Pemberhentian Vaksin Sinovac Tiada Kaitan Soal Keberkesanan Kata Khairy


BernamaSehingga kini, negara telah menerima 6.66 juta bekalan vaksin jenis Pfizer-BioNTech termasuk kira-kira satu juta dos yang disumbangkan oleh kerajaan Amerika Syarikat baru-baru ini. (Gambar Bernama)PUTRAJAYA: Pemberhentian pemberian vaksin Sinovac dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah kerana pembekalannya telah selesai dan tiada kaitan dengan soal keberkesanannya, kata Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata Pharmaniaga Bhd telah selesai membekalkan 12 juta dos vaksin keluaran China itu lebih awal daripada jadual asal kepada kerajaan.
“Kami akan menerima keseluruhan penghantaran (vaksin Sinovac) pada hujung bulan ini,” kata Khairy yang menolak spekulasi pemberhentian vaksin Sinovac dalam PICK berkaitan dengan soal keberkesanannya.
Pharmaniaga dalam kenyataan medianya memaklumkan proses pembekalan vaksin Sinovac untuk PICK telah selesai dengan kelompok dos terakhir akan dibekalkan pada 21 Julai ini. Kontrak Pharmaniaga adalah membekalkan sebanyak 12 juta dos vaksin Sinovac secara pengisian dan pembotolan dalam tempoh tujuh bulan iaitu antara Mei dan November 2021.
Khairy dalam sidang media perkembangan PICK secara maya bersama Menteri Kesihatan Dr Adham Baba semalam berkata kerajaan memutuskan untuk menggunakan vaksin Pfizer-BioNTech bagi PICK mulai bulan depan manakala stok simpanan Sinovac hanya dikhususkan untuk mereka yang mempunyai alahan terhadap vaksin lain.
“Untuk tujuan itu, kerajaan telah menempah tiga juta dos vaksin Sinovac untuk dijadikan stok simpanan. Tempahan ini akan diterima akhir Julai atau awal Ogos ini,” katanya.
Sehingga kini, negara telah menerima 6.66 juta bekalan vaksin jenis Pfizer-BioNTech termasuk kira-kira satu juta dos yang disumbangkan oleh kerajaan Amerika Syarikat baru-baru ini.
Mengenai laporan media antarabangsa berhubung sekatan eksport vaksin AstraZeneca yang dikilangkan di Thailand, Khairy berkata beliau akan mengadakan perbincangan secara dua hala dengan negara jiran itu bagi memastikan tiada gangguan bekalan vaksin berkenaan ke Malaysia.
Bagaimanapun, katanya, negara telah bersiap sedia dengan pelan alternatif sekiranya kerajaan Thailand menyekat eksport bekalan vaksin AstraZeneca keluaran negara Gajah Putih itu.
“Kami mempunyai pelan B iaitu meningkatkan pembelian vaksin Sinovac kerana kita sudah mempunyai fasiliti secara pengilangan di Malaysia (Pharmaniaga). Jadi Pharmaniaga tahu jika ada sebarang keperluan mendesak, kita akan memaklumkan kepada mereka untuk membekalkan kepada kerajaan Persekutuan,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/pemberhentian-vaksin-sinovac-tiada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semua Vaksin Sama Saja Di Mana Pun Ia Dibuat Kata Khairy

Semua Vaksin Sama Saja Di Mana Pun Ia Dibuat Kata Khairy

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 308 hits
MALAYSIA NOW Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan itu berkata tidak seharusnya ada diskriminasi berhubung dari mana vaksin itu dibuat kerana formula sama digunakan oleh makmal pembuatannya Menteri Penyelaras Program Imun...
Polis Siasat Dakwaan Jual Janji Temu Vaksin Kata Khairy

Polis Siasat Dakwaan Jual Janji Temu Vaksin Kata Khairy

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 352 hits
Khairy Jamaluddin berkata garis panduan pemantauan vaksin akan mengelakkan penyalahgunaan kuasa dalam pemberian vaksin PETALING JAYA Polis sedang bekerjasama dengan Badan Bertindak Imunisasi Covid 19 untuk menyiasat dakwaan individu menjual...
Sultan Johor Terima 20 000 Dos Vaksin Sinovac Kata Tmj

