Benda Tak Rosak Kenapa Nak Baiki Wan Fayhsal Ulas Cadangan Najib


M Fakhrull Halim
Bagi Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal, tiada keperluan untuk merombak barisan jemaah menteri semasa, seperti yang dibayangkan Najib Razak dalam kenyataannya semalam.
Dia mengulas kenyataan bekas perdana menteri itu yang antara lain menyebut Umno perlu diberi lebih peranan dalam menentukan hala tuju kewangan dan ekonomi yang menurutnya kini dimonopoli Bersatu.
Kata Wan Fayhsal, barisan menteri Perikatan Nasional (PN) - khususnya berkaitan hal ehwal ekonomi dan kewangan - menunjukkan pencapaian yang baik.

“Buat masa ini perdana menteri (Muhyiddin Yassin) mendapat nasihat dan bantuan yang efektif daripada menteri kewangan (Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz) yang dilantik bukan dari kalangan ahli politik.
“Rakyat berpuas hati dan Laksana (Unit Pelaksanaan & Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional) jelas menunjukkan kerajaan benar-benar prihatin kepada rakyat.
“Zafrul telah tunjukkan contoh yang baik dari segi pelaksanaan dasar ekonomi dan kewangan dibantu oleh menteri yang berpengalaman seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed dan Menteri Kanan (Kluster Ekonomi) Mohamed Azmin Ali.
“Benda tak rosak, kenapa nak baiki?" katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Najib menerusi hantaran di Facebooknya semalam menjelaskan cadangannya berkenaan pendekatan yang perlu diambil oleh BN dalam situasi politik semasa.
Menurut Najib, dia antara lain mencadangkan kerjasama bersyarat dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim sehinggalah PRU15 diadakan.
Antara syarat yang disebutnya ialah Umno diberi peranan dalam hala tuju kewangan dan ekonomi.
“Menteri kanan yang paling kanan, menteri kewangan, menteri ekonomi dan Majlis Tindakan Ekonomi tanpa sebarang wakil dari parti Umno, PAS atau mana-mana parti lain," katanya.
Meskipun tidak menyebutkan nama, "menteri kanan paling kanan" yang dimaksudkan dipercayai merujuk kepada Azmin yang merupakan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.
Jelas Najib, dengan Umno memainkan peranan dalam kewangan dan ekonomi, mereka boleh membantu merancang pelan rangsangan ekonomi yang lebih berkesan, dan mempercepatkan bantuan khusus untuk Sabah serta lanjutan moratorium pinjaman.
Dia turut meluahkan kekecewaan berhubung pengendalian Covid-19 oleh kerajaan PN, terutamanya yang melibatkan kluster penjara.
Walaupun Umno tidak terlibat dalam kementerian berkaitan, katanya, parti itu tetap akan turut dipersalahkan.
'Tanggungjawab bersama Kabinet'
Ahmad Fayhsal bagaimanapun menganggap ia sebagai pandangan peribadi Najib dan ahli parlimen Pekan itu berhak mengutarakannya.
Bagi ketua pemuda Bersatu itu, menteri-menteri Umno dalam Kabinet PN pada masa ini juga menyumbang kepada tanggungjawab bersama untuk menyelamatkan negara daripada krisis kesihatan dan ekonomi gara-gara Covid-19.
Sebelum ini, spekulasi mengatakan sebahagian besar ahli parlimen dari Umno akan menyokong Anwar sebagai perdana menteri untuk menubuhkan kerajaan baru.
Mesyuarat biro politik Umno turut mengeluarkan kenyataan untuk menimbang semula kerjasama dengan PN dan mahu syarat baru bagi meneruskannya.
Semalam, ahli Parlimen BN dan Majlis Tertinggi Umno masing-masing mengadakan mesyuarat berhubung perkara itu. Keputusan akhirnya dicapai untuk kekal menyokong kerajaan PN, dan menolak kerjasama dengan PKR dan DAP.
Namun, mereka menggesa penambahbaikan kerjasama berdasarkan nilai penghormatan dan konsensus politik.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/10/benda-tak-rosak-kenapa-nak-baiki-wan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Tak Nak Jawatan Menteri Selagi Namanya Belum Dibersihkan

Najib Tak Nak Jawatan Menteri Selagi Namanya Belum Dibersihkan

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 405 hits
UMNO muafakat dengan PAS gagal membersihkan nama Najib Apa yg Hadi buat Apakah bekerjasama dengan PAS tidak cukup membersihkan nama seseorang Siapa Najib di sisi PAS Hingga masih tercemar dan kotor Najib memberi bayangan Menteri di kabinet ...
Tidak Salah Najib Nak Cadang Anwar Sebagai Pm Annuar Musa

Tidak Salah Najib Nak Cadang Anwar Sebagai Pm Annuar Musa

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 239 hits
on Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa hari ini membuat satu ciapan di akaun twitter miliknya menjelaskan bahawa sokongannya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dipetik dari konteks yang salah Menurut Annuar lagi perka...
Cadangan Ds Najib Kerjasama Dengan Anwar Adalah Serangan Kepada Musuh Kenapa Kita Pula Yang Menggelabah

Cadangan Ds Najib Kerjasama Dengan Anwar Adalah Serangan Kepada Musuh Kenapa Kita Pula Yang Menggelabah

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 463 hits
Sebaik sahaja tamat perjumpaan Ahli Parlimen UMNO tular di media sosial kononnya DS Najib telah cuba mengkhianati UMNO demi untuk kepentingan diri beliau sendiri dengan cuba mendesak Ahli Parlimen UMNO supaya memberikan sokongan kepada Anwa...
Wan Fayhsal On Cabinet Reshuffle If It S Not Broken Don T Fix It

Wan Fayhsal On Cabinet Reshuffle If It S Not Broken Don T Fix It

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 279 hits
Deputy Youth and Sports Minister Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal stressed that there was no need for cabinet reshuffle as hinted by former premier Najib Abdul Razak Najib in a Facebook post yesterday said he was open to continuing conditi...
Ada Benda Menumpang Dalam Anak Patung Nak Bertuan Ibu Ini Kongsi Pengalaman Seram

Ada Benda Menumpang Dalam Anak Patung Nak Bertuan Ibu Ini Kongsi Pengalaman Seram

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 452 hits
Lazimnya patung menjadi pilihan ibu bapa kerana mereka yang ada anak kecil memerlukan permainan untuk merangsang perkembangan anak anak Biasa kita dengar ada sesuatu suka menumpang dalam pantung mainan yang cukup sifatnya bertujuan untuk me...
Najib Cadangan Kerjasama Dengan Anwar Dengan Syarat Tak Libatkan Dap

Najib Cadangan Kerjasama Dengan Anwar Dengan Syarat Tak Libatkan Dap

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 333 hits
malaysiakini comDikemaskini Hari ini 11 02 pmBekas perdana menteri Najib Razak mengakui bahawa dia ada mengemukakan cadangan untuk Umno mempertimbangkan kerjasama dengan presiden PKR Anwar Ibrahim Bagaimanapun Najib menegaskan bahawa cadang...
Kerjasama Dengan Pkr Bukan Satu Satunya Cadangan Saya Najib

Kerjasama Dengan Pkr Bukan Satu Satunya Cadangan Saya Najib

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 340 hits
By 27 October 2020Datuk Seri Najib Tun RazakKUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan kerjasama bersyarat dengan PKR tanpa DAP bukanlah satu satunya cadangan yang diutarakannya semasa mesyuarat bersama ahli ahli ...
Pakatan Harapan Kemuka Enam Cadangan Utama Belanjawan 2021

Pakatan Harapan Kemuka Enam Cadangan Utama Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 362 hits
Rundingan pemimpin PH dengan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengenai Belanjawan 2021 berjalan baik kata Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail Foto oleh Hari AnggaraPUTRAJAYA 1 Nov Sesi rundingan pemimpin Pakatan ...
Pertemuan Pemuda Pas Dengan Menteri Kewangan Atas Beberapa Cadangan

Pertemuan Pemuda Pas Dengan Menteri Kewangan Atas Beberapa Cadangan

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 282 hits
Alhamdulillah baru sahaja selesai mengadakan pertemuan dengan Menteri Kewangan Malaysia YB Senator Dato Sri Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz di Kementerian Kewangan sebentar tadi Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia menyertai rombonga...
Investigation Reveals Millions Of Ringgit Transferred Into Najib S Account Testifies Former Io

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Kuih Raya Homemade By Nieyl

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pelajar Perempuan Hilang Dari Asrama Ibu Rayu Rakaman Dashcam Orang Ramai Cari Anak

Calon Isteri Buat Suami Lakonan Jazmy Juma Siti Hariesa

Raya Aidilfitri 2025

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya