Beli Emas Secara Ansuran Boleh Ke



Soalan
Assalamualaikum, saya nak tanya adakah dibolehkan untuk membeli emas secara hutang? Maksudnya emas tersebut saya ambil dan pakai dahulu, kemudian baru buat pembayaran.
Berpandukan kepada  AL-KAFI #1817: HUKUM MEMBELI EMAS SECARA ANSURAN yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Ringkasan Jawapan Diharamkan dan tidak sah jual beli emas secara ansuran kerana mengandungi unsur riba al-nasiah. Riba al-nasiah adalah riba yang berlaku disebabkan menangguhkan bayaran secara sengaja.
Penerangan Jawapan Secara asal, hukum berjual beli suatu barang adalah diharuskan samaada hendak membeli secara tunai ataupun hutang.
Akan tetapi, apabila suatu transaksi tersebut terkait dengan item ribawi (barang-barang yang terpalit dengan hukum riba), maka setiap pihak yang terlibat perlu memberikan perhatian khusus agar tidak tergelincir dalam kancah riba.
Item-item ribawi ada disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Ubadah Bin al-Somit r.a bahawa Nabi Muhammad saw bersabda :
الذَّهَبُ بالذَّهَبِ، والْفِضَّةُ بالفِضَّةِ، والْبُرُّ بالبُرِّ، والشَّعِيرُ بالشَّعِيرِ، والتَّمْرُ بالتَّمْرِ، والْمِلْحُ بالمِلْحِ، مِثْلًا بمِثْلٍ، سَواءً بسَواءٍ، يَدًا بيَدٍ، فإذا اخْتَلَفَتْ هذِه الأصْنافُ، فَبِيعُوا كيفَ شِئْتُمْ، إذا كانَ يَدًا بيَد
Maksudnya: “Emas dijual dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam, timbangan dan beratnya mesti sama, dibayar secara serta-merta (bukan bertangguh). Namun, jika jenis dan kategori barangnya berbeza, maka berjual belilah mengikut yang kamu kehendaki dengan syarat mesti dibayar secara serta-merta (on the spot)”.
Hadis Muslim (1587)
Berikutan hadis diatas, jual beli barang ribawi seperti emas barang kemas wajib dilakukan secara lani (serta merta) tanpa bertangguh.
Penerangannya, transaksi jual beli barang ribawi hendaklah dilakukan secara on the spot dalam satu majlis; tidak kira penyerahan dilakukan secara hakiki ataupun hukmi (contohnya diberikan resit pembayaran). Tidak boleh bertangguh sehari tu dua hari selepas itu.
(Rujuk: Kompilasi Pandangan Hukum Mesyuarat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, ms 81)
Seandainya terdapat syarat ketika menangguhkan bayaran atau penyerahan barang, maka ia termasuk dalam ciri riba al-nasiah; iaitu riba yang berlaku oleh sebab tempoh bayaran tertangguh. Lebih dahsyat lagi pengharamannya apabila penangguhan bayaran tersebut disertakan bersama caj lain.
(Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie, 3/110-111)
Oleh yang demikian, jual beli emas secara ansuran seperti yang dinyatakan diatas adalah diharamkan dan tidak sah kerana tergolong dalam riba al-nasiah iaitu riba yang berlaku disebabkan penangguhan pembayaran secara sengaja.
Alternatif Alternatifnya, pembeli dibolehkan untuk meminjam wang daripada pihak ketiga terlebih dahulu sebelum membeli emas tersebut secara tunai.
Akan tetapi, pembeli perlu menghindari diri dari meminjam duit daripada pihak yang sama iaitu penjual emas tersebut agar tidak terjerumus dalam larangan Nabi Muhammad SAW berkaitan “jual dan beli hutang”didalam satu masa yang sama.
Ini berdasarkan hadis Baginda,
أنَّ النبيَّ ﷺ نَهى عن بَيعتينِ في بيعةٍ وعن بَيعٍ وسَلَفٍ
Maksudnyaa: “Sesungguhnya Nabi SAW melarang dua jual beli dalam satu transaksi serta jual beli dan hutanga”. Musnad Ahmad (10/120)
Sebilangan ulama antaranya Ibn Qayyim Rhm menghuraikan hadis diatas bahawa ianya menjadi asas utama didal muamalat yang melarang umat islam daripada berbuat tipu helah untuk melakukan riba dalam transaksi jual beli. Walaupun perkara ini tidak disebutkan dengan jelas namun dapat difahami lantaran senario yang berlaku bahawa terdapat dua hasrat yang imgin dicapai oleh kedua-dua pembeli dan penjual, iaitu :
Penjual emas memberi pinjam duit mereka bertujuan agar emasnya laku terjual. Sedangkan jika pelanggan tersebut tidak ingin membeli emas tersebut, nescaya penjual tidak meminjamkan duitnya. Pembeli pula seandainya tidak diberi pinjaman wang oleh penjual kepadanya, maka dia tak akan membeli emas tersebut. (Lihat: Tahzib Sunan Abi Daud, 2/190)
Kesimpulannya, nasihat kami kepada para pembeli agar tidak menambahkan hutang melainkan untuk perkara-perkara yang mustahak sahaja. Adapun jika ada lebihan duit selepas ditolak perbelanjaan utama, maka diharuskan untuk membeli aset dan harta lain seperti emas dengan syarat pembayan mestilah dibuat secara tunai.
Sekian.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2022/09/beli-emas-secara-ansuran-boleh-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bagaimana Cara Guna Rm150 Untuk Beli Emas Bernilai Rmm1000

Bagaimana Cara Guna Rm150 Untuk Beli Emas Bernilai Rmm1000

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 191 hits
Dengan Modal RM1000Anda akan dapat tunai RM850Baki tersimpan RM150Anda masih miliki Nilai Emas RM1000
Beli Cincin Baru Dan Loket Emas 916 Di Tahun 2022

Beli Cincin Baru Dan Loket Emas 916 Di Tahun 2022

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 656 hits
Baca Beli Cincin Baru Dan Loket Emas 916 Di Tahun 2022 Duhai penyimpan emas sebagai pelaburan Korang dah sampai tahap mana Dah dapat target 100 gram setahun Atau lebih rezeki dapatlah buat pelaburan 100 gram emas dalam masa 6 bulan Sekarang...
Ifa Raziah Habiskan Duit Beli Emas Ramai Tergamam Bila Tahu Jumlah Harga Emas Yang Dia Beli

Ifa Raziah Habiskan Duit Beli Emas Ramai Tergamam Bila Tahu Jumlah Harga Emas Yang Dia Beli

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 228 hits
Betul la apa Ifa cakap sebelum ini setakat rm100k tu mudah je bagi dia Cantiknya emas tu
Mulai Diuji Coba 1 Kendaraan Hanya Boleh Beli Pertalite 120 Liter Per Hari

Mulai Diuji Coba 1 Kendaraan Hanya Boleh Beli Pertalite 120 Liter Per Hari

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 159 hits
Sejak awal bulan September PT Pertamina Persero mulai melakukan uji coba pembatasan pembelian Bahan Bakar Minyak bersubsidi agar bisa lebih tepat sasaran
Beli Kereta Boleh Bayar Tol Takleh Plak Pemandu Culas Bayar Tol Ditahan Dipaksa Bayar Tunggakan Tol Serta Merta

Beli Kereta Boleh Bayar Tol Takleh Plak Pemandu Culas Bayar Tol Ditahan Dipaksa Bayar Tunggakan Tol Serta Merta

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 282 hits
Beli kereta boleh bayar tol takleh plak Pemandu culas bayar tol ditahan dipaksa bayar tunggakan tol serta mertaSejak dari dulu lagi ada segelintir pengguna lebuhraya yang enggan membayar tol dan bertindak menceroboh lebuhraya itu dengan pel...
Mana Nak Cari Duit Untuk Beli Emas

Mana Nak Cari Duit Untuk Beli Emas

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 324 hits
mana nak cari duit beli emas Perkara biasa kalau anda bosan di ajak bisnes Lebih baik di ajak cerita politik percuma tak perlu modal sangat
Isyarat Dagangan Untuk Emas 12 13 September 2022 Beli Di Atas 1 718

Isyarat Dagangan Untuk Emas 12 13 September 2022 Beli Di Atas 1 718

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 222 hits
Pada awal sesi Amerika emas didagangkan sekitar 1 729 06 dengan kecenderungan kenaikan harga selepas melantun sekitar SMA 21 yang terletak pada 1 714 Menurut carta 4 jam kita dapat melihat bahawa emas overbought dan ia berkemungkinan akan m...
Najib Boleh Beli Ubat Sendiri Kalau Tak Nak Terima Ubat Dibekalkan Kkm Kj

Najib Boleh Beli Ubat Sendiri Kalau Tak Nak Terima Ubat Dibekalkan Kkm Kj

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 174 hits
Najib Razak boleh membeli bekalan ubat sendiri dari sumber luar jika tidak mahu menerima ubat yang dibekalkan Kementerian Kesihatan Malaysia Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata perkara itu telah dimaklumkan kepada ahli keluarga beka...
Saintis Cipta Lipas Amp 039 Cyborg Amp 039 Boleh Bantu Kesan Mangsa Terperangkap Bawah Runtuhan

Saintis Cipta Lipas Amp 039 Cyborg Amp 039 Boleh Bantu Kesan Mangsa Terperangkap Bawah Runtuhan

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 157 hits
Saintis Jepun baru baru ini telah mencipta lipas cyborg yang berperanan untuk mengesan mangsa terperangkap di bawah runtuhan terutamanya ketika berlaku bencana gempa bumi Melalui penyelidikan yang dilakukan lipas cyborg itu dipasang dengan ...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik