Bencana Buruk Jika Air Pasang Besar Bertembung Hujan Lebat


Oleh Ilah Hafiz Aziz Gambar hiasan KUALA LUMPUR: Fenomena air pasang besar dijangka berlaku dalam tempoh empat hari bermula hari ini sehingga Rabu depan.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran kepada penduduk di pesisir pantai khususnya di negeri pantai barat Semenanjung yang disaran lebih berwaspada berdepan fenomena air pasang besar.
Katanya, meskipun fenomena air pasang besar kali ini berskala lebih kecil berbanding November lalu, keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat yang berlaku serentak.
"Situasi itu akan menyebabkan berlakunya banjir kilat, limpahan air laut dan banjir pantai (coastal flooding).
"Jabatan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dan JPS akan memberi pemakluman awal yang dikemaskini dari semasa ke semasa agar semua pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) akan dapat bersiap siaga," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
NADMA berkata, semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri (JPBN) dan Daerah (JPBD) hendaklah diaktifkan serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang bakal berlaku terutama di kawasan yang berisiko tinggi.
Katanya, Pihak JPBN dan JPBD juga dimohon memastikan setiap pusat pemindahan sementara (PPS) dilengkapi dengan keperluan asas dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) mempunyai segala aset pengoperasian yang mencukupi serta berada di dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk digunakan.
"Pada jam 4 petang, semalam, METMalaysiamengeluarkan Ramalan Cuaca Signifikan pada 2 hingga 8 Januari 2022 di mana luruan monsun dijangka berterusan sehingga Selasa. Pada masa yang sama, pembentukan awan hujan aktif di Laut China Selatan dan Laut Sulu berpotensi menyebabkan hujan berterusan di utara Sabah, pantai timur dan pantai barat Semenanjung.
"Barat Sabah dan Sarawak juga dijangka mengalami keadaan cuaca ribut petir yang lebih kerap pada sebelah petang hingga malam.
"Berikutan Amaran Hujan Berterusan Lebat Malaysia oleh MET Malaysia pada 10.35 pagi ini, kemaskini Amaran Cuaca Berterusan Bahaya, Notis Kesiapsiagaan Operasi Bencana (kemaskini) dikeluarkan oleh Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) dengan segera," katanya.
Justeru, NADMA menasihati penduduk terutamanya di kawasan yang dijangka banjir agar berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa termasuk melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my, facebook: PubliclnfoBanjir dan twitter @JPS InfoBanjir.
"Berikutan fenomena air pasang besar, orang ramai khususnya pengunjung pantai dinasihatkan lebih berhati-hati ketika menjalankan sebarang aktiviti air, riadah dan rekreasi pada tarikh dinyatakan di kawasan terbabit.
"Orang ramai juga diminta untuk sentiasa memantau keadaan cuaca dan sekiranya hujan lebat serta air laut pasang berlaku serentak, mereka perlu bersedia untuk berpindah ke tempat selamat dan mematuhi arahan pihak berkuasa yang ditetapkan.
"Masyarakat diingatkan untuk peka serta patuh kepada arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan segera berpindah sekiranya diarahkan (info lanjut: https://publicinfobanjir.water.gov.my). Peka amaran bencana agar sentiasa bersiapsiaga. Pastikan anda rujuk maklumat terkini dari sumber yang sahih," katanya.
Sementara itu, sehingga jam 4 petang tadi, portal InfoBencanaJKM menunjukkan, sebanyak 8,539 mangsa dan 2,435 keluarga terjejas dengan bencana banjir di enam buah negeri iaitu di Negeri Sembilan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka dan Sabah
Sebanyak 146 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka iaitu 48 PPS di Pahang membabitkan 1,547 mangsa, diikuti 19 PPS Negeri Sembilan (1,973), dua PPS Terengganu (137), 17 PPS di Sabah (1,082) dan 41 PPS di Johor (2,344)serta 19 PPS Melaka (1,456).
Menurut laman rasmi Public InfoBanjir pula, lima sungai di Pahang melepasi tahap bahaya iaitu, Paya Gintong, Jerantut; Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera;
Menurut laman rasmi Public InfoBanjir pula, lima sungai di Pahang melepasi tahap bahaya iaitu, Paya Gintong, Jerantut; Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera; Sungai Jelai di Jeti Lipis, Lipis; Sungai Luit Kampung Subuh, Maran; dan Sungai Pahang di Kuala Krau, Temerloh.
Tahap bahaya juga di empat sungai di Johor iaitu, SungaiLenik di Ladang Chaah, Segamat; Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat; Sungai Segamat di Bandar Segamat, Segamat; dan Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur, Tangkak.
Di Negeri Sembilan pula di Sungai Gemencheh di Empang Sg. Dua, Tampin; Sungai Muar di Pekan Rompin, Jempol dan Sungai Muar di Kampung Berembang, Kuala Pilah.
Selain itu, dua sungai Melaka iaitu di Sungai Melaka di Melaka Pindah, Alor Gajah dan Sg. Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/bencana-buruk-jika-air-pasang-besar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penduduk Kota Kuala Muda Waspada Fenomena Air Pasang Besar

Penduduk Kota Kuala Muda Waspada Fenomena Air Pasang Besar

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 212 hits
WARTA RAKYAT PENDUDUK berdekatan pantai di Kota Kuala Muda Kedah berada dalam keadaan berwaspada dan membuat persediaan bagi menghadapi fenomena air pasang besar dan diramal berlaku sehingga Rabu ini Tinjauan Bernama di beberapa kampung di ...
3 Air Pasang Besar Diramal Berlaku Pada Januari Hingga Februari

3 Air Pasang Besar Diramal Berlaku Pada Januari Hingga Februari

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 236 hits
Akan tenggelami kawasan rendah sekira tak diberi perlindungan KUALA LUMPUR 29 Jamadilawal 1443H Isnin Tiga fenomena air pasang besar diramal berlaku di negara ini bermula awal bulan ini hingga awal bulan depan Pengarah Bahagian Pengurusan S...
Hujan Lebat Berterusan Jalan Di Gambang Di Naiki Air Kini Di Tutup Untuk Kenderaan Ringan

Hujan Lebat Berterusan Jalan Di Gambang Di Naiki Air Kini Di Tutup Untuk Kenderaan Ringan

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 223 hits
KUANTAN Hujan lebat berterusan sejak pagi Ahad menyebabkan beberapa jalan di kawasan Gambang berhampiran Bukit Gambang Water Park ditutup sepanjang 200 meter akibat dinaiki air Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari W...
Air Pasang Besar Di 4 Negeri Bermula Hari Ini Hingga Rabu

Air Pasang Besar Di 4 Negeri Bermula Hari Ini Hingga Rabu

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 225 hits
BERNAMA Antara kawasan yang berisiko tinggi adalah Kuala Muda di Kedah Bagan Datuk Klang Kuala Langat Sabak Bernam dan Kuala Selangor di Selangor serta Batu Pahat dan Pontian di Johor Beberapa negeri di semenanjung dilanda banjir selepas hu...
Bmkg Hari Ini Waspadai Hujan Sedang Hingga Lebat Disertai Angin Kencang

Bmkg Hari Ini Waspadai Hujan Sedang Hingga Lebat Disertai Angin Kencang

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 224 hits
Sedangkan potensi hujan sedang hingga lebat dapat terjadi di Bali Banten Bengkulu Gorontalo Jambi Jawa Timur Kalimantan Selatan Kalimantan Tengah Kalimantan Utara
Amaran Hujan Berterusan Peringkat Buruk Di 11 Buah Negeri

Amaran Hujan Berterusan Peringkat Buruk Di 11 Buah Negeri

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 253 hits
Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON January 2 2022 Setakat jam 4 petang tadi Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan di peringkat bahaya bagi barat Johor sehingga hari ini MetMalaysia dalam kenyataannya turut mengeluarkan ...
Proses Geologi Berantai Punca Bencana Besar Di Lembah Klang

Proses Geologi Berantai Punca Bencana Besar Di Lembah Klang

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 217 hits
Oleh ARIF AIMAN ASROL IBRAHIM KOMOOPETALING JAYA Runtuhan tanah yang menyekat aliran sungai menjadi punca berlakunya banjir luar biasa di Lembah Klang baru baru ini sehingga puluhan ribu rakyat terjejas Terdapat dua tanah runtuh besar bersa...
Hujan Lebat Landa Pantai Timur Anih Berhad Minta Pengguna Agar Merancang Perjalanan

Hujan Lebat Landa Pantai Timur Anih Berhad Minta Pengguna Agar Merancang Perjalanan

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 186 hits
KUANTAN Pengendali Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 Anih Berhad menasihati pengguna lebuh raya untuk merancang perjalanan mereka memandangkan hujan lebat dijangka melanda kawasan Pantai Timur minggu ini Pengu...
Monolog Jiwa Hikmah Di Balik Kekurangan

Doa Dipermudahkan Urusan

Buasir Otak Tv Tak Buat Latihan Cikgu Bagi Be Like

Hampir Dua Tahun Kahwin Shila Amzah Dedah Sikap Sebenar Ubai Memang Lain Macam

Roadster Rescue A Handsome Kawasaki Z1000 By Hb Custom

Dari Drama Ke Realiti Bang Minah On Joowan Umum Akan Berkahwin Pada November Nanti

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan

Navigating The Wild How To Use Natural Landmarks For Direction


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sejarah Perang Mu Tah Sebab Terjadi Jalannya Pertempuran Dan Kemenangan Kaum Muslimin

Buat Paper Bag Sendiri Untuk Produk Event Anda Bersama Mosumart Design

Satelit Berteknologi Ai Yang Beresolusi Tinggi Kesan Pencerobohan Tanah Hutan Di Pahang Menjelang 2027

Pemuda Umno Pahang Gesa Rakyat Negeri Ini Tak Terpedaya Dengan Mainan Persepsi Wakil Rakyat Pas

Pengurusan Masjid Halang Pengebumian Suami Isteri Alasan Penduduk Luar

Rafizi Beri Bayangan Tak Tanding Pru16 Tinggalkan Pkr