Proses Geologi Berantai Punca Bencana Besar Di Lembah Klang


Oleh ARIF AIMAN ASROL

IBRAHIM KOMOOPETALING JAYA: Runtuhan tanah yang menyekat aliran sungai menjadi punca berlakunya banjir luar biasa di Lembah Klang, baru-baru ini sehingga puluhan ribu rakyat terjejas.
Terdapat dua tanah runtuh besar bersaiz 40,000 dan 50,000 meter padu menyebabkan lebih 15 rumah musnah dan 250 penduduk dipindahkan.
Ketua Kluster Alam Sekitar dan Kelestarian Akademi Professor Malaysia (APM), Prof. Emeritus Datuk Dr. Ibrahim Komoo berkata, ratusan tanah runtuh dan aliran puing bersaiz kecil hingga besar berlaku pada hari sama berlakunya kejadian banjir besar lalu menyebabkan kerosakan.
Menurut beliau, keadaan banjir di luar dugaan dan kerosakan harta benda berleluasa serta angka kematian di Selangor mencacah 46 orang adalah angka terbesar pernah direkodkan dalam sejarah moden negara.
“Hal ini menimbulkan pertanyaan di pihak kami, apakah kemusnahan besar-besaran disebabkan oleh banjir, atau terdapat proses berantai yang bertanggungjawab menghasilkan bencana dahsyat itu.
“Jika kita lihat pada peristiwa banjir besar di Kelantan pada tahun 2014, kita boleh lihat punca yang sama terjadi.  Bahan puing dan lumpur yang banyak dibawa oleh air banjir mempunyai kuasa pemusnah yang tinggi,” katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, beliau memaklumkan melakukan tinjauan bersama Kumpulan Ahli Geologi Negara ke tapak kejadian tanah runtuh di Sungai Pencala dan bannjir besar Sungai Lui, Selangor.
Ibrahim berkata, semasa tinjauan ke Sungai Lui, beliau mendapati kayu kayan  memenuhi jalan tersebut dan menjadi penyebab kemusnahan beberapa buah rumah di kawasan itu.
Jelasnya, terdapat banyak puing masih tersangkut di celah pokok menandakan bahan tersebut yang dibawa oleh air banjir, lumpur dan kayu kayan menjadi penyebab utama kemusnahan di luar jangkaan.
“Kenaikan air yang mendadak juga mungkin berpunca daripada puing yang tersekat membentuk ‘empangan sementara’, pecah menyebabkan luruan air banjir yang besar. Semua fenomena yang kami tafsirkan berdasarkan cerapan lapangan ini perlu diteliti dan disokong dengan kajian lanjutan.
“Kami berpendapat, semua peristiwa banjir besar atau banjir kuning negara mempunyai kaitan rapat dengan gabungan fenomena alam. Hujan lebat berterusan menyebabkan tanah di kawasan pergunungan tepu air dan mudah tergelincir. Oleh kerana kuantiti air yang tinggi di hulu lembah sungai, tanah runtuh bertukar menjadi aliran puing, berikutnya menjadi banjir puing dan disusuli dengan banjir lumpur,” katanya.
Tambahnya, bagi menangani isu bencana alam secara jangka panjang perlu mengenali punca dan jenis bencana, serta mengambil pendekatan pengurangan risiko bencana secara maklum kerana peristiwa tersebut bukan sekadar kerugiian tetapi pengajaran untuk hidup harmoni bersama alam. – UTUSAN ONLINE



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/proses-geologi-berantai-punca-bencana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banjir Kilat Di Lembah Klang Tanah Runtuh Ribuan Tersadai Lebuh Raya Ditutup

Banjir Kilat Di Lembah Klang Tanah Runtuh Ribuan Tersadai Lebuh Raya Ditutup

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 291 hits
Banjir kilat di Lembah Klang tanah runtuh ribuan tersadai lebuh raya ditutup SHAH ALAM Ribuan penduduk Selangor terpaksa dipindahkan manakala limpahan air Sungai Klang menyebabkan kesesakan teruk di Lebuh Raya Persekutuan sepanjang lebih 15...
Hujan Lebat Dua Hari Lumpuhkan Lembah Klang

Hujan Lebat Dua Hari Lumpuhkan Lembah Klang

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 241 hits
Hujan lebat dua hari lumpuhkan Lembah Klang Hampir seluruh laluan dari ibu kota ke Shah Alam dan Klang terputus ekoran banjir yang melanda beberapa kawasan sejak tengah hari tadi Tinjauan di Lebuh Raya Persekutuan petang tadi mendapati ribu...
Banjir Semua Pasar Raya Giant Di Lembah Klang Ditutup Sementara

Banjir Semua Pasar Raya Giant Di Lembah Klang Ditutup Sementara

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 296 hits
Semua pasar raya Giant di sekitar Lembah Klang Selangor akan ditutup buat sementara waktu bermula jam 7 malam pada Sabtu akibat banjir kilat dan hujan yang berterusan Pihak Pengurusan Giant dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan tarik...
Ketua Pemuda Amanah Rai 100 Mahasiswa Lembah Klang Jadi Sukarelawan Di Temerloh

Ketua Pemuda Amanah Rai 100 Mahasiswa Lembah Klang Jadi Sukarelawan Di Temerloh

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 210 hits
Oleh MALAYSIA DATELINE January 2 2022Ketua Pemuda AMANAH Hasbie Muda hari ini meraikan 100 sukarelawan yang terdiri dari mahasiswa semua universiti di Lembah Klang yang datang untuk membantu mangsa banjir di Temerloh Hasbie dan Ammar Atan m...
Kerajaan Tidak Serius Dan Tidak Bersedia Hadapi Bencana Besar

Kerajaan Tidak Serius Dan Tidak Bersedia Hadapi Bencana Besar

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 216 hits
Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON December 28 2021Kerajaan Malaysia dilihat sama sekali tidak bersedia dari sudut dasar dan agendanya untuk berhadapan dengan bencana alam yang melanda negara baru baru ini kata Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang...
Bencana Banjir Besar Sudah Terhantuk Baru Tengadah

Bencana Banjir Besar Sudah Terhantuk Baru Tengadah

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 447 hits
ZIN MAHMUDSeperti biasalah dari dulu kini dan akan datang masyarakat Malaysia selalunya sudah terhantuk baru tengadah Rumah tradisi Melayu di setengah setengah negeri selalunya dibina tinggi daripada tanah Sungguhpun seringkali ia dibina ti...
Banjir Nilai Hartanah Lembah Klang Mungkin Menurun

Banjir Nilai Hartanah Lembah Klang Mungkin Menurun

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 235 hits
Banjir Nilai hartanah Lembah Klang mungkin menurun Nilai hartanah di kawasan Lembah Klang termasuk beberapa kawasan di Shah Alam dan Hulu Langat Selangor yang dilanda banjir teruk baru baru ini berkemungkinan akan menurun dalam jangka masa ...
Khemah Besar Ph Jangan Terhegeh Hegeh

Khemah Besar Ph Jangan Terhegeh Hegeh

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 216 hits
Kalau kamu ada anak dara jangan jaja cerita merata rata kononnya betapa bagusnya jika anak dara kamu itu bersuamikan si anu Bermacam macam cerita baik kamu jaja tentang si anu untuk membolehkan kamu bermenantukan diaWalhal si anu itu tidak ...
Cerita Ibu Ibu Hebat Buat Ganjar Berkaca Kaca Betapa Besar Jasa Ibu Buat Kita Semua

Cerita Ibu Ibu Hebat Buat Ganjar Berkaca Kaca Betapa Besar Jasa Ibu Buat Kita Semua

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 264 hits
Ganjar begitu gayeng berdialog dengan ibu ibu hebat dan anak anaknya itu Beberapa kisah tentang bagaimana perjuangan seorang ibu membesarkan anak anaknya membuat Ganjar terharu
Villa Kaizen By Ark Architects A Refined Balance Between Architecture And Nature In La Zagaleta

Saya Cuba Diet Viral Tiktok Tapi Guna Makanan Malaysia Je Hasilnya Menangis Dalam Toilet

Ex Armed Forces Chief To Oversee National Service Training

Seniwati Legenda Sophia Ibrahim Meninggal Dunia

The Hidden Light Bioluminescence In Deep Sea Ecosystems

Jalan Jalan Santai Di Harajuku Shinjuku Ginza Dan Ueno

Tabung Emosi Aku Penuh

Against The Odds Dutch Lady S Program Murid Angkat Students Soar With The Power Of Support


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jauhi Sahabat Toksik Kisah Kesan Dan Cara Menghindarinya

Continuous Learning In Business

Jalan Jalan Bukit Bendera

Drama Bukan Ipar Sempurna

Mee Kari Putih Kuah Tanpa Cili Dan Rempah Tapi Sedap Kena Cuba Baru Tahu Keenakannya

Thomas Arya Feat Shinta Angely Berat Rindu Terpisah Chord