Belum Tentu Pas Kuasai Semula Kelantan



Dr Mazlan Ali, ramal Pas kuasai Kelantan.PANDANGAN dan analisa Dr Mazlan Ali (berdasarkan budaya politik tradisi di Kelantan), 
yang Kelantan tetap dikuasai Pas selepas pilihan raya umum ke-15 akan datang, hampir dipersetujui oleh semua pemerhati. 
Sandaran Dr Mazlan untuk berpandangan demikian antaranya kerana di negeri itu kekuatan pembangkang "leweh" (lemah). 
Iya, jika ditanya keadaan di Kelantan hari ini kekuatan pembangkang (khasnya PH) langsung tidak ada, bahkan pembangkang tidak menyerlah, situasi ini memberi peluang untuk Pas terus menguasai negeri Tok Kenali itu.
Menurut Pensyarah Kanan Sekolah Perdana Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu, meskipun prestasi Pas di peringkat persekutuan tampak terumbang ambing, tetapi tidak di Kelantan, namun itu tidak memberi petunjuk negeri itu akan terlepas dari genggam Pas. Sebabnya kerana pembangkang lemah. Selebihnya Dr Mazlan turut mengambil kira sikap kedaerahan orang Kelantan. 
Memetik ulasan beliau, faktor utama kelamahan pembangkang iaitu PH untuk memberi cabaran kepada Pas. Memang kekuatan PH di Kelantan hari ini boleh dianggap tidur atau demam yang belum kebah apabila ia dipimpin oleh mereka yang terkena "taun". Sementara Umno pula masih berbelah bahagi sama ada bekerjasama dengan Pas atau sebaliknya.  
Umno Kelantan bercemperian antara satu sama lain kerana ada yang mahu meneruskan kerajsama dengan Pas, walaupun Pas sudah "meludahinya", dan ada yang mengambil sikap macam pacat tidur bawah daun kering. Mereka akan bangun bila hujan dan ada bau wap darah. Tindakan sebegitu lewat dan merugikan.  
Bagaimana pun, menurut Mazlan keadaan itu mungkin berubah sekiranya PH bekerjasama dengan  Umno untuk lawan Pas secara satu lawan satu. Pun begitu ujarnya peluang itu masih kelam kabut, kerana Umno masih bingung kelu untuk membuat keputusan dan masih mengimpikan Pas akan pulang semula kepada mereka setelah sudah berjalan sama dengan Bersatu. 
Apa disebut Mazlan itu benar, tetapi masih ada sudut-sudut lain yang juga perlu diberi perhatian untuk menjamin apakah Pas masih menguasai Kelantan selepas Piraum ke-15 atau tidak. Misalnya sikap kedaerahan orang Kelantan tidak merupakan tikit untuk Pas selamat. Orang Kelantan kini sudah berubah dan mula berfikiran secara global.  
Juga ada beberapa sisi yang menjadi faktor yang mungkin tidak dinilai sama oleh Mazlan ketika membuat andaian itu dimana beliau hanya melihat kepada kelemahan pembangkang semata-mata, tetapi tidak merumuskan masalah atau kelemahan fatal kerajaan Kelantan.
Seperti mana disebut beliau, tidak ada pembangunan berimpak besar di Kelantan, seperti jalan raya dua lorong dan sebagainya serta masih ada kepincangan dan kelemahan berterusan Pas sebagai kerajaan Kelantan. Betul kecacatan itu sangat nyata dan jelas dan seolah-olah kerajaan Kelantan tidak ada idea untuk menanganinya. Sebenarnya kelemahan dan ketempangan kerajaan Kelantan bukan terbatas disitu sahaja. 
Misalnya masalah sosial, pengurusan alam sekitar yang menyumbang kemusnahan alam begitu teruk sehingga mengakibat berlaku banjir di luar dugaan, adalah kelemahan jelas kerajaan Kelantan. Dari segi moral sebuah kerajaan kecacatan dan masalah ini sangat mencengkam maruah kerajaan sekaligus memalukan rakyat Kelantan khasnya yang memangkah Pas.  
Keadaan itu ditambah lagi dengan kegagalan kerajaan Kelantan menguruskan negeri dengan menggunakan wang royalti yang tidak pernah diperinchikan kepada rakyat. Kerajaan Kelantan telah diberikan RM600 juta wang royalti Petroleum tetapi rakyat tidak mengetahui ia digunakan untuk apa. Kerajaan Kelantan tidak pernah menyebut atau memperincikan peruntukan wang itu, seolah-olah menyembunyikan daripada pengetahuan rakyat. 
Keadaan itu semua turut memberi sumbangan untuk dilihat kegagalan kerajaan Kelantan. Apakah ada sesuatu yang sukar untuk diperkatakan oleh kerajaan Kelantan mengenai wang royalti Petroleum ini?
Kata kuncinya kegagalan kerajaan Kelantan tidak boleh dilihat mudah oleh pemerhati atau diterima Pas sendiri untuk mengakui mereka tidak akan dikritik oleh rakyat atau pun dibuang dalam pilihan raya nanti.

Kelemahan dan kegagalan kerajaan Kelantan memerintah dan hanya tahu "meratah" itu bakal menjadi faktor berlaku gelombang protes rakyat kepada kerajaan Kelantan kelak. Mungkin perkara ini tidak mendominasi keadaan waktu ini, kerana ia menjadi seperti keladak yang terpendam di hati rakyat, dimana bila sampai masa dan ketikanya ia akan jeluak keluar atau dimuntahkan bila sampai masanya.
Selain daripada kelemahan kerajaan Kelantan khasnya mengenai bekalan air bersih (air paip) yang diperkatakan bukan sahaja di luar Kelantan, tetapi di Kelantan sendiri, boleh menjadi kesan negatif kepada kerajaan Kelantan dalam usaha mereka hendak mengekalkan kerajaan Kelantan. Isu air bersih masih belum tuntas dan ia sudah pasti akan didendangkan dalam pilihan raya kelak.  
Perlu diingat Pas sudah berkuasa di Kelantan selama 31 tahun atau enam penggal, tempoh itu  menyebabkan ia sedang dinilai oleh rakyat Kelantan secara rasional dan menyeluruh. Walaupun Pas adalah parti warisan datuk nenek, tetapi generasi cucu cicit terkemudian tidak sepandir generasi lama yang dikunci dengan dogma Pas bagi menerima Pas sebagai parti kudus dan memiliki 47 pintu syurga. 
Undi 18, juga bakal menjadi faktor akan berlaku kejutan di Kelantan dalam Piraum akan datang. Pengundi muda yang lebih peka kepada keperluan pembangunan dan keperluan kehidupan kontemporari mereka mungkin tidak begitu senang dengan berbagai peraturan syari' yang diperkenalkan oleh Pas, yang dibuat hanya sebagai gula-gula bagi menunjukkan mereka Islami. Generasi muda yang berilmu dan berpengetahuan tidak mudah termakan dengan umpan bernama agama dan Islam, sifat tawaduk, zuhud dan ikhlas digunakan Pas itu. 
Kebebasan sosial di Kelantan yang dibatasi atas maslahat untuk menjaga akhlak bertentangan dengan jiwa generasi muda yang nalurinya mahu kebebasan tanpa disekat dengan peraturan yang direka-reka bakal diprotes. Fitrah semula jadi mereka kepada hiburan boleh menyebabkan mereka tidak begitu tertarik dengan Pas yang dilihat rigid dan bertentangan dengan naluri mereka. 
Satu perkara lagi yang juga perlu diberi perhatian dan wajar diperhitungkan Pas Kelantan ialah sikap pengundi di luar Kelantan. Secara tidak rasmi terdapat kira-kira 150,000 pengundi Kelantan berada di luar. Mereka selalunya menjadi penentu kepada kemenangan Pas apabila menyumbang 65 peratus undi kepada Pas pada setiap kali pilihan raya. Mereka akan pulang berduyung-duyung ke Kelantan untuk mempertahankan Pas dan menafikan kemaraan Umno.  
Hari ini sudah ada cakap-cakap atau nada kecewa diluahkan dalam kumpulan grup WhatsApp yang sudah mempersoalkan wibawa dan keberkesanan kerajaan Pas Kelantan. Kenyataan dan cara pemimpin Kelantan menangani sesuatu isu yang nampak dangkal dibuat secara simplistik mula dipertikaikan oleh mereka. Ucapan dan kenyataan simplistik pemimpin Kelantan disebar luarkan dalam medsos dan menjadi konten Titok. 
Sebagai contoh kenyataan dan jaminan ahli Parlimen Kubang Kerian Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Menteri Air dan Alam Sekitar, yang berkata masalah air bersih di Kelantan akan dapat diselesaikan 40 tahun lagi menimbulkan cemuhan dan ejekan rakyat Kelantan khasnya berada di luar. Begitu juga dengan kenyataan ramalan tentang banjir kononnya fenomena perubahan iklim tidak sangat membimbang.
Begitu juga dengan persendaan Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah yang mengatakan air Kelantan "belaka kokna" (banyak) dengan merujukkan kepada Sungai Kelantan, dipersenda dan dicemuhi rakyat.
Kenyataan-kenyataan sebegitu dijadikan ukuran oleh rakyat sejuahmana wibawa dan kualiti mereka sebagai pemimpin kerajaan. Selain itu rakyat Kelantan juga sudah mula menilai apakah fungsi pemimpin asal Kelantan untuk kebajikan rakyat dan pembangunan negeri.
Terdapat empat ahli Parlimen asal Kelantan berada dalam kerajaan hari ini. Mereka Mustapa Mohamed, Annuar Musa, Takiyuddin Hassan dan Tuan Ibrahim Tuan Man serta tiga timbalan menteri, Siti Zailah Yusof, Marzuk Shaari dan Nik Zawawi. Dengan keberadaan mereka disitu rakyat Kelantan sangat mengharapkan mereka dapat membantu Kelantan khas menyelesaikan apa-apa isu dan tuntutan berbangkit yang dibuat selama ini.

Malangnya kehadiran mereka, hanya menjadi seperti garam yang dicurah ke dalam laut sahaja, atau seperti memelihara kambing gemuk mandul. Kuasa yang ada kepada mereka tidak memberi apa-apa dampak dan kebaikan kepada Kelantan melainkan hanya untuk kesenangan mereka sahaja. Misalnya Mustapa Mohamed sanggup tinggal parti lamanya (Umno) yang menaikkan darjatnya sebagai menteri, "ungga" (lari) ke Bersatu kerana gilakan jawatan menteri. Tetapi apakah dengan jawatan menteri dipegangnya selama ini, lebih 20 tahun, beliau dapat sumbangkan untuk Kelantan? Nahe kabi nahe. 
Satu perkara yang sangat dikesali rakyat Kelantan, apabila keputusan kerajaan Ismail Sabri Yaakob telah menarik balik bayaran tunai royalti petroleum untuk Kelantan diganti dengan wang esah, tetapi tidak dibela oleh keempat-empat menteri itu mereka menjadi bangkai yang kian membusuk sahaja. 
Senario itu semua akan mempengaruhi selera dan menjadi titik perkiraan rakyat Kelantan khas mereka tidak berparti dalam pilihan raya akan datang. Sekiranya mereka bertindak, memprotes dalam pilihan raya akan datang, ia boleh menyebabkan Pas akan dikejutkan dengan kekalahan di luar dugaan. Jangan rasa mustahil kalau Pas tiba-tiba bertakbir di Subuh atau mendirikan solat Hajat sebelum Asar.  
Kesimpulannya dapatan atau analisa Dr Mazlan itu bukan sesuatu yang boleh ditelan begitu sahaja oleh Pas Kelantan dan rakyat Kelantan am yang berazam untuk melihat berlaku perubahan di Kelantan diharap tidak terkesan dengan analisa beliau itu. Dan pendedahannya bahawa PH Kelantan lemah dan Umno masih kelu juga perlu diberi perhatian dan dijadikan wake-up call oleh pembangkang termasuk juga Umno. Kita ulas dilain masa atas tajuk apa yang PH dan Umno perlu lakukan?. [sri rampai. toyota. 9:41 am 05/01/20211]
Apa dinyatakan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2022/01/belum-tentu-pas-kuasai-semula-kelantan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Sets Jan 22 To Meet Kelantan Umno On Future Direction Of Muafakat Nasional

Pas Sets Jan 22 To Meet Kelantan Umno On Future Direction Of Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 308 hits
Kelantan PAS commissioner Datuk Ahmad Yakob said the meeting among others would discuss the future direction as well as the future of the two parties in the 15th general election 8211 Bernama photo PASIR MAS Kelantan PAS has set January 22 ...
No Surprise If Pas Deserts Bersatu Says Puad

