Benar Kata Zahid Jadikan Yang Buruk Sempadan Untuk Kita Lebih Dewasa


Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi hari ini menasihatkan orang ramai, khususnya rakyat Johor, supaya menjadikan sesuatu yang buruk itu sebagai sempadan, dalam usaha untuk mengembalikan kestabilan dan kemakmuran negara.
Nasihat itu dibuat, 15 hari setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkannya membela diri atas 47 pertuduhan pecah amanah (CBT), rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi (YAB)

Zahid memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi ketika pembelaan yang akan didengar mulai 28 hingga 31 Mac; 11 hingga 13 April; 26 hingga 28 April; 23 hingga 26 Mei; dan 27 hingga 30 Jun

Menurut Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, kestabilan berlaku apabila negara ditadbir oleh sebuah gabungan politik yang mutlak dan dominan seperti yang pernah dinikmati sebelum peristiwa hitam 9 Mei 2018 melanda

“Paling derita akibat implikasi buruk ketidakstabilan adalah rakyat, justeru rakyatlah paling berhak diberi kuasa untuk mengembalikan dan menentukan kestabilan negara mengikut lunas yang sah

“Mengembalikan kestabilan harus bersandarkan pengajaran lalu kerana pengalaman sepatutnya mendewasakan insan. Baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan,” kata Zahid dalam kenyataan di Facebooknya

Peristiwa hitam yang dirujuk beliau adalah kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dan UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), setelah memerintah Malaysia sejak merdeka. Kekalahan itu disebabkan pendedahan mengenai ‘perkara buruk’ dilakukan pemimpin UMNO melibatkan berbilion-bilion ringgit wang kerajaan

‘Perkara buruk’ dilakukan itu kemudian terdedah kepada rakyat menerusi kes perbicaraan beberapa pemimpin tertinggi UMNO, termasuk bekas Perdana Menteri Najib Razak – yang telah dijatuhi hukuman bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur – serta Zahid sendiri

Sebelum ini, Zahid yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri tidak mengaku salah terhadap 12 pertuduhan CBT, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana YAB

Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah memerintahkan Zahid membela diri setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujud prima facie dalam kes itu

Bagi pertuduhan CBT, Presiden UMNO itu didakwa menggunakan dana berkenaan untuk membuat enam pembayaran kad kredit milik persendirian, polisi insurans kenderaan dan lesen motor persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Bekas Timbalan Perdana Menteri 33 bulan itu dituduh melakukan perbuatan berkenaan di Affin Bank Berhad, cawangan Jalan Bunus, Off Jalan Masjid India di sini, antara 13 Januari 2014 dan 23 Disember 2016

Pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara antara dua dan 20 tahun serta dengan sebatan dan juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan

Bagi lapan tuduhan rasuah, dia didakwa menerima suapan daripada tiga syarikat iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd sebagai dorongan untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu bagi membantu syarikat-syarikat berkenaan mendapatkan projek MyEG

Ia bagi melaksanakan penambahan pembekalan cip pasport selama lima tahun atau 12.5 juta cip yang akan dimasukkan ke dalam halaman biodata polycarbonate Pasport Malaysia untuk Jabatan Imigresen Malaysia, sebagai pengendali perkhidmatan pusat sehenti di Pakistan dan Nepal di bawah kendalian Kementerian Dalam Negeri

Presiden UMNO itu dituduh melakukan perbuatan itu di cawangan Maybank Dataran Maybank di Jalan Maarof, Bangsar, antara 15 Julai 2016, dan 15 Mac 2018, mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama

Presiden UMNO itu juga berdepan 27 pertuduhan pengubahan wang haram dengan melibatkan diri dalam transaksi secara langsung membabitkan pendapatan daripada aktiviti haram antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018

Kesemua perbuatan itu dituduh dilakukan di bank yang sama di Jalan Maarof, Bangsar dan Marhaba Enterprise Sdn Bhd, Fahrenheit88, 179 Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Zahid juga masih berdepan puluhan tuduhan jenayah, termasuk rasuah, di Mahkamah Tinggi Shah Alam. - agendadaily

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2022/02/benar-kata-zahid-jadikan-yang-buruk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gst Lebih Baik Untuk Tangani Hutang Isi Rumah Yang Tinggi Kata Pakar Ekonomi

Gst Lebih Baik Untuk Tangani Hutang Isi Rumah Yang Tinggi Kata Pakar Ekonomi

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 211 hits
Pelaksanaan GST berlapis akan meringankan beban golongan berpendapatan rendah kata ahli ekonomi Carmelo Ferlito PETALING JAYA Cukai barangan dan perkhidmatan yang dilaksanakan dengan baik boleh menghalang perbelanjaan tidak perlu yang memba...
Tetapkan Garis Masa Buka Sempadan Kata Muhyiddin

Tetapkan Garis Masa Buka Sempadan Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 174 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan mesti menetapkan garis masa yang pasti untuk membuka semula sempadan antarabangsa Malaysia bagi mengembalikan ekonomi ke landasan yang betul Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata garis masa...
Pas Bersatu Dijangka Tanding Lebih 40 Kerusi Kata Tuan Ibrahim

Pas Bersatu Dijangka Tanding Lebih 40 Kerusi Kata Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 185 hits
Perikatan Nasional dijangka bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri Johor 12 Mac ini dengan PAS dan Bersatu bertanding di lebih 40 kerusi kata Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man Jentera parti te...
Prn Johor Landskap Politik Berbeza Bn Tak Ikut Acuan Melaka Sepenuhnya Kata Zahid

Prn Johor Landskap Politik Berbeza Bn Tak Ikut Acuan Melaka Sepenuhnya Kata Zahid

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 173 hits
freemalaysiatoday com February 2 2022 8 15 PMAhmad Zahid Hamidi berkata BN yang akan bertanding di semua 56 kerusi DUN akan menampilkan calon boleh menang disukai dan diterima pengundi di kawasan ditandingi pada PRN Johor BAGAN DATUK Barisa...
Lebih Banyak Rugi Daripada Untung Sertai Muda Kata Anak Perempuan Taikun

Lebih Banyak Rugi Daripada Untung Sertai Muda Kata Anak Perempuan Taikun

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 213 hits
Dian Lee berkata beliau mahu membina Malaysia yang lebih progresif telus dan inklusif PETALING JAYA Anak perempuan kepada taikun hartanah Lee Kim Yew menangkis tanggapan pengkritik dengan menggambarkan dirinya akan mengalami lebih banyak ke...
Fakta Atau Auta Minum Air Sejuk Beri Kesan Buruk Pada Kesihatan Apa Kata Kajian

Fakta Atau Auta Minum Air Sejuk Beri Kesan Buruk Pada Kesihatan Apa Kata Kajian

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 187 hits
Fakta Atau Auta Minum Air Sejuk Beri Kesan Buruk Pada Kesihatan Apa Kata Kajian SETIAP kali mengalami demam atau sakit tekak pasti ramai di antara kita yang mengelak daripada minum minuman sejuk atau berais kerana ia dikatakan dapat memburu...
Kata Kata Buruk Itu Akan Berbalik Pada Awak Yoo Jaesuk Ulas Tentang Komen Jahat

Kata Kata Buruk Itu Akan Berbalik Pada Awak Yoo Jaesuk Ulas Tentang Komen Jahat

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 200 hits
Pada 27 Januari rancangan variasi MBC Hangout with Yoo telah membuat siaran langsung di YouTube Pada siaran langsung itu Yoo Jae suk pada awalnya bertanya kepada ahli tentang aktiviti yang akan mereka lakukan semasa cuti Jung Joon ha menjaw...
Moon Knight Lebih Brutal Berisiko Berbanding Rancangan Marvel Yang Lain Kata Kevin Feige

Moon Knight Lebih Brutal Berisiko Berbanding Rancangan Marvel Yang Lain Kata Kevin Feige

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 181 hits
Sudah sekian lama peminat berharap Marvel Studios dapat menghasilkan sebuah rancangan yang lebih gelap dan ganas dari apa yang pernah mereka lihat sebelum ini dan Moon Knight mungkin memberikan apa yang diharapkan peminat Dalam temubual den...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa