Cara Perbaharui Lesen Memandu Cukai Jalan Secara Online


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Malas nak ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan? Jarak rumah yang agak jauh untuk melakukan urusan di JPJ? Jangan risau sebab sekarang urusan memperbaharui lesen memandu (driving license) dan cukai jalan (roadtax) boleh dilakukan secara atas talian sahaja. 
Risau bersesak-sesak dengan jumlah orang ramai, serta risau tentang kes Covid-19, sekarang anda sudah boleh melakukan urusan-urusan ini hanya secara online sahaja. Bagi memudahkan orang ramai, pihak JPJ telah mewujudkan satu portal iaitu portal mySIKAP yang digunakan untuk pelbagai urusan. 
Pengguna hanya perlu log masuk ke dalam portal tersebut dan membuat bayaran atas talian. Walaubagaimanapun untuk urusan di portal mySIKAP, setakat ini kaedah penghantaran lesen memandu dan cukai jalan tersebut hanya di Kaunter JPJ sahaja setakat ini. 
Jika anda tidak mahu mengambil sendiri lesen memandu dan cukai jalan di kaunter, anda boleh menggunakan portal MyEG.  Pengguna boleh membuat bayaran secara online bagi memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan. Kaedah penghantaran pula, ianya boleh dihantar secara pos ke kediaman anda dengan kadar caj tertentu. 

{tocify} $title={ISI KANDUNGAN}
CARA MEMPERBAHARUI LESEN MEMANDU & CUKAI JALAN SECARA ONLINEPORTAL mySIKAP
Untuk menggunakan portal MySikap, anda perlulah mempunyai akaun terlebih dahulu. Berikut adalah cara-cara untuk mendaftar akaun di portal mySIKAP :
➤ Layari laman web JPJ seperti pautan di bawah dan tekan pada Log Masuk Kali Pertama
PORTAL mySIKAP
➤ Isi semua maklumat yang bertanda * dan masukkan kod sekuriti seperti yang dipaparkan➤ Pastikan semua maklumat yang diisi adalah betul, tandakan pada kotak pengesahan dan tekan butang Hantar➤ Satu mesej akan dikeluarkan dan pilih Ya➤ Setelah pendaftaran berjaya, kata laluan pertama akan dihantarkan melalui emel

* Kata laluan hanya sah untuk 7 hari sahaja, sekiranya melepasi tempoh tersebut hendaklah mendaftar semula
Baca Juga : Cara Daftar SMM Online (Pendaftaran Perniagaan)
LOG MASUK KALI PERTAMA
➤ Layari semula laman web JPJ seperti pautan berikut:
PORTAL mySIKAP
➤ Isikan nombor kad pengenalan dan kata laluan pertama yang diterima di dalam emel➤ Masukkan kod sekuriti dan klik log masuk➤ Setelah log masuk, pastikan tukar kepada kata laluan yang baru dan isikan soalan sekuriti yang disediakan➤ Selesai menukar kata laluan baharu, log masuk sekali lagi dan boleh mula melakukan urusan

CARA PERBAHARUI LESEN MEMANDU DI mySIKAP
➤ Log masuk mySIKAP, klik pada butang Lesen Memandu➤ Klik submenu Pembaharuan Lesen Memandu➤ Isikan maklumat pembaharuan lesen yang diperlukan➤ Buat pembayaran secara online➤ Semak dan buat pengesahan➤ Selesai, lesen boleh lah didapatkan dengan cara yang dipilih tadi

CARA PERBAHARUI CUKAI JALAN DI mySIKAP
➤ Log masuk mySIKAP, klik pada butang Kenderaan➤ Klik submenu Transaksi / Tindakan dan pilih Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM)➤ Klik Ok dan masukkan No Pendaftaran kenderaan dan klik Carian➤ Paparan maklumat kenderaan akan dikeluarkan dan klik Teruskan➤ Semak maklumat dan jika betul klik Sah & Teruskan➤ Isi maklumat yang diperlukan dan buat bayaran secara online➤ Selesai, cukai jalan boleh diambil mengikut kaedah yang dipilih

Baca Juga : Cara Daftar SPA9 dan Dapatkan ID Baharu
PORTAL MyEG
Sama seperti di saluran yang lain, anda perlulah mendaftakan akaun terlebih dahulu di MyEG.  Layari pautan seperti berikut:
DAFTAR AKAUN - PORTAL MyEG
Apabila selesai proses mendaftar akaun, anda bolehlah log masuk dengan mengisi ID Pengguna dan Kata Laluan di pautan di bawah:
LOG MASUK - PORTAL MyEG

CARA PERBAHARUI LESEN DI PORTAL MyEG
Baiklah, inilah caranya untuk anda perbaharui lesen di portal MyEG. 
➤ Apabila anda sudah log masuk, sila tekan pada butang Jabatan Pengangkutan Jalan
➤ Kemudian tekan pula pada butang Baharui Lesen Memandu➤ Isikan pula maklumat berikut dengan betul termasuklah:Nombor ICKategori lesenTempoh pembaharuan (Pilih 1 hingga 5 tahun)Nombor TelEmelKaedah Pengambilan➤ Buat pembayaran secara online➤ Sekiranya memilih secara penghantaran, isikan alamat rumah yang ingin dihantarkan dan klik pada  Submit/Hantar
CARA PERBAHARUI CUKAI JALAN DI PORTAL MyEG
Berikut adalah cara-cara untuk memperbaharui cukai jalan di portal MyEG

➤ Apabila anda sudah log masuk, sila tekan pada butang Jabatan Pengangkutan Jalan➤ Kemudian tekan pula pada Perbaharui Cukai jalan➤ Pilih sama ada Kereta atau Motosikal➤ Isikan pula maklumat berikut dengan betul termasuklah:Nombor ICTempoh pembaharuan (Pilih 6 bulan atau 1 tahun)Nombor TelEmelKaedah Pengambilan➤ Buat pembayaran secara online➤ Sekiranya memilih secara penghantaran, isikan alamat rumah yang ingin dihantarkan dan klik Submit/Hantar
Terdapat dua kaedah pengambilan iaitu :
➤ Secara Ambil Sendiri : Pusat e-Khidmat HQ Petaling Jaya, Selangor
➤ Secara Pos : RM 6 – Lembah KlangRM 8 – Semenanjung MalaysiaRM 10 – Sabah & SarawakBoleh diterima dalam masa 2 – 5 hari
Baca Juga : Cara Bayar Pinjaman PTPTN di Aplikasi Shopee
MAKLUMAT & BANTUAN LANJUT
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk laman web JPJ ataupun media sosial mereka seperti pautan di bawah:Portal Rasmi Jabatan Pengangkutan JalanFacebook Jabatan Pengangkutan Jalan
Semoga panduan ini dapat membantu anda dalam memperbaharui Lesen Memandu dan Cukai Jalan anda secara atas talian. Sekarang ini pelbagai urusan boleh dilakukan melalui atas talian sahaja, lebih memudahkan dan menyenangkan

SEMOGA BERMANFAAT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2021/11/cara-perbaharui-lesen-memandu-cukai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Dapat Lesen Memandu B2 Motosikal Terkini

Cara Dapat Lesen Memandu B2 Motosikal Terkini

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 165 hits
Lesen memandu adalah menjadi kewajiban kepada rakyat Malaysia untuk membawa kenderaan di atas jalan raya awam Sekiranya tidak memiliki lesen memandu namun memandu kenderaan di jalanan anda telah melakukan kesalahan Seksyen 26 Akta Pengangku...
Cara Daftar Portal Myasnb Dan Semak Asb Secara Online

Cara Daftar Portal Myasnb Dan Semak Asb Secara Online

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 210 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tahukan anda Amanah Saham Bumiputra tidak lagi menggunakan buku akaun untuk tambah pelaburan keluar duit atau kemaskini Jadi tiada lagi cetakan rekod transaksi dan juga baki terkini dalam buku akaun yang ...
Cara Tuntut Balik Duit Jika Ditipu Peniaga Online

Cara Tuntut Balik Duit Jika Ditipu Peniaga Online

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 239 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Urusniaga atas talian memudahkan kita mendapatkan barang tanpa kelaur rumah Namun begitu kita sering mendengar rungutan para pembeli online business yg ditipu oleh peniaga online business yg tidak bertang...
Cara Renew Ssm Online Di Kaunter Bsn Bank Rakyat 2021

Cara Renew Ssm Online Di Kaunter Bsn Bank Rakyat 2021

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 541 hits
Cara Renew SSM Pelbagai alternatif disediakan buat para peniaga yang ingin memperbaharui atau renew lesen perniagaan mereka Paling mudah kini anda boleh renew lesen SSM anda secara online melalui laman web ezBiz Semua proses renew lengkap d...
6 Cara Buat Duit Online Yang Realistik

6 Cara Buat Duit Online Yang Realistik

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 188 hits
6 cara realistik untuk membuat duit pendapatan sampingan secara online sebagai menampung atau menambah perbelanjaan Untuk memulakannya anda hanya perlukan telefon pintar komputer riba dan capaian This is a content summary only Visit my webs...
Klikjer Cara Buat Duit Online Berkesan

Klikjer Cara Buat Duit Online Berkesan

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 276 hits
Klikjer platform yang menyediakan bahan bacaan atau panduan secara digital Saya pernah ceritakan berkenaan klikjer dan saya yakin ramai yang sudah mengenali klikjer ni Pada saya Klikjer adalah platform buat duit online yang masih relevan hi...
Jpj Ingatkan Orang Ramai Agar Perbaharui Lesen Dan Road Tax Sebelum 31 Disember 2021

Jpj Ingatkan Orang Ramai Agar Perbaharui Lesen Dan Road Tax Sebelum 31 Disember 2021

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 264 hits
Peringatan mesra buat orang ramai agar tidak menunggu hingga saat akhir dan segera memperbaharui Lesen Kenderaan Motor dan Lesen Memandu Malaysia di mana mana saluran urusniaga seperti JPJ Pos Malaysia MyEG dan juga Puspakom
Pembaharuan Lesen Memandu Kompeten

Pembaharuan Lesen Memandu Kompeten

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 166 hits
Pembaharuan Lesen Memandu Kompeten Pembaharuan lesen memandu kompeten boleh dilakukan di JPJ Negeri Cawangan UTC Kaunter 1JPJ kiosk eKhidmat dan rangkaian Pejabat Pos Malaysia Berhad Syarat syarat pembaharuan Tempoh pembaharuan dibenarkan a...
Scratch Education Online Cara Register Dan Guna Scratch Online

Scratch Education Online Cara Register Dan Guna Scratch Online

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 174 hits
post ads CARA DOWNLOAD DAN INSTALL APLIKASI SCRATCH 2 0 OFFLINE EDITORFITUR FITUR ANTARA MUKA PERISIAN PENGATURCARAAN pdpr tmk tahun6 cikgutube setarahan tmktahun6 pengaturcaraan algoritma pseudokod cartaalir simbolcartaalirAnda boleh guna ...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri