Ajp Nafas Sedia Disiasat Sprm Akan Buat Rayuan Kepada Pm




KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Anggota Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) bersedia memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu penggantungan membabitkan pertubuhan itu.
Menurut kenyataan bersama pada Sabtu, pihaknya juga akan sentiasa memberikan kerjasama yang tidak berbelah bahagi kepada pihak berkuasa dalam memastikan sistem tatakelola, tadbir urus dan sistem kewangan yang telus dalam memerangi segala penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.
Jelas kenyataan tersebut, mengambil kira perkembangan itu dan juga demi kepentingan ahli-ahli Peladang sebagai pemegang saham Nafas, AJP Nafas akan membuat rayuan secara rasmi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu terhadap pergantungan Nafas selaras dengan hak di bawah Seksyen 21 Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109).
“Alasan penggantungan yang dikeluarkan Ketua Pengarah Pertubuhan Peladang, Amir Matamin adalah menjurus kepada isu, konflik dan ketidakharmonian dalaman.
“Tuduhan berkenaan merupakan satu alasan yang amat lemah kerana selaku Pendaftar Pertubuhan Peladang, beliau sepatutnya terlebih dahulu memberi teguran, nasihat dan mengadakan perundingan dan perjumpaan dengan semua pihak yang berkepentingan bagi menangani serta menyelesaikan sebarang konflik atau ketidakharmonian seperti didakwanya,” katanya.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh Pengerusi Jemaah Pengarahnya, Datuk Zamri Yaakob bersama anggotanya iaitu Datuk Aimi Jusoh, Datuk Sham Mat Sahat, Datuk Ismail Umar, Datuk Mohd Rosll Harun, Datuk Ali Shikh Ahmad, Datuk Mustaffar Kamal Ab Hamid, Dr Ab Razak Kasbollah, Datuk Abdul Rahman Ismail, Datuk Mohd Nazri Abdullah dan Datuk Abd Rahman Bakri.
Ia sebagai mengulas mengenai penggantungan Nafas yang dikeluarkan Amir Matamin yang juga Pendaftar Pertubuhan Peladang pada Jumaat.
“Ahli-ahli Peladang maklum dan sedar bahawa isu konflik dan ketidakharmonian dalaman hanya berlaku setelah Menteri KPKM menggunakan kuasanya melantik seorang pemimpin parti politik sebagai Pengurus Besar Nafas berkuat kuasa Mac 2023.
Jelasnya, AJP Nafas yakin bahawa keputusan penggantungan yang dibuat Ketua Pengarah Pertubuhan Peladang kali ini ada hubung kait dengan tindakan dan keputusan AJP menggantung tugas pengurus besar baharu berikutan dakwaan salah laku yang dilakukannya.
Sebelum ini, media melaporkan Perlembagaan Nafas digantung berkuat kuasa pada Jumaat bagi menambah baik tatakelola dan tadbir urus pertubuhan itu.
Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Amir Matamin berkata, selaku Pendaftar Pertubuhan Peladang, beliau mengeluarkan arahan itu di bawah Seksyen 20 (1) Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109), susulan konflik dalaman dan ketidakharmonian yang telah menjejaskan operasi dan fungsi Nafas.


Source link
The post AJP Nafas sedia disiasat SPRM, akan buat rayuan kepada PM appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/ajp-nafas-sedia-disiasat-sprm-akan-buat-rayuan-kepada-pm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fashionvalet Sprm Kesan Transaksi Mencurigakan Sejak 2018 Semua Barang Mewah Pernah Show Off Di Instagram Kini Disiasat

Fashionvalet Sprm Kesan Transaksi Mencurigakan Sejak 2018 Semua Barang Mewah Pernah Show Off Di Instagram Kini Disiasat

papar berkaitan - pada 8/11/2024 - jumlah : 278 hits
Dalam perkembangan terbaru siasatan ke atas syarikat e dagang FashionValet berhubung kerugian pelaburan RM43 9 juta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah mengesan terdapat beberapa transaksi akaun mencurigakan Menurut Ketua Pesuruhja...
Masa Ko Jadi Pengarah Sprm Dulu Ko Tak Berani Sentuh Pun Guane Bohhh

Masa Ko Jadi Pengarah Sprm Dulu Ko Tak Berani Sentuh Pun Guane Bohhh

papar berkaitan - pada 6/11/2024 - jumlah : 226 hits
Inilah contoh Mana datang idea SPRM dijadikan Mungkin itu yang dia buat masa dia jadi KP SPRM zaman Mahathir jadi PM7 dahulu kot tak perlu berlakon acah acah mulia la Zaman dia ketuai SPRM dulu macam Daim dia tak berani usik pun Kawan Mahat...
Sprm Rakam Keterangan Pengasas Fashion Valet Lebih 5 Jam

Sprm Rakam Keterangan Pengasas Fashion Valet Lebih 5 Jam

papar berkaitan - pada 6/11/2024 - jumlah : 207 hits
Setakat 8 malam Vivy Yusof dan Fadzarudin Anuar masih belum keluar dari Ibu Pejabat SPRM sejak tiba untuk memberi keterangan pada 2 30 petang tadi PETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia merakam keterangan pengasas bersama Fash...
Sprm Analisis Firma Lain Terkait Khazanah

Sprm Analisis Firma Lain Terkait Khazanah

papar berkaitan - pada 6/11/2024 - jumlah : 193 hits
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata agensi antirasuah itu mengambil maklum dakwaan dikemuka pemberi maklumat PETALING JAYA Satu firma lain didakwa dimiliki Khazanah Nasional Berhad sedang dianalisis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malays...
Sprm Periksa Kediaman Pengasas Fashionvalet

Sprm Periksa Kediaman Pengasas Fashionvalet

papar berkaitan - pada 7/11/2024 - jumlah : 145 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini melakukan pemeriksaan terhadap beberapa premis termasuk kediaman pasangan usahawan terkenal Vivy Yusof dan Fadzaruddin Shah Anuar di sekitar Lembah Klang Ketua Pesur...
Hiburan Rumah Digeledah Sprm Sita 11 Handbag Seutas Jam Tangan Mewah Bernilai Rm200 00 Milik Vivy Yusof Fadza Anuar

Hiburan Rumah Digeledah Sprm Sita 11 Handbag Seutas Jam Tangan Mewah Bernilai Rm200 00 Milik Vivy Yusof Fadza Anuar

papar berkaitan - pada 7/11/2024 - jumlah : 213 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dilaporkan telah menyita 11 buah beg tangan milik pengasas platform e dagang FashionValet Datin Vivy Yusof Selain itu seutas jam tangan mewah dianggarkan bernilai RM200 000 juga turut dirampas selepas ...
Kibar Bendera Asing Ppim Gesa Adun Ayer Keroh Disiasat Di Bawah Akta Hasutan Sinar Harian 31 10 2024

Kibar Bendera Asing Ppim Gesa Adun Ayer Keroh Disiasat Di Bawah Akta Hasutan Sinar Harian 31 10 2024

papar berkaitan - pada 31/10/2024 - jumlah : 582 hits
SHAH ALAM Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa agar Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Keroh Kerk Chee Yee bersama peserta lain dan penganjur yang terlibat dengan insiden mengibarkan bendera negara asing di tempat awam di Johor dan Perak...
Is Linking Mykad To Fuel Subsidies Helping Malaysians

A New Look At How Android Xr Will Bring Gemini To Glasses And Headsets

Co Opbank Pertama Perkenal Produk Takaful Dalam Talian

Rafizi Kalau Saya Menang Saya Mungkin Mati Terkejut

Ibu Hamil Luah Rasa Sedih Kakak Ipar Paksa Beri Anak Dalam Kandungan Secara Free Kaya Tapi Tak Nak Buat Ivf

Ibu Cekik Anak Diperintah Jalani Penilaian Psikiatri

Betulkan Dulu Sekolah Kerajaan Sebelum Cari Salah Sekolah Islam

777 8 Jul 2568 Punpro777 24 Top 85 By Marsha Punpro777 World


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Welded Fittings The Leak Free Pipe Connections By Unitrade

Surat An Nisa Ayat 6 Arti Perkata Dan Tafsir

Din Cendol D Kebun Seksyen 7 Shah Alam Port Makan Chill Dalam Kebun

Singgah The Sheep Sanctuary

Bicara Muafakat Siri 15 Rakyat Resah Janji Kosong Muafakat 20 05 2025

Nasi Ambeng Porsi Besar