Benarkah Tumbuhan Yang Ditanam Di Atas Kubur Meringankan Seksaan



Soal kematian, seksa kubur dan alam barzakh adalah perkara-perkara yang sangat dekat dengan umat Islam. Segala proses pengurusan jenazah seperti memandikan, mengkafankan, menyolatkan, serta menguburkan jenazah pula dilakukan dengan sebaiknya sebagai penghormatan terakhir.
Antara perbuatan yang menjadi amalan sesetengah orang dalam proses menguburkan jenazah ialah menyiram dengan air mawar, meletakkan bunga-bungaan dan juga menanam tumbuhan di atas kubur.
Perlukah Menyiram Air Mawar Di Atas Kubur
Berdasarkan daripada catatan di laman web Mufti Wilayah Persekutuan, yang dipetik daripada Kitab I’anah al-Talibin, menyebutkan bahawa perbuatan menyiram (menjirus) air di atas kubur adalah suatu perbuatan yang disunnahkan.
Hal ini kerana ia juga dilakukan oleh Nabi SAW saat menguburkan anak baginda yang bernama Ibrahim serta dilakukan juga pada kubur Saad bin Muaz.
Namun, yang menjadi sunnah hanyalah jika menyiram dengan menggunakan air biasa dan bukannya air mawar.
Perlukah Menanam Tumbuhan Di Atas Kubur
Antara perkara lain yang banyak juga dilakukan oleh orang Islam terutama di Malaysia adalah menanam tumbuhan di atas kubur. Sesetengah orang mendakwa bahawa perbuatan ini dapat membantu jenazah kerana tumbuhan akan berzikir dan seksa kubur juga dapat diringankan.
Adakah perbuatan ini mempunyai sandaran kepada perbuatan Nabi SAW?
Terdapat satu hadis daripada Nabi SAW yang mengandungi kisah yang berkaitan.
Rasulullah SAW pernah melewati dua buah kubur bersama para sahabat, lalu baginda berkata kepada mereka:
“Sungguh keduanya sedang diseksa. Mereka diseksa bukan kerana perkara besar (dalam pandangan keduanya). Salah satu dari dua orang ini, (semasa hidupnya) tidak menjaga diri dari kencing. Sedangkan yang satunya lagi, dia menyebarkan namiimah.”
Rasulullah SAW diberi kelebihan daripada Allah dapat mengetahui apa yang terjadi ke atas kedua-dua jenazah di dalam kubur tersebut.
Kemudian baginda mengambil pelepah kurma yang basah, membelahnya menjadi dua dan menusukkan ke atas kedua-dua kubur tersebut.
Para sahabat lantas bertanya, “Wahai, Rasulullah. Mengapa Rasul melakukan ini?”
Baginda menjawab, “Semoga mereka diringankan seksaannya, selama keduanya belum kering.”
Kemungkinannya, daripada hadis ini lah perbuatan menanam tumbuhan di atas kubur menjadi amalan sehingga sekarang.
Walau bagaimanapun, terdapat perbahasan dalam kalangan ulama berkenaan tafsiran perbuatan Nabi SAW dalam hadis ini.
Pemahaman Yang Keliru Tentang Perbuatan Nabi Menusukkan Pelepah Tamar Ke Atas Kubur
Sebelum menerangkan dengan lebih lanjut berkenaan kekeliruan yang ada berkenaan perbuatan Nabi SAW menusukkan pelepah tamar ke atas kubur, ada dua persoalan yang boleh digariskan.
Pertama, adakah pohon yang basah sahaja boleh berzikir kepada Allah?
Kedua, adakah perbuatan menanam tumbuhan di atas kubur itu sunnah?
Berdasarkan maksud yang umum mengenai hadis di atas, ada yang berpendapat bahawa ianya adalah perbuatan yang digalakkan kerana Nabi sendiri yang melakukannya.
Namun pandangan yang lebih tepat oleh para ulama’ ialah perbuatan tersebut hanya dikhususkan kepada Nabi SAW sendiri. Yang menyebabkan seksa kubur diringankan bukanlah pohon basah yang berzikir kepada Allah, kerana hakikatnya jika dalam keadaan kering pun ia masih tetap berzikir.
Malah bukan pohon itu sahaja, termasuk juga batuan, tanah dan alam sekeliling. Malah ia berbeza dengan firman Allah SWT yang menyatakan bahawa semua yang ada di langit dan di bumi bertasbih kepadaNya.
“Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.”(Surah Al-Isra’ 17:44)
Pendapat yang lebih dekat dengan kebenaran adalah – perbuatan menusukkan pelepah tamar di atas kubur itu hanya dikhususkan kepada Rasulullah SAW sahaja. Baginda juga tidak melakukannya kepada semua kubur.
Seksa kubur yang menjadi ringan pula adalah disebabkan mustajab doa yang dipohon oleh Nabi SAW sendiri, dan keadaan basah pelepah tamar yang ditusuk di atas kubur adalah suatu tempoh masa keringanan seksa kubur yang dipohonkan oleh Rasulullah SAW kepada Allah.
Antara jalan periwayatan lain tentang hadis di atas dapat dilihat daripada riwayat Jabir R.anhu yang terdapat dalam Sahih Muslim rahimahullah, Rasulullah SAW bersabda:
أنى مررت بقبرين يعذبان فأ حببت بشفاعتى أن يرد عنهما ما دام الغصنان رطبين
Sesungguhnya aku melewati dua kuburan yang sedang diseksa. Maka dengan syafa’atku, aku ingin agar azabnya diringankan daripada keduanya, selama dua ranting ini masih basah.
Malah Imam Al Albani rahimahullah merumuskan dalam Kitab Ahkamul Janaiz bahawa – jika para sahabat dan orang-orang soleh yang mendengar dan memahami perbuatan Nabi SAW tersebut sebagai suatu anjuran dan sunnah, maka pasti mereka telah meletakkan pelepah tamar atau tumbuhan di atas kubur, dan sudah tentu berita itu telah masyhur, seterusnya dituliskan oleh para perawi. Namun tidak ada perkara sebegitu yang terjadi.
Perbanyakkanlah zikir dan juga doa sejak hidup lagi supaya perjalanan kita di alam barzakh dipermudahkan oleh Allah dan mudah-mudahan dijauhkan daripada seksa kubur. Adapun bagi saudara-saudara kita yang telah meninggal dunia, pohonkanlah doa buat mereka agar diampunkan dosa-dosa serta lakukanlah amal baik seperti sedekah bagi pihak mereka. Wallahua’lam.
 
Sumber: tzkrh.com 
The post Benarkah Tumbuhan Yang Ditanam Di Atas Kubur Meringankan Seksaan appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/benarkah-tumbuhan-yang-ditanam-di-atas-kubur-meringankan-seksaan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kurangkan Stress Kerja Dengan Meletak Tumbuhan Di Atas Meja Kajian

Kurangkan Stress Kerja Dengan Meletak Tumbuhan Di Atas Meja Kajian

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 300 hits
MENURUT satu kajian terbaru sepasukan penyelidik dari Jepun meletakkan tumbuhan di atas meja tempat kerja boleh mengurangkan tahap stress Kajian yang dijalankan oleh para penyelidik di Universiti Hyogo di Awaji itu bertujuan untuk menyiasat...
Kwsp Mohon Maaf Atas Kes Viral Di Media Sosial

Kwsp Mohon Maaf Atas Kes Viral Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 499 hits
KWSP Mohon Maaf Atas Kes Viral Di Media Sosial Berikut adalah kenyataan maaf daripada pihak Kumpulan Simpanan Wang Pekerja setelah berita seorang pesakit kanser yang terpaksa datang ke pejabat KWSP walaupun sakit dan terlantar di atas katil...
Bantahan Tindakan Rejim Hindu Ke Atas Warga Islam India Abd Muin

Bantahan Tindakan Rejim Hindu Ke Atas Warga Islam India Abd Muin

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 403 hits
Apa jadi di India sekarang RAKYAT Malaysia digesa membatalkan sebarang rancangan perjalanan atau percutian ke India dengan segera susulan bantahan besar besaran terhadap tindakan rejim ekstremis Hindu di sana yang mengharamkan kewarganegara...
Sidang Kemuncak Kl Tanda Terlerainya Cengkaman Saudi Ke Atas Dunia Islam

Sidang Kemuncak Kl Tanda Terlerainya Cengkaman Saudi Ke Atas Dunia Islam

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 297 hits
Dengan menganjurkan Sidang Kemuncak KL walau ditekan Saudi Dr Mahathir Mohamad nampaknya ingin memanfaatkan kekuatan teknologi diplomasi dan kewangan Iran Turki dan Qatar KUALA LUMPUR Sidang kemuncak negara negara Islam di Kuala Lumpur baru...
Turki Sebut Putusan Pengadilan Arab Saudi Atas Kasus Pembunuhan Khashoggi Memalukan

Turki Sebut Putusan Pengadilan Arab Saudi Atas Kasus Pembunuhan Khashoggi Memalukan

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 237 hits
Pemerintah Turki dan sejumlah kelompok HAM internasional mengecam putusan Pengadilan Arab Saudi atas kasus pembunuhan Jamal Khashoggi Dalam putusannya lima terpidana diputuskan bersalah dan dijatuhi hukuman mati
Kemlu Ikut Berduka Atas Gugurnya Tentara Filipina Saat Selamatkan Wni Dari Abu Sayyaf

Kemlu Ikut Berduka Atas Gugurnya Tentara Filipina Saat Selamatkan Wni Dari Abu Sayyaf

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 192 hits
Setelah 90 hari dalam tawanan akhirnya dua WNI berhasil dibebaskan dari penyanderaan kelompok Abu Sayyaf
Hidup Mati Atas Kehendak Allah Bukannya Kanser Wanita Kongsi Pengalaman Hidap Kanser

Hidup Mati Atas Kehendak Allah Bukannya Kanser Wanita Kongsi Pengalaman Hidap Kanser

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 565 hits
Setiap insan didunia ini pasti akan diuji oleh Nya Ujian tersebut selalunya akan diberi dalam pelbagai bentuk seperti kewangan kesihatan kekeluargaan ataupun perhubungan Walau apa bentuk ujian yang mendatang sebagai manusia biasa kita disar...
Ubin Jalur Tuna Netra Dibangun Di Atas Jalan Permukiman Warga Cengkareng

Ubin Jalur Tuna Netra Dibangun Di Atas Jalan Permukiman Warga Cengkareng

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 264 hits
Samhudi mengatakan pengerjaan guiding block tersebut dilakukan oleh vendor yang didatangkan dari Suku Dinas Perumahan Jakarta Barat
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation