Benarkah Beliau Seorang Homoseks



Ketika hangat diperkatakan video seks pemimpin Malaysia, dipost semula kes lampau yang saya petik dari jufree.tripod.com/Html/Homo.htm. 

Mahathir Menyakini Azizan

Seluruh dunia terperanjat apabila Mahathir mengisytiharkan bahwa Anwar seorang homoseks. Kononnya kecenderungan seksual tidak normal inilah sebab utama mengapa Mahathir terpaksa memecat Anwar. Mahathir menjelaskan bahwa negara tidak dapat menerima seorang kaki liwat sebagai pemimpin. Anwar yang didakwa homoseks tidak layak menjadi Perdana Menteri selepas Mahathir. Tindakan Mahathir adalah semata-mata "demi negara yang tercinta". Selepas 16 tahun "berbulan madu" bersama-sama Anwar dalam UMNO barulah Mahathir menyedari akan kepincangan moral "anak didik"nya itu.

Bagi Mahathir yang Maha Pintar pengakuan seorang bekas pemandu bernama Azizan Abu Bakar sudah memadai untuk meyakinkannya bahwa Anwar mengamalkan seks di luar tabe'i. Lagipun Azizan telah bersumpah bahwa Anwar telah meliwatnya sepanjang 1992 dengan memegang Surah Yasin. Walaupun ada pihak mengatakan sumpah Azizan tidak memenuhi kriteria sumpah di dalam Islam, itu tidak penting bagi Mahathir kerana dia mempercayai cerita Azizan. Buat Mahathir sumpah Azizan bukan sebarang sumpah kerana Azizan rela dilaknat oleh Allah jika membuat sumpah palsu. Mahathir "kagum" dengan "kecekalan" hati Azizan yang sanggup menjadi saksi dalam perbicaraan Anwar meskipun kehilangan isteri yang tersayang dan anak yang belum lahir beberapa bulan selepas mendedahkan salah laku keji Anwar.

Menurut Azizan Si Pengarah paling sensasi masa kini pertemuannya dengan Mahathir berlangsung tidak sampai satu jam. Dalam masa yang singkat ini Azizan berjaya meyakinkan pemimpin agung Malaysia bahwa Anwar telah berlaku sumbang terhadap dirinya sebanyak lima belas kali. Mungkin Azizan mempunyai keistimewaan tersendiri yang menyebabkan Mr. Recalcitrant percaya segala-gala yang Azizan ceritakan.

 Teori Homoseks

Mungkinkah Anwar benar-benar seorang homoskes atau sekurang-kurangnya mempunyai kecenderungan ke arah cara hidup luarbiasa sebegitu? Terdapat dua pandangan utama mengenai ciri-ciri homoseks (seks sesama kaum sejenis) seseorang individu. Pertama, orientasi homoseks seseorang ditentukan semasa kelahiran yakni ianya terdapat di dalam baka individu berkenaan. Pendapat sebegini menyimpulkan bahwa seseorang homoseks dilahirkan dengan sifat-sifat tersebut dan ianya adalah sesuatu yang semulajadi. Ini bererti bahwa manusia telah diprogramkan dengan kecenderungan seksualnya semasa masih dalam kandungan ibunya lagi. Maka pondan dan mak nyah tiada pilihan melainkan hidup dengan cara hidup sedemikian.

Teori homoseks yang kedua menyatakan bahwa kecenderungan kepada homoseks muncul selepas seseorang itu mencapai umur baligh (puberty). Pada tahap usia sebegini berlaku perubahan biologi kepada tubuh dan perasaan seseorang itu. Di peringkat ini manusia dewasa baru dapat mencungkil sifat-siaft seksualnya yang sebenar. Tindakbalasnya terhadap ransangan alam persekitaran mempengaruhi arah seksualitinya. Pada masa inilah lelaki homoseks akan mendapati dirinya tidak tertarik secara seksual terhadap wanita. Menurut teori kedua ini individu itu akan memilih secara sedar dan penuh kerelaan untuk menjalani kehidupan sebagai seorang homoseks.

 Membesar Di Cherok To'kun

Apakah Anwar dilahirkan sebagai seorang kanak-kanak lelaki yang meminati seks kaum sejenis? Penduduk kampung Cherok To'kun mengenali Anwar sebagai seorang kanak-kanak yang berhemah tinggi dan tidak suka bergaul dengan budak-budak nakal. Bagi orang-orang tua di situ Anwar seorang anak lelaki yang cenderung kepada ilmu-ilmu agama Islam. Malahan kanak-kanak sebaya Anwar sudah dapat merasakan keistimewaan atau karisma yang pada dirinya. Mereka yakin Anwar akan menjadi orang ternama suatu hari nanti. Kalaulah Anwar dilahirkan sebagai seorang homoseks sudah pasti cerita-cerita perbuatan kejinya akan menjadi bahan bualan orang kampung. Andaikata ini benar sudah lama musuh-musuh politik Anwar akan menjadikannya bahan untuk menjahanamkan karier politiknya dari awal-awal lagi. Namun tidak pernah tampil seorang pun penduduk Cherok To'kun mendakwa Anwar seorang pondan atau suka memuaskan nafsu dengan kaum sejenis.

 Zaman Remaja Di MCKK

Mungkinkah Anwar mula bergelumang dengan cara hidup kaum Nabi Lut di sekolah menengah? Ada musuh Anwar yang cuba memperdaya orang ramai dengan mendakwa memang Anwar seorang homoseks kerana dia pernah belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Menurut mereka rata-rata pelajar MCKK adalah homoseks kerana kolej yang diasaskan oleh penjajah Inggeris hanya dibuka kepada pelajar lelaki sahaja. Kalaulah benar tuduhan ini mungkinkah pemimpin-pemimpin negara seperti Allahyarham Tun Abdul Razak, Tuanku Jaafar (Agong sekarang), Sultan Azlan Shah (Perak), Sultan Ahmad Shah (Pahang), MB Perak Rahim Ngah Talib, MB Pahang Khalil Yaakob dan MB Kedah Sanusi Junid mempunyai kecenderungan homoskes atau pernah terjebak dengan kegiatan seumpamanya? Apakah MCKK kemegahan negara sebenarnya MC Gay Gay?

Menurut rakan-rakan seangkatannya di MCKK, Anwar bukanlah seorang "jambu" (budak lelaki yang menawan) atau kaki main "jambu" - minat kepada budak yang "jambu". Senior Anwar menyifatkannya sebagai seorang pelajar yang kurus dan tidak handsome semasa di sana. Kawan-kawannya menghormati Anwar kerana dia seorang yang warak dan berkarisma. Kenalan Anwar di MCKK menyedari keistimewaan yang ada padanya. Malahan Anwar telah dipilih menjadi Menteri Pendidikan di dalam "Kabinet Bayangan" MCKK. Bekas guru-guru yang pernah mengajarnya tahu akan keperibadian Anwar. Kerana ketokohan dan keperibadiannya yang uniklah Anwar telah dijadikan Ketua Murid di MCKK. Jelas sekali bahwa pada usia baligh Anwar tidak memilih untuk menjadi homoseks.

 Menuntut Di Universiti Malaya

Bagaimana pula semasa menuntut di Universiti Malaya dan menjadi aktivis pelajar tahun 1970an?

Sebagai seorang mahasiswa UM Anwar terkenal dengan kelantangan dan keberaniannya memperjuangkan kedaulatan Bahasa Melayu. Dia juga telah mengepalai golongan aktivis pelajar universiti negara menyatakan bantahan terhadap penindasan Yahudi ke atas rakyat Palestin, pembelaan berat sebelah Amerika Syarikat kepada rejim Tel Aviv, perjuangan umat Islam di selatan Thailand dan nasib rakyat miskin di Baling. Malahan Anwarlah satu-satunya aktivis pelajar yang giat mengedarkan buku Dilema Melayu yang ditulis oleh Mahathir bin Mohamad, keturunan pendatang Malbari yang berhijrah dari Kerala, India!

Tiada seorang pun aktivis-aktivis era 1970an yang ditahan bersama Anwar semasa Ops Mayang berani mengatakan dia seorang homoseks. Tanya sajalah tahanan-tahanan ISA seperti Adi Satria, Kamarazaman Yacob, Ibrahim Ali dan Dr Syed Husin Ali. Mereka berkongsi tempat tinggal bersama Anwar di Kawasan 7 kem tahanan Kamunting . Bacalah buku-buku yang ditulis oleh Dr Syed Husin (Dua Wajah) dan Kamarazaman (Bersama Anwar Ke Penjara). Malahan satu bab di dalam buku "Bersama Anwar Ke Penjara" diberi tajuk "Anwar Jadi Imam". Hatta Ibrahim Ali yang menjadi hulubalang berani mati Mahathir akan terpaksa mengakui bahwa Anwar bukan seorang homoseks. Hai Berahim, sampai bila kamu hendak bersubahabat dengan angkara si Maha Pendusta? Kalaulah Anwar seorang yang rakus sudah pastilah diliwatnya rakan-rakannya di Kamunting sepanjang penahanannya selama 2 tahun. Barangkali kalau ini berlaku si Berahim akan dikenali sebagai Berahim Lembut.

 Melibatkan Diri Di Dalam ABIM

Semasa bergiat di dalam ABIM sudah pasti Anwar bertemu dengan ramai belia Islam. Barangkali kualiti anak-anak muda menawan pun lebih baik berbanding dengan zaman MCKK dan universiti kerana ABIM bergerak aktif di kalangan belia Islam. Yang anehnya tidak pula timbul cerita-cerita sensasi di kalangan ahli-ahli ABIM mengenai kepincangan moral Pak Syeikh. Bukankah ini masa terbaik bagi Allahyarham Tun Hussein Onn untuk menutup mulut Anwar yang lantang mengkritik dasar-dasar kerajaan pimpinannya? Terlalu senang untuk dicari belia-belia yang boleh dipaksa mengaku menjadi mangsa liwat Anwar. Operasi "Turning Over" produk buatan Malaysia sudah menjadi kepakaran Special Branch kita. Tidak pula musuh-musuh Anwar seperti Sanusi Junid dan Aziz Shamsuddin mengambil kesempatan keemasan ini untuk menjatuhkannya. Hakikat sebenarnya Anwar bukanlah jenis orang yang cenderung untuk bergelumang dengan maksiat sedemikian rupa. Presiden PAS, Ustaz Fadzil Noor dan Timbalannya, Tuan Guru Haji Hadi Awang yang seangkatan dengan Anwar di dalam ABIM akan mengesahkan keperibadian Anwar.

Sayugia diingatkan kembali bahwa di awal tragedi pemecatan Anwar antara golongan yang tampil membelanya ialah para cerdik pandai Islam. Persatuan Ulamak Kedah dengan tegasnya telah mengeluarkan kenyataan mengingatkan umat Islam Malaysia tentang perlunya pihak yang membuat tuduhan zina terhadap Muslim yang lain membawa empat orang saksi. Pendirian ini bukannya bertujuan untuk menyatakan bahwa Anwar tidak bersalah tetapi adalah semata-mata mempertahankan maruah orang yang dituduh supaya bukti-bukti yang kukuh dikemukakan sebelum pengadilan dapat dijalankan. Menurut prinsip-prinsip keadilan universal, seseorang itu dianggap tidak bersalah sehinggalah terbukti oleh mahkamah sebaliknya. Pernyataan ini juga sebagai peringatan yang tepat pada masanya kepada masyarakat tentang bahaya besar fitnah. Sekiranya gejala ini tidak dibendung seberapa segera adalah dikhuatiri masyarakat yang membenarkannya berlaku akan menuju kehancuran. Menyedari ancaman inilah maka tidak menghairankan mengapa tokoh-tokoh Islam seperti Profesor Yusuf al-Qardawi, Dr Harun Din al-Hafiz, Ustaz Fadzil Noor , Haji Hadi Awang dan ramai yang lain dengan tegas menyuarakan isu ini di dalam perutusan terbuka, ceramah-ceramah umum dan Parlimen. Berbekalkan kesedaran ini jugalah maka rakan-rakan seperjuangan Anwar dari pemimpin-pemimpin PAS, Dr Syed Husin Ali (PRM), Chandra Muzaffar (JUST), Lim Kit Siang (DAP) dan NGO seperti ABIM, JIM, TERAS, SUARAM dan CAP dengan segera bergabung menubuhkan GERAK.

16 Tahun Bersama UMNO

Selepas berjaya dipujuk dan diyakinkan Mahathir maka Anwar membuat keputusan untuk menyertai UMNO pada tahun 1982. Kemasukan Anwar ke dalam parti yang pernah dikritiknya merupakan suatu fenomena yang memeranjatkan banyak pihak. Bermula dari tahun berkenaan sehinggalah pertengahan 1997 tiada sebarang laporan pun mengenai salah laku seks Anwar. Sepanjang masa ini terlalu banyak pihak telah berdampingan dengan Anwar. Apatah lagi di dalam kapasitinya sebagai Ketua Pemuda UMNO, mengepalai potfolio-potfolio Kebudayaan dan Sukan, Pertanian, Pendidikan dan Kewangan sehinggalah menjadi pemimpin No.2 di dalam negara. Yang pasti musuh-musuhnya irihati akan kenaikan mendadak Anwar di dalam parti dan kerajaan. Apakah dengan budaya politik wang yang berakar umbi di dalam UMNO tidak seorang pun musuh Anwar dapat mencungkil rahsia seksnya? Barangkali Polis Diraja Malaysia pimpinan Tan Sri Haniff Omar terutamanya pihak Cawangan Khas masih belum dihantar berkursus mempelajari ilmu-ilmu berkaitan homoseks. Yang anehnya Haniff Omar mendakwa polis mengesyaki salah laku seks Anwar pada tahun 1993 tetapi tidak melaporkannya kepada Peguam Negara. Semasa membuat "pendedahan" ini , Haniff yang memakai tali leher MCKK kelihatan teramat resah. Apakah mungkin terlalu "berat" pengakuannya yang membabitkan rakan sekolejnya ataupun Haniff si Pengerusi Tempat Judi Genting mengetahui segalanya adalah suatu pembohongan yang nyata? Hanya Haniff sahaja yang boleh memberi jawapan sebenar.

 Azizan - Hamba Seks Atau Pemfitnah?

Azizan mendakwa perlakuan sumbang Anwar terhadapnya hanya berlaku sekitar 1992. Oleh yang demikian Azizan masih mengunjungi anak-anak Anwar yang "dirinduinya" sehingga tahun 1997. Barangkali selepas 1992 Anwar sudah tiada lagi selera terhadap Azizan. Azizan seorang yang pendek ingatannya kerana meskipun dia mampu mengira dirinya diliwat sebanyak lebih sedozen kali dia tidak ingat nama-nama hotel ternama dan tarikh-tarikh di mana perbuatan-perbuatan keji itu berlaku. Barangkali setiap kali Anwar hendak memuaskan nafsunya yang bergelora, Azizan telah dibawa ke tempat-tempat tersebut dengan kepalanya diserkup dengan karung guni dan tangannya digari. Ataupun kalaulah disebutkan nama-nama hotel ini akan pecahlah tembelang Azizan. Hanya Azizan saja yang dapat memberikan jawapan sebenarnya. Mungkin selepas menyedari sifat pelupanya maka Azizan mula menyimpan diari di mana dia mencatat setiap gerak-geri bekas majikannya.

Kalaulah tuduhan Azizan Sang Pengarah Sensasi hendak dijadikan sandaran, ini bererti Anwar seorang homoseks semasa berusia 45 tahun! Adalah sesuatu yang cukup mustahil untuk seorang lelaki normal mengubah haluan seksualnya pada usia yang sebegitu lanjut. Umum mengetahui bahwa nafsu seks manusia semakin menurun dengan usia. Tanyalah orang yang sudah berkahwin melebihi 10 tahun. Ada juga lelaki yang sudah mengalami masalah mati pucuk pada usia 40an. Melihatkan rupa dan jasmani Azizan sukar difahami bagaimana seorang kaki liwat boleh tertawan dengannya. Hendak dikatakan "jambu" memang tiada langsung rupa yang menawan pada Azizan. Hendak dikatakan "lembut" ternyata Azizan berbadan tegap dan "keras" gerak gerinya. Sebaliknya kalaulah ada pondan mendakwa diliwat oleh Azizan mungkin ramai yang akan percaya!

Dunia terpegun dengan tindakan Azizan Abu Bakar tampil ke hadapan setelah lima tahun "menderita dalam diam". Musuh-musuh Anwar seperti Khairuddin Abu Rashid, penerbit buku "puaka" yang layak diberi nama semula sebagai "Pembohongan Syaitan" (The Satanic Lies) pasti akan "salute" keberanian insan teristimewa ini. Azizan istimewa kerana walaupun setelah berhenti menjadi pemandu peribadi Dr Wan Azizah dia menjadi pemandu Azmin Ali, setiausaha Anwar. Mungkin kelebihan yang ada pada Azizan inilah yang memungkinnya "dilantik" menjadi Pengarah Sukarela di dalam beberapa syarikat. Barangkali menyedari akan kepakarannya memulihkan syarikat yang bermasalah dan tanggungjawab sosialnya maka Azizan melaksanakan "tugas-tugas khas" yang diberikan kepadanya secara percuma. Seluruh warga korporat wajar meneladani Azizan yang menjadi pengarah tanpa sebarang elaun mahupun faedah.

Oleh kerana perasaan tanggungjawab ini teramat menebal dalam dirinya maka Azizan boleh terlupa bilakah dia mula-mula menjawat jawatan Pengarah setelah berhenti menjadi pemandu peribadi Dr Wan Azizah. Perubahan mendadak di dalam hidupnya tidak dapat Azizan ingat bagaikan melalui "Quantum Leap" yang melampaui dimensi masa dan pemahaman akal manusia. Mungkin kesan dramatk "Quantum Leap" ini menyebabkan Azizan juga tidak mengetahui apakah tugas-tugasnya sebagai seorang Pengarah. Syarikat yang bermasalah akan pulih hanya dengan kehadiran Azizan semata-mata. Sudah pasti Azizan si bekas drebar ini mempunyai karisma seorang pemimpin unggul dan karamah seorang alim. Barangkali pakar-pakar teori pentadbiran perniagaan boleh menjemput Azizan memberikan ceramah dan mengendalikan bengkel kerja mengenai kehebatannya mengharungi dunia bisnes.

Berdasarkan persaksiannya di dalam mahkamah kita dapat menyimpulkan bahwa Azizan Abu Bakar seorang yang mereka-reka fitnah yang sungguh mengaibkan. Masa kan setiap kali bila dia mengalami kesukaran menjawab soalan-soalan tertentu peguam-peguam Anwar, Azizan sering menjawab bahwa dia tidak ingat atau tidak pasti. Begitu juga setiap kali berhadapan dengan jurugambar Azizan akan melindungi wajahnya. Apa yang hendak dimalukan Azizan sedangkan dia dengan sukarela mencerita kepada seluruh dunia perkara-perkara yang hanya layak dilabel XXX atau "Adults Only" (bukan setakat 18SX). Bak kata orang, "Berani kerana benar, takut kerana salah".

 Pengakuan Sukma

Polis upahan Mahathir merasakan tidak cukup dengan membabitkan Azizan sahaja dengan Anwar. Maka dimasukkan juga adik angkat Anwar, Sukma ke dalam senarai mangsa liwat Pak Syeikh. Menurut salah satu pertuduhan Anwar didakwa telah meliwat Sukma pada awal 1998. Akan tetapi pemeriksaan Dr Zahari Noor terhadap dubur Sukma mendapati tidak kesan luka baik yang lama atau baru. Kesimpulannya Sukma tidak mungkin diliwat oleh Anwar pada waktu yang didakwa. Azizan cuba menipu rakyat dengan mengatakan seandainya dia seorang wanita dapatlah dia membuktikan kebenaran dakwaannya tetapi apakan daya dia seorang anak jantan. Sekarang Azizan boleh membuktikan bahwa dia mangsa liwat Anwar. Itupun kalau Azizan berani membenarkan duburnya yang robek diperiksa oleh pakar perubatan. Dunia masih ternanti-nanti saatnya apabila anak jantan bernama Azizan akan bersetuju menjalani pemeriksaan berkenaan.

Bagaimana pula dengan "pengakuan" Sukma di dalam video dan di hadapan majistret tempoh hari? Sukma ditahan di bawah kanun liwat kerana didakwa membenarkan dirinya diliwat oleh Anwar dan telah meliwat Azizan secara bergilir-gilir dengan abang angkatnya. Menurut kanun liwat kebanggaan rejim Mahathir seseorang yang meliwat atau membenarkan dirinya diliwat boleh dihukum penjara. Kanun ini tidak meletakkan keperluan saksi pihak ketiga yakni pihak yang tidak terbabit dalam aktiviti seks luar tabe'i berkenaan tetapi mempunyai bukti akan berlakunya perbuatan tersebut. Kalaulah mangsa liwat mengetahui akan hukuman yang bakal menimpanya apakah ia akan melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai aktiviti haramnya? Orang yang siuman pasti tidak akan mencampakkan dirinya ke lembah kecelakaan.

Perlu diingat "pengakuan" Sukma ini hanya diperolehi selepas dia diberkas polis dan dimasukkan ke dalam lokap. Semasa dalam lokap Sukma telah dipukul berkali-kali dan diugut dengan hukuman penjara sehingga lima tahun dan dakwaan ISA. Pihak polis memaksanya mereka kisah hubungan seksualnya dengan Anwar. Di samping itu Sukma dipujuk akan dikenakan hukuman penjara beberapa hari sahaja dengan syarat dia bersetuju mengaku melakukan aktiviti homoseks di depan majistret. Sayang sekali Sukma telah diperdaya dengan janji palsu agen-agen Syaitan ini. Selepas membuat pengakuannya di mahkamah Sukma telah dijatuhkan penjara selama enam bulan. Inilah tanda terimakasih PDRM ke atas kerjasama Sukma! Jika benar Sukma mengaku secara rela apakah perlu menutup kepala dan mukanya dengan jaket semasa dibawa keluar dari mahkamah?

Pembabitan Dr Munawar

Dr Munawar Anis adalah salah seorang intelektual Islam yang pernah menulis ucapan bagi Anwar. Beliau adalah seorang berketurunan Pakistan yang menjadi pemustautin tetap di Malaysia. Semasa kes penzaliman terhadap Anwar tercetus Dr Munawar sedang menanti permohonannya untuk mendapatkan kewarganegaraan Amerika Syarikat. Sebagai seorang rakyat negara asing yang mencari rezeki di perantauan, Dr Munawar dilihat oleh 'hantu-hantu raya" PDRM sebagai orang yang boleh digertak, diugut dan dipaksa membuat pengakuan palsu supaya Anwar akan dijatuhkan dengan cara yang paling mengaibkan.

Anwar didakwa telah meliwat Dr. Munawar semasa bersia-siar di dalam kereta. Dakwaan ini seolah-olah meniru tuduhan terhadap hakim Rungit Singh . Hakim berkenaan telah dituduh, antara lain, melakukan perbuatan seks oral di dalam kereta. Adalah sesuatu yang sukar bagi sesiapa pun untuk melakukan kegiatan seks di dalam kenderaan yang bergerak. Lagipun Dr. Munawar bukannya seorang yang bertubuh kecil dan sudah lanjut usia. Secara logik orang yang bertubuh kecil lebih "sedap" diliwat berbanding keturunan yang menjadikan capati sebagai makan ruji. Akal rakyat Malaysia mungkin boleh menerima jika dikatakan Anwar membiarkan Dr Munawar meliwat dirinya! Barangkali Mahathir dan khadam-khadam dari jenis syaitan manusia ingat bahwa orang Melayu terutamanya dangkal pemikiran dan boleh dibohongi selama-lamanya.

Dr Munawar telah diberikan kata dua oleh orang-orang yang menderanya secara fizikal dan mental tentang matlamat penahanannya. Barangkali kalau hendak diberikan tajuk kepada karya besar yang ingin dipersembahkan oleh Dewan Sastera Cawangan Khas kepada Maharaja Malaysia Terzalim, mungkin sesuai diberi judul, "Mengapa Anwar Ibrahim Mesti Dibuktikan Seorang Yang Homoseks". Dr Munawar telah diugut kononnya agen-agen Amerika Syarikat sedang menyiasat latarbelakangnya dengan tujuan menolak permohonannya untuk mendapatkan kewarganegaraan Amerika Syarikat, jika dia ditahan di bawah akta syaitan ISA maka dia akan dihalau keluar dari Malaysia, reputasinya di peringkat antarabangsa akan tercemar, dia akan kehilangan segala punca pencariannya dan hidupnya akan berubah menjadi suatu mimpi yang ngeri. Sebaliknya jika dia bekerjasama maka Dr Munawar telah dianggap berjasa besar kepada negara kerana telah berjaya menyelamatkan Malaysia dari ancaman Anwar Ibrahim.

Penderaan Dr Munawar berterusan tanpa mengira masa dan dikendalikan oleh beberapa "Sundel Bolong" (SB) secara bergilir-gilir. Akhirnya semangat Dr Munawar berjaya dipatahkan dan dibawalah dia dengan bertemankan seorang peguam lantikan PDRM bernama Yaacob Karim untuk membuat pengakuan palsu di hadapan majistret. Seperti Sukma, Dr Munawar mendapati akhirnya bahwa dia tertipu dengan kata-kata manis polis kerana majistret telah menjatuhkan hukuman penjara ke atasnya. Kasihan Dr Munawar yang pada mulanya ditahan di bawah ISA dan kemudiannya dihukum di bawah kanun liwat. Wajah Dr Munawar semasa dibawa keluar dari mahkamah seperti seorang yang sudah hilang segala ingatannya.

 Konspirasi Maha Zalim

Ini bukanlah kali pertama isu moral digunakan untuk menjatuhkan seseorang tokoh. Masalah moral juga pernah ditimbulkan semasa era Nazi Hitler. Ketua Storm Troopers, Enrst Rohme dan pegikut-pengikutnya telah dibunuh dalam insiden yang dikenali sebagai "Night of the Long Knives". Kecenderungan seksual Rohme dijadikan alasan menghancurkannya. Walhal Hitler sudah mengetahui rahsia rakan karibya selama 15 tahun. Bukan semua yang dihapuskan adalah homoseksual. Rohme dan pengikut-pengikutnya dibunuh ekoran suatu konspirasi musuh-musuhnya yang bimbang akan pengaruhnya yang semakin kuat dengan Hitler. Hasil hasutan ahli-ahli konspirasi tersebut, Hitler akhirnya sanggup mengarahkan pembunuhan rakin karibnya itu.

Jika Anwar seorang homoseks seperti yang didakwa maka Mahathir telah membuat kesilapan Maha Besar dalam karier politiknya. Kesilapan Mahathir ini samalah seperti rombongan peminangan yang tidak membuat kaji selidik yang cekap mengenai latarbelakang "pengantin perempuan" yang hendak dikahwini oleh pengantin lelaki. Pengantin lelaki ini berhak untuk menyalahkan ahli rombongan tersebut di atas keretakan rumahtangganya. Lantaran itu adalah amat wajar bagi semua rakyat Malaysia menyalahkan Mahathir dan mendesaknya meletakkan jawatan. Sesungguhnya yakin dan percayalah bahawasanya tuduhan terhdap Anwar ini adalah suatu angkara pakatan yang Maha Licik dan Maha Jahat oleh sekumpulan manusia pendendam. Mereka menganggap Anwar sebagai ancaman yang Maha Besar terhadap kepentingan duniawi mereka. Penganiayaan terhadap Anwar Ibrahim telah membuktikan kepada masyarakat dunia bahwa "Malaysia Boleh" melakukan penyelewengan, penipuan dan penindasan pada tahap yang membanggakan penulis-penulis cerita konspirasi jenayah terkemuka Hollywood.



Harapan Bagi Malaysia

Masanya sudah tiba untuk melakukan reformasi menyeluruh terhadap sistem pemerintahan negara. Kerajaan yang diberi mandat mentadbir negara tidak wajar lagi berpoya-poya dan bermegah dengan gelaran "Yang Berhormat". Pemimpin-pemimpin berjiwa rakyat akan berkelakuan sebagai "Yang Bertanggungjawab". Cukuplah hampir dua dekad kita diperbodohkan oleh Mahathir. Sistem naungan dan budaya takut yang diterapkan ke dalam masyarakat era post-DEB telah melemahkan kepekaan dan keperihatinan majoriti rakyat tentang isu-isu agama, keadilan sosial dan kepertanggungjawaban (accountability).

Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan tiada pilihan lain kecuali menggunakan hak mereka sebagai warganegara yang merdeka untuk menamatkan penipuan dan penyelewangan yang dilakukan oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya. Andaikata peluang ini dibiarkan begitu sahaja maka ianya membuktikan kepada seluruh dunia bahwa rakyat Malaysia memilih dengan sukarela untuk ditindas berterusan asalkan kepentingan peribadi tidak terancam. Jika ini berlaku malanglah nasib generasi muda yang akan terus ditipu dan diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin yang mengamalkan rasuh, kronisme dan nepostime. Masa depan generasi muda ini berada di tangan kita sekarang ini.

Selamatkanlah golongan yang tidak berdosa ini.

Selamatkanlah Malaysia!



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahwarisan.blogspot.com/2019/06/benarkah-beliau-seorang-homoseks.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polisi Amankan Seorang Pemuda Usai Setop Kendaraan Di Kawasan Patung Kuda Arjuna

Polisi Amankan Seorang Pemuda Usai Setop Kendaraan Di Kawasan Patung Kuda Arjuna

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 240 hits
Kapolres Metro Jakarta Pusat Komisaris Besar Harry Kurniawan belum mau berkomentar banyak mengenai sosok pemuda tersebut
Seorang Kakek Di Kutai Kartanegara Dirampok Jasad Dibuang Ke Sungai

Seorang Kakek Di Kutai Kartanegara Dirampok Jasad Dibuang Ke Sungai

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 238 hits
Motifnya diduga pelaku ingin merampok motor korban Belakangan Ikhsan membuang jasad korban ke sungai
Seorang Ibu Merayu Semua Orang Bertenang Sebelum Polis Hong Kong Menembak Gas Pemedih Mata Ke Arah Orang Awam

Seorang Ibu Merayu Semua Orang Bertenang Sebelum Polis Hong Kong Menembak Gas Pemedih Mata Ke Arah Orang Awam

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 256 hits
HONG KONG Rakaman video membabitkan tindakan pasukan polis telah tersebar di Internet menunjukkan sepasukan polis pengawal rusuhan yang bersenjata penuh berada bertentangan dengan seorang ibu salah seorang pemprotes undang undang ekstradisi...
Setiap Ciuman Seorang Lelaki Itu Ada Maksudnya Tersendiri

Setiap Ciuman Seorang Lelaki Itu Ada Maksudnya Tersendiri

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 619 hits
Tahukah anda setiap ciuman yang diberikan oleh seorang lelaki itu memberi maksud yang berbeza beza Kebanyakkan rahsia ini langsung tidak difahami oleh wanita Ciuman boleh dilakukan pada pelbagai anggota badan bukan hanya tertumpu pada bibir...
Kanak2 Merayau Seorang Diri Tanpa Baju

Kanak2 Merayau Seorang Diri Tanpa Baju

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 433 hits
Nasib baik dijumpai polis peronda Kanak2 merayau seorang diri tanpa baju Sekiranya mempunyai anak yang masih kecil ibu bapa sudah tentu memainkan peranan besar dalam memastikan aspek keselamatan mereka Terlepas pandang sikit habis hilang si...
Inilah Lima Kunci Jitu Seorang Reseller Ahli Jualan

Inilah Lima Kunci Jitu Seorang Reseller Ahli Jualan

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 432 hits
Sekarang kami akan ulas seputar Reseller yaitu pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Apabila Anda ingin berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan mau punya income tambahan maka r...
Nilai Ahli Ibadah Dan Seorang Yang Baik Akhlaknya

Nilai Ahli Ibadah Dan Seorang Yang Baik Akhlaknya

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 5246 hits
Seorang Guru Sufi ditanya tentang 2 keadaan manusia 1 Manusia rajin sekali ibadahnya namun sombong angkuh dan selalu merasa suci 2 Manusia yang sangat jarang ibadah namun akhlaknya begitu mulia rendah hati santun lembut dan cinta dengan ses...
Air Mata Seorang Jaguh Chong Wei Sebak Umum Persaraan Rupanya Berlaku Sesuatu Kpd Lcw

Air Mata Seorang Jaguh Chong Wei Sebak Umum Persaraan Rupanya Berlaku Sesuatu Kpd Lcw

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 362 hits
Air mata seorang jaguh Chong Wei sebak umum persaraan Rupanya berlaku sesuatu kpd LCWAir mata seorang jaguh Chong Wei sebak umum persaraan Rupanya berlaku sesuatu kpd LCW
Bagaimana Mohed Altrad Menjadi Seorang Bilionair

Bagaimana Mohed Altrad Menjadi Seorang Bilionair

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 258 hits
Mungkin anda tidak mengenali nama Mohed Altrad Namun insan ini merupakan antara segelintir manusia yang terpilih untuk menjadi bilionair yang kaya raya dan hidup mewah Apa yang menarik dia bukanlah berasal daripada golongan yang kaya pada
Pengalaman Menarik Menaiki Langkawi Skycab Menuju Ke Langkawi Skybridge

Perunding Berdaftar Harta Pusaka Islam Hans Legacy Sdn Bhd

Pembangkang Perlu Ketepi Ego Contohi Langkah Ph Meterai Mou Bersama Kabinet Ismail Sabri

A Triple Somersault Wearing A Sarong In C Wealth Games 2026

Penurunan Wall Street Didorong Oleh Sektor Teknologi Dan Kadar Fed

Indonesia Perkenal Insentif Tingkat Jualan Kereta Elektrik

Rawatan Urutan Badan Chiropractic Dan Acupressure Dari Tukang Urut Skudai

Interview Q And A With Ji Chang Wook Asia S Noble Prince



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hero Seorang Cinderella Musim 2 Astro Ria

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 Mesti Tonton

5 Budaya Barat Yang Dah Jadi Ikutan Pasangan Melayu

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Syurga Slot Akasia TV3

5 Fakta Tentang Dragonball Mutiara Naga Yang Anda Perlu Tahu


Elegant Nostalgia Old Money Bedroom Makeover Ideas

Bufet Ramadan 2024 The Pearl Kuala Lumpur

Kena Pindah Tempat Duduk

Natalia D Sulu Ngelebu Chord

Lobbyists Politicians Cronies A Noxious Mix

Ph Working With Bersatu Will Only Antagonise Umno Says Analyst