Benarkah Bulu Atau Kuku Yang Dipotong Perlu Ditanam Ini Jawapan Mufti


Pernahkah anda mendengar tentang perkara yang perlu dilakukan selepas memotong kuku dan rambut? Betul ke perlu ditanam selepas dipotong? kekeliruan ini sering berlegar-legar dalam kehidupan masyarakat kita.
Jadi, sejauh mana kebenaran tentang persoalan ini? Berikutan jawapan daripada Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr Zulkifli Al Bakri untuk pengetahuan anda.
Jawapan
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Kami mulakan dengan hadis, di mana Rasulullah SAW bersabda:
الْفِطْرَةُ خَمْسٌ ـ أَوْ خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ ـ الْخِتَانُ، وَالاِسْتِحْدَادُ، وَنَتْفُ الإِبْطِ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ
Maksudnya: Fitrah itu ada lima – atau lima perkara yang menjadi fitrah – adalah berkhatan, memotong bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku, dan memotong misai.
Riwayat al-Bukhari (5550) dan Muslim (257)
Al-Hafiz Ibn Hajar menyebut bahawa bilangan yang disebutkan itu tidak terbatas sebanyak itu sahaja, kerana datang dalam hadis lain bilangan yang lain. (Lihat Fath al-Bari, 10/337)
Menjawab persoalan di atas, kami nukilkan kenyataan Imam Nawawi yang menyebut: “Sunat menanam dan menimbus di dalam tanah segala rambut serta kuku yang dipotong sebagaimana diriwayatkan perbuatan tersebut dilakukan oleh Ibn Umar dan disepakati oleh para ulama mazhab kami.” (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 5/212)
Beliau juga berkata: “Al-Mutawalli menukilkan adalah dipersetujui bahawa anggota yang terpisah itu tidak perlu dimandi dan disembahyangkan. Katanya: “Tiada perselisihan bahawa tangan yang dipotong kerana hukuman mencuri dan qisas tidak wajib dimandi dan disembahyangkan. Memadai dengan hanya dibalut dengan secebis kain dan ditanam. Begitu juga dengan kuku dan rambut yang dipotong daripada orang yang masih hidup. Maka ia tidak perlu disembahyang, tetapi sunat ditanam.” (Lihat al-Majmu’, 5/212)
Imam Ibn Hajar al-Haitami turut menyatakan: “Dan disunatkan menanam apa yang dipotong daripada rambut, kuku dan darah.” (Lihat Tuhfah al-Muhtaj fi Syarh al-Minhaj, 2/476)
Syeikh Zakariyya al-Ansari berkata: “Disunatkan menanam rambut sebagai penghormatan kepadanya.” (Lihat Asna al-Matalib, 6/232)
Ibn Qudamah al-Maqdisi pula menyebut: “Disunatkan menanam kuku yang dipotong dan juga rambut berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh al-Khallal dengan sanadnya daripada Mil binti Misyrah al-Ash’ariyyah, katanya: “Aku melihat ayahku memotong kukunya dan menanamnya, dan dia berkata: “Aku melihat Rasulullah SAW melakukan demikian.” (Lihat al-Mughni, 1/146)
Hadis yang dimaksudkan, yang diriwayatkan daripada Mil binti Misyrah al-Ash’ariyyah, adalah sepertimana berikut:
رَأَيْتُ أَبِي يُقَلِّمُ أَظْفَارَهُ، وَيَدْفِنُهُ وَيَقُول: رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَفْعَل ذَلِكَ
Maksudnya: “Aku lihat bapaku memotong kuku kemudian menanamnya dan berkata: Beginilah yang aku lihat Nabi SAW perbuat.”
Hadis ini dikeluarkan oleh Ibn Abi Qasim, Ibn al-Sakan dan lain-lain. Sanadnya adalah sangat lemah (dha’if jiddan). Inilah sepertimana yang disebut dalam kitab al-Isabah (3/421) oleh Ibn Hajar.
Kesimpulan
Kuku dan rambut adalah sejuzuk daripada anggota badan yang sentiasa tumbuh dan panjang. Justeru, sunat bagi kita memotongnya kerana ia termasuk dalam Sunnah.
Adapun kuku atau rambut yang sudah dipotong berdasarkan kepada qiyas anggota yang lain yang sunat kita tanam, maka begitulah kedua-duanya juga baik untuk ditanam. Kami cenderung kepada pendapat ini kerana ia lebih menepati anjuran Islam agar menjaga kebersihan persekitaran di samping mengelakkan kemungkinan penggunaan bahan-bahan tersebut disalahgunakan untuk tujuan-tujuan seperti perbuatan jahat sihir, menyambung rambut dan lain-lain.
Se’aula’nya kita merujuk kepada Sunnah Rasulullah SAW dan juga salafus soleh yang menanam kuku dan rambut. Justeru itulah yang sebaiknya sama ada sebahagian hikmah kita dapat memahaminya atau yang lain kita tidak mengetahuinya.
Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita kefahaman dalam agama untuk mengikutinya dengan sebaik mungkin. Amin.
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/11/11/benarkah-bulu-atau-kuku-yang-dipotong-perlu-ditanam-ini-jawapan-mufti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siapa Mandikan Jenazah Nabi Saw Ramai Tak Tahu Ini Jawapan Mufti Wilayah

Siapa Mandikan Jenazah Nabi Saw Ramai Tak Tahu Ini Jawapan Mufti Wilayah

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 428 hits
Pasti kita pernah tertanya tanya siapa dari kalangan sahabat yang mandikan jenazah baginda Rasulullah SAW Ini penjelasan Mufti WilayahSOALAN SIAPAKAH MANDIKAN JENAZAH NABI SAW Assalamualaikum WBT Semoga ustaz sihat sihat belaka Saya dah lam...
Hukum Potong Kuku Dan Rambut Bagi Yang Menyertai Ibadah Korban Ini Penjelasan Dari Mufti Wilayah Persekutuan

Hukum Potong Kuku Dan Rambut Bagi Yang Menyertai Ibadah Korban Ini Penjelasan Dari Mufti Wilayah Persekutuan

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 300 hits
PerhatianTarikh akhir potong rambut kuku bagi yang menyertai Korban tahun ini ialah Maghrib petang Khamis 1 Ogos 2019 bersamaan dengan 29 Zulkaedah 1440H Ini bermaksud siapa yanh berkorban janganlah lupa potong kuku siap siap sebab nanti le...
Pelik Asyik Anak Atau Mama Sahaja Yang Digigit Nyamuk Ini Punca Kenapa Nyamuk Suka Hinggap

Pelik Asyik Anak Atau Mama Sahaja Yang Digigit Nyamuk Ini Punca Kenapa Nyamuk Suka Hinggap

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 431 hits
Bayangkan anda sedang menikmati udara di tepi tasik sambil berlari anak bersama kawan kawan Sampai satu ketika anda mula perasan bahawa badan anda khususnya bahagian yang terdedah seperti lengan mula dikerumuni nyamuk Lebih menyakitkan hati...
Prktgpiai Bn Fokus Untuk Menang Cepat Atau Lambat Umum Calon Bukan Isu

Prktgpiai Bn Fokus Untuk Menang Cepat Atau Lambat Umum Calon Bukan Isu

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 320 hits
Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan berkata cepat atau lambat calon Barisan Nasional diumumkan bukan satu isu kerana yang pasti BN akan mengetengahkan calon terbaik pada Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai Jelas beliau fokus utama BN ...
Jangan Berkira Dengan Ibu Atau Isteri Pegang Dua Ni Rezeki Suami Berlipat Ganda

Jangan Berkira Dengan Ibu Atau Isteri Pegang Dua Ni Rezeki Suami Berlipat Ganda

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 610 hits
Sama sama susah sama sama senang Itu prinsip yang dipegang Siti Sarah dalam memastikan hubungan rumah tangganya sentiasa berada dalam keadaan harmoni Rezeki yang diberikan adalah ujian untuk pasangan suami isteri itu menguruskan sebaik mung...
Kos Sara Hidup Meningkat Persepsi Atau Realiti Ahmad Fadhil Shaari

Kos Sara Hidup Meningkat Persepsi Atau Realiti Ahmad Fadhil Shaari

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 370 hits
SAYA bangun untuk mengemukakan soalan tambahan pada 29 Oktober 2019 ketika Ahli Parlimen Kluang Puan Wong Shu Qi minta Menteri Hal Ehwal Ekonomi menyatakan bagaimana dasar Kemakmuran Bersama akan memanfaatkan semua rakyat Malaysia khususnya...
5 Benda Yang Wajib Dibawa Ketika Travel Atau Holiday Bersama Baby Atau Anak Kecil

5 Benda Yang Wajib Dibawa Ketika Travel Atau Holiday Bersama Baby Atau Anak Kecil

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 488 hits
5 benda yang mak wajib bawa ketika travel atau holiday bersama baby atau anak kecil Assalamualaikum dan salam sejahtera Travel bersama keluarga ini bukan perkara yang mudah terutama kepada mereka yang mempunyai anak kecil berumur setahun ke...
Sham Visa Luah Rasa Kecewa Apa Silapnya Lagu Tak Sesuai Atau

Sham Visa Luah Rasa Kecewa Apa Silapnya Lagu Tak Sesuai Atau

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 687 hits
https instagram com budiey Follow My Instagram http youtube com budieychannel Click to Subscribe http budiey com Visit My Blog http facebook com BudieyDotCom Become a Fan http twitter com budiey Follow Me
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra