Berakhir Kesultanan Sulu


 BERAKHIRNYA KUASA KESULTANAN SULU APABILA TAUSUG MEMBIARKANNYA JATUH DAN HILANG.



1> Tahukah anda bila institusi kesultanan Sulu "terhenti dan berakhir"? Ia berakhir pada tahun 1936 setelah sultan terakhir yang berdaulat telah mangkat. Sultan terakhir ini bernama Sultan Muhammad Jamalul Kiram II bin Sultan Muhammad Jamalul Alam. Kuasa kesultanan berhenti total ditinggalkan oleh Tausug setelah kedatangan tentera Jepun pada Perang Dunia ke-II antara 1940 hingga 1945. Perang Dunia ke-II inilah salah satu faktor penyebab berakhirnya Kesultanan Sulu seterusnya era UNITED NATION pun bermula. 


2> Tahukah anda bahawa Sultan Sulu terakhir itu masih berkuasa di Sandakan menaungi Pemerintah British (Penyewa North Borneo) dari 1890 hingga 1936? Istananya masih wujud hingga hari ini di puncak Tangga Seribu berjiran dengan Rumah Agnes Keith? (Sultan hanya perlu berjalan kaki menuruni tangga bawah sedikit untuk sampai ke Masjid Jame' Syeikh Hasbullah At-Takhiri bersolat fardhu Jumaat. Hingga hari ini Jalan Istana masih wujud.)


3> Tahukah anda Sultan Sulu terakhir inilah Sultan yang paling KAYA DI DUNIA kerana memiliki 617,000 metrik tan jongkong emas? Setiap kali Baginda tiba ke Sandakan dari Jolo, Penyewa North Borneo British akan menyambutnya dengan kawad hormat bahkan ketika tiba di Singapore pemerintah British menyambutnya dengan melepaskan beberapa das tembakan keudara di samping kawad hormat.


4> Pakatan USA dan BRITISH merapatkan hubungan "Luar Biasa" pada Sultan Sulu terakhir ini hanyalah semata-mata mahukan JONGKONG EMASnya dapat dilabur ke USA dan UK dan beberapa negara lain. Baginda dibawa ke USA dan beberapa negara termasuk berjaya naik haji ke Makkah (*kemungkinan Makkah Madinah ketika itu sudah jatuh ke tangan British dibawah penjagaan Bani Saud). Mungkin juga Baginda berjaya menandatangani perjanjian pelaburan itu, kemudiannya semua dokumen Baginda telah dicuri dari dalam hotelnya di Singapura. Diperkirakan juga bahawa dokumen asal PAJAKAN SABAH turut sama dicuri.


5> Beberapa bulan selepas Baginda kecurian dokumen di Singapore, Baginda pun mangkat dipercayai diracun. Menurut beberapa sumber Baginda mangkat di North Borneo pada 1936. Kemangkatan Baginda menyebabkan kehuru-haraan dikalangan para Datu Istana Maimbung sehingga Datu Rajamuda (Ladjamura) Mawallil Wasit naikh takhta tapi mangkat beberapa minggu kemudian kerana diracun. Maka naiklah pula Sultanah Piandao (anak saudara Sultan Jamalul Kiram II) bersama suaminya Datu Omra Amilbangsa (Datu Iranun Borneo?) tapi ditentang oleh para Datu.


6> Kerajaan Sulu yang huru-hara di Istana bukan sahaja disebabkan perebutan takhta siapa yang patut gantikan Almarhum Sultan Jamalul Kiram II yang "mandul" itu (tanpa anak walaupun ramai isteri) tapi juga disebabkan rakyat TAUSUG yang sudah lama benci kepada institusi istana yang mereka anggap korup dan talibarut kafir USA. 


7> Peristiwa pembunuhan beramai-ramai (hampir 4,000 orang) Tausug oleh USA pada awal 1900an hingga 1930an di puncak Bud Bagsak dan Bud Dahu' menyebabkan ramai para Datu dan Sharif lari dari Jolo menuju ke Borneo, Basilan Sambuangan, Tawi-Tawi dan Palawan sambil melupuskan pangkat DATU dan SHARIF mereka (tidak semuanya bertindak melupus pangkat). Di waktu inilah yang dikatakan ramai Bangsawan Tausug NAGLUPUS SIN PANGKAT.


8> Tahukah anda bagaimana kedudukan harta karun jongkong emas Sulu seberat 617,000 metrik tan itu? Sebenarnya sejak dari awal Almarhum Sultan Jamalul Kiram II telah melantik Trustee 2 orang iaitu dari keluarga Overback Raja Sandakan (British) dan seorang padri katolik yang ada kaitan dengan Vatican.


9> Sepertinya perancangan Perang Dunia ke-II semakin dekat dan gusar dengan kemaraan Tentera Jepun maka pada tahun 1939 itulah jongkong emas Sulu dibawa ke Vatican Italy atau pun ke England. Itupun setelah President Commonwealth of the Philippines di bawah USA itu membuat pengisytiharan sepihak yang membawa maksud bahawa "Selepas kemangkatan Sultan Jamalul Kiram II maka Kesultanan Sulu sudah tidak ada lagi". Tiada reaksi langsung dari rakyat Tausug dan istana Maimbung pun tidak dapat berbuat apa-apa kerana sedang sibuk bercakaran.


10> Setelah jongkong emas selamat di bawa ke Eropah maka meletuslah perang dunia ke-II. Tausug yang sudah tinggalkan Kesultanannya itu kini berperang pula melawan Jepun. Ketika era Jepun inilah Tausug mula berasakan kerugian besar kehilangan identiti bernegara kerana kehilangan institusi kuasa kesultanannya. Ketika era jepun inilah Tausug di North Borneo dan Sulu terpaksa memihak British dan USA sehinggakan British dan USA mendapat keuntungan besar memanfaatkan kepahlawanan Tausug menentang Jepun.


11> Di North Borneo tentera Jepun sangat anti Orang Suluk kerana penentang utama askar Jepun ialah pahlawan Suluk. Dalam catatan sejarah Sabah, labih 4,000 pahlawan Suluk bersama isteri dan anak-anak mereka disembelih oleh tentera Jepun. Demikian di Jolo juga, tiada keamanan buat tentera Jepun kerana sering diserang hendap oleh pahlawan Suluk. Kemunculan Tun Datu Mustapha sebagai ketua pahlawan Suluk melawan Jepun tidaklah dapat dimungkiri. Beliau dilatih oleh USA bersama pahlawan Jolo untuk digunakan menentang JEPUN yang akhirnya berjaya. 


12> Berakhirlah Perang Dunia ke-II dan muncullah dua pemimpin terkenal iaitu Datu Mustapha bin Datu Harun (North Borneo) dan Ferdinand E Marcos (Peguam Kesultanan Sulu untuk uruskan jongkong emas Sulu sebelum jadi presiden Filipina) yang mana kedua-duanya bertanggungjawab mencetuskan perang Moro 1972 bertitik tolak dari KUASA TAUSUG DAN KESULTANANNYA.


#Artikel asal ditulis oleh saudara Asree Elaji bertarikh 3/2/2018 dalam FB group #TausugSabahan. Beliau juga adalah penulis buku Tausug dan Kesultanan Sulu 2007.


Sumber: Nusantara Timur.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://amrlife-amran.blogspot.com/2021/07/berakhir-kesultanan-sulu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/GZdPA+(Welcome++%26amp;+Selamat+datang)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sama Macam Akhbar Harakah Akhirnya Lebai Hadi Padam Isu Kejatuhan Kesultanan Melaka

Sama Macam Akhbar Harakah Akhirnya Lebai Hadi Padam Isu Kejatuhan Kesultanan Melaka

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 258 hits
Fakta sejarah Vatican City tidak wujud sehinggalah tahun 1929 Penggunaan nama Vatican City digunakan untuk pertama kali di dalam Perjanjian Lateran yang ditandatangani pada 11 Februari 1929 iaitu 418 tahun setelah kejatuhan Melaka Nama Vati...
Pesawat Tentera Filipina Bawa 85 Penumpang Terhempas Di Sulu

Pesawat Tentera Filipina Bawa 85 Penumpang Terhempas Di Sulu

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 242 hits
Jurucakap tentera Cirilito Sobejana berkata pesawat itu terhempas ketika cuba mendarat di Jolo di wilayah Sulu Pesawat tentera Filipina bawa 85 penumpang terhempas di Sulu COTABATO Sebuah pesawat tentera yang membawa sekurang kurangnya 85 o...
7 Festival Musik Terkenal Yang Berakhir Dengan Malapetaka

7 Festival Musik Terkenal Yang Berakhir Dengan Malapetaka

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 278 hits
Niat nak seronok tapi lain yang jadinya 7 Festival Musik Terkenal yang Berakhir Dengan Malapetaka Festival muzik adalah suatu acara yang biasanya dipenuhi dengan kumpulan kugiran atau penyanyi membuat persembahan dihadiri pula oleh ramai pe...
Covid 19 Dan Pkp Belum Berakhir Rindunya Makan Masakan Kampung Bersama Keluarga

Covid 19 Dan Pkp Belum Berakhir Rindunya Makan Masakan Kampung Bersama Keluarga

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 1131 hits
0011 Menu masakan kampungBelek belek koleksi gambar lama saya tertarik pula dengan satu gambar menu masakan kampung ini Gambar ini saya rakam sewaktu makan tengahari di rumah ibu satu waktu dahulu Pasti ramai yang rindukan suasana makan ber...
Setelah Semua Ini Berakhir Mulakan Semula

Setelah Semua Ini Berakhir Mulakan Semula

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 262 hits
SETELAH SEMUA INI BERAKHIR MULAKAN SEMULA Assalammualaikum wbt Sekuat kuatnya kita manusia tentu ada masanya rebah juga baik itu fizikal atau dalaman kita Kerana PC juga begitu Terkadang semangat kita kuat tapi bubuh kita sudah sampai hadny...
Notis 14 Hari Dah Berakhir Umno Bertelor Atau Sembang Kari

Notis 14 Hari Dah Berakhir Umno Bertelor Atau Sembang Kari

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 204 hits
Notis 14 hari Umno tamat hari ini apa bakal berlaku July 5 2021 Notis 14 hari Umno tamat hari ini apa bakal berlaku Hari ini tempoh 14 hari desakan UMNO supaya kerajaan memanggil semula sidang Parlimen tamat berdasarkan kenyataan Presidenny...
Hiburan Bilakah Ini Semua Akan Berakhir Aliff Syukri Sedih Dan Pilu Bangunan Perniagaan Terpaksa Dikosongkan

Hiburan Bilakah Ini Semua Akan Berakhir Aliff Syukri Sedih Dan Pilu Bangunan Perniagaan Terpaksa Dikosongkan

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 356 hits
Usahawan kosmetik terkenal yang kini aktif di TikTok Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa pilu dan hiba apabila salah satu bangunan perniagaan kepunyaannya sudah dikosongkan BACA AdvertisementIni berikutan pandemik COVID 19 yang menjejask...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Naim Garcia Calon Pemain Warisan Baru Perkuat Harimau Malaya

Can We Afford To Dream

Menu Egg Stra Ong Kembali Di Marrybrown

Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid

Arief Ujian Rindu Chord