Baik Penyokong Ph Atau Umno Kerajaan Pintu Belakang Harus Ditolak




Isu utama yang membelenggu UMNO sekarang ini adalah keghairahan dan tidak sabarnya mereka untuk kembali berkuasa tanpa mahu menunggu PRU bagi mendapatkan mandat rakyat.Oleh kerana ia sudah berkuasa terlalu lama dan tidak pernah menjadi pembangkang, maka sekali ia tiada kuasa sejak PRU14 lalu, para pemimpin UMNO seolah-olah hilang punca untuk mengurus parti dan diri sendiri.Itulah yang menyebabkan sekumpulan Ahli Parlimen UMNO segera melompat parti menyertai Bersatu sebaik BN kalah dan hilang kuasa pada PRU 9 Mei 2018 yang lalu.Apabila hilang kuasa, hidup tanpa jawatan, tanpa kedudukan dan tanpa kontrak perniagaan, mereka merasakan seolah-olah dunia ini sudah gelap untuk meneruskan kehidupan.Itulah juga yang menyebabkan Hishammuddin Hussein bersama 17 Ahli Parlimen UMNO begitu mudah mengadakan pertemuan sulit pada waktu malam dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali, walaupun dikatakan perjumpaan itu hanya berkaitan permohonan untuk projek-projek pembangunan di kawasan masing-masing, tetapi tentulah ia turut sama terkait dengan usaha menubuhkan kerajaan baru melalui pintu belakang.Jika tanpa ada kemungkinan menubuhkan kerajaan secara haram, mustahil pertemuan itu dapat dilangsungkan.Baik di pihak Azmin, mahu pun Hishammuddin, kalaulah pertemuan itu semata-mata berkaitan permohonan kontrak pembangunan di kawasan Parlimen masing-masing tanpa ada niat lain yang terselindung di sebaliknya, tidak ada faedahnya kedua-dua pihak saling setuju dengan bertemu.Kemudian apabila Lokman Adam membuat aduan terhadap Hishammuddin kepada Lembaga Disiplin UMNO, lalu kemudian prosiding disiplin yang sepatutnya diadakan pada 26 Disember lalu ditangguhkan, ia juga berkaitan penubuhan kerajaan pintu belakang itu.Dikatakan arahan itu datangnya daripada Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sendiri dengan maksud untuk terus memberi ruang kepada Hishammuddin meneruskan agenda menubuhkan kerajaan baru melalui pintu belakang dan dengan demikian bukan saja memungkinkannya kembali memegang jawatan dalam kerajaan, bahkan melepaskan daripada 87 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram yang sedang dihadapinya.Sekurang-kurangnya itulah maksud daripada dakwaan Lokman terhadap Zahid yang didakwanya mengarahkan prosiding disiplin terhadap Hishammuddin ditangguhkan sehingga akhirnya menyebabkan Apandi Ali meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin.Walaupun tindakan Lokman boleh dikatakan murni iaitu untuk memastikan UMNO hanya kembali berkuasa melalui PRU dan bukan melalui pintu belakang, malangnya beliau kini didesak agar dipecat sebagai Ahli MT UMNO.Sesuatu yang UMNO harus sedar ialah mereka sudah kalah dalam PRU14 lalu dan yang menang ialah PH yang didalamnya ada PKR, DAP, Amanah, Bersatu serta dibantu dengan sokongan oleh Warisan.Apabila sudah kalah dan ditolak rakyat, adalah tidak bermaruah untuk para pemimpinnya terus berusaha membawa UMNO kembali berkuasa melalui pintu belakang.Kalau mahu berkuasa semula, UMNO mesti melakukannya melalui pilihanraya dan menerusi mandat yang sah daripada rakyat.Lain daripada itu adalah adalah kaedah kebaculan, kepondanan dan mengkhianati pilihan rakyat yang memilih PH untuk berkuasa selama sepenggal atau lima tahun sehingga PRU yang seterusnya.Kenapakah UMNO begitu gopoh mahu kembali ke persada kuasa tanpa mahu menunggu ketibaan PRU?Apakah UMNO tiada keyakinan, meskipun sudah bekerjasama secara sah dengan Pas melalui Muafakat Nasional?Dalam hal ini, bukan saja penyokong PH mesti mempertahankan kerajaan yang ada ini sehingga PRU yang seterusnya serta tidak membenarkan sesiapa juga mengkhianatinya, malah penyokong UMNO pun harus ada perasaan malu dengan menolak sama sebarang usaha untuk parti itu kembali berkuasa secara haram, tidak sah dan melalui pintu belakang.PRU adalah untuk mendapatkan kuasa dan jika kuasa sewenang-wenang boleh ditubuh melalui pintu belakang, pilihanraya dan kuasa rakyat sudah tiada ertinya lagi dalam demokrasi. (ShahbudinHusin 29/12/2019)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/12/baik-penyokong-ph-atau-umno-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pintu Belakang Peliwat Atau Semburit

Kerajaan Pintu Belakang Peliwat Atau Semburit

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 422 hits
Beginilah Kita mesti tolak peliwat peliwat Ini sangat jelas Macam mana formula rundingan dan kaedah jika akhir ceritanya ditemukan dengan peliwat peliwat kita mesti pastikan formula itu digagalkan Tidak masuk akal jika kita sama sama tanggu...
Asb Terendah Pemuda Umno Dakwa Kerajaan Flip Flop

Asb Terendah Pemuda Umno Dakwa Kerajaan Flip Flop

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 372 hits
Pengumuman kadar agihan pendapatan ASB yang terendah dalam sejarah sebanyak 5 5 peratus didakwa berpunca daripada sikap flip flop kerajaan yang sering melakukan u turn terhadap dasar yang ditentukan Ketua Pemuda Umno Kuala Kangsar Mustafa S...
Rentasan Mingguan 051 Agenda Pintu Belakang Bukan Khabar Angin

Rentasan Mingguan 051 Agenda Pintu Belakang Bukan Khabar Angin

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 368 hits
MENARIK DALAM RENTASAN MINGGUAN 051 1 1MDB GEMPAR MENUJU TAHUN 2020 2 SUMPAH LAKNAT TIADA NILAI DI SISI UNDANG UNDANG 3 UMNO BERANTAKAN KERANA AGENDA PINTU BELAKANG 4 HENTIKAN DAULAH TERPENDAM DALAM POLITIK LONGKANG Layari Facebook kami unt...
Kerajaan Ph Dari Keluar Bon Baik Keluar Saman

Kerajaan Ph Dari Keluar Bon Baik Keluar Saman

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 506 hits
Dari FB Ab Jalil Backer Budak umur 7 12 tahun pun kena beli car seat lain tidak boleh guna tali keledar sedia ada Berapa banyak lagi duit hendak kena keluar Tidak cukup itu mereka yang pakai kereta sedan anak 4 orang sah sah tidak muat kere...
Wang Rm254 112 24 Dari Akaun Umno Sabah Kini Hak Kerajaan

Wang Rm254 112 24 Dari Akaun Umno Sabah Kini Hak Kerajaan

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 311 hits
Wang RM254 112 24 yang dibekukan daripada akaun bank milik Badan Perhubungan Umno Sabah yang didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad kini menjadi harta kerajaan Malaysia Keseluruhan jumlah wang yang ...
Lebih Baik Adzan Dulu Atau Langsung Iqamah Jika Waktu Sempit

Lebih Baik Adzan Dulu Atau Langsung Iqamah Jika Waktu Sempit

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 290 hits
Sudah maklum bahwa sebelum kita melaksanakan shalat fardhu kita disunnahkan terlebih dahulu untuk mengumandangkan adzan dan iqamah Namun karena waktu sempit atau sebab lainnya kita umumnya mencukupkan iqamah saja sebelum melaksanakan shalat...
Penyokong Kerajaan Luah Perasaan Adik Dibuang Kerja

Penyokong Kerajaan Luah Perasaan Adik Dibuang Kerja

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 392 hits
Seorang penyokong kerajaan Pakatan Harapan meluahkan perasaan secara terbuka berkaitan pembuangan kerja adiknya yang telah bertugas sebagai Pembantu Tadbir di Jabatan Penerangan Perak selama 15 tahun Herman Haassan dalam luahan yang dipapar...
Potong Elaun Menteri Ahli Politik Harus Direalisasikan Bukti Ph Lebih Baik

Potong Elaun Menteri Ahli Politik Harus Direalisasikan Bukti Ph Lebih Baik

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 342 hits
Amran menyampaikan sumbangan kelengkapan persekolahan kepada salah seorang pelajar di Padang Besar Saranan supaya elaun menteri dan ahli politik dipotong adalah suatu tindakan yang harus diberi sokongan kerana ia mampu merealisasikan usaha ...
Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Meet The Malaysian Couple On The Forbes 30 Under 30 Asia 2025 List

Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Daqmie Korbankanlah Chord

Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Destinasi Pelancongan Yang Wajib Anda Kunjungi Semasa Ke Kelantan

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Death Thought Legacy

Ke Segar Amat Lane Bersama Anak Anak Buah

Resipi Sayur Lemak Putih Kelantan Menu Kampung Sedap Pancing Selera

June 10 2025