Bengkel Blueberry Wonder Inspirasi Sihat Dengan Oregon Washington Blueberries
Bengkel Blueberry Wonder Inspirasi Sihat Dengan Oregon Washington Blueberries - Sebelum ni kalau nak makan blueberry, memang sekadar makan begitu je. Sebiji-sebiji sampai lah habis. Tak pandai nak mempelbagaikan resipi. Hee~ Tapi !! Lepas menghadiri Bengkel Blueberry Wonder baru-baru ni - Puff !! Rupanya banyak cara lain yang sangat mudah untuk menikmati khasiat serta keenakkan buah unik ni.
Bengkel Blueberry Wonder dianjurkan oleh Malaysia US Blueberry telah diadakan di KL Wellness City, Bukit Jalil dengan penyertaan seramai 35 orang influencer yang juga kenalan kakak. Hee~ Nak buat cemana ? Memang pusing-pusing tetap akan jumpa orang yang sama dan sebagai seorang ibu yang memang konsisten menyediakan makanan harian untuk keluarga, bengkel macam ni sangat memberi dorongan baharu agar kakak kekal kreatif mempelbagaikan resipi untuk menarik minat anak-anak mengamalkan makanan yang sihat.
KHASIAT BLUEBERRY
Secara umumnya, blueberry juga dikenali sebagai super fruit kerana khasiatnya yang pelbagai dan ia turut mendapat banyak sokongan dari kajian-kajian saintifik yang telah dilakukan sepanjang proses komersialnya. Antara khasiat yang terkandung dalam blueberry adalah :Kaya dengan Vitamin C dan Vitamin KTinggi antioksidanAwet mudaMeredakan tekananBaik untuk kesihatan tulangMembantu mengawal paras gula dalam darahMembantu merawat jangkitan kuman pada saluran kencingSangat baik untuk kesihatan otakBaik untuk kesihatan jantungMelindungi kolesterol dari pengoksidaan
Walaupun bersaiz comel dan kecil, rasa sayang kalau kita tak manfaatkan khasiat yang terkandung dalam blueberry ni untuk memantapkan kesihatan seisi keluarga. Lepas ni dah tau, boleh lah konsisten masukkan blueberry sebagai bahan utama dalam masakan
BENGKEL BLUEBERRY WONDER
Sebelum bengkel bermula, Encik Eddie Saw iaitu wakil dari Malaysia US Blueberries menerangkan tentang peranan blueberry, asal usul blueberry dari sekadar nama sehingga terkenal sebagai sumber makanan bernutrisi pada hari ini. Turut berkongsi pengalaman, Iman Azman yang juga influencer media sosial terkenal dengan gaya hidup sihat menjadikan blueberry sebagai salah satu bahan dalam hidangan seharian untuk keluarganya.
“Si kecil saya suka menikmati buah beri biru di dalam cupcake mereka, dan sebagai seorang ibu, saya mendapat keyakinan apabila menambah ramuan segar yang berkualiti dan penuh khasiat ke dalam snek dan minuman mereka.” - Iman Azman
OREGON WASHINGTON BLUEBERRIES
Saat yang ditunggu-tunggu. Hee~ Bila dah biasa memasak, join pula kelas memasak macam ni - Memang sangat teruja. Kakak dapat belajar banyak perkara dari Chef Zie Zie yang mengajar menyediakan Baked Chicken Quinoa bersama blueberry dari jenama Oregon Washington Blueberries. Kalau sebelumnya skeptikal untuk menambah blueberry dalam hidangan, kini tidak lagi. Resipi yang mudah ni boleh disediakan pada bila-bila masa dan dinikmati tanpa rasa bersalah
Melihat hasil airtangan Chef Zie Zie, terdetik dalam hati 'Lahhhhhhhhh. Senang je nak sihat kalau pandai aplikasi semua khasiat makanan dalam hidangan...' Kan ? Ibarat campak campak terus siap
Penuh dengan nutrisi yang diperlukan badan. Kalau kat luar, satu bowl ni bernilai hampir RM 30.00 tapi kalau buat sendiri - Tak sampai pun. Hee~ Sihat dapat, jimat pun dapat
Sampai lah masa untuk kakak sendiri tonjolkan bakat
Mula-mula memang segan sebab hidangan manisan bukan lah niche kakak tapi tak salah mencuba. Kan ? Berbekalkan tunjuk ajar dari Chef Zie Zie dengan bahan-bahan yang perlu, kakak dapat menghasilkan Mini Cheese Tart Blueberry dan Blueberry Colada.
RESIPI MINI BLUEBERRY CHEESE TARTBahan-bahan Krim Keju :100 gram Cream Cheese100 gram Krim Putar1 tsp Ekstrak Vanila1 tsp Jus Lemon
Jem Blueberry :50 gram buah Blueberry2 tsp Gula Perang80 gram air
Hiasan :5 - 6 biji BlueberryDaun PudinaSerbuk Emas
Cara-cara :Panaskan pan dan masukkan blueberry, gula perang dan air. Masak selama 5 minit pada suhu tinggi dan diikuti 10 - 15 minit pada suhu sederhana sehingga pekat. Angkat dan sejukkan pada suhu bilik.Pukul cream cheese dalam mangkuk hingga kembang dan lembut.Dalam mangkuk lain, pukul krim putar sehingga pekat.Untuk menyediakan inti cream cheese - Campurkan semua bahan ( Cream cheese + krim putar + jem blueberry + jus lemon dan ekstrak vanila ) dengan sebati.Masukkan ke dalam bag piping.Picit perlahan inti sehingga penuh mangkuk tart.Hiaskan dengan Oregon Washington Blueberries segar, daun pudina dan serbuk emas.
Gais
Serius resipi yang Chef Zie Zie bagi ni memang mudah sangat. Hahahaha~ Kalau kakak pun boleh buat, maksudnya korang pun boleh. Confirm jadi. Try tau nanti !!
Ini pula Blueberries Colada. Sedap kalau meyinggah kat anak tekak bila cuaca panas. Nak resipi tak ? Hee~ Nanti kakak share resipi Blueberries Colada ni kat Instagram. Tunggu tau !
Penutup bengkel, kami semua menerima sijil sebagai bukti kami telah meyertai Bengkel Blueberry Wonder. Satu kenangan yang kakak takkan lupakan. Selain dari ilmu, skill dan pengalaman baharu - Kakak juga dapat bina keyakinan untuk menyediakan hidangan sihat yang lebih mudah. Tak de lah berkecah dapur
Pengalaman yang sangat berharga untuk kakak sebagai 'orang dapur'
Ya !
Sepanjang bengkel, kakak hanya menggunakan Oregon Washington Blueberries kerana ia dipetik segar secara berhati-hati supaya kualitinya tidak terjejas. Macam biasa. Oregon Washington Blueberries boleh didapati di pasaraya besar dan kedai-kedai runcit terpilih. Maklumat lanjut tentang Oregon Washington Blueberries ada kat :
https://www.oregonblueberry.com | https://ushbc.blueberry.org
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.atiehilmi.com/2023/08/bengkel-blueberry-wonder-inspirasi.html