No Surprise If Pas Deserts Bersatu Says Puad

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 241 hits
Umno Supreme Council member Puad Zarkashi says PAS views the unification of the ummah as a political gimmick PETALING JAYA No one should be surprised if PAS deserts Bersatu one day as it did Umno in Muafakat Nasional says Umno Supreme Counc...
Anak Umur 2 Tahun Belum Boleh Cakap Tengok Kemahiran Ni Boleh Kuasai Atau Tak

Anak Umur 2 Tahun Belum Boleh Cakap Tengok Kemahiran Ni Boleh Kuasai Atau Tak

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 201 hits
Kebiasaannya bila anak dah mula usia setahun ke atas ramai ibu bapa tak kisah sangat kalau anak lambat bercakap Alasannya biasalah berat mulut Nanti bila anak dah bersedia lancarlah dia bercakap Bukan itu saja ada juga yang mengaitkan janti...
Kalau Shuib Kahwin Semula Semuanya Demi Anak Anak

Kalau Shuib Kahwin Semula Semuanya Demi Anak Anak

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 270 hits
KEHADIRAN Kosmo di kediaman tiga tingkat Shuib di Puchong Selangor untuk sesi fotografi edisi tahun baharu tempoh hari benar benar menyingkap memori lelaki itu terhadap arw4h isterinya penyanyi Siti Sarah Raissuddin Sedang Shuib bersiap sia...
Cara Set Semula Kata Laluan Bkm Bagi Yang Terlupa Reset Password Bantuan Keluarga Malaysia

Cara Set Semula Kata Laluan Bkm Bagi Yang Terlupa Reset Password Bantuan Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 560 hits
Tempoh permohonan baru atau kemaskini bagi Bantuan Keluarga Malaysia 2022 telah pun dibuka bermula 1 Januari sehingga 31 Januari 2022 Bagi pemohon BPR sebelum ini jika anda terlupa kata laluan penukaran kata laluan baru boleh dilakukan di p...
Tasik Cermin Dibuka Semula Kepada Pengunjung 15 Jan Ini

Tasik Cermin Dibuka Semula Kepada Pengunjung 15 Jan Ini

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 167 hits
Tasik Cermin berada di bawah pengurusan Geopark Lembah Kinta dan orang ramai tidak dibenarkan mandi manda di kawasan itu PETALING JAYA Tasik Cermin di Ipoh Perak yang ditutup bulan lalu akan dibuka semula mulai 15 Jan ini Ia selepas Majlis ...
Berjaya Lukis Peta Kampung Lelaki Sebak Bertemu Semula Ibu Kandung Selepas Diculik Lebih 30 Tahun Lalu

Berjaya Lukis Peta Kampung Lelaki Sebak Bertemu Semula Ibu Kandung Selepas Diculik Lebih 30 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 277 hits
Diculik lebih 30 tahun lalu seorang lelaki di China kembali bersatu bersama ibu kandungnya setelah dia berjaya melukis peta kampung lapor Daily Mail Menurut laporan ketika usianya baru berusia empat tahun Li Jingwei dilapor diculik pada tah...
Rombak Kabinet Tak Ada Beza Jika Kitar Semula

Rombak Kabinet Tak Ada Beza Jika Kitar Semula

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 151 hits
Jadi saya rasa tiada keperluan untuk melakukan rombakan Kabinet malah jika penyusunan semula mungkin banyak masalah baharu timbul sebab anggota Jemaah Menteri baharu perlu belajar semula dari A hingga Z mengkaji pelbagai masalah dihadapi da...
Laluan Km77 Km78 Lebuhraya Kl Karak Arah Timur Dibuka Semula

Laluan Km77 Km78 Lebuhraya Kl Karak Arah Timur Dibuka Semula

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 177 hits
WARTA RAKYAT PEMEGANG konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur Karak ANIH Berhad memaklumkan laluan KM77 KM78 arah timur lebuh raya tersebut yang ditutup sejak banjir tengkujuh pada pertengahan Disember lepas telah dibuka kepada pengguna sejak 3 pagi...
Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Kenaikan Pangkat One Off Bagi Gred 9 10 11 Sspa

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Silat Gayong

Kaki Pelancong Terpaksa Dipotong Semasa Berkayak

3k 2025 Siap Sedia Sebelum Terlambat

Mahazalim Mahafiraun Mahakaya Why Didnt You Call Him Mahaliwat

What Grade Does Faisal Deserve For Abim S Role On Race Religion

Trump S Victory Shows Power Of Greed And The Ultra Rich