Beli Kelengkapan Sekolah Murah Dan Berkualiti Di Pusat Pakaian Hari Hari


Beli Kelengkapan Sekolah Murah Dan Berkualiti Di Pusat Pakaian Hari-Hari | Disember dah tiba, masa nilah ibubapa akan sibuk mencari kelengkapan sekolah anak anak. KakYa pon sama, awal bulan dah sibuk duk cari keperluan sekolah anak anak. KakYa lebih suka settlekan awal sebabnya memudahkan KakYa mendapatkan saiz, jenis dan jenama yang sesuai  dan disukai anak anak. Persiapan awal tu sangat penting nak nak kalau yang ada anak ramai. Beli awal taklah nanti nak membeli yang berkenan tapi stok dah takde. Tak ke sedih namanya. Huhuhuhu!


Satu lagi beli awal lagi mudah sebab tak terkejar kejar sangat lagipon KakYa tak berapa suka sebenarnya nak membeli kelengkapan sekolah anak anak di saat akhir sebab terlalu ramai orang yang membeli belah dan tak berapa selesa untuk berasak asak dengan orang ramai. Jadi nak selesa tanpa berasak asak beli awal okey.

Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari- HariSinonim dengan ucapan "Hi Selamat Datang" waktu pelanggan masuk dan "Terima Kasih Datang Lagi" waktu pelanggan keluar menjadikan Pusat Pakaian Hari-Hari antara pasaraya mesra pelanggan terbaik di Malaysia pilihan KakYa dan anak anak untuk membeli kelengkapan persekolahan bagi sesi persekolahan 2020 yang bakal bermula tidak berapa lama lagi

Sebelum cari baju sekolah kita posing dulu dengan staff Hari-Hari yang ramah tamah, mesra dan baik hati ni. Siap pakai seragam sekolah lagi. Nampak comel jer kan?
Kan dah cakap memang mesra orangnya. Langsung tak kisah bila KakYa minta anak anak bergambar bersama dengannya. Sporting sangat, anak anak pon seronok jee shopping dapat layanan istimewa gini. 
Sudahkah korang membeli kelengkapan sekolah anak anak? Kalau belum lagi, apakata korang usha kelengkapan sekolah anak anak di Pusat Pakaian Hari-Hari. Sebagai ibubapa kita perlu bijak mengatur perbelanjaan dalam memilih kelengkapan sekolah anak anak. Pusat Pakaian Hari-Hari menyediakan pelbagai kelengkapan sekolah seperti baju, seluar, kasut, stokin, beg dan pelbagai lagi dari harga rendah sehingga sederhana. Harga yang ditawarkan kurang dari RM65 untuk full set baju, seluar, kasut dan stokin untuk saiz paling kecil. Memang berbaloi baloi la dengan harga

Dah penuh bakul kita ni. Jom jom pegi bayar dulu nanti kita posing lagi. 
KakYa sendiri membeli kelengkapan sekolah anak anak di Pusat Pakaian Hari-Hari untuk sesi persekolahan tahun 2020. Bagi KakYa Pusat Pakaian Hari-Hari menyediakan kelengkapan sekolah pelbagai jenama dengan saiz dan harga berbeza dan yang paling utama harga berpatutan dan mampu bayar

Pasti puas hati dengan harga dan kualiti terbaik yang ditawarkan Pusat Pakaian Hari-Hari. Shopping kat sini sangat sangat best sebab semua kelengapan sekolah ada dan korang tak perlu bimbang kerana staff bertugas akan membantu korang sepanjang korang shopping. Pastu kalau korang perasan la kan kat sini semua susun atur barangan disusun teratur, kemas dan sempurna. Jadi mudah untuk kita memilih barangan yang kita perlukan

Misi Mencari Kelengkapan Sekolah Insyirah, Iman Dan AkifUntuk tahun 2020 hanya Akif seorang sahaja yang bersekolah rendah manakala Iman akan menjejakkan kaki ke sekolah menengah sama dengan Insyirah. Persiapan pakaian sekolah  anak anak pastinya serba baru setiap tahun. Ini kerana saiz badan mereka semakin membesar dan pakaian lama sudah tidak selesa untuk diguna pakai. Bagi KakYa tidak perlu memilih jenama tapi KakYa akan pastikan pakaian anak anak berkualiti. Tak berjenama tak semestinya tak berkualiti. Yang penting sebagai ibubapa kita sendiri kena bijak dalam membuat pilihan


Untuk Akif, KakYa belikan dua pasang seluar hijau dan juga baju sekolah lengan panjang warna hijau kerana Akif pengawas sekolah

Posing dulu sementara dapat saiz baju yang sesuai
Baju dan seluar yang KakYa pilih nampak ok dari segi material dan jugak jahitan. Harga pon takde la mahal sangat. Untuk seluar sekolah harga sehelai rm32.90 dan baju hijau pengawas rm24.90. Kiranya untuk sepasang baju dan seluar Akif, KakYa bayar dalam lingkungan rm60.00. Harga mampu bayar sesuai dengan kualiti

          Kat Pusat Pakaian Hari-Hari korang tak perlu nak tercari cari apa yang korang nak, staff kat situ akan ada untuk melayani setiap permintaan korang dengan ramah tamah. Ni staff yang melayani kami sekeluarga sepanjang shopping kelengkapan sekolah semalam. Memang ramah dan bagus sangat orangnya. Senyum sokmo dan mesra sangat sangat.
                                  Staff kat sini yang tolong carikan saiz baju dan seluar yang sesuai untuk Akif. Sangat sangat mudah sebab kita tak perlu nak belek satu persatu bila dah ada yang membantu.
          
Ni masa pilih saiz baju yang sesuai. Sebelum beli kena la ukur dulu sebab saiz baju kat sini tak sama saiz dengan baju yang sebelum ni Akif pakai. Jadi kena try satu dua baju jugakla, baru dapat saiz yang menepati citarasa anak bongsu KakYa ni. 

         Ok dah dapat set baju seluar dengan saiz sesesuai selepas dua kali mencuba. Macam biasa la nak dapat yang betul betul ngam dengan Akif susah jugak sebab tiap tiap tahun untuk seluar dia memang kena jahit kat bahagian pinggang dna jugak kaki seluar. 
Untuk Iman, KakYa belikan dua pasang baju sekolah cotton putih lengan panjang dan dua pasang seluar sekolah menengah hijau. Baju sekolah putih lengan panjang saiz Iman harga rm29.90 sehelai. Dari segi harga baju dan seluar sekolah ada perbezaan harga mengikut saiz

Untuk Iman memang tak perlu susah susah cari beria beria sebab sekali jer dia cuba memang padan terletak elok baju sekolah cotton putih saiz 13.5 ni untuk dia. 
Sempat lagi posing kat bilik persalinan. Opkos la, posing kan wajib waktu try baju sekolah baru. Hehehehe.
Insyirah pilih set sepasang baju sekolah dan kain sekolah saiz M yang berharga rm48.90. Dengan harga rm48.90 KakYa dapat beli satu set baju sekolah kain cotton berkualiti. Baju dan kain sekolah tebal tak jarang dengan jahitan yang kemas dan teratur. Kualiti pakaian seragam Pusat Pakaian Hari-Hari setanding dengan jenama lain dengan ketebalan kain cottonnya. Jenis cotton yang cukup tebal dan berkualiti. 
Alahai terletak cantik baju sekolah yang Insyirah pilih. Yang ni saiz M memang terletak elok  untuk dia. Cotton girl opkos laa cari baju dan kain sekolah cotton jugak.
Sebelum ni pon memang Insyirah suka pakai baju dan kain sekolah dari kain cotton. Lebih selesa katanya. KakYa belikan sehelai tudung putih jugak untuk Insyirah. Harga tudung pon murah. Untuk saiz XL harga rm13.90 sehelai.  

KakYa sukakan jahitan pakaian sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari kerana ianya kemas dan teratur. Kualiti baju sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari setanding jenama  lain diluar sana. Memang tak rugi beli kelengkapan sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari kerana kualiti dan harga sangat  sangat berpatutan.



Alhamdulilah dah settle shopping dah. Kita bayar dulu! 
Sementara tunggu nak membayar Umi masih lagi melilau duk cari lagi apa apa yang nak tambah masuk senarai. Hehehe mak mak camni la ada jer lagi yang di cari saat saat nak bayar.
FREEGIFT Dan Diskaun Untuk Pelanggan Pusat Pakaian Hari-Hari Dan Pembelian Online
PERHATIAN! PERHATIAN!! PERHATIAN!!! KakYa ada berita baik nak bagitau kat korang. Sekarang ni kalau korang membeli belah di Pusat Pakaian Hari-Hari korang boleh dapat freegift tau. Antara freegift yang disediakan adalah kalendar, stokin putih dan jugak kasut putih untuk pembelian RM30 sehingga RM150.  KakYa pergi semalam dapat freegift kalendar,  sepasang kasut putih dan tiga pasang stokin putih. Alhamdulillah. Bestnya dapat freegift! Sapa cakap tak best tu tipu la tu


Bukan setakat dapat freegift jer tau, kalau korang berbelanja menggunakan kad debit/kredit CIMB bermula 1 Disember sehingga 31 Disember korang boleh dapat diskaun sebanyak 15%. Wowwww banyaknya diskaun. Syoknya shopping bila dapat diskaun. Shopping jangan tak shopping


Satu lagi berita baik untuk korang. Bulan Disember ini saja korang boleh dapat diskaun sebanyak 15% kalau korang shopping secara online bersempena pelancaran pembelian atas talian oleh pihak Pusat Pakaian Hari-Hari di www.ehari.com


Untuk pembelian RM50 ke atas tiada bayaran penghantaran dikenakan. Jimat lagi! Boleh la beli secara online nanti. Takde la nak bersesak dengan orang ramai. Klik sana klik sini terus bayar. Dah siap. Tunggu barang dihantar kat rumah jer. Apa susah online jer


Promosi Kembali Ke Sekolah Pusat Pakaian Hari-Hari
Bersempena promosi Kembali Ke Sekolah pada bulan Disember ini, pelanggan dapat menikmati tawaran menarik bermula 1 Disember 2019 dan berakhir pada 31 Disember 2019. Antara tawaran menarik yang disediakan seperti;

● Untuk pembelian bernilai RM30 ke atas korang layak menerima kalendar tahun 2020 secara percuma

● Untuk pembelian bermula RM120 ke atas korang layak menerima stokin putih secara percuma

● Untuk pembelian bernilai RM150 ke atas korang boleh pilih antara dua hadiah percuma sama ada korang nak 2 pasang stokin putih atau sepasang kasut putih

● Untuk pembelian menggunakan kad/credit CIMB, korang boleh dapat discount 15% dari 1/12 sehingga 31/12

Best ke tak best ni. Dapat beli kelengkapan sekolah dengan harga murah dan berkualiti, dapat pulak freegift dan diskaun menarik. Apa tunggu lagi cepat cepat shopping okey! 
86 Cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari Di Seluruh Negara!Pusat Pakaian Hari Hari Sdn Bhd mempunyai 86 cawangan di seluruh negara. Pendek kata setiap negeri ada cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari. Di negeri Terengganu sahaja terdapat 6 cawangan Pusat Pakaian Hari Hari.  Jadi korang tak perlu risau nak membeli belah. Nak tahu cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari yang terdekat dengan korang boleh layari laman sesawang www.hari.com.my . Senang korang nak terjah kat mana mana bila dah tahu lokasi terdekat. KakYa dah shopping dah! Korang bila lagi nak shopping.

Untuk updated terkini mengenai Pusat Pakaian Hari-Hari, korang boleh layari;

Facebook: http://www.facebook.com/harihari
Instagram: https://www.instagram.com/harihariofficial/



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.akifimtiyaz.com/2019/12/beli-kelengkapan-sekolah-murah-dan-berkualiti-di-pusat-pakaian-hari-hari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baju Sekolah Murah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Baju Sekolah Murah Di Pusat Pakaian Hari Hari

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 941 hits
Syukur alhamdulillah tahun ini dapat shopping baju sekolah awal Dan kali ini jumpa kedai jual baju sekolah murah Baju sekolah murah ini adalah di Pusat Pakaian Hari hari Dan memang aku kalau boleh nak cari sesuatu yang mudah tanpa perlu aku...
Beli Persiapan Sekolah Anak Di Hari Hari Murah Dan Berkualiti

Beli Persiapan Sekolah Anak Di Hari Hari Murah Dan Berkualiti

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 775 hits
Beli Persiapan Sekolah Anak di Hari Hari Murah dan Berkualiti Hai korang sekejap betul dah memasuki bulan Disember 2019 Maknanya tak lama lagi musim persekolahan sesi 2020 dah makin tiba Ha berdebar pula rasanya Ina sebagai ibu bapa yang pu...
Pembukaan Pusat Beli Belah Toppen Berlangsung Selama 12 Hari Dengan Festival Jelesek

Pembukaan Pusat Beli Belah Toppen Berlangsung Selama 12 Hari Dengan Festival Jelesek

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 519 hits
Pembukaan Pusat Beli Belah Toppen Berlangsung selama 12 Hari dengan Festival JelesEk IKEA Southeast Asia baru baru ini melancarkan pembukaan besar besaran Pusat Beli belah Toppen dengan pertunjukan pratonton yang menarik untuk warga Johor d...
Kak Seto Usul Sekolah Baiknya Cuma 3 Hari Dalam Seminggu Ternyata Begini Penjelasan Lengkapnya

Kak Seto Usul Sekolah Baiknya Cuma 3 Hari Dalam Seminggu Ternyata Begini Penjelasan Lengkapnya

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 320 hits
Banyak yang ribut gara gara usulan Kak Seto ke Menteri Nadiem Makarim ini padahal penjelasan lengkapnya bukan seperti yang dikira orang orang
9 Aktiviti Budget Murah Yang Boleh Dibuat Bersama Anak Anak Semasa Cuti Sekolah

9 Aktiviti Budget Murah Yang Boleh Dibuat Bersama Anak Anak Semasa Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 642 hits
Cuti sekolah datang lagi Masa yang memang ditunggu oleh ramai anak anak pelajar Kebiasaannya cuti hujung tahun lebih meriah daripada cuti cuti sekolah yang lain sebab jangkamasanya lebih panjang Ditambah pula ramai antara ibu ayah yang turu...
Sekolah Anjur Hari Sarapan Bersama Bapa Buat Anak Yatim Merasai Kasih Sayang Seorang Ayah

Sekolah Anjur Hari Sarapan Bersama Bapa Buat Anak Yatim Merasai Kasih Sayang Seorang Ayah

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 411 hits
Setiap tahun sebuah sekolah menengah Dallas Selatan menganjurkan program Breakfast with Dads tapi sayangnya ramai ibu bapa yang tidak dapat hadir serta ada juga pelajar yang tidak mempunyai ibu bapa Acara ini bertujuan untuk mendekatkan ser...
Kak Seto Usul Ke Nadiem Makarim Sekolah Cukup 3 Hari Saja

Kak Seto Usul Ke Nadiem Makarim Sekolah Cukup 3 Hari Saja

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 338 hits
Ketua Lembaga Perlindungan Anak Indonesia Seto Mulyadi mengatakan dalam kurikulum baru yang sedang dirancang Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Nadiem Makarim sekolah cukup tiga hari saja Usulan itu disampaikan Kak Seto bukan tanpa dasar Sek...
Dr Jabbar Penapis Air Murah Dan Berkualiti Di Malaysia

Dr Jabbar Penapis Air Murah Dan Berkualiti Di Malaysia

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 518 hits
Pada masa sekarang fungsi penapis air bukan lagi dilihat sebagai barangan mahal yang hanya mampu dimiliki oleh orang orang berduit tetapi sudah merupakan barangan keperluan yang wajib dimiliki oleh setiap isi rumah Gambar hiasan Penggunaan ...
Kesian Ayah Ibu Cari Duit Beli Baju Sekolah Tetapi Diconteng Bila Tamat Ujian Spm

Kesian Ayah Ibu Cari Duit Beli Baju Sekolah Tetapi Diconteng Bila Tamat Ujian Spm

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 765 hits
The ReporterConteng baju sekolah selepas hari terakhir peperiksaan SPM nampaknya sudah menjadi trend pelajar sekolah Tidak diketahui dari mana asal usulnya trend itu namun ada yang mendakwa trend itu dari negara jiran Seronok seronok juga t...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je