Benarkah Besut Terengganu Dahulunya Bawah Kelantan Tetapi Tergadai Sebab Sabung Ayam


Sebelum memulakan kisah Besut, Terengganu ini mari kita membaca dan renungkan satu seloka yang terkenal di Malaysia iaitu Seloka Pak Kadut. Ianya berbunyi begini,
Aduhai malang Pak kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan,
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk,
Aduhai malang Pak Kaduk
Kelantan Dahulunya Bawah Naungan Patani Tahukah anda negeri Kelantan dahulunya di bawah naungan kerajaan Patani dan dikenali sebagai Kelantan-Patani? Ketika itu Kelantan dibahagikan kepada dua menjadi Kelantan Timur dan Kelantan Barat.
Di Kelantan Timur, Bekelam dijadikan sebagai ibu negeri, manakala Kelantan Barat, Kota Kubang Labu dijadikan sebagai ibu negeri.
Sungai Kelantan menjadi sempadan kedua-dua kerajaan sebelum putera Raja Kelantan Timur, Long Yunus merampas takhta kerajaan dan mengisytiharkan diri beliau sebagai Raja Kelantan pada 1794.
Long Yunus memacakkan penanda sempadan Kelantan Timur di Pachakan, Pasir Puteh sebagai titik sempadan dengan Terengganu, manakala sempadan Kelantan Barat dengan Thailand dipacakkan di Pujuk.
Besut Tergadai Kepada Terengganu Kerana Kalah Sabung Ayam? Mengikut cerita rakyat, Besut asalnya di dalam wilayah Kelantan tetapi menjadi milik Terengganu kerana ia menjadi taruhan dalam pertandingan sabung ayam.
Sesetengahnya menganggap cerita sabung ayam hanya mitos, bukan sejarah sebenar.

Namun beberapa kampung ‘terbelah dua’ di garis sempadan Kelantan-Terengganu membuktikan bahawa Besut pernah berada di dalam Kelantan.
Penggarisan sempadan negeri dari puncak Bukit Yong ke Laut China Selatan sehingga ke Pulau Susu Dara menyebabkan sekurang-kurangnya empat kampung di daerah ini iaitu Kampung Gong Manak, Pachakan, Tok Motong dan Gong Lapang terpisah.
Walaupun berbeza negeri, penduduk kampung berkenaan menganggap mereka sekampung, berkongsi apa sahaja yang perlu dan berurusan dengan agensi kerajaan kedua-dua negeri mengikut keperluan.
Satu Kampung, Tetapi Dua Negeri Berbeza Menurut penduduk paling tua di Gong Lapang, Jaafar Seman, 82, dia tidak mengetahui mengenai mitos sabung ayam seperti yang diperkatakan orang-orang terdahulu.
Dia yang menetap di kampung itu ketika zaman penjajahan Jepun berkata, pada masa itu, kampung berkenaan berada di sempadan kedua-dua negeri apabila beberapa rumah penduduk berada di sebelah Kelantan, manakala beberapa buah lagi berada di sempadan Terengganu.
Ujarnya, walaupun anaknya tinggal di kampung sama, tetapi berada dalam negeri Terengganu walaupun jarak dengan rumahnya hanya beberapa meter sahaja.
“Kini ada 25 rumah berada dalam negeri Kelantan, dan jumlah sama juga dalam negeri Terengganu, namun mereka semua adalah sekampung.
“Masa saya datang sini dulu, keadaan kampung ni memang macam ni. Separuh duk belah Kelantan, separuh lagi Terengganu. Nak cerita macam mana kampung ni terpisah dua, saya pun tak tahu,” katanya.
Ujarnya, dia sering ke Surau Al Jannah di kampung berkenaan yang terletak dalam kawasanTerengganu untuk menunaikan solat berjemaah.
“Kita tak fikir sempadan negeri, kita ni sekampung sahaja, cuma berbeza kerajaan. Sebelah sini dibantu Kerajaan Kelantan, sebelah sana pula dibantu Kerajaan Terengganu,” katanya.
Namun katanya, kampung terpencil itu jarang mendapat perhatian pemimpin berbanding kampung lain yang jelas berada dalam negeri Kelantan, tanpa kekeliruan garis sempadan.
‘Tak pernah rasa berada di negeri berbeza’ Dalam pada itu, penduduk di Kampung Telaga Papan di Semerak, Pasir Puteh bersempadan dengan Kampung Tok Saboh, Besut, tidak merasakan mereka berada di negeri berbeza.
Penduduk asal Telaga Papan, Ismail Yaacob, 65, berkata, penduduk Telaga Papan mempunyai saudara mara di Tok Saboh menyebabkan mereka tidak merasakan dipisahkan dengan sempadan negeri.
Beliau yang juga Imam Masjid Mukim Telaga Papan berkata, ada penduduk Tok Saboh menunaikan solat Jumaat di Masjid Telaga Papan.
“Saya lahir di sini. Walaupun negeri lain, kami dari dua kampung ini anak beranak. Secara umumnya, tak ada jarak yang memisahkan.
“Beberapa rumah bersebelahan dengan rumah penduduk Tok Saboh, bukan saja seperti satu negeri malah kami seperti sekampung,” katanya.
Menurutnya, sebelum masjid dibina 1986, penduduk Telaga Papan dan Tok Saboh bersembahyang di surau kayu di Telaga Papan.
Uniknya Terengganu Di atas ini adalah beberapa keunikan yang ada di Terengganu. Kepada sesiapa yang pernah ke daerah Besut, Terengganu jangan terkejut bila penduduk di sana tidak bercakap dengan loghat Terengganu tetapi bercakap dengan loghat Kelantan. Boleh dikatakan penduduk asal di daerah Besut ini majoriti daripanya bercakap menggunakan loghat Kelantan.
Untuk pengetahuan, daerah Besut ini adalah salah satu destinasi pelancongan menarik yang ada di negeri Terengganu. Banyak tempat peranginan menarik sebagai contoh Pantai Penarik yang terkenal dengan keindahan pantainya dan makanan paling sedap iaitu “sotong celup tepung”. Datanglah ke Terengganu untuk melancong dan lihatlah keindahan-keindahan alam semulajadi di sini.
The post Benarkah Besut, Terengganu Dahulunya Bawah Kelantan Tetapi Tergadai Sebab Sabung Ayam appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/benarkah-besut-terengganu-dahulunya-bawah-kelantan-tetapi-tergadai-sebab-sabung-ayam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengembalikan Semula Besut Sebagai Kubu Pas Terengganu

Mengembalikan Semula Besut Sebagai Kubu Pas Terengganu

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 358 hits
Oleh Dr Riduan Mohamad Nor Daerah ini kepongahan warganya memang menjadi bualan masyarakat luar terpisah sub budaya daripada arus perdana Terengganu dan dalam kelasnya yang tersendiri Daerah agrarian yang dahulunya mempunyai kerajaan dan is...
Restoran Nasi Ayam Penyet Strike Bertam Kepala Batas

Restoran Nasi Ayam Penyet Strike Bertam Kepala Batas

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 1186 hits
Restoran Nasi Ayam Penyet Strike ni terletak di Bertam Kepala Batas Pulau Pinang Peminat nasi ayam penyet boleh la cuba makan di sini Restoran ni dekat dengan Mac Donald dan juga stesen minyak petronas Restoran Nasi Ayam Penyet StrikeSelain...
Kempen Ayambersamamu Menyokong Orang Asli Dengan Makanan Berkhasiat Ayam Brand Jakoa Bantu Komuniti Di Empat Negeri

Kempen Ayambersamamu Menyokong Orang Asli Dengan Makanan Berkhasiat Ayam Brand Jakoa Bantu Komuniti Di Empat Negeri

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 525 hits
Kuala Lumpur 07 Ogos 2020 Komuniti Orang Asli turut terjejas mata pencarian akibat kurangnya peluang ekonomi ekoran wabak COVID 19 Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia sedang bekerjasama dengan Ayam Brand bagi membawa kempen kebajikan komun...
40 Tahun Lebih Tak Perang Perang Tentara China Dianggap Ayam Sayur

40 Tahun Lebih Tak Perang Perang Tentara China Dianggap Ayam Sayur

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 210 hits
Setelah analisa kurangnya kualitas pasukan ada anggapan lain yang membeberkan data lain soal kelemahan pasukan Tentara Pembebasan Rakyat China Padahal saat ini militer China sedang konsisten menunjukkan kekuatan tempurnya Laporan dari Hindu...
Hiburan Maya Karin Dipuji Pijak Lantai Simen Sambil Berkaki Ayam

Hiburan Maya Karin Dipuji Pijak Lantai Simen Sambil Berkaki Ayam

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 501 hits
Tampil berkongsi foto dirinya sedang menyediakan burger bakar istimewa buat keluar sambil memijak lantai simen dengan berkaki ayam pelakon jelita Maya Karin kini mencuri tumpuan netizen di laman Twitter Lebih menghiburkan ramai dalam kalang...
Resepi Mudah Ayam Panggang Kenny Rogers

Resepi Mudah Ayam Panggang Kenny Rogers

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 386 hits
RESEPI MUDAH AYAM PANGGANG KENNY ROGERS Dekat rumah Cikza untuk sekarang memang suami hanya jamah nasi sehari sekali sahaja Sebagai isteri Cikza sedang cuba untuk mencari alternatif makanan sihat untuk suami Maklumlah selepas di sahkan berp...
6 Pilihan Ayam Goreng Sedap Rangup Di Kuala Lumpur

6 Pilihan Ayam Goreng Sedap Rangup Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 601 hits
Sejujurnya siapa yang boleh menahan ayam goreng keemasan yang rangup tu kan Ayam goreng menu sepanjang zaman sesuai untuk semua peringkat umur dan hampir semua orang menyukainya Ayam yang digoreng hingga sempurna beraroma rangup di bahagian...
Sering Diejek Teman Karena Tinggal Di Bekas Kandang Ayam Siswi Smk Ini Mengaku Sudah Kebal

Sering Diejek Teman Karena Tinggal Di Bekas Kandang Ayam Siswi Smk Ini Mengaku Sudah Kebal

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 275 hits
Indriana Setya Rahayu siswi SMKN 1 Magetan Jawa Timur mengaku sering diejek temannya saat masih duduk di bangku SMP karena tinggal di bekas kandang ayam Diketahui Indriana bersama ibunya Surati dan adiknya sudah satu tahun tinggal di bekas ...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti