Sedikit Hadis Nabi Saw Mengenai Keadaan Akhir Zaman


Sedikit Hadis Nabi SAW Mengenai Keadaan Akhir Zaman
Orang Yang Tak Sedarkan DiriDaripada Abu Hurairah r.a. Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda "Jika ada seseorang berkata, ramai orang telah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka" (HR Muslim)
Ahli Ibadat Yang Jahil Dan Ulama Yang FasikDaripada Anas r.a. Beliau berkata, bersabda Rasulullah  SAW "Akan ada pada akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasik" (HR Ibnu Ady)
Menjual Agama Kerana DuniaDaripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Akan keluar pada akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka berpakaian di hadapan orang lain dengan pakaian yang diperbuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan perkataan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala. Allah SWT berfirman kepada mereka "Apakah kamu tertipu dengan kelembutanKu? Ataukah kamu terlalu berani berbohong kepadaKu? Demi kebesaranKu, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendekiawan) pun akan menjadi bingung" (HR Tirmizi)
Pendusta Dan PengkhianatDaripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan tipuan. Pada waktu itu si pendusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan dusta. Pengkhianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berkesempatan berbicara (cuba membetulkan) hanyalah golongan "Ruwaibidhah". Sahabat bertanya "Apakah Ruwaibidhah itu wahai Rasulullah?" Nabi SAW menjawab "Orang kerdil, hina, dan tidak mengetahui bagaimana hendak mengurus orang ramai" (HR Ibnu Majah)
Kefasikan BerleluasaDaripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda "Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat) umpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman pada waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau seseorang yang masih beriman pada waktu petang, kemudian pada keesokan harinya dia sudah menjadi kafir. Dia telah menjual agamanya dengan sedikit harta benda dunia" (HR Muslim)
Penindasan Terhadap Umat IslamDaripada Tsauban r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang kelaparan mengerumuni bekas hidangan mereka" Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi SAW menjawab "Bahkan kamu pada hari itu terlalu ramai, tetapi kamu umpama buih pada masa banjir, dan Allah akan mencabut rasa gentar terhadap kamu daripada hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'. Seorang sahabat bertanya "Apakah 'wahan' itu, wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab "Cinta dunia dan takut mati" (HR Abu Daud)
Namanya Saja IslamDaripada Ali bin Abi Thalib r.a. Beliau berkata, telah bersabda Rasulullah SAW "Telah hampir tiba suatu zaman, di mana tidak ada lagi dari Islam kecuali hanya namanya, dan tidak ada lagi dari Al-Quran kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka indah, tetapi kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah langit. Daripada merekalah keluar fitnah, dan kepada mereka jua fitnah itu akan kembali " (HR Al-Baihaqi)
Budaya Barat Ikutan Umat Islam KiniDaripada Abu Sa'id Al-Khudri r.a. Beliau berkata, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak sekalipun kamu akan mengikut mereka" Sahabat bertanya "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang Tuan maksudkan?" Nabi SAW menjawab "Siapa lagi?" (HR Muslim)
Ulama Tidak DipedulikanDaripada Sahl bin Saad as-Sa 'idi r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Ya Allah! Janganlah Engkau menemukan daku dan mudah-mudahan kamu juga tidak bertemu dengan suatu zaman di mana para ulama sudah tidak diikuti lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak dihiraukan lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam, lidah mereka seperti lidah orang Arab" (HR Ahmad)
Ulama Agama Semakin BerkurangDaripada Abdullah bin Amr bin 'Ash r.a. Beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda "Bahawasanya Allah SWT tidak akan mencabut (menghilangkan) ilmu dengan sekali gus daripada manusia. Tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu agama dengan mematikan para ulama. Apabila telah ditiadakan para ulama, orang ramai akan memilih orang-orang jahil sebagai pemimpinnya. Apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain" (HR Muslim)
Golongan Anti HadisDaripada Miqdam bin Ma'dikariba r.a. Beliau berkata, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda "Hampir tiba suatu zaman di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas kursi kemegahannya, lalu disampaikan kepadanya sebuah hadis dari hadisku maka dia berkata "Pegangan kami dan kamu hanyalah kitab Allah sahaja. Apa yang dihalalkan oleh Al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan" (Kemudian Nabi SAW melanjutkan sabdanya) "Padahal apa yang diharamkan Rasulullah SAW itu samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan Allah SWT" (HR Abu Daud dan Ibnu Majah)
Berbangga-Bangga Dengan MasjidDaripada Anas bin Malik r.a. Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda "Tidak terjadi hari Kiamat sehingga umatku bermegah-megah dengan bangunan masjid" (HR Abu Daud)
Tak Ada Imam Untuk Solat BerjemaahDaripada Salamah binti al-Hurr r.a. Beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda "Akan datang suatu zaman, pada waktu itu orang banyak berdiri tegak beberapa lama, kerana mereka tidak mendapatkan orang yang dapat mengimami mereka solat" (HR Ibnu Majah)
Penyakit Umat Islam Masa KiniDaripada Abu Hurairah r.a. Katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat terdahulu" Sahabat bertanya "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi SAW menjawab "Penyakit-penyakit itu adalah, 1.Terlalu sombong, 2.Terlalu mewah, 3.Mengumpulkan harta sebanyak mungkin, 4.Tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, 5.Saling memarahi, 6.Dengki-mendengki sehingga menjadi zalim menzalimi" (HR Hakim)
Perangkap RibaDaripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang pun kecuali dia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau dia tidak memakannya secara langsung, dia akan terkena debunya" (HR Ibnu Majah)
Manusia Tak Peduli Mengenai Sumber PendapatannyaDaripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, bersabda Rasulullah SAW, "Akan datang suatu zaman seseorang tidak mempedulikan daripada mana dia mendapatkan harta, apakah daripada sumber yang halal atau pun haram" (Riwayat Muslim)
Banyaknya Sumber GalianDaripada Ibnu Omar r.a. Beliau berkata “Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah SAW sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari lombong (galian) mereka. Maka sahabat berkata "Wahai Rasulullah! Emas ini adalah hasil galian kita" Lalu Nabi SAW menjawab "Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat "  (HR Baihaqi)
KhamarDaripada Abu Malik Al-Asy'ari r.a. Katanya Rasulullah SAW bersabda "Sesungguhnya akan ada sebahagian dari umatku yang meminum khamar dan mereka menamakannya dengan nama yang lain. Sambil diiringi dengan alunan muzik dan suara biduanita. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi dan Allah SWT akan mengubah mereka menjadi kera atau babi" (HR Ibnu Majah)
Banyaknya PerzinaanDaripada Anas r.a. Beliau berkata "Aku akan menceritakan kepada kamu sebuah Hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda "Di antara tanda kiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, banyak perzinaan, banyak kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nanti seorang lelaki akan mengurus lima puluh orang perempuan" (HR Bukhari Muslim)
Berpakaian Tetapi TelanjangDaripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda ''Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka, keduanya belum pernah aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cambuk bagaikan ekor sapi yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, lenggang-lenggok sewaktu berjalan, mengayun-ayunkan bahu. Kepala mereka bagaikan bonggol (belakang unta). Kedua golongan ini tidak akan masuk syurga, bahkan tidak akan dapat mencium bau harumnya. Sesungguhnya keharuman syurga itu akan terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh (HR Muslim)
Perilaku Manusia Masa KiniDaripada Aisyah r.a. Beliau berkata "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda "Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga seorang anak menjadi sebab kemarahan (bagi ibu bapanya), hujan akan menjadi panas, akan bertambah banyak orang yang tercela dan akan berkurang orang yang baik, anak-anak menjadi berani melawan orang tua, dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik” (HR Thabrani)
Anak Menjadi Tuan Kepada IbunyaDaripada Umar bin al-Khattab r.a. (dalam sebuah hadis yang panjang), …kemudian Jibrail bertanya kepada Rasulullah SAW " Maka khabarkan kepadaku tentang hari kiamat?" Lalu Nabi  SAW menjawab, "Orang yang ditanya tidak lebih mengetahui daripada orang yang bertanya” Maka Jibrail berkata "Kalau begitu cuba khabarkan kepadaku tanda-tandanya" maka Nabi  SAW menjawab "Bahawa hamba akan melahirkan tuannya dan engkau melihat orang berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya menggembala kambing itu berlumba-lumba untuk membuat binaan" (Riwayat Muslim)
Peperangan Demi PeperanganDaripada Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah SAW bersabda "Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga harta benda melimpah ruah dan timbul banyak fitnah dan sering terjadi "al-Harj". Sahabat bertanya "Apakah al-Harj itu wahai Rasulullah?" Nabi SAW menjawab "Peperangan, peperangan, peperangan” Beliau mengucapkannya tiga kali. (HR Ibnu Majah)
Perang Di Sekitar Sungai Furat (Iraq) Kerana Berebut KekayaanDaripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda "Tidak terjadi hari kiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates, Iraq) menjadi surut airnya sehingga kelihatan sebuah gunung dari emas. Banyak orang yang terbunuh kerana merebutnya. Maka terbunuhlah sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata "Mudah-mudahan akulah orang yang selamat itu" Dalam riwayat lain disebutkan "Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu kelihatan perbendaharaan dari emas, maka sesiapa sahaja yang hadir di situ janganlah dia mengambil sesuatu pun dari harta tersebut" (HR Bukhari Muslim)[Terdapat sebahagian pihak yang menyatakan bahawa perkataan emas dalam Hadis ini sebenarnya petroleum]
Waktu Terasa PendekDaripada Anas bin Malik r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Tidak akan terjadi kiamat sehingga waktu terasa pendek, maka setahun dirasakan seperti sebulan, sebulan dirasakan seperti seminggu, seminggu dirasakan seperti sehari, sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu kilatan api" (HR Tirmizi)
Hilangnya Sifat AmanahDaripada Huzaifah bin Al-Yaman r.a. Katanya, …"Kemudian jadilah orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada seorang pun yang suka menunaikan amanah, sehingga dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan "Alangkah tekunnya dia dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi." (HR Bukhari & Muslim)
Islam Akan Pudar Secara Perlahan-Lahan Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Islam akan lenyap seperti hilangnya corak pada pakaian, sehingga orang tidak mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan puasa, apakah yang dimaksudkan dengan solat, apakah yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadah), dan apakah yang dimaksudkan dengan sedekah. Al-Quran akan hilang semuanya pada satu malam sahaja, maka tidak ada yang tertinggal di permukaan bumi ini daripadanya walaupun hanya satu ayat. Sesungguhnya yang ada hanya beberapa kelompok manusia, di antaranya orang tua, lelaki, dan perempuan. Mereka hanya dapat berkata, Kami sempat menemui nenek moyang kami mengucapkan kalimat LAILAHAILLALLAH, lalu kami pun mengucapkannya juga” (HR Ibnu Majah)
Bilakah Akan Terjadi Kehancuran?Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata "Pada suatu hari ketika Nabi SAW sedang berada dalam satu majlis dan berbicara dengan orang yang hadir, tiba-tiba datang seorang A'rabi (Arab Badwi) lalu dia bertanya kepada Rasulullah SAW "Bilakah akan terjadi hari Kiamat?" Nabi SAW terus saja berbicara. Sebahagian yang hadir berkata "Beliau (Nabi SAW) mendengar apa yang ditanyakan, tetapi pertanyaan itu tidak disenanginya" Sementara yang lain berkata "Sesungguhnya beliau tidak mendengar pertanyaan itu" Sehingga apabila Nabi SAW selesai berbicara, beliau bersabda "Di manakah orang yang bertanyakan mengenai hari Kiamat tadi?" Lalu Arab Badwi itu menyahut "Ya! Saya wahai Rasulullah" Maka Nabi SAW bersabda "Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah hari Kiamat" Arab Badwi itu bertanya pula, "Apa yang dimaksudkan dengan mensia-siakan amanah itu?" Nabi SAW menjawab "Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kedatangan hari Kiamat" (HR Bukhari)
Kebinasaan Umat IslamDaripada Ummul Mukminin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah  SAW), beliau berkata,"(Pada suatu hari) Rasulullah  SAW masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, LAILAHAILLALLAH, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Yakjuj dan Makjuj seperti ini", dan Baginda menemukan hujung jari dan hujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang-orang yang soleh?" Lalu Nabi SAW bersabda "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak" (Riwayat Bukhari & Muslim)
Punca Kebinasaan SeseorangDaripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Akan datang suatu zaman di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali apabila dia lari membawanya dari puncak bukit ke puncak bukit yang lain, dan dari suatu gua ke gua yang lain. Maka apabila zaman itu telah tiba, segala sumber pendapatan tidak dapat diperoleh kecuali dengan melaksanakan sesuatu yang menyebabkan kemurkaan Allah SWT. Apabila ini telah terjadi, maka kebinasaan seseorang adalah disebabkan memenuhi kehendak isteri dan anak-anaknya. Kalau dia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya disebabkan memenuhi kehendak kedua ibu bapanya. Dan jikalau ibu bapanya sudah tidak ada lagi, maka kebinasaannya disebabkan mengikuti kehendak keluarganya atau disebabkan mengikuti kehendak jiran tetangganya" Sahabat bertanya "Wahai Rasulullah SAW, apakah maksud perkataan engkau itu?" Nabi SAW menjawab "Mereka akan menghinanya dengan kesempitan hidupnya. Maka ketika itu sesungguhnya dia telah menceburkan dirinya ke jurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya” (HR Baihaqi)
Perselisihan Yang BanyakDaripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. Beliau berkata "Telah menasihati kami Rasulullah SAW akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berikanlah pesanan kepada kami" Lalu baginda pun bersabda "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekali pun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat" (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Golongan Yang SelamatDaripada 'Auf bin Malik r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Umat Yahudi telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh satu golongan, maka hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan yang tujuh puluh akan masuk neraka. Umat Nasrani telah berpecah belah menjadi tujuh puluh dua golongan, maka tujuh puluh satu golongan masuk neraka dan hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga. Demi Tuhan yang diriku dalam kekuasaanNya, umatku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh dua akan masuk neraka. Sahabat bertanya "Golongan mana yang selamat?" Nabi SAW menjawab "Mereka adalah jemaah” (HR Ibnu Majah)
Orang AsingDaripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Bersabda Rasulullah SAW "Islam mula berkembang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing" (HR Muslim)
Kepayahan Orang Yang BerimanDaripada Anas r.a. Rasulullah SAW bersabda ''Akan datang kepada manusia suatu zaman di mana orang yang berpegang teguh di antara mereka kepada agamanya laksana orang yang memegang bara api. (HR Tarmizi)
Kesusahan Itu Lebih Baik Daripada KesenanganDaripada Ali bin Abi Thalib r.a. "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. Dan tidak ada di badannya kecuali hanya selembar selendang yang bertampal dengan kulit. Tatkala Rasulullah SAW melihat kepadanya. Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya), dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Mekah). Kemudian Nabi Muhammad SAW bersabda "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu hari nanti, pergi pada waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi pada waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan apabila diberikan satu hidangan, diletakkan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghiasi) rumah kamu sebagaimana kamu memasang kelambu Kaabah?” Maka jawab sahabat "Wahai Rasulullah, tentunya keadaan kami pada waktu itu lebih baik daripada keadaan kami pada hari ini. Kami akan memberikan perhatian sepenuhnya kepada masalah ibadat sahaja dan tidak bersusah payah lagi untuk mencari rezeki" Lalu Nabi SAW bersabda "Tidak! Keadaan kamu hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu pada hari itu" (HR Tirmizi)
Golongan Yang Sentiasa MenangDaripada Mughirah bin Syu'bah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda "Sentiasa di kalangan umatku ada golongan yang sentiasa menang (dalam perjuangan mereka), sehingga tiba pada suatu waktu yang dikehendaki Allah SWT. Mereka senantiasa menang. (HR Bukhari)
Pertempuran Dengan DajalDaripada Nafi' bin Utbah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Kamu akan bertempur dengan Jazirah Arab, dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu, kemudian kamu akan bertempur dengan Parsi, dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu; Kemudian kamu akan bertempur dengan Rom, dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu; Kemudian kamu akan bertempur dengan Dajal, dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu.” (HR Muslim)Baca juga; Al-Masihid Dajjal: Pemahaman Semulahttp://islamdankeselamatannya.blogspot.com/2013/05/dajal-pemahaman_3550.html

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tazkirahmelayuislam.blogspot.com/2015/02/sedikit-hadis-nabi-saw-mengenai-keadaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inilah 4 Negeri Yang Dianjurkan Rasulullah Saw Dihuni Pada Akhir Zaman

Inilah 4 Negeri Yang Dianjurkan Rasulullah Saw Dihuni Pada Akhir Zaman

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 170 hits
Akhir Zaman adalah masa terdekat dengan hari yang pasti iaitu hari akhirat Setiap permulaan pasti ada pengakhiran dan kita sebagai umat manusia perlu percaya akan berlaku kejadian ini sama ada kita masih hidup atau tidak ketika berlakunya k...
Nabi Muhammad Saw Melarang Meniup Air Panas Yang Akan Diminum

Nabi Muhammad Saw Melarang Meniup Air Panas Yang Akan Diminum

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 151 hits
Nabi Muhammad SAW melarang para sahabatnya meniup air panas yang akan diminum Hendak Tahu Kenapa Baginda melarang Dalam penelitian Sains air panas yang bertemu karbondioksida yang Klik link untuk bacaan selanjutnya
Suami Isteri Hina Nabi Muhammad Saw Dihukum

Suami Isteri Hina Nabi Muhammad Saw Dihukum

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 184 hits
ISLAMABAD 6 April Sepasang suami isteri beragama Kristian dijatuhi hukuman mati atas kesalahan menghantar mesej menghina Nabi Muhammad SAW di timur wilayah Punjab di sini Peguambela Nadeem Hassan berkata hakim menjatuhkan hukuman itu kelmar...
Contoh Proposal Kegiatan Peringatan Maulid Nabi Muhammad Saw

Contoh Proposal Kegiatan Peringatan Maulid Nabi Muhammad Saw

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 173 hits
Contoh Proposal Kegiatan Peringatan Maulid Nabi Muhammad SAW Kali ini saya bagikan contoh proposal kegiatan peringatan maulid nabi muhammad saw yang dibutuhkan oleh panitia kegiatan untuk mencari dana biasanya dibuat oleh DKM Karang Taruna ...
Contoh Pidato Maulid Nabi Muhammad Saw

Contoh Pidato Maulid Nabi Muhammad Saw

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 139 hits
Contoh Pidato Peringatan Maulid Nabi Muhammad SAW Kali ini saya share contoh pidato tentang maulid nabi muhammad yang biasanya sangat dibutuhkan sekali untuk lomba atau untuk berpidato di depan orang banyak saat peringatan maulid nabi berik...
Pemerintah Kerajaan Arab Saudi Mahu Menghancurkan Makam Nabi Saw

Pemerintah Kerajaan Arab Saudi Mahu Menghancurkan Makam Nabi Saw

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 178 hits
Makam Nabi Muhammad di Masjidil Nabawi Madinah rencananya akan dihancurkan oleh pemerintah Kerajaan Arab Saudi seperti dipetik daripada laman Fars News Agency pada Isnin lalu Pemerintah Kerajaan Arab Saudi merancang untuk menghancurkan temp...
Benarkah Wujudnya Gambar Para Nabi Dari Nabi Adam Hingga Nabi Muhammad Saw

Benarkah Wujudnya Gambar Para Nabi Dari Nabi Adam Hingga Nabi Muhammad Saw

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 504 hits
Dalam sebuah Kitab karangan Imam Al Baihaqi bernama Kitab Dalail Nubuwwah ada menceritakan sebuah kisah tentang 2 orang sahabat Nabi SAW yang menjadi saksi melihat gambar para Nabi Alaihissalam termasuklah gambar Nabi Muhammad SAW Haahhh Bi...
Sunah Sunah Nabi Saw Sebelum Ketika Dan Selepas Tidur

Sunah Sunah Nabi Saw Sebelum Ketika Dan Selepas Tidur

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 202 hits
Assalamualaikum wbt 1 Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur Ramai orang memperlekehkan doa Masnun tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga 2 Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat Ini adalah kedudukan tidur orang yang...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation