Penduduk Kota Kuala Muda Waspada Fenomena Air Pasang Besar


WARTA RAKYAT

PENDUDUK berdekatan pantai di Kota Kuala Muda, Kedah berada dalam keadaan berwaspada dan membuat persediaan bagi menghadapi fenomena air pasang besar dan diramal berlaku sehingga Rabu ini.
Tinjauan Bernama di beberapa kampung di situ mendapati rata-rata penduduk peka dan mengambil serius amaran yang dikeluarkan Bahagian Pengurusan Zon Pantai, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia itu.
Penduduk Kampung Hujung Matang, Hasnah Mohd Rejab, 57, berkata sebaik sahaja mengetahui mengenai amaran berkenaan, beliau segera menyimpan barangan dan dokumen penting di tempat selamat serta mengemas pakaian bersesuaian yang diperlukan.
“Barang-barang elektrik pun saya letak pada tempat tinggi malah saya juga simpan khemah dan barangan lain yang berkaitan dalam kereta siap-siap untuk memudahkan pergerakan keluarga saya semasa air pasang besar ini berlaku dengan teruk,” katanya.
Bagaimanapun, berdasarkan pemantauan Bernama sejak semalam, air pasang besar belum berlaku di kawasan tersebut.
Hasnah berkata keluarganya sentiasa mengambil berat akan setiap amaran yang dikeluarkan berkaitan cuaca ataupun sebarang fenomena kerana masih trauma dengan tragedi tsunami yang berlaku di kawasan itu pada 2004.
Seorang lagi penduduk, Roslina Ismail, 47, berkata dia dan keluarganya telah pun bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dengan memastikan barangan dan dokumen penting sentiasa berada di tempat selamat.
“Saya dan keluarga pernah berhadapan detik cemas air naik sampai paras lutut ketika kejadian air pasang besar kira-kira dua tahun lepas. Waktu itu, saya sedang tidur, sedar-sedar bangun pukul 4 pagi, tengok air sudah naik,” katanya.
Sementara itu, penduduk Kampung Paya, Mohd Tarmizi Hassanudin, 50, berkata dia dan keluarganya sudah biasa dengan kejadian air pasang besar, justeru mereka sememangnya sentiasa berjaga-jaga dan bersedia untuk berhadapan apa jua kemungkinan.
“Kami sentiasa berwaspada… tambahan pula saya sendiri berpengalaman menghadapi tragedi tsunami pada 2004 dulu. Perkakasan elektrik kena simpan pada tempat tinggi selain pastikan keselamatan diri dan keluarga sebaik mungkin,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Kapten (PA) Saifuddin Abdullah berkata bacaan paras air laut setakat tengah malam tadi adalah setinggi 2.31 meter dan ia tidak menjejaskan kawasan di sekitar daerah Kuala Muda buat masa ini.
Beliau berkata pihaknya berada dalam siap siaga menerusi pengawasan di Menara Pemerhati Pantai Merdeka dan anggota terlibat diarahkan memantau paras air laut dari semasa ke semasa.
“Orang ramai juga diminta supaya tidak mendekati pantai ketika amaran air pasang besar ini, di sekitar daerah Kuala Muda,” katanya.- Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/penduduk-kota-kuala-muda-waspada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bencana Buruk Jika Air Pasang Besar Bertembung Hujan Lebat

Bencana Buruk Jika Air Pasang Besar Bertembung Hujan Lebat

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 204 hits
Oleh Gambar hiasan KUALA LUMPUR Fenomena air pasang besar dijangka berlaku dalam tempoh empat hari bermula hari ini sehingga Rabu depan Agensi Pengurusan Bencana Negara berkata Jabatan Pengairan dan Saliran mengeluarkan amaran kepada pendud...
Air Pasang Besar Di 4 Negeri Bermula Hari Ini Hingga Rabu

Air Pasang Besar Di 4 Negeri Bermula Hari Ini Hingga Rabu

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 193 hits
BERNAMA Antara kawasan yang berisiko tinggi adalah Kuala Muda di Kedah Bagan Datuk Klang Kuala Langat Sabak Bernam dan Kuala Selangor di Selangor serta Batu Pahat dan Pontian di Johor Beberapa negeri di semenanjung dilanda banjir selepas hu...
3 Air Pasang Besar Diramal Berlaku Pada Januari Hingga Februari

3 Air Pasang Besar Diramal Berlaku Pada Januari Hingga Februari

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 205 hits
Akan tenggelami kawasan rendah sekira tak diberi perlindungan KUALA LUMPUR 29 Jamadilawal 1443H Isnin Tiga fenomena air pasang besar diramal berlaku di negara ini bermula awal bulan ini hingga awal bulan depan Pengarah Bahagian Pengurusan S...
Proses Sedut Keluar Air Banjir Di Sri Muda Dijangka Selesai Hari Ini

Proses Sedut Keluar Air Banjir Di Sri Muda Dijangka Selesai Hari Ini

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 253 hits
BERNAMA 80 air banjir disedut keluar ke Sungai Klang semalam Suasana banjir di Sri Muda Shah Alam Selangor menjadi negeri yang paling teruk terjejas selain merekodkan mangsa korban paling ramai setakat ini Proses menyedut keluar air banjir ...
Hiburan Ianya Bukan Fenomena Kepala Air Polis Ulas Video Air Mengganas Di Lata Berangin

Hiburan Ianya Bukan Fenomena Kepala Air Polis Ulas Video Air Mengganas Di Lata Berangin

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 280 hits
Ketua Polis Daerah Kuala Krai Deputi Superintendan Suzaimi Mohamed mengulas mengenai satu video tular yang memaparkan fenomena di Air Terjun Lata Berangin pagi Khamis Suzaimi Mohamed berkata sebaliknya ia adalah fenomena biasa apabila kawas...
Tebing Runtuh Dua Kampung Dinaiki Air Di Kota Tinggi

Tebing Runtuh Dua Kampung Dinaiki Air Di Kota Tinggi

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 180 hits
Oleh Tebing tanah dengan ketinggian 105 meter runtuh dipercayai akibat hujan lebat berterusan sejak pagi tadi dalam kejadian di kawasan taman perumahan Bukit Pelali Pengerang Kota Tinggi Foto ihsan polis Johor KOTA TINGGI Hujan lebat berter...
Majlis Perbandaran Kuala Kangsar Larang Jual Arak Di Kawasan Majoriti Penduduk Islam

Majlis Perbandaran Kuala Kangsar Larang Jual Arak Di Kawasan Majoriti Penduduk Islam

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 394 hits
Jualan minuman keras di kedai serbaneka di kawasan majoriti penduduk bukan beragama Islam di Kuala Kangsar masih dibenarkan dengan beberapa syarat PETALING JAYA Selepas Majlis Daerah Selama Majlis Perbandaran Kuala Kangsar menjadi pihak ber...
30 000 Meter Padu Air Di Taman Sri Muda Sudah Dipam Keluar

30 000 Meter Padu Air Di Taman Sri Muda Sudah Dipam Keluar

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 261 hits
Oleh MOHD HUSNI MOHD NOOR Keadaan banjir yang masih belum surut di beberapa kawasan pada tinjauan udara bersama Unit Udara Polis Diraja Malaysia di sekitar Sri Muda Shah Alam di sini hari ini Foto oleh FAUZI BAHARUDINPUTRAJAYA Jabatan Penga...
Kerjasama Malaysia Jepun Bangunkan Semula Gaza Dapat Pujian Rakyat

Headed To New Orleans For The Super Bowl Or Mardi Gras Here S The Safety Info You Need

Turn Your Startup Dream To Reality

Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Makan Malam Chicken Chop Viral Klang

Bahaya Vitamin Dan Suplemen Tanpa Nasihat Pakar

Cara Menghidupkan Kembali Percikan Cinta Dalam Hubungan

Bagaimana Orang Berjaya Menguruskan Masa Mereka Dengan Bijak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice


Bendang

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta

Utamakan Isu Negara Sebelum Bangunkan Semula Gaza Rafidah

Resepi Ikan Siakap Hong Shau Kredit Soyabelacan

Minta Semua Sedekahkan Al Fatihah Abang Tajul Meninggal Dunia

Tiga Cedera Selepas Kenderaan Melanggar Sekumpulan Lelaki