Sultan Johor Terima 20 000 Dos Vaksin Sinovac Kata Tmj

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 356 hits
Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberitahu pihaknya akan mendapatkan lebih banyak lagi bekalan vaksin dalam masa terdekat PETALING JAYA Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar menerima 20 000 dos vaksin Sinovac untuk diagihkan kepada rakyat di ne...
Cek Fakta Fakta Sebenarnya Soal Total Vaksin Covid 19 Dari As Yang Tiba Di Indonesia

Cek Fakta Fakta Sebenarnya Soal Total Vaksin Covid 19 Dari As Yang Tiba Di Indonesia

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 517 hits
Faktanya kedatangan vaksin bantuan dari pemerintahan AS tiba di Indonesia terdiri dari dua tahap Tahap pertama terdapat 3 000 060 dosis yang tiba di Indonesia Tahap kedua sebanyak 1 500 100 dosis total yang sudah diterima RI sebesar 4 500 1...
Soal Vaksin Covid 19 Berbayar Wagub Dki Bilang Lewat Jaki Tetap Gratis

Soal Vaksin Covid 19 Berbayar Wagub Dki Bilang Lewat Jaki Tetap Gratis

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 351 hits
Pemerintah Pusat telah menetapkan adanya pelayanan vaksinasi berbayar seharga Rp879 140 per orang menggunakan vaksin Sinopharm dari PT Kimia Farma untuk dua kali dosis penyuntikan
Pengalaman Terima Suntikan Vaksin Sinovac Lengkap 2 Dose Di Ucsi Hospital University Port Dickson

Pengalaman Terima Suntikan Vaksin Sinovac Lengkap 2 Dose Di Ucsi Hospital University Port Dickson

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 606 hits
As Salam Pengalaman Terima Suntikan Vaksin Sinovac Lengkap 2 Dose di UCSI Hospital University Port Dickson Alhamdulillah Dah lengkap dua dose suntikan vaksin saya terima sejak seminggu lepas Entri ini asalnya saya nak kongsi masa kali perta...
Vaksin Sinovac Sedia Berdepan Gelombang Baharu Covid 19

Vaksin Sinovac Sedia Berdepan Gelombang Baharu Covid 19

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 343 hits
Pembangun dan pengeluar vaksin dari China Sinovac Biotech Co Limited bersedia untuk berdepan gelombang baharu lonjakan kes global ekoran kemunculan varian baharu virus COVID 19 Mereka kini menghasilkan vaksin yang lebih kuat selain daripada...
Vaksin Sinovac Akan Dijual 14 Juta Dos Wow Kaya

Vaksin Sinovac Akan Dijual 14 Juta Dos Wow Kaya

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 549 hits
Rafidah Aziz mendesak jawatankuasa pemantauan vaksin menjelaskan keputusan untuk membenarkan penjualan 14 juta dos Sinovac kepada syarikat swasta Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata rakyat tidak sepatutnya membay...
Selesai Dose Sinovac Vaksin Pertama Ku

Selesai Dose Sinovac Vaksin Pertama Ku

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 572 hits
hai assalammualaikumSelesai Dose Sinovac Vaksin Pertama Ku Vaksin yang ditunggu tunggu akhirnya kunjung tiba Selalu nampak orang lain post diaorang dah dapat vaksin punya bersabar kita menunggu giliran untuk mendapat vaksin Daftar dari bula...
Pas Dan Bersatu Perlu Berpisah

Bayaran Perkeso 2026 Jadual Bayaran Faedah

Panduan Beli Rumah Pertama Tahun 2026

5 Langkah Audit Kewangan Peribadi Setiap Hujung Tahun

10 0 0 1 Piso Wifi Pause Time Definitive Guide

Ada Orang Belanja Pergi Spa

Data Raya Dalam Pembangunan Pertanian Pintar Tingkatkan Produktiviti

Dah Hampir 5 Hari Blog Ni Senyap Tanpa Khabar


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Mockup Produk Realistik Kenapa Ia Lebih Meyakinkan

Firth Of Cro Kapal Besi Terdampar Di St Margaret S Bay 1894

Malaysia Gemilang Meraih Kemenangan Yang Membanggakan

Barang2 Dibawa Keluar Tanpa Beritahu Dr Fie Berang Dengan Nubhan Kejam Kamu

Jawapan Tenang Syed Saddiq Beri Bayangan Soal Kahwin Dengan Bella Astillah Hanya Untuk Keluarga

Ini 5 Azam Tahun Baharu Yang Boleh Bantu Anda Jadi Lebih Produktif