Beli Emas Saham Langgar Peraturan I Sinar Prof Dr Barjoyai



Pengeluaran simpanan i-Sinar tidak sepatutnya digunakan untuk pembelian emas dan saham, memandangkan kerajaan membenarkan pengeluarannya untuk tujuan kecemasan seperti desakan kewangan hari ini.
Pakar ekonomi Prof Dr Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Abdul Razak berkata, golongan T20 yang sebelum ini dilaporkan berhasrat untuk berbuat demikian boleh dikenakan cukai kerana bercanggah dengan tujuan sebenar i-Sinar.
“Memang melanggar peraturan kerana apabila seseorang itu menyimpan dalam KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), dia dikecualikan daripada cukai ke atas pendapatan yang disimpan itu,” katanya kepada Malaysiakini.
Minggu lalu, kajian dari Pusat Penyelidikan Undian UCSI menunjukkan hampir separuh daripada golongan T20 yang telah memohon atau merancang untuk memohon pengeluaran i-Sinar menggunakannya untuk membuat pelaburan bagi membeli emas dan saham.
Menurut kajian, kebanyakan mereka yang berbuat demikian dalam kategori umur 40 hingga 55 tahun.
Sementara itu, responden golongan B40 dan M40 yang berusia 26 hingga 55 tahun pula meletakkan keutamaan membayar balik pinjaman bagi pengeluaran i-Sinar.
“Sepatutnya dikenakan cukai kepada golongan (T20) tu. Tapi bila dikecualikan cukai kerana sesuatu insentif ni kerana kita mahu galakkan mereka menabung di hari tua dan juga sebagai satu bentuk sumbangan daripada kerajaan untuk benarkan kerajaan menguruskan kewangan mereka.
“Jadi sebab itu dikecualikan cukai. Sepatutnya jumlah itu dicukai. Tapi sekarang dahlah dia tak dicukai kemudian ia digunakan untuk perkara lain pula yang sebenarnya merosakkan program perancangan kewangan untuk pesara,” katanya.

 
Barjoyai (gambar, atas) berkata kumpulan T20 yang mencarum dalam KWSP kerana terpaksa sebagai mematuhi peraturan dalam pekerjaan dan mengeluarkannya kerana ia dibenarkan oleh kerajaan.
Mengulas lanjut berhubung perkara itu, Barjoyai berkata meskipun pelaburan dalam emas kerana harganua lebih stabil, tetapi dia menjelaskan pembelian emas untuk tujuan pelaburan bukan yang terbaik buat masa ini.
Ini kerana ia tidak boleh diharapkan untuk pulangan tahunan.
Proses bantuan menyukarkan
Bagaimanapun dia menjelaskan pelaburan hartanah adalah paling selamat untuk jangka masa panjang berbanding emas ataupun saham.
“Keuntungan modal dalam emas adalah kerana kenaikan harga emas dan ia biasanya agak lambat sebab pusingan dalam pasaran emas ini adalah kira-kira 30 tahun pusingannya,” katanya.
Walaupun tujuan pengeluaran KWSP melalui i-Sinar digunakan untuk keperluan terdesak, Barjoyai berpendapat ia tidak wajar dilakukan dikeluarkan terutamanya oleh golongan B40 yang menggunakannya untuk membayar komitmen bulanan.
Dia berkata kerajaan sepatutnya mencari langkah memudahkan proses bantuan sara hidup yang menyukarkan.
“Katalah diberi bantuan sara hidup, tapi prosesnya lama dan berbagai-bagai lagi yang banyak buat ramai keluarga tak kisah benda tu dan mereka lebih rela lapar daripada terpaksa beratur, mengisi borang,” katanya.
Dia mencadangkan, ia sepatutnya boleh dilakukan dengan lebih sistematik dengan mewujudkan satu kaunter di pasar raya atau pasar yang membolehkan individu yang memerlukan mendaftarkan maklumat mereka dan mengambil baucher makanan atau setem makanan.
“Sekarang ini masalah kerajaan mereka mempunyai sumber kewangan yang terhad.
“Jadi pada saya, keutamaan kerajaan memastikan semua orang ada makanan atas meja setiap hari untuk seisi keluarga dan saya rasa itu pun kerajaan tak boleh capai lagi.
“Maknanya, banyak keluarga miskin yang kelaparan setiap hari,” katanya.
The post Beli emas, saham langgar peraturan I-SINAR – Prof. Dr Barjoyai appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/09/beli-emas-saham-langgar-peraturan-i-sinar-prof-dr-barjoyai/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=beli-emas-saham-langgar-peraturan-i-sinar-prof-dr-barjoyai

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Golongan T20 Bermewah Dengan Duit I Sinar Beli Emas Saham

Golongan T20 Bermewah Dengan Duit I Sinar Beli Emas Saham

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 313 hits
Hanya 48 6 daripada 809 responden mengeluarkan simpanan KWSP di bawah skim i Sinar untuk membeli makanan dan barang dapur
L Nggar Peraturan Keluar I Sinar Untuk Belanja Emas Atau Saham Kata Pakar

L Nggar Peraturan Keluar I Sinar Untuk Belanja Emas Atau Saham Kata Pakar

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 216 hits
Pengeluaran simpanan i Sinar tidak sepatutnya digunakan untuk pembelian emas dan saham memandangkan kerajaan membenarkan pengeluarannya untuk tujuan kecemasan seperti desakan kewangan hari ini
Nak Jual Emas Siapa Yang Nak Beli Emas

Nak Jual Emas Siapa Yang Nak Beli Emas

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 320 hits
Anda ada emas dan nak jual emas Namun anda ragu ragu untuk cari pembeli emas Bimbang dan risau nak jual emas sedangkan anda perlukan duit tunai dalam sehari dua ni Tak kisahlah apa jenis emas pun anda ada samada gelang emas rantai emas gold...
Bukan Terdesak Kajian Buktikan Ramai Golongan T20 Guna Wang I Sinar Untuk Pelaburan Dan Emas

Bukan Terdesak Kajian Buktikan Ramai Golongan T20 Guna Wang I Sinar Untuk Pelaburan Dan Emas

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 369 hits
Bagi membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID 19 kerajaan telah membenarkan pengeluaran i Sinar pada akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Akan tetapi menurut satu kajian Pusat Penyelidikan UCSI segelintir golongan T20 telah men...
Zam Zam Antara 6 Cawangan F B Diarah Tutup Kerana Langgar Peraturan Covid 19

Zam Zam Antara 6 Cawangan F B Diarah Tutup Kerana Langgar Peraturan Covid 19

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 182 hits
SINGAPURA Enam cawangan makanan dan minuman diarah tutup manakala lima lagi didenda kerana melanggar langkah pengurusan selamat COVID 19 dedah Kementerian Kemampanan dan Sekitaran pada Rabu Denda turut dikeluarkan terhadap 2
Felda Beli 4 63 Juta Lagi Saham Fgv Daripada Pasaran Terbuka

Felda Beli 4 63 Juta Lagi Saham Fgv Daripada Pasaran Terbuka

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 236 hits
Menara FELDA KUALA LUMPUR Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan bertindak membeli 4 63 juta lagi saham saham FGV Holdings Bhd daripada pasaran terbuka pada harga tawaran RM1 30 sesaham Dalam kenyataan pada Khamis Maybank Investment Bank Bhd ya...
Langgar Peraturan Pkp Kerajaan Cadang Hukuman Lebih Berat Buat Individu Dan Syarikat

Langgar Peraturan Pkp Kerajaan Cadang Hukuman Lebih Berat Buat Individu Dan Syarikat

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 260 hits
Kerajaan ketika ini sedang membuat pindaan kepada Ordinan Darurat untuk meningkatkan hukuman bagi mereka yang melanggar peraturan perintah kawalan pergerakan kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Dalam satu lapora
Beli Emas Online Di Kedai Emas Hajjah Halijah Halijah Jewels

Beli Emas Online Di Kedai Emas Hajjah Halijah Halijah Jewels

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 457 hits
Bismillahirrahmanirrahim ingat lagi tentang bagaimana kegilaan ramai wanita dengan emas Semasa akhir tahun 2020 harga emas turun Ramai yang memborong emas Sampaikan kalau tengok di kedai kedai emas orang beratur panjang walaupun dalam keada...
Ibu Minta Gadaikan Emas Nak Beli Telefon Anak Senyap2 Hadiahkan Yang Baru

Ibu Minta Gadaikan Emas Nak Beli Telefon Anak Senyap2 Hadiahkan Yang Baru

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 259 hits
Setiap anak pastinya berimpian untuk membahagiakan ibu dan bapa Walau bagaimanapun bukan semua berkemampuan untuk memberi kemewahan buat orang tua kerana pebagai kekangan Namun usaha kecil yang ditunjukkan dalam mengembirakan hati mereka pa...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis

Kejayaan Atlet Silat Sarawak Noktahkan Penantian Malaysia Menangi Kejohanan Dunia

Jalan Kampung Pun Ada Lampu Jalan Berbayar Tak Sedia Lampu Dr Akmal Tegur Syarikat Konsesi

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Yang Jejaskan Orang Ramai Pm

Buat Spek Baru

Yahudi Bangsa Dilaknat Yang Membunuh Para Nabi