Kualiti Udara Tak Sihat Di Beberapa Kawasan


 
Tiga stesen pengawasan kualiti udara mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat hari ini iaitu di Shah Alam dengan bacaan IPU 149, serta Kuching (IPU 152) dan Serian (IPU 152). (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan diaktifkan susulan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan berada pada tahap tidak sihat.
Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Wan Abdul Latiff Wan Jaafar, berkata pelan tindakan itu diaktifkan bagi menyelaras tindakan agensi kerajaan dalam menangani isu pembakaran terbuka dan situasi jerebu yang melanda negara.
Beliau memaklumkan tiga stesen pengawasan kualiti udara mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat hari ini iaitu di Shah Alam, Selangor dengan bacaan IPU 149, serta Kuching (IPU 152) dan Serian (IPU 152) di Sarawak.
“Pergerakan angin dari arah tenggara telah membawa asap jerebu dari kawasan barat Kalimantan ke selatan Sarawak dan menyebabkan peningkatan kepada bacaan IPU di kawasan-kawasan tersebut.
“Manakala, peningkatan bacaan IPU yang direkodkan di stesen pengawasan kualiti udara di Shah Alam adalah berpunca daripada aktiviti pembakaran terbuka di kawasan berhampiran stesen yang mempengaruhi bacaan IPU semasa,” katanya dalam kenyataan.
Selain itu, Wan Abdul Latiff berkata imej satelit Pusat Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Negara (NOAA) 20 telah mengesan 64 titik panas di Sumatera, Indonesia, 55 di Kalimantan, dan lapan di dalam negara iaitu masing-masing empat di Sarawak dan Sabah.
Menurutnya, JAS telah meningkatkan tindakan penguatkuasaan dan aktiviti rondaan harian ke kawasan berpotensi berlakunya aktiviti pembakaran terbuka serta memantau bacaan IPU dari semasa ke semasa.
Beliau menasihatkan semua pemilik tanah untuk memantau secara rapi kawasan yang mudah dan sering terbakar seperti tapak pelupusan sampah, hutan, tanah gambut, ladang serta kawasan pertanian dan industri.
Orang ramai juga diingatkan agar tidak melakukan pembakaran terbuka atau membiarkan tanah dan premis kepunyaan mereka dimasuki atau dicerobohi oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka.
Seksyen 29(A) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 menyatakan mereka yang disabitkan dengan kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali, selain kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/09/kualiti-udara-tak-sihat-di-beberapa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kebakaran Kawasan Bromo Mulai Padam Ini Beberapa Hal Bisa Picu Titik Api Muncul Kembali

Kebakaran Kawasan Bromo Mulai Padam Ini Beberapa Hal Bisa Picu Titik Api Muncul Kembali

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 249 hits
Kebakaran Kawasan Taman Nasional Bromo Tengger Semeru terjadi sejak Rabu akibat ulah pasangan prewed pakai flare
Bengkel Blueberry Wonder Inspirasi Sihat Dengan Oregon Washington Blueberries

Bengkel Blueberry Wonder Inspirasi Sihat Dengan Oregon Washington Blueberries

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 124 hits
Bengkel Blueberry Wonder Inspirasi Sihat Dengan Oregon Washington Blueberries Sebelum ni kalau nak makan blueberry memang sekadar makan begitu je Sebiji sebiji sampai lah habis Tak pandai nak mempelbagaikan resipi Hee Tapi Lepas menghadiri ...
Dah La Cantik Pandai Masak Suami Tak Sihat Intan Najuwa Jamu Sup Ikan Jenahak

Dah La Cantik Pandai Masak Suami Tak Sihat Intan Najuwa Jamu Sup Ikan Jenahak

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 243 hits
Pelakon cantik Intan Najuwa yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos yang lalu dengan seorang usahawan dikenali sebagai Datuk Ahmad Asraf Azman kerap menjadi sorotan di media sosial Intan juga dilihat tidak lokek berkongsi mome...
Adakah Kita Betul Betul Sihat

Adakah Kita Betul Betul Sihat

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 146 hits
Adakah Kita Betul Betul Sihat Yang rasa diri sihat dan takde masalah metabolik walaupun dah bertahun2 tak buat medical checkup mohon buatlah sekali ye Darah tinggi ni lain skit Kalau tekanan naik akan terasa sakit kat kepala Tapi kalau kenc...
Demam Trimester Pertama Jangan Buat Tak Kisah Perkembangan Janin Boleh Terganggu Perlu Sihat

Demam Trimester Pertama Jangan Buat Tak Kisah Perkembangan Janin Boleh Terganggu Perlu Sihat

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 152 hits
Perlu sentiasa sihat Itulah yang boleh dikatakan mengenai ibu hamil Walaupun hanya sekadar demam biasa namun ibu hamil perlu berikan perhatian terutama ketika di trimester pertama hamil Bahaya atau tidak demam yang dialami semasa hamil adal...
Eskayvie Produk Kesihatan Terbaik Untuk Gaya Hidup Sihat Paling Penting Jangan Stress Stress

Eskayvie Produk Kesihatan Terbaik Untuk Gaya Hidup Sihat Paling Penting Jangan Stress Stress

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 294 hits
Eskayvie sebenarnya telah berada lama di pasaran sejak tahun 2009 namun menjadi viral dan mula dikenali semasa Covid 19 melanda Peluang yang datang tidak disia siakan rupanya produk kesihatan Eskayvie ini sangat membantu pesakit Covid 19 un...
Tiga Strategi Bpbd Dki Tekan Polusi Udara Ibu Kota Sampai Mau Mancing Hujan

Tiga Strategi Bpbd Dki Tekan Polusi Udara Ibu Kota Sampai Mau Mancing Hujan

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 199 hits
Menurut Isnawa berdasarkan hasil rapat menunjukkan musim kemarau cukup berpengaruh pada meningkatnya polutan di Ibu Kota
50 Persen Asn Dki Wfh Kualitas Udara Jakarta Masih Kategori Tidak Sehat Pagi Ini

50 Persen Asn Dki Wfh Kualitas Udara Jakarta Masih Kategori Tidak Sehat Pagi Ini

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 107 hits
Kuwait City menduduki peringkat pertama kota dengan kualitas udara terburuk 170 AQI US
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Caruman Kwsp Bekas Suami Bekas Isteri Boleh Ambil Untuk Nafkah

Migraine Sebelum Haid

Cetaphil Toner Bantu Kulit Flawless

Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis

Kejayaan Atlet Silat Sarawak Noktahkan Penantian Malaysia Menangi Kejohanan Dunia

Jalan Kampung Pun Ada Lampu Jalan Berbayar Tak Sedia Lampu Dr Akmal Tegur Syarikat Konsesi