Bendera Putih Di Seluruh Malaysia Saat Dihurung Pandemik Menandakan Sesuatu Yang Lebih Mendalam



MUSTAFFA K.ANNUAR








Pandemik Covid-19 benar mengganggu negara kita, mengakibatkan bilangan kematian yang meningkat, lebih banyak jangkitan serta kesukaran ekonomi yang teruk pada ramai orang, terutamanya mereka yang rentan.

Ribuan hilang bisnes, pekerjaan, pendapatan dan maruah diri akibat kuncitara yang dijalankan. Sesetengah pula berdepan keganasan domestik, penceraian, peningkatan kemiskinan serta masalah kesihatan mental.

Yang lain pula dihantui beban hutang dan sewa. Moratorium pinjaman yang ditawarkan oleh bank hanya menjadi bantuan sementara dari pembayaran semula dengan bunga.

Pengeluaran i-Citra dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bertujuan untuk membantu mereka yang terdesak berdepan dengan cabaran kewangan ketika kuncitara. Namun, ia juga bermakna bahawa ahli KWSP menyusutkan simpanan persaraan mereka.

Ada kemudiannya menjadi tak berubah, tinggal di bawah jambatan atau di kaki lima di bandar-bandar.

Ekonomi merudum mengakibatkan ramai berhempas-pulas untuk menyediakan makanan di atas meja. Segelintir, dalam keterdesakan, ditangkap kerana mencuri di kedai, mengambil barang asas seperti ikan dan sayur. 

Ada juga yang miskin sehingga tidak dapat membeli pelitup muka sendiri untuk perlindungan, apatah lagi untuk memakai dua lapisan agar mendapat perlindungan yang efektif. Ramai di antara mereka terpaksa memakai pelitup muka beberapa kali, melebihi dari tempoh penggunaannya.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter

·         Become an Aliran member

Sewaktu kuncitara pertama, kerajaan menyediakan pelitup muka kepada orang awam, namun sekarang tidak lagi. Harapnya, undang-undang tidaklah begitu keras pada mereka yang tidak mampu membeli pelitup muka.

Hampir setiap hari, rakyat memohon bantuan di media sosial. Yang lain pula menuntut agar kerajaan membenarkan bisnes kecil untuk beroperasi supaya mereka mendapat sedikit pendapatan untuk berdiri semula. Keterdesakan yang ditonjolkan di media sosial menjadi cukup tegang sehinggakan permintaan dibuat dengan penuh amarah. Penyanyi di dalam video di bawah dengan jelasnya memperlihat kegeraman, kekecewaan serta kemarahan mereka yang rasa dipinggirkan oleh pemimpin yang diamanahkan bagi menjaga kebajikan rakyat.

Tekanan sosioekonomi yang kuat mengakibatkan segelintir rakyat membunuh diri akibat terdesak dalam menyelesaikan permasalahan. Kita mendengar ada orang yang melompat dari bangunan tinggi dan jambatan atau menggantung diri di rumah dan parkir kereta. Dari Januari hingga Mei tahun ini, 468 orang – termasuklah anak muda – meninggal akibat bunuh diri. Sesiapa yang merasa tidak dapat menerima tekanan lagi patut mendapatkan bantuan dari kumpulan seperti Befrienders.






Dengan ekonomi merudum, kekecewaan memberi kesan ramai orang. Misalnya, usaha bendera putih, dimulakan beberapa individu, muncul dari konteks sosial dan merebak seperti api.

Orang yang tidak lagi mempunyai sumber makanan digalakkan untuk berkongsi bendera putih di luar rumah mereka bagi mengelakkan mereka dari terpaksa meminta-meminta makanan.

Orang baik akan membantu mereka. Rakyat Malaysia yang penyayang ini berganding bahu memberikan makanan dan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Individu yang kisah, NGO, peniaga, badan keagamaan serta ahli politik juga membuat tabung makanan bagi menyelamatkan kehidupan dan melindungi maruah. Semangat gotong-royong yang patut dipuji ini digerakkan oleh tanda pagar tular #KitaJagaKita.

Dan juga, bendera putih menjadi tali kehidupan yang penting bagi mereka yang terdesak. Simbol ini menjadi elemen yang menyatukan mereka yang mempunyai empati serta kasih sayang di dalam usaha mereka untuk membantu yang rentan.

Bendera putih memperdalam apa maknanya menjadi warga Malaysia, kerana mereka yang memberi dan menerima bantuan merentas dinding etnik, agama, status serta afiliasi politik. Politikus seringkali dengan penuh hasad dengki melaga-lagakan rakyat di sebalik halangan ini serta digunakan sebagai modal politik mereka bagi menjalankan pecah dan perintah. Namun, dinding sebegitu dipecahkan walau sedikit.

Ke-Malaysia-an usaha masyarakat yang berlandaskan inisiatif bendera putih menggalakkan kelompok dengan pandangan yang inklusif untuk turut serta. Projek Bangsa Malaysia, misalnya, meneruskan kutipan dana melalui maraton atas taliannya di Livestream Derma Kilat Rakyat. Dana yang dikutip diberikan kepada gerakan bukan keuntungan bagi menyediakan bantuan kepada mereka yang rentan.



READ MORE:  How a 'land of smiles' was reduced to misery

 
Anak muda Malaysia yang celik teknologi membantu dengan membikin laman web dan aplikasi bagi menghubungkan golongan rentan yang memerlukan bantuan ketika kuncitara.

Ketika usaha bendera putih dimulakan, ada politikus yang membuat tohmahan termasuklah, dari Pas. Mereka berpendapat bahawa mengibarkan bendera putih seperti menyerah kalah, berputus asa dengan kehidupan, yang bagi mereka, tidak patut digalakkan. Apa yang lebih penting adalah untuk memohon bantuan dari Tuhan, tegas mereka.

Mereka yang mengkritik kenyataan itu pula mengatakan bahawa golongan rentan patut melakukan keduanya: untuk hidup, individu patut mendapatkan bantuan Tuhan serta empati dan bantuan dari manusia lainnya.

Barangkali lebih mudah untuk sesetengah politikus untuk mengulas dari rumah agam mereka yang selesa, dengan dapur yang berasap serta bilik berhawa dingin, jauh dari realiti sosial yang kejam. Inisiatif bendera putih mendapat liputan yang meluas di seluruh negara sekaligus membuatkan politikus ini risau jika ada yang masuk ke wilayah politik mereka. Ada berita yang mengatakan bahawa bantuan makanan yang digerakkan oleh sukarelawan bendera putih berdepan ‘kesukaran’ di beberapa tempat, akibatnya.

Selain dari empati serta murah hati yang usaha bendera putih ini tonjolkan, ia juga menunjukkan bahawa bantuan kewangan serta lainnya itu tidak mencukupi untuk menampung golongan rentan bagi kuncitara yang berpanjangan. Ada segelintir yang memerlukan barangkali tidak menerima bantuan itu.

Kepopularan bendera putih di kalangan mereka yang terdesak memaksa kerajaan untuk campur tangan baru-baru ini dengan memberikan bantuan kepada golongan rentan di bawah skim bantuan Bakul Prihatin Negara. Skim ini, melibatkan 420,000 paket makanan bernilai RM50 setiap satu, bertujuan untuk 1.7 juta penerima.

Namun para skeptik mengatakan apakah makanan yang bernilai RM50 itu cukup bagi keluarga terdesak yang hidup dalam keadaan mencabar.



READ MORE:  Covid, systemic failure, desperate measures

 
Barangkali berpuas hati dengan usaha kerajaan dalam menyediakan bantuan makanan, Perdana Menteri Mahiaddin Yasin menuturkan dengan nada mengejek bahawa tidak perlu untuk dikibarkan bendera putih. Katanya, bendera biru sahaja cukup. (Logo pakatan politik Perikatan Nasional mempunyai latar belakang biru gelap.)

Gurauan Mahiaddin ini menunjukkan bahawa beliau mengaku bahawa usaha bendera putih penting di dalam mengurangkan kesan sosioekonomi yang dihadapi golongan rentan. Ia juga menunjukkan bahawa pemberian tunai oleh kerajaan jauh dari mencukupi.

Sementera kita meraikan betapa signifikannya usaha bendera putih secara sosio-politiknya, ingatlah bahawa usaha sebegini ada keterhadannya kerana ianya adalah seperti pelekat luka. Mereka yang di tampuk kuasa perlu ada strategi jangka masa panjang bagi menyelesaikan kemeruduman ekonomi serta meredakan penderitaan rakyat.

Mustafa K Anuar
Editor bersama, Surat berita Aliran
20 Julai 2021

Terjemahan oleh: Zikri Rahman


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/07/oi-you-think-we-dont-know-somewhere.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia S Finance Minister Tengku Zafrul On The Bendera Putih Campaign Job Losses And Standing For Election

Malaysia S Finance Minister Tengku Zafrul On The Bendera Putih Campaign Job Losses And Standing For Election

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 354 hits
With Malaysia s health care system heaving from the rise in Covid 19 cases the soaring vaccination rate is giving hope that things can be brought under control But can Malaysia s less than ideal political dysfunction be overcome to get the ...
Kanak Kanak Lelaki Sanggup Panjat Bumbung Kibar Bendera Putih Bantu Nenek

Kanak Kanak Lelaki Sanggup Panjat Bumbung Kibar Bendera Putih Bantu Nenek

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 226 hits
TIDAK dinafikan sebahagian besar masyarakat sedang berdepan situasi getir sehingga ada terputus bekalan makanan dan keperluan tempoh pandemik Covid 19
Bekas Juruterbang Ceo Antara 300 Keluarga Kibar Bendera Putih

Bekas Juruterbang Ceo Antara 300 Keluarga Kibar Bendera Putih

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 207 hits
ZUHANIS Zainol menunjukkan bekas berisi air sumbangan pihaknya kepada Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Kapar Ustaz Mohamad Razif Ibrahim Muniandy di Kampung Sementa di Kapar Klang hari ini UTUSAN ABDULKLANG Bekas juruterbang p...
Lagu Bendera Putih Yang Sangat Padu Maksudnya

Lagu Bendera Putih Yang Sangat Padu Maksudnya

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 393 hits
Nyanyian Roy KapillaLagu Eddie Hamid Remisier RM Nova Music Sdn Bhd Lirik Goh Lee Shen SmttAries Music Sdn Bhd Kemana lagi harus ku tuju Jalannya sempit makin berliku Tiada tempat hendak mengadu Makin lemah diri ku terkaku bisu Tidak ku dug...
Dah Dapat Bantuan Turunkan Bendera Putih

Dah Dapat Bantuan Turunkan Bendera Putih

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 301 hits
Exco Hal Ehwal Wanita Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan Nicole Tan Lee Koon berkata pihaknya kesal apabila terdapat keluarga yang berterusan mengibarkan bendera putih walaupun sudah menerima bantuan pelbagai pihak Beliau yang juga Ahli...
Jika Lockdown Dilanjut Bendera Putih Naik Di Hampir Setiap Rumah

Jika Lockdown Dilanjut Bendera Putih Naik Di Hampir Setiap Rumah

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 305 hits
Jika lockdown dilanjut bendera putih naik di hampir setiap rumah Oleh July 15 2021Kerajaan Perikatan Nasional gagal total melawan Covid 19 bukan disebabkan kekurangan vaksin di pasaran antarabangsa tetapi kesilapan polisi menyebabkan pandem...
Tahukah Anda Kadar Vaksinasi Malaysia Lebih Tinggi Daripada Uk

Tahukah Anda Kadar Vaksinasi Malaysia Lebih Tinggi Daripada Uk

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 244 hits
11 JULAI Kadar purata vaksinasi COVID 19 harian negara dilaporkan kedua terbaik selepas Singapura dalam kalangan sembilan negara tersenarai Perkara itu didedahkan oleh Our World in Data yang dikelolakan Oxford Martin School University of Ox...
Who Varian Delta Saat Ini Terdeteksi Di 124 Wilayah Di Seluruh Dunia

Who Varian Delta Saat Ini Terdeteksi Di 124 Wilayah Di Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 244 hits
Delta diperkirakan akan menjadi varian dominan secara global dalam beberapa bulan ke depan di mana WHO memprediksi bisa muncul lebih dari 200 juta kasus terkonfirmasi dalam hitungan minggu
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia