Berak Cangkung Atau Duduk Mana Yang Lebih Baik


Pasti ramai diantara kita yang pernah berdebat bersama dengan rakan-rakan kita tentang keselesaan diantara jamban duduk atau jamban mencangkung semasa menggunakannya untuk berak.
Ada yang akan berkata bahawa tandas mencangkung lebih efektif dan tandas duduk pula tidak. Namun tahukah anda bahawa, terdapat satu kajian dilakukan berkenaan dengan posisi semasa membuang air besar ini.
Hello Doktor ada berkongsikannya, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti penulisan Hello Doktor ini seperti berikut:
Bagaimana seseorang individu itu berak bukanlah satu topik yang sering diperbincangkan dalam majoriti populasi global. Buat sesetengah masyarakat, perkara ini tabu dan mereka yang cuba untuk memulakan perbincangan tersebut boleh mendapat pelbagai reaksi negatif. Namun, percaya atau tidak, ada kajian yang menunjukkan posisi ketika proses penyahtinjaan mempengaruhi tahap kesihatan individu. Ingin tahu dengan lebih lanjut? Ikuti artikel ini.
Gambar hiasan Pembentukan konsep jamban duduk Pada zaman dahulu kala, manusia berak dalam posisi mencangkung. Ini berikutan tempat yang menjadi sasaran pendepositan bahan kumuh tersebut kebiasaannya tidak membenarkan seseorang individu itu untuk duduk. Pada tahun 1596, Sir John Harington telah memperkenalkan alat bagi memudahkan proses defekasi dengan mekanisme pembersihan yang tampak canggih. Ini memberikan impak terhadap lokasi pembuangan najis manusia dalam usaha bagi meningkatkan tahap ketamadunan sejagat.
Penggunaannya melibatkan 7.5 gelen air memandangkan ketiadaan sistem perpaipan dalam rumah pada ketika itu. Walau bagaimanapun, konsep tersebut cuma direalisasikan pada tahun 1775 oleh Alexander Cumming. Jamban duduk pula mula digunakan oleh orang awam pada abad ke-19. Ini bermakna, dalam ruang masa di antara abad ke-17 dan ke-19, jamban duduk sama ada belum dicipta atau ia cuma tersedia untuk golongan kenamaan sahaja. Bermula daripada saat itu, sistem ini telah ditambah baik sehingga terbentuknya jamban versi moden yang kerap digunakan pada hari ini.
Postur dan proses keluar najis Gambar hiasan Perbezaan postur ketika berak merupakan satu perbincangan yang mempunyai kepelbagaian pendapat di antara ahli-ahli akademik. Menurut mereka, postur individu mempengaruhi tahap pemintalan (kink) pada usus besar. Ketika rektum dipenuhi dengan najis, ia akan mengalami kontraksi seterusnya menyebabkan otot licin (smooth muscle) pada saluran dubur untuk mengendur. Secara teorinya, konsep ini akan memudahkan pergerakan keluar najis namun proses ini dihalang oleh tindakan otot puborektalis yang menggelungi struktur rektum tersebut. Ia akan menarik rektum ke hadapan bagi membentuk satu sudut ketat yang dikenali sebagai sudut anorektal.
Kepentingan sudut ini adalah bagi menghalang pergerakan keluar najis secara rawak sehingga kita sudah betul-betul bersedia. Ia memberikan fungsi kawalan pengeluaran kepada individu terbabit pada waktu yang sesuai. Bayangkan jika anda berak ketika sedang bermesyuarat, ketika membeli makanan atau ketika sedang berdating. Tak kena pada masanya, betul tak?
Ketika kita sedang mencangkung atau duduk untuk berak, otot puborektalis ini akan mengendur seterusnya meluaskan sudut anorektal. Ini akan membenarkan pergerakan keluar najis melalui bukaan tersebut. Namun, berbanding dengan duduk, posisi mencangkung akan meningkatkan tahap keluasan sudut tersebut seterusnya memudahkan pergerakan keluar najis. Produk yang dikeluarkan oleh sesetengah syarikat yang berupa bangku kecil berupaya untuk membuatkan sudut anorektal ketika duduk diperluaskan sepertimana mereka yang mencangkung.
Berak duduk punca masalah buasir? Gambar hiasan Anda mesti pernah terdengar perihal mereka yang berak duduk berisiko untuk mengalami masalah buasir, kan? Ia merupakan satu kenyataan yang seringkali menjadi alat bagi mengukuhkan pendapat mengapa kita perlu berak mencangkung. Ada benarnya jika dilihat pada konsep anatomi. Namun menurut pakar bedah Rebekah Kim, buat kebanyakan individu, mereka yang berak duduk tidak mengalami masalah tersebut.
Kajian yang dijalankan pada tahun 2010 oleh Ryuji Sakakibara telah mendapati bahawa mereka yang duduk ketika berak memerlukan tekanan abdomen yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mencangkung. Dapatan ini selari dengan kajian oleh Dov Sikirov yang menunjukkan mereka yang mencangkung hanya memerlukan 51 saat untuk berak manakala mereka yang duduk memerlukan di antara 114 hingga 130 saat. Dua faktor tersebut boleh meningkatkan risiko buat mereka yang berak duduk kepada masalah buasir.
Namun, tidak dinafikan bahawa kaitan di antara keduanya masih tidak jelas. Masalah buasir boleh disebabkan oleh pelbagai jenis faktor. Tidak semestinya masalah buasir seseorang individu adalah disebabkan oleh tabiat berak duduk mereka. Kajian lanjut perlu dilakukan bagi mengenal pasti hubungan di antara postur dan masalah buasir.
Konklusi Jika anda hendak mengekalkan tahap kesihatan anda pada tahap yang optimum, anda perlu mengambil berat berkenaan dengan posisi anda berak. Kebanyakan tandas awam sekarang tidak mempunyai jamban mencangkung. Jika anda berada pada situasi tersebut, gunakan sahaja jamban duduk, jangan tahan! Namun, jika anda ingin membeli rumah, ambil tahu berkenaan dengan jenis jamban yang disediakan bersama rumah tersebut. Tukar kepada jamban cangkung kerana ia boleh memberikan kepuasan defekasi yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Sumber: Hello Doktor
Baca: Nak Beli Cash Tak Mampu, Huawei Wujudkan Skim Bayaran Ansuran 0% Interest Untuk Pelajar Beli Gadgetnya
The post Berak Cangkung Atau Duduk, Mana Yang Lebih Baik? appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/12/26/berak-cangkung-atau-duduk-mana-yang-lebih-baik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih Baik Adzan Dulu Atau Langsung Iqamah Jika Waktu Sempit

Lebih Baik Adzan Dulu Atau Langsung Iqamah Jika Waktu Sempit

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 254 hits
Sudah maklum bahwa sebelum kita melaksanakan shalat fardhu kita disunnahkan terlebih dahulu untuk mengumandangkan adzan dan iqamah Namun karena waktu sempit atau sebab lainnya kita umumnya mencukupkan iqamah saja sebelum melaksanakan shalat...
Mrkokom Raih Pendapatan Lebih Rm50 000 Sebulan Sebagai Youtuber Kami Tak Peduli Tentang Trending Atau Tidak

Mrkokom Raih Pendapatan Lebih Rm50 000 Sebulan Sebagai Youtuber Kami Tak Peduli Tentang Trending Atau Tidak

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 1263 hits
Mr Kokom tak bersaing dengan mana mana Youtuber BERGIAT aktif sebagai Youtuber sejak 2017 personaliti media sosial MrKokom memberitahu dia mampu menjana pendapatan lumayan menerusi video yang dimuat naik di laman tersebut Hasil daripada pen...
Jangan Ucapkan 10 Kalimat Ini Pada Orang Yang Sedang Mengalami Depresi Yuk Lebih Baik Hati

Jangan Ucapkan 10 Kalimat Ini Pada Orang Yang Sedang Mengalami Depresi Yuk Lebih Baik Hati

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 338 hits
Jangan sampai kata kata yang kita ungkapkan malah menjadi efek buruk bagi mereka yang sedang depresi ya
Kadangkala Oldschool Itu Lebih Baik

Kadangkala Oldschool Itu Lebih Baik

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 320 hits
Jaga anak tak perlu moden sangat lah kawan Seorang sahabat guru berkongsi apa yang isterinya tulis Isterinya juga seorang guru di sebuah sekolah rendah Sebelum ini di sekolah sama seorang murid tahun 6 dikesan pregnant hasil hubungan seks d...
Hubungan Norman Hakim Abby Abadi Kini 100 Kali Ganda Lebih Baik Berbanding Dulu

Hubungan Norman Hakim Abby Abadi Kini 100 Kali Ganda Lebih Baik Berbanding Dulu

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 842 hits
Manusia hanya merancang perjalanan hidup Allah jua penentu mana yang terbaik untuk dilalui hamba Nya Begitulah apa yang terjadi antara hubungan Norman Hakim dan Abby Abadi Dia menjelaskan kepada MyMetro bahawa ukhuwah bersama Abby 100 kali ...
Baik Penyokong Ph Atau Umno Kerajaan Pintu Belakang Harus Ditolak

Baik Penyokong Ph Atau Umno Kerajaan Pintu Belakang Harus Ditolak

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 259 hits
Isu utama yang membelenggu UMNO sekarang ini adalah keghairahan dan tidak sabarnya mereka untuk kembali berkuasa tanpa mahu menunggu PRU bagi mendapatkan mandat rakyat Oleh kerana ia sudah berkuasa terlalu lama dan tidak pernah menjadi pemb...
Barack Obama Tak Terbantahkan Pemimpin Perempuan Lebih Baik Dari Pria

Barack Obama Tak Terbantahkan Pemimpin Perempuan Lebih Baik Dari Pria

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 250 hits
Mantan Presiden Amerika Serikat Barack Obama mengatakan jika perempuan memimpin setiap negara di dunia akan ada peningkatan secara umum dalam standar hidup dan keberhasilan Berbicara di Singapura dia mengatakan perempuan tak sempurna tapi t...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba