Bengkel Blueberry Wonder Jadikan Buah Beri Biru Sumber Makanan Bernutrisi
Baru-baru ini, AlongMurni (AM)
berkesempatan untuk turut sama dalam BENGKEL BLUEBERRY WONDER bertempat
di KL Wellness City, Bukit Jalil. Antara aktiviti menarik yang telah diadakan termasuk
perbincangan berinformasi bersama ahli panel jemputan, demonstrasi masakan,
serta peluang menikmati pemanis mulut yang dikombinasi bersama Buah Beri Biru
Oregon Washington yang kaya dengan antioksidan.
BENGKEL BLUEBERRY WONDER JADIKAN BUAH BERI BIRU SUMBER MAKANAN BERNUTRISI
Sebelum bengkel bermula, EN.
EDDIE SAW, WAKIL MALAYSIA US BLUEBERRIES DARI TOTAL MARKET SOLUTIONS,
memberikan ucapan tentang peranan beri biru merangkumi asal usul Buah Beri Biru
sehingga terkenal sebagai sumber makanan bernutrisi pada hari ini.
Ini diikuti ucapan tentang
kepentingan mengekalkan gaya hidup yang sihat dari wakil penaja tempat acara KL
Wellness City, yang bertujuan melengkapkan acara yang berfokus kesihatan ini.
Seterusnya, pempengaruh media
sosial gaya hidup Iman Azman memberikan informasi tentang kepentingan
menambahkan buah beri biru dalam kehidupan seharian.
Buah-buahan yang kecil tetapi
penuh khasiat ini sering ditambah ke dalam diet yang moden disebabkan kandungan
nutrisinya yang tinggi, dan kesesuaiannya ditambah dalam pelbagai hidangan dan
minuman.
Iman berkata, “Si kecil saya suka
menikmati buah beri biru di dalam cupcake mereka, dan sebagai seorang ibu, saya
mendapat keyakinan apabila menambah ramuan segar yang berkualiti dan penuh
khasiat ke dalam snek dan minuman mereka.”
Perjalanan gastronomi ini
dimeriahkan dengan demonstrasi masakan oleh Chef Zie Zie. Beliau menyediakan
Mangkuk Quinoa Ayam Bakar dengan Buah Beri Biru Segar. Berikut AM kongsikan resepi-resepi yang telah ditunjukkan oleh Chef Zie Zie
AM sendiri dapat melihat
secara langusng masakan yang dibuat oleh Chef Zie Zie dan memberi inovasi baru
kepada masakan dengan menambah kelebihan rasa yang buah beri biru ini membawa
kepada masakan savori.
AM juga berpeluang menyediakan
Tart Mini Berintian Krim Keju dan Beri Biru dan minuman Colada Beri Biru
sewaktu aktiviti memasak.
Setelah akitiviti kulinari
selesai, semua peserta yang terlibat menjamu selera dengan hidangan waktu
tengahari, sebelum mengambil gambar beramai-ramai sebagai peringatan.
Penyampaian Sijil Penyertaan oleh Chef Zie Zie kepada AM
Setelah bengkel habis, upacara
pemberian sijil diadakan sebagai tanda terima kasih kepada semua peserta. Ini
diikuti dengan pengumuman pemenang pertandingan Insta, untuk mengakhiri acara
tersebut dengan lebih meriah.
KELEBIHAN BUAH BERI BIRU
Sememangnya Buah Beri Biru,
terkenal sebagai superfood yang kaya dengan antioksidan, memiliki pelbagai
kelebihan dari segi kesihatan, dari peningkatan sistem imun kepada penyokongan
kesihatan jantung.
Buah Beri Biru bebas dari
kolesterol dan garam, dan mempunyai kandungan Potasium and Vitamin C yang
tinggi, menjadikannya makanan sihat pilihan utama bagi penggemar kesihatan.
Buah Beri Biru Oregon Washington
dipetik berhati-hati untuk menjamin bahawa hanya buah-buahan yang berkualiti
tinggi disediakan untuk anda. Ia boleh didapati di pasaraya besar dan kedai
runcit terpilih.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.alongmurni.com/2023/08/bengkel-blueberry-wonder-jadikan-buah-beri-biru-sumber-makanan-bernutrisi.html