Beli Persiapan Sekolah Anak Di Hari Hari Murah Dan Berkualiti




Beli Persiapan Sekolah Anak di Hari-Hari | Murah dan Berkualiti

Hai, korang sekejap betul dah memasuki bulan Disember 2019. Maknanya tak lama lagi musim persekolahan sesi 2020 dah makin tiba. Ha.. berdebar pula rasanya Ina sebagai ibu bapa yang punyai anak yang bersekolah. Persiapan sekolah anak-anak macam mana yea korang?

Bukan apa, saja je tanya korang ni. Nak cerita pengalaman membeli persiapan persekolahan anak. Sebenarnya ina baru sahaja membeli belah di Pusat Pakaian Hari-Hari yang terletak di cawangan Jalan Tun Ismail,Kuantan.


Hari - Hari Jalan Tun Ismail, Kuantan 

Harga Mampu Milik serta Berkualiti di Pusat Pakaian Hari-Hari

Memang dari dulu lagi dah jadi pilihan Ina membeli belah disini. Start dari adik – adik sekolah lagi. Di sini lah pilihan kami . Kini tiba giliran Ina pula menyambung tradisi membeli belah di sini. Harga pun mampu milik. Bagi yang kurang berkemampuan dan bijak berbelanja, sini lah tempatnya korang patut membeli belah kelengkapan sekolah. Segala keperluan Back to School turut dijual.

Contoh barangan keperluan sekolah anak- anak ialah Baju sekolah, kain sekolah , stokin , baju singlet , tudung , beg sekolah , alatan tulis dan kasut. Korang kalau nak cari baju sekolah KAFA pun ada. Antara jenama pakaian sekolah yang dijual adalah Jony & Jeny dan No Problem.
Jony & Jeny Jenama Berkualiti serta tahan lasak
Jony & Jeny Jenama Berkualiti serta tahan 

Kain sekolah Jony & Jeny berkualiti di Hari- Hari 

Ia bukan sahaja harga mampu milik malahan kualiti yang digunakan adalah sangat bagus. Selesa betul kata Sara yang berumur 8 tahun tu. Kain sekolah yang di cuba dalam fitting room tadi tu, kata Sara lagi pinggang kain tak terlalu kemas getahnya kerana ia campuran getah dan juga pengeras di bahagian pinggang.


Tengoklah tu, jenis kain tebal serta tahan. Jadinya, dapatlah guna lama sikit . Jimat duit dan betul-betul berbaloi dengan harga mampu milik.


Harga untuk kain sekolah Sara berharga RM 21.90 . Manakala baju sekolah RM 15.90. Berbaloi sangat harga serta kualiti yang ditawarkan itu. Tudung sekolah putih pula Sara memilih tudung jenis sarung sahaja, jenis cotton. Memudahkan dia lagi nak menggayakan tudung tu nanti ketika di sekolah. Harga pun baru RM 11.90 Saiz L, jenis labuh.



Sara sedang menggayakan baju sekolah dari Jony & Jeny 


Itu untuk size Sara, tapi untuk size paling kecik kurang dari RM65 dah dapat full set baju seragam, seluar, kasut dan stokin.






Kalau korang nak cari selain kelengkapan sekolah yang lain turut dijual seperti pakaian harian baby, kanak – kanak , dewasa dan persiapan raya iaitu baju melayu , baju kurung dan songkok pun ada.



Staff Mesra Pelanggan

Staff mesra pelanggan di Hari - Hari 


Yang ni, kat tempat lain memang takde macam Pusat Pakaian Hari-Hari. Setiap pembeli yang menjejakkan kaki di sini. Semua staff akan mengucapkan “Selamat Datang” dan “Terima Kasih” kepada pelanggan yang keluar masuk ke kedai ini. Wahh, setiap kali pergi ke sini, memang rasa seperti dihargai betul. Ada staff yang sibuk dengan kerja-kerja mereka , masih sempat lagi mengucapkan ucapan keramat itu tau kepada pelanggan. Emm, buatkan rasa nak datang lagi ke sini.


Bukan itu saja, selain dari ucapan keramat tersebut. Setiap pelanggan akan dilayan bak raja. Apa pelanggan cari dalam kedai tu.Pastinya korang akan dilayan dengan sopan. Jadi tak hairan lah Pusat Pakaian Hari-Hari ni menjadi pilihan ramai. Staff pun ramai di sini.

Keadaan dalam kedai yang kemas dan teratur susunan barang

Selain buatkan layanan dan harga mampu milik. Susunan kedai pun kemas. Mudah je nak cari setiap bahagian. Takde yang berselerak pakaian di rak – rak kerana staff disini amat rajin. Kalau korang tak jumpa apa yang korang cari dalam kedai tu. Staff akan cari. Itu sebab Nampak kemas dan rapi tersusun.

Hari-Hari mempunyai  86 cawangan seluruh Malaysia. Boleh layari www.hari.com.my . Serata Malaysia ada. Sekarang di kedai ada FREEGIFT Calendar, Stokin Putih, Kasut Putih untuk pembelian dari RM30 sehingga RM150. Dan lagi buat pemegang Kad Debit/Credit CIMB boleh dapat discount 15% dari 1/12 sehingga 31/12. Untung kan?
eHari Tawarkan 15% Diskaun





Untuk pengetahuan korang juga, Pusat Pakaian Hari-Hari juga telah melancarkan jualan secara online yang menawarkan 15% diskaun untuk semua kelengkapan barang sekolah kepada pengguna platform eHari di https://www.ehari.com.my/ . Bukan itu sajaha, free shipping untuk pembelian minima RM50 . Website pun mudah di layari oleh sesiapa sahaja.



