Beranikah Nik Zawawi Buat Lapuran Sprm
Beranikah Nik Zawawi Buat Lapuran SPRM
Ahli parlimen Pasir Puteh (PAS), Nik Muhammad Zawawi Salleh, mendedahkan perbualan WhatsApp yang kononnya berkaitan tender membekalkan makanan kepada ATM.
Pendedahan itu di buat Nik Zawawi ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025.
Nik Zawawi mendakwa perbualan tersebut antara Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul (PN-Bukit Gantang) dengan seorang pegawai berkaitan tender berkenaan.
Beliau mendakwa, Syed Abu Hussin memohon tender berkenaan melalui sebuah syarikat.
Dan ianya bertembung dengan permohonan daripada FELDA D’Saji Sdn Bhd (D’Saji), syarikat milik kerajaan yang disifatkan amat berjaya.
“Saya ada satu mesej, yang dimesej antara Bukit Gantang dan seorang pegawai, di waktu malam.”
“Kalau saya nak baca ni, ada tapi makan masa.”
“Tapi saya nak sebut (bahagian) akhir dalam mesej itu, bahagian Datuk pun ada.”
“Ini satu benda yang tidak sepatutnya wujud dalam konsesi tender dan seumpamanya.”
“Ini benda sangat keji dan saya harap D’Saji akan diberi peluang oleh kerajaan mengendalikan perkara ini.”
“Yang di bawahnya ada peneroka FELDA yang ramai akan mendapat manfaat,” dakwa beliau.
Dalam memberikan respon terhadap tuduhan tersebut, Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan menafikannya.
“Seperti mana saya dengar ucapan Pasir Puteh sebelum ini.”
“Bahawa Menteri Kewangan tak ikut tatakelola dalam pengagihan kontrak kepada D’saji, kepada Bukit Gantang, tak benar sama sekali.”
“Saya yang tandatangan, saya tahu.”
“You dengar dari mana, daripada TikTok, ini belajar mana?.”
“TikTok?.”
“Seorang pula (dari) WhatApps.”
“Tak tunjuk fakta.”
“Tapi belajar, kalau sebut baca Al-Quran, baca hadis, sanadnya di mana?,” sanggah Anwar.
Apa yang dilakukan oleh Nik Zawawi adalah sama seperti apa yang pernah dilakukan oleh Wan Fahysal yang kini digantung selama 6 bulan.
Untuk rekod, Wan Fahysal telah menggunakan surat layang sebagai hujah dalam perbahasan beliau di Dewan Rakyat.
Apabila diminta bukti, beliau berdolak dalih.
Persoalannya sekarang, beranikah Nik Zawawi membuat lapuran SPRM untuk membuktikan dakwaan beliau benar?
Beranikah Nik Zawawi Buat Lapuran SPRM
Di Syorkan Untuk Anda:
Anwar Kecam Pihak Yang Mempertikaikan Permohonan Maaf Najib
Kes SRC Dan 1MDB: Demi Keadilan Atau Demi Dendam
Anthony Loke Mendahului Keputusan Mahkamah?
Temui Kami:
My TV Online
Telegram
Twitter
Facebook
Youtube
Tiktok
The post Beranikah Nik Zawawi Buat Lapuran SPRM appeared first on My TV ONLINE.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://my-tv.online/2024/10/30/beranikah-nik-zawawi-buat-lapuran-sprm/