nyatakan Sjkc Sjkt Tak Wujud Dalam Perlembagaan

Beranikah Kit Siang Nyatakan Sjkc Sjkt Tak Wujud Dalam Perlembagaan

papar berkaitan - pada 15/12/2023 - jumlah : 479 hits
ismaweb net 14 12 2023Pemimpin Melayu hormat kontrak sosial kenapa Kit Siang setelah bersara politik dan dapat Tan Sri masih main isu 3R BANGI 1 Jamadilakhir 1445H Khamis Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi memperso...
Niat Dapat Pinjaman Rp3 Miliar Pensiunan Pns Malah Jadi Korban Perampokan Hilang Rp85 Juta

Niat Dapat Pinjaman Rp3 Miliar Pensiunan Pns Malah Jadi Korban Perampokan Hilang Rp85 Juta

papar berkaitan - pada 15/12/2023 - jumlah : 266 hits
Ia menjelaskan bahwa pengungkapan perkara itu berawal dari penemuan seorang lelaki dalam kondisi terikat lakban pada Sabtu
Cari Sayur Daeng Sattuang Malah Digigit Buaya

Cari Sayur Daeng Sattuang Malah Digigit Buaya

papar berkaitan - pada 15/12/2023 - jumlah : 248 hits
Akibat peristiwa tersebut Daeng Sattuang mendapatkan 25 jahitan di kaki
Samsuri Sebagai Pm Taktik Pru16 Atau Sekadar Gimik Prk

Samsuri Sebagai Pm Taktik Pru16 Atau Sekadar Gimik Prk

papar berkaitan - pada 5/12/2023 - jumlah : 335 hits
Hariz MohdMenamakan Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon perdana menteri boleh dianggap sebagai usaha parti itu memikat pengundi bukan Islam menjelang pilihan raya umum akan datang kata seorang penganalisis politik Felo kan...
Dap Akan Menang 63 Kerusi Pru16 Dominasi Parlimen

Dap Akan Menang 63 Kerusi Pru16 Dominasi Parlimen

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 292 hits
harakahdaily comDecember 7 2023Umno mesti berperanan halang persempadanan semula secara terpilihKUALA LUMPUR DAP akan boleh menang dengan selesa ke atas 63 kerusi Parlimen pada PRU16 sekiranya berlaku persempadanan semula secara terpilih de...
Umno Bakal Terkubur Selepas Pru16

Umno Bakal Terkubur Selepas Pru16

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 167 hits
KANGAR UMNO tidak mustahil terkubur dalam Pilihan Raya Umum Ke 16 jika terus menjalinkan kerjasama dengan DAP dalam Kerajaan Perpaduan memandangkan majoriti ahli atau pengundi mereka jelas menolak kerjasama tersebut Bagaimanapun UMNO masih ...
Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Elak Tergelincir Di Bilik Air Ini 6 Design Selamat Yang Perlu Dititikberatkan