Ismail Sabri Dah Mula Tunjuk Berani Kluster Mahkamah Sila Duduk Diam Diam Diri


 


Beberapa hari lalu saya telah menulis menyarankan perlunya Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob menunjukkan keberanian dengan seberapa segera bagi menghentikan polemik berkaitan tarikh PRU15 daripada terus berpanjangan.

Ini kerana selagi polemik itu tidak dihentikan, selagi itulah ia akan berlarutan dengan pihak mendesak diawalkan dan pihak yang mahu dilewatkan terus mengeluarkan hujah masing-masing.

Keadaan tersebut bukan saja tidak sihat untuk negara di ketika rakyat sedang dibebani kesusahan waktu ini, tetapi juga kerana penentuan tarikh PRU adalah hak Perdana Menteri untuk memilih masa yang sesuai bagi menasihati Yang Dipertuan Agong berkenaan dengannya.

Dengan itu, pihak lain tidak berhak sama sekali untuk campurtangan.

Tambah pelik, puak yang sedang hangat bertelagah mahu PRU awal dan lewat itu adalah sama-sama duduk dalam kerajaan dan menyokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

Tidak bolehkah mereka duduk diam-diam dan menghormati kuasa Perdana Menteri?

Begitu pun, untuk menghentikan polemik itu, yang paling tepat berbuat demikian tentunya tidak lain ialah Perdana Menteri sendiri.

Jika Perdana Menteri memberi isyarat atau kenyataan yang jelas dan konsisten, sudah tentu akhirnya mereka yang bertelagah itu sedar siapa diri mereka yang sebenarnya.

Hakikatnya bukan hak mereka untuk masuk campur dan biarlah Perdana Menteri menentukan waktu yang sesuai untuk membubarkan Parlimen.

Untuk itu, apabila hari ini Ismail Sabri memberi kenyataan berkaitan polemik PRU, ia nampaknya ada sedikit keberanian mula ditunjukkannya.

Menurut beliau, kekerapan pelbagai pihak berbincang soal tarikh PRU15 akan memberi kesan kepada kestabilan politik negara.

“Tidak ada seorang pun Perdana Menteri berbincang mengenai tarikh PRU secara terbuka di khalayak ramai.

“Semua Perdana Menteri tak bincang soal tarikh PRU, sebab ini beri kesan kepada kestabilan politik.

“Kalau kita bincang, akhirnya tumpuan kita lebih kepada soal pilihan raya’” ujarnya lagi.

Apa yang tersirat daripada kenyataannya kali ini, Ismail Sabri tidak saja ingin memberitahu kuasa pembubaran Parlimen adalah haknya sebagai Perdana Menteri dan tidak akan membincangkannya secara terbuka sebagaimana amalan semua Perdana Menteri sebelum ini, bahkan suatu mesej agar pihak lain jangan asyik menekan atau mengasaknya.







Dengan demikian, mulai sekarang, kluster mahkamah khususnya, sila duduk diam-diam dan berhentilah membuat desakan terbuka.

Selain itu, apa yang diharapkan juga selepas ini, Ismail Sabri harus kekal berani dan mesti bercakap dengan nada yang sama tidak kira ketika di pentas UMNO, ketika mesyuarat MT UMNO atau di mana-mana saja.

Jangan lagi hanya di khalayak ramai atau di depan wartawan saja ada macam berani, tetapi apabila di pentas UMNO menampakkan dirinya seolah-olah memberi harapan dan tunduk kepada kehendak kluster mahkamah seperti mengeluarkan ayat “tarikh pilihan raya tidak akan ditangguhkan walau sesaat sekali pun jika BN sudah bersedia.”

Kata-kata di atas tidak lebih merupakan ayat memberi harapan kepada kluster mahkamah, sedangkan hakikatnya bukan begitu yang seharusnya ditunjukkannya dan diingini oleh rakyat.

Rakyat mahu melihat Perdana Menteri seorang yang berani dan tidak tunduk, terutama kepada mereka yang ada kes mahkamah.

Tunduk dan mengalah kepada kluster mahkamah lebih membahayakan masa depan Ismail Sabri sendiri sebagai “poster boy” yang dipertaruhkan sama ada BN mampu menjadi pilihan rakyat atau sebaliknya pada PRU15 akan datang.

Dalam banyak keadaan, pemimpin yang tidak berani bukanlah pilihan pengundi. – ShahbudinHusin 16/06/2022.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/06/ismail-sabri-dah-mula-tunjuk-berani.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kluster Mahkamah Mahu Halang Ismail Jadi Presiden Umno Kata Nazri Aziz

Kluster Mahkamah Mahu Halang Ismail Jadi Presiden Umno Kata Nazri Aziz

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 176 hits
Menurut veteran Umno itu rata rata ahli parti menentang gesaan pemimpin tertentu untuk PRU diadakan lebih awal Tindakan kumpulan kluster mahkamah dalam Umno menangguhkan pemilihan parti bertujuan untuk menghalang perdana menteri Ismail Sabr...
Ismail Sabri Perlu Jadi Berani Tamatkan Polemik Tarikh Pru Dengan Segera

Ismail Sabri Perlu Jadi Berani Tamatkan Polemik Tarikh Pru Dengan Segera

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 124 hits
Ribut ribut mengenai sama ada PRU15 perlu diawalkan atau tunggu sehingga tempoh tamat penggal Parlimen sedia ada ini berakhir masih lagi menjadi perdebatan yang berpanjangan serta tiada kesudahan Yang peliknya bukan saja parti parti dalam k...
Bukan Mudah Beri Pengampunan Diraja Untuk Kluster Mahkamah Kena Hukuman Penjara Dulu

Bukan Mudah Beri Pengampunan Diraja Untuk Kluster Mahkamah Kena Hukuman Penjara Dulu

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 178 hits
A KADIR JASINAndaian popular adalah para pembesar Umno BN daripada kluster mahkamah mahu supaya Pilihan Raya Umum ke 15 diadakan lebih awal bagi mengelak masuk penjara dan mendapat pengampunan Diraja Tetapi kalau diperincikan ia tidaklah se...
Ismail Sabri Perlu Menubuhkan Satu War Room

Ismail Sabri Perlu Menubuhkan Satu War Room

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 192 hits
Semasa berlaku satu national emergency atau darurat Perdana Menteri perlu menubuhkan satu War Room Memandangkan yang Malaysia sekarang menghadapi keadaan Darurat atau Economic Crisis maka sesuailah Ismail Sabri menubuhkan satu War Room yang...
Banyak Parti Hilang Kelayakan Bercakap Tentang Kleptokrat Dan Kluster Mahkamah

Banyak Parti Hilang Kelayakan Bercakap Tentang Kleptokrat Dan Kluster Mahkamah

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 166 hits
Oleh Sirajuddin AhmadApa yang cuba dijadikan isu oleh Pakatan Harapan parti MUDA parti PEJUANG dan PPBM pada PRU15 UMNO ada lah parti kleptokrat dan kluster mahkamah Dengan bermain naratif ini maka parti2 yang tersebut diatas berharap rakya...
Commentary By Not Rushing Malaysia Election Ismail Sabri Charts His Own Course

Commentary By Not Rushing Malaysia Election Ismail Sabri Charts His Own Course

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 189 hits
Malaysian Prime Minister Ismail Sabri Yaakob appears to be holding his own despite pressure from his UMNO party colleagues to hold a general election soon says this academic In a recent interview at the Nikkei s Future of Asia conference Ma...
Kpi 0 Apa Yang Diperkenalkan Ismail Sabri

Kpi 0 Apa Yang Diperkenalkan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 211 hits
REGA AYAM REGA TELURBARANG NAIKGST AKAN BERMULASALAHKAN DAP KEH KEH
Sebab Apa Tak Buat Undi Tak Percaya Terhadap Ismail Sabri

Sebab Apa Tak Buat Undi Tak Percaya Terhadap Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 146 hits
Shahrir Samad berkata hanya satu dua kerat orang Umno saja yang tidak mahu PRU15 tergempar diadakan Kalau macam itu sebab apa tak buat undi tidak percaya terhadap Ismail Sabri Yaakob
Kenapa Najib Celaru Dengan Langkah Ismail Sabri

Kenapa Najib Celaru Dengan Langkah Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 175 hits
Apa yang pasti Najib Razak sudah mula membuat kenyataan dilihat memberi amaran kepada Ismail Sabri jika ditangguhkan PRU15 amat berisiko kepada Barisan Nasional
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator