Bella Hadir Di Mahkamah Untuk Sesi Pengecaman


 
Bella tiba di mahkamah dengan bertudung dan berkemeja berwarna biru serta seluar hitam. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Remaja perempuan sindrom down berusia 13 tahun yang dikenali sebagai Bella hadir di Mahkamah Sesyen untuk sesi pengecaman oleh tiga saksi dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabai dan menganiayanya.
Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad memberitahu mahkamah, selain Bella terdapat lima lagi individu berumur antara tiga hingga 17 tahun hadir ke mahkamah bagi sesi pengecaman itu.
“Mereka hadir hari ini untuk sesi pengecaman,” katanya sebelum perbicaraan kes Siti Bainun bermula.
Sebelum ini, semua mereka berada di bawah jagaan Siti Bainun di rumah perlindungan berkenaan.
-ADVERTISEMENT-Ads by 
Sesi pengecaman itu akan dilakukan oleh tiga saksi iaitu pembantu pengurus syarikat Zurianty Sudin, 39, penghuni Rumah Bonda Yasmin Nahar Mahmood, 19, dan pegawai penyelidik undang-undang di sebuah firma guaman, Suhana Zam, 40.
Bella dibawa memasuki bilik saksi pada 9.50 pagi oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan disambut oleh peguam Khairul Anwar Rahmat yang dilantik oleh Pemangku Raja Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku peguam pemerhati.
Terdahulu, Bella tiba di mahkamah dengan bertudung dan berkemeja berwarna biru serta seluar hitam sambil menunjukkan ‘mini love’ kepada jurugambar.
Sementara itu, Khairul Anwar ketika ditemui pemberita berkata pasukan peguam pemerhati menyambut Bella dan remaja itu berada dalam keadaan sihat.
“Diharap keadaan anakanda Bella kekal stabil sehingga selesai prosiding hari ini terutama ketika proses pengecaman saksi sebentar lagi.
“Pihak peguam pemerhati merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada JKM kerana telah melindungi dan menjaga anakanda Bella sehingga kembali sihat,” katanya.
Seramai lapan saksi pendakwaan telah memberi keterangan dalam kes itu dan hari ini Suhana, yang juga saksi pendakwaan kelapan akan menyambung keterangannya.
Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/06/bella-hadir-di-mahkamah-untuk-sesi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Rayuan Tolak Permohonan Rayuan Umno Batal Saman Src

Mahkamah Rayuan Tolak Permohonan Rayuan Umno Batal Saman Src

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 259 hits
agendaily com14 06 2022Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini menolak permohonan UMNO untuk membatalkan saman sivil SRC International Sdn Bhd Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan UMNO untuk membatalkan saman yang difailkan terhadap par...
Cara Tuntut Hutang Di Mahkamah Tanpa Lantik Lawyer Kos Kecil Saja

Cara Tuntut Hutang Di Mahkamah Tanpa Lantik Lawyer Kos Kecil Saja

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 644 hits
CARA TUNTUT HUTANG DI MAHKAMAH TUNTUTAN KECIL Kawan Liat Bayar Hutang Mungkin ramai tak tahu bahawa anda sebenarnya boleh tuntut hutang di Mahkamah Tuntutan Kecil Lagi lagi tengah musim orang berkira sebab kekurangan duit sekarang Di sini k...
Bukan Mudah Beri Pengampunan Diraja Untuk Kluster Mahkamah Kena Hukuman Penjara Dulu

Bukan Mudah Beri Pengampunan Diraja Untuk Kluster Mahkamah Kena Hukuman Penjara Dulu

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 184 hits
A KADIR JASINAndaian popular adalah para pembesar Umno BN daripada kluster mahkamah mahu supaya Pilihan Raya Umum ke 15 diadakan lebih awal bagi mengelak masuk penjara dan mendapat pengampunan Diraja Tetapi kalau diperincikan ia tidaklah se...
Shahril Apa Kena Mengena Pru Awal Dengan Kes Mahkamah

Shahril Apa Kena Mengena Pru Awal Dengan Kes Mahkamah

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 194 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jun 12 2022 12 13 PMKetua Penerangan Umno Shahril Hamdan menyelar dakwaan parti itu mahu mengadakan pilihan raya umum awal kerana presidennya takut dipenjara Soal Shahril apa kaitan PRU15 dengan kes mahkamah yang...
Kes Lama Belum Selesai Rayu Mahkamah Persekutuan Kes Baru Macam Akan Sangkut Pula

Kes Lama Belum Selesai Rayu Mahkamah Persekutuan Kes Baru Macam Akan Sangkut Pula

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 194 hits
Najib berdepan fakta apa pula kali ini alasan Siapa pula akan dikambinghitamkan Rakyat sudah kurang berminat samada Najib DIBEBASKAN atau DISABITKAN tetapi pendedahan demi pendedahan secara rasmi di mahkamah boleh menceritakan siapa Najib s...
Ismail Sabri Dah Mula Tunjuk Berani Kluster Mahkamah Sila Duduk Diam Diam Diri

Ismail Sabri Dah Mula Tunjuk Berani Kluster Mahkamah Sila Duduk Diam Diam Diri

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 161 hits
Beberapa hari lalu saya telah menulis menyarankan perlunya Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menunjukkan keberanian dengan seberapa segera bagi menghentikan polemik berkaitan tarikh PRU15 daripada terus berpanjangan Ini kerana selagi pole...
Scammer Peter Foster Dihadapkan Ke Mahkamah Di Gold Coast

Scammer Peter Foster Dihadapkan Ke Mahkamah Di Gold Coast

papar berkaitan - pada 19/6/2022 - jumlah : 92 hits
Peter Foster telah membayangkan akan mengambil tindakan undang undang terhadap Perkhidmatan Polis Queensland berikutan penangkapan dengan menekel kakinya di Port Douglas dua tahun lalu Tetapi apa yang tidak dijangka Foster berkata sebarang ...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Niat Baik Kembali Dipermudah Zaskia Adya Mecca Sukses Wujudkan Pembangunan Masjid Sementara Di Gaza

Hiburan Suka Cakap Pasal Orang Jaga Tepi Kain Lu Sendiri Sudah Lah Aaron Aziz

Aktiviti Ladang Dania Tanam Pokok Getah

Kenapa Kita Diuji Hikmah Ujian Dalam Surah Al Ankabut Ayat 2 3

Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals