Beli Perabot Di Ikea Cheras



Beli Perabot Di IKEA Cheras
Memang dari awal tahun lagi mood aku nak kemas rumah sangat berkobar-kobar. Aku dah siap senaraikan barang dan perabot perlu beli untuk capai impian aku nak cantikan rumah. Bukanlah nak cantik apa pun, cukup sekadar selesa aku nak buat kerja dan nampak kemas.

Target aku yang pertama adalah nak beli meja untuk aku guna sebagai mini office dalam bilik nombor dua. Bilik komputer sedia ada digunakan oleh suami untuk kerja Trade dia. Malas nak kacau sebab kerja dia melibatkan fokus yang tinggi manakala aku kadang-kadang kerja kena pasang musik kuat utnuk seru idea datang.

Jadi kami ke IKEA seperti biasa untuk cari idea dan beli kelengkapan ikut minimal bajet yang aku tetapkan. Oleh sebab suami yang bayar maka final decision datang dari dia juga. Bagus juga ada second opinion, kalau tak aku akan ambil sesuka hati, lepas tu menyesal sebab ikut nafsu.



Shopping, Makan Meatball & Balik
Plan kami macam biasa, right after breakfast untuk alas perut dan kami menuju ke IKEA Cheras. Faktor jarak yang lebih dekat dengan rumah menjadikan IKEA Cheras pilihan tempat beli belah selain tempat makan meatball. Entah apa yang sedap sangat memang anak-anak aku suka makan meatball IKEA.

IKEA memang tak pernah lengang terutama dekat café dia. Aku rasa rakyat Malaysia datang IKEA semata-mata untuk makan. lol. Aku adalah antara mereka yang datang IKEA untuk makan. walaupun terpaksa beratur agak panjang tapi servis dia laju. Konsep layan diri dan bayar di kaunter tu aku suka. Laju je. Setakat ni semua menu yang aku pernah beli kami anak beranak suka. Next nak cuba Salmon pula.


Selain meatball, kesukaan kami adalah ribs. Ya ampun masa menaip ni pun terbayang kesedapan sos BBQ dan daging dia yang lembut, luruh dari tulang tu. Ok kumpul duit nanti repeat. Ni aku beli Kek Almond sebab teringin tapi sangat tak kena dengan tekak. Almond tu tak crunchy so agak kecewa. Agaknya memang kek tu rasa macam tu la kot kan. 



Beli Meja Untuk Mini Office
Alhamdulillah, urusan kami dipermudahkan. Dapat beli meja berharga RM99, yang mana masih dalam bajet aku dan almari baju untuk anak-anak terpaksa kami hold sebab tiada rekaan yang kami suka. Maybe next time boleh tengok online katalog IKEA sebelum pergi untuk jimat masa.

Selain meja, rutin setiap kali pergi sana akan beli plastic zip lock. Aku guna plastik ni sebagai storage bahan-bahan mentah. Saiz aku pilih tu sesuai untuk enam ketul bahagian ayam saiz sederhana. Jadi kalau defrost dan masak memang cukup la lauk untuk satu hari.

Kali ini aku beli laptop supporter dan juga tempat letak kaki. Murah je semuanya bawah RM20 setiap satu. Sangat-sangat membantu supporter kaki tu, sebab kebiasaan aku buat kerja di meja pasti kaki terjulur ke bawah. Dalam waktu yang lama kaki aku jadi bengkak sebab tergantung macam tu. Ada supporter kaki tu hilang lenguh. Lagi satu fungsi tempat letak kaki tu macam mesin jahit Singer mak aku pernah guna. Kira part of exercise masa gerakkan kaki.


Gambar tak sempat snap lagi nanti aku update.



Sepanjang dekat sana, anak-anak la yang paling tak sabar nak balik. Sejam terakhir dekat sana anak-anak dah start crancky. Untuk elak kejadian tak diingi kami balik selepas beberapa jam tawaf tempat sama. Lol. Aku tak pernah muak kot pergi sana. Terhibur weh tengok dekorasi bilik tidur, bilik air, pejabat dan ruang tamu. Ni perangai mak-mak kan? Berangan tak habis. Kalau lah kaya, aku beli kot. Tapi orang kaya shopping dekat IKEA ke? eh.

Tips Jika Datang Shopping Di IKEA

Aku bukanlah pandai bab sharing tips ni tapi ini berdasarkan pengalaman aku as parents yang bawa tiga anak kecil yang sentiasa mahukan hiburan dan cepat lapar. Setiap orang ada cara masing-masing, jadi jika tak bersetuju dengan cara aku cadangkan ni boleh abaikan ya.
Datang seawal pagi untuk elak crowd dan semangat serta tenaga korang masih tinggi untuk kawal anak-anak jika tiba-tiba mereka tantrum. Pesan dekat anak-anak supaya behave dan kongsi apa plan bila ke IKEA. Suruh je anak-anak yang cari apa korang nak beli. Confirm dia akan teruja nak cari barang tu sampai jumpa. Bijak kan? Bawa air dan juga snack yang mudah untuk korang suap anak-anak kalau mereka lapar. Masa ni aku akan standby roti jagung dan juga coklat untuk diamkan anak-anak. Jangan bagi berlebihan takut hyper. Air masak memang wajib bawa ya. Kena selalu alert waktu makan anak. Agak-agak menghampiri waktu makan mereka sila lah bawa pergi makan. Perut yang kenyang membantu anak-anak bertenang. Itu anak aku lah. Sentiasa cuci tangan, bawa hand sanitizer dan juga wet tissue yang mencukupi. Waktu banyak penyakit berbahaya ni elok ambil extra precautions. Tapi perasan tak yang amalan jaga kebersihan ni memang dari dulu cikgu ajar. Basuh tangan dengan sabun sebelum makan. Rancang dan buat list barangan yang korang nak beli. Selalu plan terganggu sebab alasan nak survey sahaja dan tak tulis. Jadi terhibur tengok benda tak sepatutnya. Macam aku selalu buat.Kena saling berpesan dan ingat mengingati bila sampai dekat sana. Selalu suami akan seru kalau aku terlalu lama di sesuatu bahagian. Masa itu emas gais. Jangan lupa bawak beg shopping sendiri. Disamping menjaga alam sekitar kita dapat berjimat. Suami memang akan standby beg shopping dalam kereta.








Kesimpulan

Walaupun kali ni misi aku untuk beli barang dan perabot tak tercapai sepenuhnya tapi aku bersyukur sangat sebab dapat lepas craving nak makan meatball dan jalan-jalan cuci mata. Anak-anak pun dalam kawalan dan tak buat banyak perangai. Nikmat apa lagi mahu didustakan. Apa pun kami berjaya beli meja dan barang-barang yang semestinya berguna untuk aku.

Kena cari alasan kukuh nak ajak suami ke sana lagi. Kalau pergi sebelum raya ok kan? Masa tu mesti banyak promosi balang kuih kan? Wow alasan sangat. Setakat ini sahaja perkongsian santai aku. Jumpa lagi next entri. Salam sayang dan jaga diri.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2020/03/beli-perabot-di-ikea-cheras.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah Beli Oppo Reno 2

Dah Beli Oppo Reno 2

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 337 hits
AssalamualaikumDah Beli Oppo Reno 2 Bila handphone kerja rosak pening fikir macam mana nak contact customer Lepas fikir hitung kira semua bincang dengan partner pasal handphone terus decided nak beli handphone baru untuk kegunaan seharian a...
5 Tempat Beli Belah Mesti Pergi Seandainya Bercuti Ke Sarawak

5 Tempat Beli Belah Mesti Pergi Seandainya Bercuti Ke Sarawak

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 720 hits
Sarawak Negeri terbesar di Malaysia ini juga merupakan syurga kepada salah satu spesies burung unik di dunia iaitu Burung Kenyalang atau Enggang Di Sarawak terdapat 8 spesies burung ini daripada 54 spesies hornbills yang wujud di dunia Empa...
Dakwaan Covid 19 Boleh Tersebar Melalui Cecair Kkm Nasihatkan Beli Ais Dari Kilang Yang Ada Lesen

Dakwaan Covid 19 Boleh Tersebar Melalui Cecair Kkm Nasihatkan Beli Ais Dari Kilang Yang Ada Lesen

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 523 hits
Jangkitan Novel Coronavirus dilaporkan boleh disebarkan melalui cecair Salah satunya adalah melalui penggunaan ais yang diambil dari sumber yang tidak disahkan Oleh itu Kementerian Kesihatan Malaysia dalam satu kenyataan rasmi di Twitter me...
Dah Boleh Beli Nombor Pin Unik Untuk Permohonan Upu 2020

Dah Boleh Beli Nombor Pin Unik Untuk Permohonan Upu 2020

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 649 hits
Pembelian Pin Unik UPU 2020Bila UPU dah buka untuk pembelian pin unik bermakna tak lama lagi dah keputusan SPM nak keluar Minggu ni debaran pelajar STPM akan berakhir Tunggu pula debaran SPM Seperti kelaziman bila anak yang exam mak mak aka...
5 Sebab Anda Perlu Beli Jersi Pahang Fa Musim 2020

5 Sebab Anda Perlu Beli Jersi Pahang Fa Musim 2020

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 392 hits
Pada 24 Febuari 2020 Pahang secara rasminya telah melancarkan jersi home tempat lawan dan jersi ketiga untuk musim 2020 Ianya adalah berita yang sangat dinantikan oleh peminat setia Tok Gajah sempena pra musim kali ini Jersi Pahang kali ini...
Dilemma Beli Rumah Atau Beli Kereta Dahulu Panduan Untuk Mereka Baru Bekerjaya

Dilemma Beli Rumah Atau Beli Kereta Dahulu Panduan Untuk Mereka Baru Bekerjaya

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 590 hits
Nak beli rumah dulu atau kereta dulu mana satu yang lebih berbaloi Memang menjadi dilemma bagi kebanyakkan orang terutama sekali untuk mereka yang baru hendak memulakan kerjaya Perkara normal yang memang biasa berlaku Sama ada nak membeli r...
Buat Semakan Dahulu Sebelum Beli

Buat Semakan Dahulu Sebelum Beli

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 253 hits
Buat Semakan Dahulu Sebelum Beli Secara jujurnya kita orang melayu selalu tidak membuat semakan dahulu sebelum membeli sebelum beli barang ada beberapa perkara yang perlu anda membuat semakan Ini kerana hal ini sangat penting dan sangat dit...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025