Beranikah Dap Tinggalkan Gagasan Malaysian Malaysia


Yunus TasimOrang Melayu melihat gagasan Malaysian Malaysia mencabar dan bertentangan dengan Perkara 153 perlembagaan Malaysia dan DAP yang memperjuangkannya sebagai sebagai menolak perlembagaan.Orang Melayu memang sensitif tentang isu bangsa, agama dan hak keistimewaan mereka. Apatah lagi ia termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Sudah terpahat di batu.

Justeru untuk meraih sokongan orang Melayu, naratif politik mesti dibuat menggunakan 3 perkara tersebut. Begitu juga jika adanya “musuh” yang dihadapi, tuduhan orang Melayu akan berkisar sekitar 3 perkara itu.

Inilah yang berlaku selepas tragedi 13 Mei 1969. Naratif bercampur tuduhan dicipta khusus untuk DAP. Tujuannya untuk menjauhkan orang Melayu dari parti itu sampai ke tahap menolak DAP dan sesiapa sahaja yang bersekongkol dengannya.

“Parti orang Cina” bukan sahaja DAP. MCA, Gerakan, SUPP dan banyak lagi parti orang Cina di Sabah dan Sarawak. Orang Melayu juga tahu, orang Cina akan bersatu dalam memperjuangkan “isu Cina”. Orang Cina dalam MCA dan Gerakan pasti bersatu dengan DAP walaupun di depan kelihatan mereka bercakaran. Ini semua orang Melayu “tahu”.

Orang Melayu juga tahu Umno selama ini berjaya “membuli” dan “menundukkan” pemimpin Cina dalam Barisan Nasional (BN). Ini termasuklah MCA, Gerakan dan parti Cina dari Sabah dan Sarawak. Maka strategi Umno ialah mengisolasikan orang Cina dalam DAP sebagai satu-satunya musuh utama bagi menolak mana-mana gabungan politik yang dianggotai DAP.

Sejarah slogan “Malaysian Malaysia”

Sejarah juga memainkan peranan. Apabila PAP Malaya diharamkan setelah Singapura berpisah dari Malaysia, pemimpin PAP Malaya menubuhkan DAP pada tahun 1965. DAP mengekalkan gagasan “Malaysian Malaysia” yang didakwa dicipta oleh mendiang Lee KuanYew yang merupakan penyebab perpecahan Malaysia-Singapura.

Struktur DAP dilihat seiras dengan PAP di mana pemimpin utamanya adalah setiausaha agung parti.

Jika orang Melayu melihat PAP bertanggungjawab menguburkan hak orang Melayu di Singapura, maka hujah yang sama digunakan terhadap DAP jika mereka berkuasa di Malaysia.

Maka diciptalah pelbagai naratif negatif terhadap DAP. Tujuannya supaya orang Melayu takut dan benci terhadap parti itu. Naratif itu kebanyakannya kekal dengan DAP sehingga hari ini, walaupun ia telah menjadi salah sebuah parti kerajaan.

DAP parti chauvinis Cina, DAP=PAP, DAP anti Melayu, DAP anti kuasa politik Melayu, DAP anti hak keistimewaan Melayu, DAP anti Raja-raja Melayu, DAP anti Islam, DAP parti komunis, dan banyak lagi adalh sebahagian daripada naratif tersebut.

Bagi orang Melayu, DAP di lihat sebagai hantu jembalang jelmaan PAP dan Lim Kit Siang sebagai jelmaan Lee Kuan Yew yang begitu menakutkan orang Melayu.

Orang Melayu melihat gagasan Malaysian Malaysia mencabar dan bertentangan dengan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia. Justeru orang Melayu melihat ahli DAP yang memperjuangkan konsep “Malaysian Malaysia” sebagai menolak Perlembagaan negara

DAP sebagai kerajaan

Orang Melayu skeptikal bila DAP memenangi pilihan raya negeri dan memerintah Pulau Pinang tahun 2008. Orang Melayu Umno sengaja mencari kesalahan dan mencipta kelemahan DAP berkaitran isu tanah orang Melayu, peruntukan untuk Majlis Agama Islam, seruan azan di masjid dan surau serta pelbagai program pembangunan lain.

Sebenarnya orang Melayu juga tahu semasa BN memerintah, bukan Umno yang memerintah Pulau Pinang. “Parti Cina” Gerakan menerajui Pulau Pinang sejak 1969. Tanah milik orang Melayu yang tergadai bukan hanya berlaku ketika DAP memerintah, malah bermula sebelum 1969 lagi.

Yang nyata segala tohmahan ciptaan Umno itu merupakan fitnah jahat. Lim Kit Siang tidak menjadi timbalan perdana menteri, tidak juga menteri Kabinet.

Tun M, PPBM dan Amanah tidak juga menjadi tunggangan DAP seperti yang dihebohkan. Orang Melayu harus sedar bahawa semua slogan dan naratif ciptaan Umno itu adalah mainan politik yang licik yang suka memecah-perintah orang Melayu dan rakyat Malaysia.

Apakah DAP harus korbankan gagasannya?

Pastinya DAP telah melihat dan merasai pelbagai karenah dalam menguruskan sebuah kerajaan, sama ada pusat mahupun negeri. Mahu tidak mahu, DAP harus menerima hakikat bahawa gagasan Malaysian Malaysianya merupakan liabiliti kepada kerajaan PH.

Setiap kali pilihan raya, mantra dan naratif berhantu yang lahir dari gagasan Malaysian Malaysianya itu akan diulang-ulang oleh PAS dan Umno dan sukar untuk PH mempertahankannya.

Persoalannya, apakah DAP sanggup mengorbankan gagasan itu, sekali gus mengangkat Perlembagaan Malaysia dan Rukunegara sebagai asas perpaduan dan pembangunan negara?

Kalau DAP sanggup mengumumkan secara terbuka dan ikhlas untuk meminggirkan gagasan Malaysian Malaysia dariada perjuangannya atau menyusunnya semula supaya orang Melayu melihat bahawa DAP menerima hakikat peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia, pastinya itu merupakan pengorbanan besar yang akan membasmi politik perkauman sempit daripada kehidupan rakyat Malaysia.

Dengan itu akan berkuburlah naratif dan tuduhan perkauman yang berhantu dan menjadi langkah awal ke arah politik matang dan progresif yang melewati batas perkauman sempit dan keagamaan ekstrim yang menghambat integrasi nasional selama ini.

Tetapi, mahukah DAP mempelopori gagasan baru ini?

*Yunus Tasim adalah pembaca FMT.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/beranikah-dap-tinggalkan-gagasan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semakin Hari Dap Semakin Gelabah Inilah Rule Of Law Malaysia Baru

Semakin Hari Dap Semakin Gelabah Inilah Rule Of Law Malaysia Baru

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 259 hits
KUALA LUMPUR 23 Mac Adakah menguatkuasaan undang undang hanya dilaksanakan ke atas penyokong Barisan Nasional dan PAS manakala kebebasan mutlak untuk melanggar undang undang diberikan kepada penyokong Pakatan Harapan soal Ahli Majlis Tertin
Kerana Hero Egg Man Rakyat Malaysia Berduyun Tinggalkan Komen Ucap Terima Kasih

Kerana Hero Egg Man Rakyat Malaysia Berduyun Tinggalkan Komen Ucap Terima Kasih

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 594 hits
Di sebalik seluruh dunia berdukacita atas tragedi hitam yang menimpa jemaah umat Islam di Masjid Chistchurch New Zealand tindakan Senator Australia Fraser Anning yang mendakwa serangan pengganas adalah berpunca daripada kehadiran penganut I...
Saya Tinggalkan Bangladesh Bekerja Di Malaysia Tanpa Cuti Sejak 27 Tahun Lalu Demi Keluarga

Saya Tinggalkan Bangladesh Bekerja Di Malaysia Tanpa Cuti Sejak 27 Tahun Lalu Demi Keluarga

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 380 hits
The Reporter27 tahun meninggalkan rumah dan keluarga demi mencari rezeki di negara lain biarpun terpaksa meninggalkan anak bongsunya berusia enam bulan yang sentiasa dirindui Abu Bakar namanya bekerja tanpa cuti sakit dan cuti rehat Semuany...
Kejayaan Kejayaan Besar Kerajaan Sepenggal Pakatan Harapan Selepas 10 Bulan Menjarah Dan Merompak Malaysia

Kejayaan Kejayaan Besar Kerajaan Sepenggal Pakatan Harapan Selepas 10 Bulan Menjarah Dan Merompak Malaysia

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 560 hits
PH 10 Bulan Memerintah JUAL ASET 1 IHH Health Dijual juga Murah Pada kroni Jepun 2 Menara Annexe TM1 TM2 dijual juga pada kroni 3 Menara Felcra dijual juga pada kroni 4 M1 Axiata dijual juga pada kroni Singapura 5 Legoland Dijual juga pada ...
Liga Bola Sepak Malaysia Saman Telekom Malaysia

Liga Bola Sepak Malaysia Saman Telekom Malaysia

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 356 hits
KUALA LUMPUR Liga Bola Sepak Malaysia mengambil tindakan undang undang terhadap Telekom Malaysia dengan memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung pelanggaran kontrak penajaan oleh syarikat telekomunikasi itu kerana gagal me...
Malaysia Menteri Korea Minta Maaf Presiden Salah Ucap Dalam Sidang Media Pm Mahathir

Malaysia Menteri Korea Minta Maaf Presiden Salah Ucap Dalam Sidang Media Pm Mahathir

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 394 hits
Menteri Luar Korea Selatan Kang Kyung wha memohon maaf di Parlimen negara itu ekoran kesilapan ucapan presiden Moon Jae in ketika kunjungannya ke Malaysia awal bulan ini Menurut AFP beliau memberitahu Parlimen Rabu lalu bahawa kementerianny...
Malaysia Mufti Perlis Siasatan Awal Kereta Terbakar Bukan Sabotaj Bom Petrol

Malaysia Mufti Perlis Siasatan Awal Kereta Terbakar Bukan Sabotaj Bom Petrol

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 283 hits
Kenderaan rasmi Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dipercayai dipercayai dibakar pada bahagian bonet dan cermin hadapan dipecahkan Kejadian di hadapan rumahnya di Jalan Persiaran Wawasan di Kangar itu disyaki berlaku awal pagi tadi Sia...
Malaysia Dr Mahathir Diberi Sambutan Negara Di Pakistan

Malaysia Dr Mahathir Diberi Sambutan Negara Di Pakistan

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 258 hits
ISLAMABAD Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diberi sambutan negara oleh Kerajaan Pakistan di kediaman rasmi rakan sejawatnya Imran Khan di sini hari ini Kedua dua pemimpin kemudian menaiki pentas disusuli lagu kebangsaan kedua dua bua...
Malaysia Kereta Mufti Perlis Terbakar Dibaling Bom Petrol

Malaysia Kereta Mufti Perlis Terbakar Dibaling Bom Petrol

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 454 hits
Kenderaan rasmi Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dipercayai dipercayai dibakar pada bahagian bonet dan cermin hadapan dipecahkan Kejadian di hadapan rumahnya di Jalan Persiaran Wawasan di Kangar itu disyaki berlaku awal pagi tadi Sia...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii