Belia Menganggur Fenomena Biasa Kata Pm


Faiz Zainudin Perdana menteri Mahathir Mohamad berkata golongan berada dalam proses transisi daripada alam pembelajaran kepada realiti pasaran pekerjaan. KUALA LUMPUR: Kadar pengangguran dalam kalangan belia berumur 15 hingga 24 tahun adalah fenomena biasa yang dihadapi negara membangun dan maju di dunia, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, ia termasuk apa yang dialami Malaysia apabila mencatatkan 10.9% kadar pengangguran pada 2018 melibatkan golongan belia.

“Golongan (belia) ini dikatakan berada dalam proses transisi daripada alam pembelajaran kepada realiti pasaran pekerjaan.

“Berdasarkan kepada Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh, Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran Malaysia pada 2018 mencatatkan kadar 3.3%, manakala, kadar pengangguran belia pada 2018 adalah pada kadar 10.9%.

“Mengikut takrifan Organization for Economic Co- Operation and Development (OECD) 1999, negara yang mencatat kadar pengangguran di bawah 4% dikategorikan sebagai guna tenaga penuh atau ‘full employment’,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ma’mun Sulaiman (PH-Kalabakan) yang meminta kerajaan menyatakan apakah langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan kadar pengangguran belia dan membantu golongan belia mendapatkan pekerjaan.

Mahathir berkata, antara faktor menyumbang kepada pengangguran belia di Malaysia ialah ketidakcukupan kemahiran atau pendidikan, kekurangan pengalaman bekerja dan ketidakpadanan kemahiran.

“Belia juga dituntut memantapkan jati diri dan sikap agar menepati ciri-ciri pekerja yang dicari oleh majikan iaitu yang komited, rajin, berdaya tahan, kerja berpasukan, berkeinginan untuk belajar, kebolehan bekerja di bawah tekanan dan bersikap proaktif,” katanya.

Beliau berkata, dalam usaha membantu belia mendapatkan pekerjaan, kerajaan melaksanakan usaha termasuk menyediakan portal perkhidmatan pekerjaan JobsMalaysia yang memberi kemudahan kepada pencari kerja untuk mendapatkan kerja.

“Bagi tempoh Januari-Mac 2019, seramai 3,890 orang pencari kerja berjaya mendapat penempatan.
“Selain itu penawaran pekerja berkemahiran dengan sasaran memanfaatkan 4,000 belia lepasan sekolah dan graduan.

“Seramai 76,000 belia di kalangan pelajar universiti dan pelatih TVET menerima manfaat termasuklah meneruskan Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN),” katanya.

Mahathir berkata, kerajaan dari semasa ke semasa akan menambah baik langkah-langkah sedia ada dan akan mewujudkan lebih banyak program atau mekanisme bagi membantu rakyat mendapatkan pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran negara.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/belia-menganggur-fenomena-biasa-kata-pm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Langkah Johor Kekal Had Umur Belia Dibimbangi Beri Kesan Kata Menteri

Langkah Johor Kekal Had Umur Belia Dibimbangi Beri Kesan Kata Menteri

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 511 hits
Langkah Johor kekal had umur belia dibimbangi beri kesan kata menteri Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 11 Jul 2
40 Tahun Masih Belia Di Johor Sehingga 2021 Kata Exco

40 Tahun Masih Belia Di Johor Sehingga 2021 Kata Exco

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 320 hits
Sheikh Umar Bagharib Ali berkata keputusan dibuat bagi memastikan kerajaan negeri mempunyai tempoh masa persediaan yang mencukupi Foto oleh Roysten RuebenJOHOR BARU 9 Julai Kerajaan negeri Johor mengekalkan had umur belia negeri kepada 40 t...
Heboh Kata Ular Berbisa Masuk Rumah Mungkin Jin Betul Ke Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus

Heboh Kata Ular Berbisa Masuk Rumah Mungkin Jin Betul Ke Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 641 hits
Setiap daripada kita pasti ada haiwan haiwan yang ditakuti namun ada sebahagian haiwan yang memang digeruni oleh sebahagian besar manusia atas alasan ia merbahayakan atau boleh mendatangkan penyakit Antara haiwan yang ditakuti ramai ialah u...
Peneroka Felda Tak Boo Saya Kata Azmin

Peneroka Felda Tak Boo Saya Kata Azmin

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 482 hits
Azmin Ali berkata berlaku sedikit kekecohan di bahagian belakang ketika beliau berucap dalam sambutan Hari Peneroka 2019 peringkat kebangsaan di Felda Selancar 3 Rompin semalam KUALA LUMPUR Mohamed Azmin Ali hari ini menolak dakwaan beliau ...
Ph Akan Tubuh Jk Laksana Janji Manifesto Kata Pm

Ph Akan Tubuh Jk Laksana Janji Manifesto Kata Pm

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 305 hits
Pakatan Harapan akan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji bagaimana gabungan itu dapat melaksanakan janji yang dibuat di dalam manifesto pilihan rayanya maklum Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad Berkenaan manifesto itu satu tahun ...
Kata Menhub Budi Soal Tiket Pesawat Turun Harga Mulai 11 Juli 2019

Kata Menhub Budi Soal Tiket Pesawat Turun Harga Mulai 11 Juli 2019

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 395 hits
Pemerintah menyatakan pemberlakuan penurunan 50 persen tiket pesawat mulai dilakukan pada Kamis 11 Juli 2019 Adapun 3 hari penjualan tiket murah ini berlaku pada Selasa Kamis dan Sabtu Menteri Perhubungan Budi Karya Sumadi kembali menegaska...
Hukuman Pada Wan Ji Terlalu Keras Kata Anwar

Hukuman Pada Wan Ji Terlalu Keras Kata Anwar

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 858 hits
Annabelle Lee Presiden PKR Anwar Ibrahim menganggap hukuman penjara setahun yang dikenakan ke atas pendakwah Wan Ji Wan Hussin di bawah Akta Hasutan terlalu keras dan tidak selari dengan pembaharuan demokratik Ia malang saya bersimpati Saya...
10 Kata Bijak Sutopo Yang Akan Membuatmu Bangkit Dari Titik Terendah

10 Kata Bijak Sutopo Yang Akan Membuatmu Bangkit Dari Titik Terendah

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 867 hits
Sebelum berpulang ke hadirat Tuhan Sutopo Purwo Nugroho Kepala Pusat Data Informasi dan Humas Badan Nasional Penanggulangan Bencana kerap membagikan momen momen dalam hidupnya di Instagram sutopopurwo Bukan hanya berita berita bencana terki...
Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini

Rayhana Oo Rayhana

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Hidup Yang Serabut Pentingnya Mengingati Tujuan Asal

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya

Totalenergies Raih Kontrak 21 Tahun Bekalkan Tenaga Untuk Pusat Data Google Dari Projek Solar Di Kedah

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu