Beli Buku Online Di Big Bad Wolf Book Sale Mulai November


Jualan Buku Terbesar di Dunia, Jualan Buku Big Bad Wolf, kembali dan akan melancarkan platform e-dagang baharunya (e-commerce) buat kali pertama untuk para pembaca di Malaysia dari 4 hingga 11 November 2020. Jualan Buku selama 8 hari ini bakal menggembirakan para peminat dan pencinta buku dengan menawarkan lebih daripada 20 juta buku dan 40,000 judul buku. 

Selain daripada itu, para pembeli di Malaysia juga akan dapat menikmati buku-buku berkualiti yang baharu dan mendapatkan penjimatan sehingga 90% daripada harga runcit yang disyorkan. Para pembaca dari semua peringkat umur boleh meneliti pilihan luas dari pesta Jualan Buku maya pada tahun ini di mana mereka boleh mendapatkan pelbagai judul seperti novel, fiksyen sains, cinta, sastera, novel grafik, buku perniagaan, bimbingan diri, buku seni bina, buku masakan yang terlaris, dan banyak lagi; kesemuanya boleh didapati dalam satu laman web. 

Terkenal dengan koleksi buku kanak-kanak yang luas; ibu bapa boleh memilih buku cerita, buku aktiviti, buku kertas tebal, buku mewarna, buku bergambar dan buku interaktif untuk memenuhi masa lapang anak-anak di rumah.


“Keselamatan pembeli dan kakitangan kami adalah keutamaan. Oleh itu, apabila pandemik melanda pada awal tahun ini, kami tidak mahu mengekang misi kami untuk membina generasi pembaca buku yang baharu dan menyebarkan kegembiraan melalui membaca. Pasukan kami berdedikasi untuk memastikan para peminat buku di Malaysia masih boleh mendapatkan buku-buku yang menarik di Jualan Buku akhir tahun kegemaran mereka,” kata Jacqueline Ng, Pengasas Bersama, Big Bad Wolf Books. “Melalui platform e-dagang baharu kami, semua pembaca di Malaysia boleh membeli buku di Jualan Buku Big Bad Wolf pada tahun ini dengan selamat, di mana jua mereka berada,” tambah beliau.

Dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang dikenakan ke atas Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan Sabah, dan di negeri-negeri lain yang terlibat, Jualan Buku Big Bad Wolf berharap agar dapat memberikan para pembaca akses berterusan kepada pengetahuan melalui koleksi buku-bukunya, justeru menggalakkan kenikmatan membaca dari keselesaan rumah masing-masing. Platform e-dagang baharu ini membolehkan para pengguna melayari katalog yang mengandungi 40,000 judul buku dengan mudah.


Pelbagai promosi mengikut kategori akan menanti para pembaca, contohnya Horrible Books, White Star Classic Fairy Tales, Magical Books Deal dan book of the Sale, the Christmas 8 in 1 Game Book. Pengguna juga boleh menikmati penghantaraan percuma di Semenanjung Malaysia untuk pesanan melebihi RM180, serta tawaran diskaun RM5 dengan pembelian minimum sebanyak RM80 atau diskaun 10% daripada jumlah bil dengan pembelian minimum sebanyak RM300, tertakluk kepada terma dan syarat. Para pembaca di Sabah dan Sarawak juga akan menikmati diskaun 30% dari kos penghantaran tanpa perbelanjaan minimum. 




Diasaskan di Petaling Jaya pada 2009, Big Bad Wolf Book Sale kini diadakan di 34 buah bandar di 12 negara termasuk Thailand, Indonesia, Sri Lanka, Filipina, Kemboja, Korea Selatan, Emiriah Arab Bersatu, Pakistan, Myanmar, Taiwan, dan yang paling terkini, di Singapura.

Maklumat terkini mengenai Big Bad Wolf Online Book Sale di Malaysia yang amat dinanti-nantikan ini akan diumumkan tidak lama lagi di laman web dan di media sosial mereka. Ikuti Big Bad Wolf Books di Facebook atau Instagram agar tidak ketinggalan.




xoxo,









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ayueidris.com/2020/10/beli-buku-online-di-big-bad-wolf-book.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Beli Pokok Hidup Secara Online

Pengalaman Beli Pokok Hidup Secara Online

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 741 hits
Pada awalnya saya memang tak mau membeli pokok hidup secara online Bimbang pokok yang diterima tak seperti yang saya jangkakan Tapi akhirnya saya beranikan diri mencuba sebab ianya lebih mudah tak perlu saya keluar rumah mencari nurseri Unt...
Guna Dron Mulai November Terbang 1 000km Pantau Sungai

Guna Dron Mulai November Terbang 1 000km Pantau Sungai

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 275 hits
SHAH ALAM 21 OKT Teknologi dron bakal digunakan untuk memantau pencemaran dan pencerobohan sungai di Selangor bermula November kata Dato Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari berkata teknologi tersebut mampu terbang sejauh lebih 1 000 kilo...
Kepalabatas Surirumah Kena Tipu Rm4720 Beli Rantai Emas Online Di Facebook

Kepalabatas Surirumah Kena Tipu Rm4720 Beli Rantai Emas Online Di Facebook

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 522 hits
Tertarik dengan siaran langsung penjualan emas murah dilakukan sebuah syarikat jualan barangan kemas di Facebook menyebabkan suri rumah kerugian RM4 720 Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Noorzainy Mohd Noo...
Mulai 3 November Kendaraan Dilarang Melintas Jalan Malioboro Selama Dua Pekan

Mulai 3 November Kendaraan Dilarang Melintas Jalan Malioboro Selama Dua Pekan

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 228 hits
Pemerintah DIY akan menutup Jalan Malioboro bagi kendaraan bermotor selama dua pekan Kebijakan ini akan mulai diterapkan sejak Senin hingga Minggu mendatang
Beli Groceries Online Di Bawiq

Beli Groceries Online Di Bawiq

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 490 hits
PKPB di Selangor sambung lagi Erm sebulan PKPB nampaknya ni Entahlah macam maca rasa pun ada Tak apalah kalau boleh biar kita sendiri sokong untuk putuskan rangakaian Covid 19 ni Oleh itu Mummy masih bekerja WFH sambil jaga anak anak Yelah ...
Buku Learn Phonics Book 3

Buku Learn Phonics Book 3

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 282 hits
Buku Learn Phonics hadir dalam satu siri yang mempunyai 3 buah buku yang akan membantu anak anak belajar dalam kefasihan sebutan kaedah fonik yang melibatkan bunyi vokal dan konsonan Pelajaran dalam fonik yang ditunjukkan di dalam buku ini ...
Akhirnya Ku Beli Chest Freezer Online Ja

Akhirnya Ku Beli Chest Freezer Online Ja

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 353 hits
Salam dears Sekarang ni kan Mama tiap tiap hari masak sendiri Jadi memang cepat je lah habis barang basah kat rumah ni Nak kerap keluar beli barang risau plak dengan keadaan kes Covid tengah banyak ni Jadi nak memudahkan simpan barang basah...
Mbpp Keluar Permit Perniagaan Dari Rumah Mulai 1 November 2020

Mbpp Keluar Permit Perniagaan Dari Rumah Mulai 1 November 2020

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 314 hits
Majlis Bandaraya Pulau Pinang akan mengeluarkan Permit Sementara Perniagaan Dari Rumah bagi pengusaha yang menjalankan perniagaan berskala kecil di rumah kediaman mulai 1 November ini Datuk Bandar MBPP Dato Ar Yew Tung Seang berkata hanya w...
Libur Panjang Di Masa Psbb Transisi Kawasan Kota Tua Mulai Dipenuhi Wisatawan

Libur Panjang Di Masa Psbb Transisi Kawasan Kota Tua Mulai Dipenuhi Wisatawan

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 252 hits
Libur Panjang di Masa PSBB Transisi Kawasan Kota Tua Mulai Dipenuhi Wisatawan Libur panjang di masa pemberlakuan PSBB transisi Jakarta dimanfaatkan warga untuk mengunjungi lokasi lokasi wisata
Doe Suspends Yan Rice Mill Over Air Pollution

Doa Doa Dalam Bulan Ramadan

Dapur Goodday Misi Sarimah Tuyah Vs Che Ton

Adik Masak Ayam Gepuk

Di Mana Keberkatan Sahur

Proton X90 Vs Chery Tiggo 8 Pro Suv 7 Seater Mana Lebih Berbaloi

Focus On 10 Projects In Negeri Sembilan Pm Tells Economy Ministry

Pakaian Selam Tertua Yang Masih Wujud Di Dunia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Salam Nuzul Al Quran 1446h 2025m

Ramadan Penuh Rasa Di D Anjung Buffet Sime Darby Convention Centre

Usd Jpy Analisis Dan Ramalan

15 Jenama Oven Terbaik Tahan Lasak

Harga Emas Hari Ini Semakan Kadar Jangkaan Naik Turun

Pahang Tapis Secara Teliti Bakal Penerima 16 035 Lot Rumah Permohonan Projek Skim Tanah Rakyat Felda