Akhirnya Ku Beli Chest Freezer Online Ja


Salam dears… Sekarang ni kan Mama tiap tiap hari masak sendiri. Jadi memang cepat je lah habis barang basah kat rumah ni. Nak kerap keluar beli barang, risau plak dengan keadaan kes Covid tengah banyak ni. Jadi, nak memudahkan simpan barang basah / bahan mentah, akhirnya Mama decide untuk beli chest freezer online di Shopee ja.
Dah Lama Nak Beli Chest Freezer Tapi… Sebenarnya dah lama Mama teringin nak beli chest freezer. ‘Tabung dana chest freezer’ pun dah lama ada tapi tak beli beli gak hehe. Sebabnya ruang dapur Mama ni terhad dan nak kena tambah plug point atau soket plug sebab chest freezer kan tak boleh kongsi plug dengan barang lain, maka asyik bertangguh ja lah hasrat tu.
Ni gambar lama…tapi gini je lah dapur Mama, ruang agak terhad. Sekarang lagi sempit sebab dah macam macam sumbat kat dapur hehehe

Dulu Mama jarang memasak jadi freezer kat peti ais yang ada tu kira ok laa, cukup laa nak simpan barang basah untuk stok seminggu dua. Tapi bila kebelakangan ni kes Covid makin meningkat dan kawasan rumah Mama pun memanjangnya dalam ‘red zone’ ja, rasa macam ishhh nak kena ada gak lah chest freezer supaya senang nak simpan lebih banyak barang basah dan kurangkan kekerapan keluar rumah.
Maka bincang bincang ngan Ayah, kita beli ja lah chest freezer sekarang dan letak ja dulu kat dalam bilik mana yang boleh. Nanti bila kes Covid dah reda, kita cari technician untuk buat wiring tambah plug point kat balkoni dapur dan pindahkan ke situ. Ayah pun setuju, dalam bilik pun dalam bilik lah…janji ada chest freezer!
Kenapa Beli Chest Freezer Online? Sejak kes Covid meningkat, jujur Mama katakan Mama ni salah seorang yang ‘takut nak keluar rumah’. Mungkin ada diantara korang yang anggap perangai camni paranoid, tapi memandangkan Mama dan si kembar tiga ni dalam kategori berisiko tinggi sebab kami ada penyakit asma maka Mama jadi extra risau dan lebih suka habiskan masa dirumah saja.
Bukan lah sampai tak keluar rumah langsung, tapi keluar bila betul betul perlu saja. Nak beli barang pun, selagi boleh beli online, Mama akan beli online. Jadi sebab tu lah, chest freezer pun Mama beli online di Shopee ja.
Mula mula nak beli tu, Mama risau gak sebab benda mahal. Bukan puluh puluh ringgit punya harga, tapi beratus ringgit oiii! Opkos laa risau kannn..
Jadi macam biasa, sebelum beli apa apa barang online kena lah survey dulu. Selain daripada bandingkan harga, Mama akan tengok ratings seller tu dan baca review oleh pembeli pembeli sebelum ni. Kalau banyak review yang negatif, memang ku pangkah terus.
Berapa Harga Chest Freezer? Akhirnya…Mama beli chest freezer jenama Berjaya daripada seller kedai CKE Holdings kat Shopee. Alhamdulillah, dalam masa 3 hari ja barang dah sampai. Dan ianya sampai dalam keadaan elok, tak ada sebarang kerosakan ke kemek ke apa ke. Serius legaaa! hehehe
Sebenarnya Mama tak pasti samada chest freezer yang Mama beli ni adalah yang termurah atau tidak, tapi entah mengapa…hati Mama tergerak nak beli daripada seller ni. So I followed my instincts…gittewww hehehe
Harga chest freezer Berjaya 160L yang Mama beli ni ialah RM565.60 untuk hantar ke rumah tingkat atas tanpa lif, dan kos penghantaran dalam Lembah Klang plak RM65.80. Jadi jumlah harga semuanya ialah RM631.40.
Beli chest freezer online di Shopee Punya laa teruja masa chest freezer ni sampai, rasa macam dapat hadiah ja walaupun beli sendiri hahaha Chest Freezer Jenama Berjaya Jadi Pilihan Kenapa beli jenama Berjaya? Sebab Ayah kata dia biasa nampak kedai runcit dan kedai makan guna chest freezer Berjaya ni. Kalau kedai guna, mungkin tahan lasak lah kot. Bila baca kat deskripsi produk pun seller tulis “heavy duty, originally for commercial use”.
Chest freezer Berjaya 160 Litre. Bawah ada roda jadi senang lah nak tolak walaupun besar. Deskripsi produk chest freezer Berjaya 160L. Nak lebih jelas, korang tengok sendiri kat link seller tu lah yer. Lagi satu sebab kitorang pilih chest freezer Berjaya ni ialah kerana nak kan saiz 160 Liter (net capacity 154L). Kalau saiz 130L, Mama rasa tak cukup besar dan kalau saiz 230L plak macam besar bagak sangat nak guna kat rumah ni. Jadi kitorang rasa yang saiz 160L ni InsyaAllah just nice untuk kitorang sekeluarga.
Kalau tengok gambar ni, Mama dah letakkan macam macam barang tapi masih banyak lagi ruang yang boleh diisi kan? Baru lagi beli…tak sampai seminggu pun kitorang guna chest freezer ni, jadi nak bagi testimoni kata betul betul tahan lasak tu, belum boleh lagi lah.
Tapi yang Mama boleh katakan ialah chest freezer ni cepat gak sejuk. Lepas dah on, tak sampai sejam pun rasanya dah cukup sejuk. Tapi kitorang ikut arahan kat buku manual tu, lepas 3 jam baru masukkan barang barang.
Chest freezer Berjaya ni ada kunci, jadi boleh lock supaya ‘selamat’ daripada budak budak asyik nak buka tutup ja freezer ni cari aiskrim hehehe Hmm…tu je lah yang Mama nak cerita kat sini. Saja je nak share cerita, mana tau kot kot ada diantara korang yang dok plan nak beli chest freezer gak kan.
Sebenarnya bila beli barang online ni, Mama rasa ikut nasib dan rezeki gak lah. Kadang kadang orang lain beli ok tapi bila kita beli tak ok, betul tak? So kalau berani ambil risiko, boleh laa beli online. Kalau tak berani, beli je lah kat kedai yang biasa.
Apa apa pun, Mama rasa lega dan happy sangat sebab akhirnya tercapai juga wishlist ku nak ada chest freezer kat rumah ni, Alhamdulillah
 79 total views,  41 views today
The post Akhirnya…Ku Beli Chest Freezer Online Ja appeared first on Mama Kembar Tiga.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mamakembartiga.com/2020/10/akhirnya-ku-beli-chest-freezer-online-di-shopee-ja.html/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kepalabatas Surirumah Kena Tipu Rm4720 Beli Rantai Emas Online Di Facebook

Kepalabatas Surirumah Kena Tipu Rm4720 Beli Rantai Emas Online Di Facebook

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 467 hits
Tertarik dengan siaran langsung penjualan emas murah dilakukan sebuah syarikat jualan barangan kemas di Facebook menyebabkan suri rumah kerugian RM4 720 Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Noorzainy Mohd Noo...
Beli Buku Online Di Big Bad Wolf Book Sale Mulai November

Beli Buku Online Di Big Bad Wolf Book Sale Mulai November

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 472 hits
Jualan Buku Terbesar di Dunia Jualan Buku Big Bad Wolf kembali dan akan melancarkan buat kali pertama untuk para pembaca di Malaysia dari 4 hingga 11 November 2020 Jualan Buku selama 8 hari ini bakal menggembirakan para peminat dan pencinta...
Beli Beg Michael Kors Jet Set Online

Beli Beg Michael Kors Jet Set Online

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 632 hits
Beli Beg Michael Kors Online Shopping memang antara aktiviti faveret orang perempuan Dah macam satu terapi pula bila dah penat bekerja belilah sebiji dua beg atau kasut branded Nak beli barangan branded original tak susah ya sayang sayang s...
Pengalaman Beli Pokok Hidup Secara Online

Pengalaman Beli Pokok Hidup Secara Online

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 665 hits
Pada awalnya saya memang tak mau membeli pokok hidup secara online Bimbang pokok yang diterima tak seperti yang saya jangkakan Tapi akhirnya saya beranikan diri mencuba sebab ianya lebih mudah tak perlu saya keluar rumah mencari nurseri Unt...
Freezer Bertingkat Midea 188l Upright Freezer Muf 208sd Beli Masa Pkp

Freezer Bertingkat Midea 188l Upright Freezer Muf 208sd Beli Masa Pkp

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 476 hits
Bismilillahirrahmanirrahim Ini perkongsian bagi mereka yang mungkin ada masalah sama macam UN Iaitu tak cukup ruang untuk beli barang basah dan perlukan lebih space untuk simpan barang dapur seperti ikan ayam dan lain lain keperluan Maka de...
Beli Groceries Online Di Bawiq

Beli Groceries Online Di Bawiq

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 408 hits
PKPB di Selangor sambung lagi Erm sebulan PKPB nampaknya ni Entahlah macam maca rasa pun ada Tak apalah kalau boleh biar kita sendiri sokong untuk putuskan rangakaian Covid 19 ni Oleh itu Mummy masih bekerja WFH sambil jaga anak anak Yelah ...
Kelas Online Pkpb Dan Swab Test

Kelas Online Pkpb Dan Swab Test

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 307 hits
DAY 223 Ketika kawan kawan sudah ada telefon dan mempunyai nombor telefon sendiri dak Kakak masih belum ada Jangan tanya kenapa kerana aku ada alasan aku sendiri Akhirnya dua minggu lepas dak Kakak berjaya memperoleh nombor telefon sendiri ...
Humas Online Tugas Dan Fungsi Kegiatan Cyber Public Relations

Humas Online Tugas Dan Fungsi Kegiatan Cyber Public Relations

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 233 hits
Humas Online adalah kegiatan kehumasan dengan memanfaatkan media internet Praktisi PR harus terampil mengelola website blog dan media sosial Hubungan Masyarakat atau humas adalah bagian divisi seksi atau unit khusus dalam sebuah organisasi ...
Mca Divisions To Convene Agms State Conventions Online

Mca Divisions To Convene Agms State Conventions Online

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 211 hits
MCA Party secretary general Datuk Chong Sin Woon NSTP SUPIAN AHMAD KUALA LUMPUR MCA will hold its divisions annual general meeting in Nov and its state convention Dec 5 online Party secretary general Datuk Chong Sin Woon said in view of the...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Drama Anggun Mikayla

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Arul Rasheed Feat Shana Abella Gemersik Aidilfitri Chord

Hukum Berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan Dan Cara Bayar Fidyah

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Di Ambang Inflasi Bagaimana Dow Jones Dan S P Bertindak Untuk Sesi Ketiga Berturut Turut



Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo

Biodata Abdul Qawiy Aro Qawiyaro Personaliti TikTok Islamik

10 Fakta Biodata Siti Khadijah Halim Pelakon Drama Berepisod Wanita Syurga TV3 Gandingan Redza Rosli


Ceo Flutter 2023

Hari Ini 3 Lucu Di M Sia K Jaan Gagal Sayur Kisah Cinta

Boikot Kk Mart Bukan Speedmart

Bersahur Dengan Sup Ayam Simple Tapi Sedap

The Ultimate Home Cycling Adventure Beaches Mountains And Music

Potong Ikan Keluar Api