Akhir kata , untuk pengguna yang bijak. Disarankan membeli belah segala persiapan ‘Back to School’ anak – anak korang kat Pusat Pakaian Hari – Hari sahaja. Semuanya di bawah satu bumbung. Jimat masa dan tenaga korang. Duit pun dapat jimat, sebabnya memang mampu milik. Setiap negeri mempunyai cawangan tau. Jadi mudah lah korang nak dapatkan. Platform online pun ada juga disediakan.
Maklumat lanjut layari :

Facebook : https://www.facebook.com/harihari/
Instagram : https://www.instagram.com/harihariofficial/




























Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ehbelogaku.com/2019/12/beli-persiapan-sekolah-anak-di-hari-hari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beli Kelengkapan Sekolah Murah Dan Berkualiti Di Pusat Pakaian Hari Hari

Beli Kelengkapan Sekolah Murah Dan Berkualiti Di Pusat Pakaian Hari Hari

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 963 hits
Beli Kelengkapan Sekolah Murah Dan Berkualiti Di Pusat Pakaian Hari Hari Disember dah tiba masa nilah ibubapa akan sibuk mencari kelengkapan sekolah anak anak KakYa pon sama awal bulan dah sibuk duk cari keperluan sekolah anak anak KakYa le...
Hari Anugerah Pelajar Cemerlang Di Sekolah Anak Anak

Hari Anugerah Pelajar Cemerlang Di Sekolah Anak Anak

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 660 hits
Hari Anugerah Pelajar Cemerlang Di Sekolah Anak anak Assalamualaikum harini agak lambat bersiaran Biasalah hujung tahun pelbagai event sekolah yang ibubapa akan hadiri sebagai memberi sokongan kepada anak dan pihak sekolah Harini merupakan ...
Sekolah Anjur Hari Sarapan Bersama Bapa Buat Anak Yatim Merasai Kasih Sayang Seorang Ayah

Sekolah Anjur Hari Sarapan Bersama Bapa Buat Anak Yatim Merasai Kasih Sayang Seorang Ayah

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 359 hits
Setiap tahun sebuah sekolah menengah Dallas Selatan menganjurkan program Breakfast with Dads tapi sayangnya ramai ibu bapa yang tidak dapat hadir serta ada juga pelajar yang tidak mempunyai ibu bapa Acara ini bertujuan untuk mendekatkan ser...
Baju Sekolah Murah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Baju Sekolah Murah Di Pusat Pakaian Hari Hari

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 903 hits
Syukur alhamdulillah tahun ini dapat shopping baju sekolah awal Dan kali ini jumpa kedai jual baju sekolah murah Baju sekolah murah ini adalah di Pusat Pakaian Hari hari Dan memang aku kalau boleh nak cari sesuatu yang mudah tanpa perlu aku...
10 Port Buku Kanak Kanak Terpakai Yang Murah Amp Berkualiti Boleh Beli Online 1 Malaysia

10 Port Buku Kanak Kanak Terpakai Yang Murah Amp Berkualiti Boleh Beli Online 1 Malaysia

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 934 hits
Nak masuk cuti sekolah ni kenalah standby aktiviti dekat rumah sikit Kalau tak mesti budak budak tu boring nanti Kalau tambah stok buku cerita dan buku aktiviti pun bagus juga Agaknya kat mana nak beli buku kanak kanak yang murah murah ye N...
9 Aktiviti Budget Murah Yang Boleh Dibuat Bersama Anak Anak Semasa Cuti Sekolah

9 Aktiviti Budget Murah Yang Boleh Dibuat Bersama Anak Anak Semasa Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 600 hits
Cuti sekolah datang lagi Masa yang memang ditunggu oleh ramai anak anak pelajar Kebiasaannya cuti hujung tahun lebih meriah daripada cuti cuti sekolah yang lain sebab jangkamasanya lebih panjang Ditambah pula ramai antara ibu ayah yang turu...
Kak Seto Usul Sekolah Baiknya Cuma 3 Hari Dalam Seminggu Ternyata Begini Penjelasan Lengkapnya

Kak Seto Usul Sekolah Baiknya Cuma 3 Hari Dalam Seminggu Ternyata Begini Penjelasan Lengkapnya

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 284 hits
Banyak yang ribut gara gara usulan Kak Seto ke Menteri Nadiem Makarim ini padahal penjelasan lengkapnya bukan seperti yang dikira orang orang
Kak Seto Usul Ke Nadiem Makarim Sekolah Cukup 3 Hari Saja

Kak Seto Usul Ke Nadiem Makarim Sekolah Cukup 3 Hari Saja

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 300 hits
Ketua Lembaga Perlindungan Anak Indonesia Seto Mulyadi mengatakan dalam kurikulum baru yang sedang dirancang Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Nadiem Makarim sekolah cukup tiga hari saja Usulan itu disampaikan Kak Seto bukan tanpa dasar Sek...
Survey Harga Baju Sekolah Kebangsaan Dan Sekolah Agama Anak Tahun 2020

Survey Harga Baju Sekolah Kebangsaan Dan Sekolah Agama Anak Tahun 2020

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 1946 hits
SURVEY HARGA BAJU SEKOLAH KEBANGSAAN DAN SEKOLAH AGAMA ANAK TAHUN 2020 Assalamualaikum dan Selamat sejahtera semua Memandangkan anak nak sekolah darjah 1 tahun depan dan tok mak depa ni pun ada bagi tahu nak sponsor baju sekolah cucu cucuny...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


M U S M

Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools