Pembukaan Pusat Beli Belah Toppen Berlangsung Selama 12 Hari Dengan Festival Jelesek


Pembukaan Pusat Beli-Belah Toppen Berlangsung selama 12 Hari dengan Festival #JelesEk  | IKEA Southeast Asia baru-baru ini melancarkan pembukaan besar-besaran Pusat Beli-belah Toppen dengan pertunjukan pratonton yang menarik untuk warga Johor dan kawasan sekelilingnya, di mana ia menyasarkan untuk menjadi hab komuniti terbaharu di Tebrau.  Pelbagai aktiviti menyeronokkan turut diadakan termasuklah konsert bersama Joe Flizzow dan Joyce Chu

Pembukaan Pusat Beli-Belah Toppen Berlangsung selama 12 Hari dengan Festival #JelesEk
           
Dari 13 November hingga 24 November 2019, Pusat Beli-belah Toppen menjemput para pengunjung bersama keluarga dan rakan-rakan untuk menyertai pelbagai aktiviti menyeronokkan seperti bengkel seni, yoga untuk kanak-kanak, melukis wajah dan ber’zumba’ beramai-ramai. Peluncur papan selaju, parkour serta tarian berkumpulan tempatant akan turut menganjurkan pertunjukan dan pertandingan. Orang ramai juga dijemput berkunjung ke kedai- kedai permainan, makanan, sudut fesyen untuk melihat banyak lagi acara menarik yang bakal dinikmati di Toppen kelak.



Pembukaan Pusat Beli-Belah Toppen Berlangsung selama 12 Hari dengan Festival #JelesEk


Festival #JelesEkDiinspirasikan daripada kempen #JelesEk yang meraikan sifat keperibadian warga Johor yang ikonik, Toppen akan mempersembahkan secara langsung lagu tema #JelesEk pada 16 November 2019, sebagai acara kemuncak festival tersebut. Ia akan menampilkan bintang kelahiran Johor, Joe Flizzow dan Joyce Chu yang telah bekerjasama mencipta video muzik khas untuk Toppen. Lagu tersebut juga digunakan untuk cabaran TikTok #JelesEk. Buat julung kalinya, Toppen serta peneraju utama video pendek mobile ini, mengajak orang ramai untuk menari dan menyanyi (lip-sync) lagu tema tersebut mengikut kreativiti masing-masing. Peserta berpeluang memenangi hadiah-hadiah bernilai RM10,000. Untuk menpergiatkan lagi pertandingan tersebut, Toppen juga telah menyediakan beberapa tempat untuk ber-TikTokuntuk para pengunjung. Tambahan lagi, Toppen juga turut dipilih menjadi tuan rumah bagi sambutan tahunan Hari TikTok pada 17 November 2019, yang akan mengumpulkan lebih 80 ‘influencer’ dari serata Malaysia dan Singapura untuk menghasilkan cerita (content) yang kreatif dan menyeronokkan di Toppen. Juga pada 13, 16, 17, 23, dan 24 November 2019, pengunjung diajak untuk menyertai pertandingan mencari harta karun yang dianjurkan oleh TikTok.


Pembukaan Pusat Beli-Belah Toppen Berlangsung selama 12 Hari dengan Festival #JelesEk
The Topp
Tarikan utama di Toppen iaitu The Topp memegang peranan penting di festival ini. Dicipta khas untuk selaras dengan kelompok komuniti yang berbeza-beza, The Toppmenjanjikan activiti menarik untuk setiap pelawat. Kepada mereka yang sukakan aksi lasak, pergilah ke zon aktif belia di mana terdapat taman luncur, zon parkour dan tembok untuk aktiviti mendaki manakala mereka yang ingin menjamu selera, terdapat banyak pilihan hidangan tempatan atau antarabangsa di sekitar ruangan al fresco. Di laman luar The Topp juga dibina ruang-ruang interaktif termasuklah gelanggang serbaguna, dewan acara, taman atas bumbung, taman rekreasi air kanak-kanak, panggung wayang dengan konsep terbuka yang pertama dan juga arena e-sports untuk anda meluangkan hari bersama teman dan keluarga tersayang.

Pembukaan Pusat Beli-Belah Toppen Berlangsung selama 12 Hari dengan Festival #JelesEk
“Apabila kami mula membayangkan kewujudan Toppen, kami sedar yang ianya tidak boleh menjadi sekadar pusat beli-belah yang sebanding dengan yang lain. Kami mahu mencipta sebuah tempat pertemuan yang memberi impak positif kepada masyarakat setempat”“Kami membina Toppen dengan objektif untuk memenuhi keinginan penduduk di sini. Dengan kerjasama pihak berkuasa dan kumpulan komuniti tempatan, kami berusaha sedaya upaya untuk menyerlahkan lagi keunikan Johor. Di Toppen, kami berbangga mempunyai jenama tempatan dan antarabangsa di samping mencipta sebuah hab di mana bakat-bakat dan komuniti kelahiran Johor boleh berkumpul bersama untuk berkongsi minat dan kreativiti masing-masing.” - Christian Roejkjaer, Pengarah Urusan IKEA Southeast Asia

Kemudahan yang Mesra Komuniti
Diterajui oleh IKEA Tebrau, pusat beli-belah berkeluasan 1.25 juta kaki persegi ini menawarkan empat aras untuk anda ‘singgah & riadah’ (retailtainment). Dengan 300 buah premis yang menawarkan dari barangan keperluan rumah seperti Ben’s Independent Grocer (B.I.G.) sehinggalah panggung wayang TGV. Toppen juga telah memperkenalkan lebih 80% jenama baru di Johor seperti The Pantheon, 9 to 9, dan Concept Haus. Pusat membeli-belah terbaru ini juga akan memulakan operasinya di samping 90% penyewanya pada hari yang sama.

Hab terbaharu untuk gaya hidup masa kini ini juga senang dikunjungi melalui kemudahan jalan raya utama, pengangkutan awam dan dilengkapi dengan ruang parkir dua tingkat yang boleh memuatkan lebih 4,600 kenderaan. Toppen diinspirasikan daripada asal usul Scandinavian, yang memaparkan rekaan yang luas dan kemas dengan limpahan cahaya semula jadi dan kehijauan alam, menjadikannya destinasi pilihan untuk dikunjungi.

“Dengan nama seperti Toppen yang bermaksud ‘hebat’ dalam bahasa Sweden ini, membuat kami berazam untuk berusaha sedaya upaya merentasi sempadan dan cabaran. Di samping memahami keinginan masyarakat, kami meraikan setiap pelanggan kami yang unik dengan cara mereka tersendiri. Atas sebab itu juga kami menawarkan perkhidmatan di luar dan dalam talian yang bersesuaian, ringkas dan menepati kehendak setiap pelanggan agar mereka merasai pengalaman membeli-belah yang membuat mereka berasa istimewa dan positif" - 
Joakim Hogsander, Pengurus Besar Pusat Beli-belah Toppen 
Pusat Beli-belah Toppen merupakan yang ketiga di Malaysia dan keempat di Asia Tenggara dengan teraju utamanya, IKEA. Mengikuti jejak langkah IKEA dan pusat beli-belah yang lain di rantau ini, Toppen kini bersedia untuk menjadi tempat pertemuan utama bagi mencipta pengalaman yang hebat untuk mereka yang datang berkunjung. Ia menyasarkan untuk menarik lebih 15 juta penduduk tempatan dan pelancong menjelang tahun 2020.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.iamfuzy.com/2019/11/pembukaan-pusat-beli-belah-toppen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beli Persiapan Sekolah Anak Di Hari Hari Murah Dan Berkualiti

Beli Persiapan Sekolah Anak Di Hari Hari Murah Dan Berkualiti

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 780 hits
Beli Persiapan Sekolah Anak di Hari Hari Murah dan Berkualiti Hai korang sekejap betul dah memasuki bulan Disember 2019 Maknanya tak lama lagi musim persekolahan sesi 2020 dah makin tiba Ha berdebar pula rasanya Ina sebagai ibu bapa yang pu...
Remaja Koma Setelah Mengisap Vape Setiap Hari Selama 3 Tahun

Remaja Koma Setelah Mengisap Vape Setiap Hari Selama 3 Tahun

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 503 hits
Seorang remaja asal Utah Amerika Serikat mengalami koma setelah mengisap vape selama bertahun tahun Pemudi berusia 18 tahun Maddie Nelson mengalami koma awal bulan ini karena dia menderita nyeri dada dan mual Dikutip dari Mirror co uk 2 Sep...
Tak Sempat Beli Kek Cik Suami Paling Sweet Beli Burger Special Untuk Hari Lahir Isteri

Tak Sempat Beli Kek Cik Suami Paling Sweet Beli Burger Special Untuk Hari Lahir Isteri

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 411 hits
Setiap yang berkahwin mesti mengimpikan kejutan atau pun hadiah yang istimewa dari pasangan ketika menyambut ulangtahun perkahwinan mahupun ulangtahun kelahiran Namun tidak semua orang berkemampuan untuk membuat kejutan yang yang mewah dan ...
Hari Jadi Ke 185 Kabupaten Temanggung Grebeg Parakan Berlangsung Semarak

Hari Jadi Ke 185 Kabupaten Temanggung Grebeg Parakan Berlangsung Semarak

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 130 hits
Melalui momentum Grebeg Parakan guna memperingati hari jadi ke 185 Kabupaten Temangung saya sendiko dawuh melaksanakan tugas amanah rakyat untuk membawa Temanggung lebih aman dan sejahtera sehingga terwujud tata kehidupan yang toto titi ten...
Tak Mampu Beli Emas Pengantin Pilih Tomato Hiasi Diri Di Hari Perkahwinan

Tak Mampu Beli Emas Pengantin Pilih Tomato Hiasi Diri Di Hari Perkahwinan

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 318 hits
Mungkin agak pelik dan kelakar namun ia betul betul terjadi apabila seorang pengantin perempuan di Pakistan menggunakan buah tomato sebagai perhiasan menggantikan emas semasa perkahwinannya Seorang wartawan Pakistan Naila Inayat berkongsi s...
Baju Sekolah Murah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Baju Sekolah Murah Di Pusat Pakaian Hari Hari

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 949 hits
Syukur alhamdulillah tahun ini dapat shopping baju sekolah awal Dan kali ini jumpa kedai jual baju sekolah murah Baju sekolah murah ini adalah di Pusat Pakaian Hari hari Dan memang aku kalau boleh nak cari sesuatu yang mudah tanpa perlu aku...
Israel Bunuh Anak Palestina Setiap Tiga Hari Selama 18 Tahun

Israel Bunuh Anak Palestina Setiap Tiga Hari Selama 18 Tahun

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 441 hits
Pasukan pendudukan Israel membunuh sekitar 2 000 anak Palestina sejak Intifada Kedua pecah pada September 2000 Itu artinya tentara Israel membunuh seorang anak Palestina setiap tiga hari sekali selama 18 tahun tulis kantor berita Anadolu Ay...
Ini Profil Ani Idrus Perempuan Yang Jadi Ikon Di Google Doodle Hari Ini

Ini Profil Ani Idrus Perempuan Yang Jadi Ikon Di Google Doodle Hari Ini

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 235 hits
Ani Idrus dikenal sebagai wartawati senior yang punya banyak pengalaman di bidang politik Berikut sosok Ani Idrus yang muncul di Google Doodle
Peringati Hari Guru Djp Kenalkan Pajak Kepada Mahasiswa Dan Pelajar

Peringati Hari Guru Djp Kenalkan Pajak Kepada Mahasiswa Dan Pelajar

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 373 hits
Direktorat Jenderal Pajak Kementerian Keuangan merayakan Hari Guru Nasional 2019 melalui kegiatan Pajak Bertutur yang diselenggarakan di Kantor Pusat DJP Jakarta Pada acara ini DJP menyerahkan penghargaan Edutax Award kepada para pihak yang...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat