Beli King Crab Premium Seafood Combo Online
Premium Seafood Combo Set - FS Premium SeafoodMasa terima seafood dari FS Premium Food memang berbunga-bunga je hati. Puas hati sangat pengalaman beli seafood kali ni. Beli online pula tu. Decide untuk surprise kan anak-anak konon nak buat mukbang seafood dekat rumah.
Budak-budak ni memang suka sangat tengok Mukbang Korean. Dijadikan cerita dari awal tahun la asyik menyebut suruh beli King Crab. Kemain kan taste anak-anak. Aku dulu ketam bunga je kenal. Ini pengalaman pertama lah kiranya makan King Crab.
Kenapa King Crab? Jujurnya terpengaruh sebab saiz dia yang besar tu, then setiap kali mukbang mesti diaorang akan makan isi ketam di bahagian penyepit dia tu. Kelihatan tebal betul isi dia.
Itu yang buat terliur nak cuba. Serius sebelum beli aku asyik fikir macamana nak masak. King Crab tu dah la gedabak besar, kuali dan periuk dekat rumah ni dah la cinonet je. Agak struggle jugaklah masa nak memasak.
Well, kita tengok jelah Youtube dan baca blog. Ramai dah kongsi tips cara masak King Crab. Jadi bukan masalah besar.
Premium Seafood Combo Berbaloi Dari FS Premium FoodKebetulan masa tu tengah scroll Facebook dan nampak iklan promo dari FS Premium Food. Premium Seafood Combo set ni berharga RM199 & dapat enam jenis binatang laut. Aku kurang pasti harga King Crab yang fresh, tapi harga lebih kurang je King Crab frozen di Rosham Mart.
Kira berbaloi jugalah harga combo ni dengan saiz Seafood yang ada dalam set ni:
1. King Crab 600-800g
2. Lobster 350g
3. Udang galah U10
4. Japan premium kerang 500g
5. Half shell scallops x6pcs
6. Sotong ring 500g
So far aku puas hati sangat sebab FS Premium Food ni jaga kualiti produk mereka. Bukan setakat tu je, penghantaran pun on time, packaging dia kemas dan bersih. Jadi memang aku gembira lah. Urusan pembelian pun lancar je.
Bila dah decide set mana yang berminat, boleh proceed dengan pembayaran dan diaorang akan confirmkan tarikh penghantaran. Mereka guna Lalamove untuk kawasan Klang Valley. Untuk yang berada luar kawasan boleh lah DM Facebook page mereka confirmkan ya.
Penghantaran percuma pula tu. Bagi aku sesekali boleh lah layan makan macam ni. Sebagai reward diri dan anak-anak setelah bertahan lama disebabkan PKP.
Masak King Crab Shell Out Kuah ButterSebelum sampai Seafood ke tangan kemain excited, dah dapat punya lah teruja masa buat unboxing tapi bila fikir kena bersihkan dan masak terus murung ya. Selain penakut nak siang ikan bersaiz besar, nak bersihkan udang juga adalah kelemahan aku.
Jadi semestinya urusan membersihkan aku minta suami uruskan. Untuk memasak pula, kami decide untuk buat Shellout sos butter. Anak-anak tak makan pedas jadi layankan sajalah. Tujuan utama nak rasa King Crab je jadi memang tersangatlah simple aku masak.
Kami rebus/ celur je King Crab dalam air mendidih selama tiga minit then rendam sekejap dalam air sejuk. Patutnya kena letak ais tapi rumah aku tiada ais kita guna air Cuckoo sajalah. Main reason tak mahu rasa asal King Crab tu lari.
Seafood tak boleh over cook atau pun undercooked. Tak masak kang lagi bahaya sebab bakteria dan parasit boleh mendatangkan penyakit kepada manusia. Kalau pilih King Crab jangan kedekut, lagi besar saiz dia lagi banyak isi dia.
King Crab ni isi dia kebanyakkan dekat penyepit dia je, jadi kalau timbang berat memang semua dekat kulit dia je. Bahagian badan dia tiada isi, kalau ada pun sikit sangat. Tu orang berkira-kira nak beli kot.
Dalam set ni paling aku puas hati makan Udang galah U10. Isi dia masih fresh, besar dan banyak isi. Untuk promosi dan harga terkini boleh tengok Facebook FS Premium Seafood.
Soalan pun tanya dekat mereka okay. Facebook FS Premium
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2021/11/beli-king-crab-premium-seafood-combo.html