Benarkah Apabila Telinga Berdengung Menandakan Nabi Saw Sedang Mengingati Kita




[Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan] Rasulullah SAW merupakan insan yang istimewa dan contoh ikutan yang terbaik sebagaimana yang dirakamkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran. Di samping itu juga, menjadi kewajipan ke atas kita untuk mencintai Nabi SAW sebagaimana ayat di dalam surah al-Taubah yang bermaksud;


“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).” al-Tawbah: 24





Dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudya: “Apabila telinga kamu berdengung, hendaklah dia ingat kepadaku dan berselawa ke atasku dengan berkata: “Semoga Allah akan mengingatkan yang mengingatku dengan kebaikan.”

 

Hadith atau riwayat di atas, diriwayatkan oleh Imam al-Thabarani di dalam al-Mu’jam al-Awsath (9222), al-Mu’jam al-Saghir (1104) dan juga di dalam al-Mu’jam al-Kabir (958). Tambahan pula, ia turut diriwayatkan oleh Imam Ibn al-Sunni di dalam kitabnya ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah (166).

 

Untuk itu, di sini kami nukilkan pula pandangan ulama dalam menentukan atau menilai status hadith ini:



Imam Ibn al-Jauzi (597 H) menilai hadith ini adalah palsu. [Lihat: al-Mawdhu’at, 3/76]
Imam al-Sakhawi (902 H) mengatakan sanad hadith ini adalah dhaif. Bahkan, al-‘Uqailiy menilai hadith ini tidak mempunyai asal baginya. [Lihat: al-Maqasid al-Hasanah, 89]
Imam al-Fattani (986 H) menghukum hadith ini sebagai palsu dan beliau menukilkan pandangan al-Sakhawi dan juga al-‘Uqailiy. [Lihat: Tazkirah al-Mawdhu’at, 166]
Syeikh Mir’i bin Yusuf al-Maqdisi (1033 H) meniali hadith ini sebagai palsu. [Lihat: al-Fawaid al-Mawdhu’ah, 133]
 

Kami cenderung kepada pandangan yang mengatakan bahawa hadith di atas adalah tidak sahih. Untuk itu, kita tidak dibolehkan atau haram bagi kita meriwayatkan hadith yang tidak sahih apabila diketahui akan keadaannya (palsu) melainkan bagi menjelaskan akan kepalsuannya.

 

Kesimpulannya, hadith berkaitan telinga berdesing di atas adalah tidak sahih dan haram ke atas kita untuk meriwayatkan atau menyebarkannya melainkan untuk menyatakan akan kepalsuannya sebagaimana yang telah kami jelaskan di atas. Hal ini termasuk di dalam kewajipan kita untuk memelihara Rasulullah SAW daripada sebarang pendustaan yang disandarkan kepada Baginda SAW. Tambahan pula, mengenalpasti akan kesahihan status sebuah hadith adalah penting kerana Nabi SAW telah mengancam terhadap orang-orang yang melakukan pendustaan terhadapnya dan juga kalamnya (hadithnya). Sebagaimana sabda Nabi SAW:



Maksudnya: “Sesiapa yang menyampaikan daripadaku sesuatu hadith yang pada sangkaannya adalah dusta maka dia adalah termasuk dalam kalangan pendusta.” [Lihat: Muqaddimah Sahih Muslim]

 

Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita orang yang cintakan ilmu serta memberi kita kefahaman di dalam agama ini dan memelihara kita daripada melakukan kesalahan dalam menyampaikan hadith Nabi SAW. Amin.  Wallahua’lam, sumber: [
muftiwp.gov.my] [tanwirulafkar.id]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.orangmuo.my/2021/11/benarkah-apabila-telinga-berdengung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Benarkah Wujudnya Gambar Para Nabi Dari Nabi Adam Hingga Nabi Muhammad Saw

Benarkah Wujudnya Gambar Para Nabi Dari Nabi Adam Hingga Nabi Muhammad Saw

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 702 hits
Dalam sebuah Kitab karangan Imam Al Baihaqi bernama Kitab Dalail Nubuwwah ada menceritakan sebuah kisah tentang 2 orang sahabat Nabi SAW yang menjadi saksi melihat gambar para Nabi Alaihissalam termasuklah gambar Nabi Muhammad SAW Haahhh Bi...
Contoh Proposal Kegiatan Peringatan Maulid Nabi Muhammad Saw

Contoh Proposal Kegiatan Peringatan Maulid Nabi Muhammad Saw

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 315 hits
Contoh Proposal Kegiatan Peringatan Maulid Nabi Muhammad SAW Kali ini saya bagikan contoh proposal kegiatan peringatan maulid nabi muhammad saw yang dibutuhkan oleh panitia kegiatan untuk mencari dana biasanya dibuat oleh DKM Karang Taruna ...
Contoh Pidato Maulid Nabi Muhammad Saw

Contoh Pidato Maulid Nabi Muhammad Saw

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 240 hits
Contoh Pidato Peringatan Maulid Nabi Muhammad SAW Kali ini saya share contoh pidato tentang maulid nabi muhammad yang biasanya sangat dibutuhkan sekali untuk lomba atau untuk berpidato di depan orang banyak saat peringatan maulid nabi berik...
Biodata Nabi Muhammad Saw

Biodata Nabi Muhammad Saw

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 392 hits
BIODATA RASULULLAH S A W Nama Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalibs bin Hashim Tarikh lahir Subuh hari Isnin 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi Tempat lahir Di rumah Abu Talib Makkah Al Mukarramah Nama bapa Abdullah bin Abdul M...
Sunah Sunah Nabi Saw Sebelum Ketika Dan Selepas Tidur

Sunah Sunah Nabi Saw Sebelum Ketika Dan Selepas Tidur

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 270 hits
Assalamualaikum wbt 1 Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur Ramai orang memperlekehkan doa Masnun tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga 2 Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat Ini adalah kedudukan tidur orang yang...
Larang Jualan Edaran Buku Hina Nabi Muhammad Saw Al Quran Islam

Larang Jualan Edaran Buku Hina Nabi Muhammad Saw Al Quran Islam

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 338 hits
Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA SINGAPURA Pihak berkuasa melarang penjualan atau pengedaran sebuah buku kartun politik Berita Mediacorp melaporkan buku itu mengandungi imej yang menyinggung perasaan penganut pelbagai agama di sini Penguasa Pemban...
Nabi Muhammad Saw Pedofilia

Nabi Muhammad Saw Pedofilia

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 472 hits
Jika boleh meminjam perkataan William Montgomerry Watt bahwa Tiada tokoh besar dalam sejarah yang paling banyak difitnah selain Nabi Muhammad Ia benar dan saya secara peribadi setuju dengan kata katanya memang tokoh sentral umat Islam inila...
Sedikit Hadis Nabi Saw Mengenai Keadaan Akhir Zaman

Sedikit Hadis Nabi Saw Mengenai Keadaan Akhir Zaman

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 390 hits
Sedikit Hadis Nabi SAW Mengenai Keadaan Akhir Zaman Orang Yang Tak Sedarkan DiriDaripada Abu Hurairah r a Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda Jika ada seseorang berkata ramai orang telah rosak maka orang yang berkata itu sendiri yang paling...
Akmal Slams Gov T For Allowing Alcohol At Chinese School Events

Citizens Of The World Aroma Perjalanan Cerita Dan Impian Dalam Setiap Semburan

Masa Berjaya Jangan Sibuk Dengan Kereta Mewah

Bila Perut Tak Tenang

Kerajaan Perancis Menghadapi Krisis Apabila Anggota Dewan Mengundi Mengenai Cukai Kekayaan

Hotel Kucing Spa Kinrara Masih Beroperasi

Practical Guide To Hair Loss Treatment In Kl Malaysia

Sabah S Bajau Sama Seafaring Legacy Shines Through Chloe Lim S National Costume For Miss Universe 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Flavorful Beef Jerky Glaze Recipe

Bila Mak Penat Emosi Apa Perlu Buat

Nak Buat Apa Dengan Bekas Dan Perhiasan Hantaran

Dia Belum Jumpa Lagi 4124 Aiza

Resepi Siakap Singgang Yang Mudah

Kasih Pintu Belakang