3 Platform Jual Beli Bitcoin Di Malaysia Untuk Pemula


Bagi pemula yang mula berjinak dengan mata wang kripto, mencari platform jual beli yang bersesuaian adalah sesuatu yang memeningkan. Adakah pembelian Bitcoin boleh dibuat menerusi perbankan atas talian? Bagaimana dengan kredibilitinya? Memandangkan saya faham perasaan menjadi seorang pemula, jadi saya kongsikan 3 platform jual beli Bitcoin di Malaysia yang mungkin bersesuaian dengan anda.
Apakah kriteria platform yang disenaraikan? Antara kriteria yang saya tetapkan adalah pertama sekali ianya mestilah mesra pemula (beginner). Kebolehan untuk melakukan jual beli dalam Ringgit Malaysia adalah mesti. Jika anda ingin membuat pengeluaran wang ke akaun tempatan (withdraw) selepas menjual Bitcoin, seharusnya senarai platform ini boleh melakukannya tanpa sebarang masalah.
Kriteria yang kedua pula adalah setiap platform yang saya cadangkan ini mestilah platform yang saya pernah gunakan. Saya tidak mahulah mencadangkan sesuatu yang asing dan tidak pernah digunakan. Jadi apa yang saya kongsikan adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan pemilihan platform ini benar-benar membantu saya dalam urusan jual beli mata wang kripto.
Platform jual beli Bitcoin di Malaysia Jadi berikut saya kongsikan platform terbaik yang saya pernah gunakan untuk berjual beli Bitcoin di Malaysia. Kebanyakannya mudah digunakan dan diuruskan dengan baik oleh pihak penyedia perkhidmatan. Antaranya ialah:
1. Luno Luno, salah satu platform yang cukup popular di malaysia
Tidak perlu diperkenalkan lagi, Luno antara dompet mata wang kripto yang cukup popular di Malaysia dan disenaraikan antara 3 platform tukaran mata wang kripto yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Ditubuhkan sejak 2013, Luno telah menyediakan perkhidmatan kepada hampir 6 juta pengguna di 40 buah negara diserata dunia dengan jumlah transaksi hampir 17 billion USD.
Buat masa ini, Luno hanya menyediakan 3 jenis mata wang kripto yang boleh dijual beli di Malaysia. Antaranya ialah Bitcoin (BTC), Etherium (ETH) dan XRP. Sesuai untuk pemula, pengalaman penggunaan aplikasi ini sangat ringkas dan mudah difahami. Ia juga diintegrasikan dengan FPX yang memudahkan anda untuk membeli mata wang kripto secara perbankan atas talian. Jika anda ingin menjual Bitcoin, wang juga akan dimasukkan terus pada akaun bank yang anda daftarkan.
Bercerita tentang pengalaman, saya mula menggunakan Luno sejak daripada Ogos 2017 lagi. Ketika itu gelombang pertama mata wang kripto mula memuncak di Malaysia dan saya kerap menggunakan Luno untuk jual beli mata kripto sebelum berdagang di platform lain. Maklumlah ketika itu urusan pembelian BTC agak sedikit sukar kerana isu regulasi. Jadi sempat la merasa zaman sebelum, semasa dan selepas Luno diban. Ulasan keseluruhan, saya berpuas hati ketika menggunakan Luno. Mudah dan ringkas.
Daftar akaun Luno: Klik sini
2. Localbitcoins Localbitcoins mampu membantu mencairkan mata wang kripto dengan lebih pantas
Platform kedua yang saya sering gunakan untuk urusan jual beli Bitcoin di Malaysia adalah Localbitcoins. Beroperasi sejak dari tahun 2012, platform yang berpangkalan di Finland ini kian mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia kerana modul operandi mereka yang memudahkan urusan jual beli Bitcoin menggunakan Ringgit Malaysia.
Satu hal yang cukup penting, Localbitcoins bukanlah sebuah platform tukaran mata wang kripto seperti Luno. Sebaliknya Localbitcoins merupakan platform Peer to Peer (P2P) yang membenarkan anda untuk berjual beli dengan pengguna lain. Jadi apabila berurusan dengan manusia ini, risiko untuk ditipu itu tetap ada. Jadi anda sendiri perlu mengambil sikap berjaga-jaga untuk memilih dengan siapa yang anda ingin berurusan. Sila periksa rekod transaksi, reputasi dan juga maklumbalas pengguna lain sebelum menjalankan urusan. Tidak susah pun.
Saya mula menggunakan Localbitcoin sejak dari September 2017 dan buat masa ini saya tidak pernah ditipu oleh sesiapa. Syukurlah kerana Localbitcoins menyediakan fungsi escrow, iaitu mereka akan menjadi orang tengah memegang BTC yang dijual (float) kepada si polan sementara transaksi belum selesai. Ini menjadikan pembeli dan penjual berasa selamat dan mengurangkan risiko penipuan.
Urusan membeli dan menjual Bitcoin juga sangat pantas. Disebabkan oleh sesetengah penjual dan pembeli mengejar rating dan cuba meningkatkan reputasi, jadi mereka cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda. Sebab itu saya sukakan Localbitcoins.
Daftar akaun Localbitcoins: Klik sini
3. Binance P2P Binance P2P punyai integrasi bersama platform perdagangan Binance
Binance asalnya ialah sebuah platform perdagangan mata wang kripto yang cukup terkenal. Pada tahun 2020 sahaja mereka mempunyai traksaksi harian bernilai USD3.88 billion, 184 token dan 591 pasangan dagangan yang menjadikan mereka salah satu kuasa besar yang berpengaruh dalam dunia perdagangan mata wang kripto. Binance P2P pula adalah salah satu produk Binance yang diwujudkan pada penghujung tahun 2018.
Binance P2P berperanan hampir sama seperti Localbitcoins dimana ianya adalah platform komuniti Peer to Peer (P2P) yang menjadi orang tengah aktiviti jual beli mata wang kripto diantara anda dan individu lain. Istimewanya Binance P2P, ianya tidak hanya terhad kepada BTC. Sebaliknya ia juga menyokong 6 jenis mata wang kripto yang lain seperti Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Binance Coin (BNB), Binance USD (BUSD), Dai Coin (DAI) dan Tether (USDT). Anda boleh menjalankan urusan dengan mudah menggunakan Ringgit Malaysia.
Saya mula menggunakan Binance sejak daripada tahun 2018 dan menggunakan Binance P2P pada tahun 2021. Antara perkara yang saya suka dengan Binance P2P ini adalah  ia diintegrasikan bersama platform perdagangan Binance. Jadi selepas membeli mata wang kripto, saya boleh terus berdagang disana tanpa punyai sebarang masalah. Nak tunaikan wang juga mudah. Apa yang saya perlu buat adalah dengan memindahkan semula wang tersebut ke Binance P2P untuk dijual. Tanpa sebarang caj.
Lebih menarik fungsi wajib seperti escrow, kaedah pembayaran yang pelbagai dan transaksi yang pantas turut ada. Malahan lebih baik, mereka mengintegrasikan produk mereka ini dengan ekosistem Binance. Inilah salah satu sebab mengapa saya memilih Binance P2P.
Daftar akaun Binance P2P: Klik sini
Platform mana yang anda perlu pilih? Itu terpulang kepada pemahaman anda tentang dunia kripto. Jika anda rasakan anda terlalu baru, mungkin boleh mulakan dengan Luno. Jika anda sudah mahir, anda boleh mendaftar di ketiga-tiga platform. Saya sudah susun platform diatas mengikut tahap kesukaran penggunaan (sebenarnya tidaklah susah mana). Ikutlah keselesaan anda.
Jika anda tanya pendapat peribadi saya pula (saya bukan penasihat kewangan ye, ini pendapat peribadi), saya suka gunakan Binance P2P. Ini kerana bagi saya Luno terlampau asas dan tidak sesuai dengan penggunaan saya. Localbitcoins pula hanya menyokong BTC (tetapi saya tetap menggunakannya). Disebabkan saya sering berdagang, maka saya lebih gemar menggunakan Binance P2P kerana diintegrasikan dengan ekosistem Binance.
Disebabkan oleh integrasi tersebut, ia memudahkan saya untuk memindah wang ke platform dagangan lain seperti Bittrex, Mercatox dan sebagainya. Kita pun sedia maklum kadar caj transaksi rangkaian pun begitu mahal, jadi tukaran mata wang kripto yang mengenakan caj yang murah sangat penting untuk memaksimumkan keuntungan. Buat apa bayar caj sampai 4-8 dollar sedangkan boleh dapat semurah 1 ringgit. Begitulah ceritanya.
Baca juga: Cara jual Bitcoin di LocalBitcoins, sebuah platform P2P
Baca juga: Ballet Crypto membenarkan anda menyimpan Bitcoin secara offline
Baiklah tutup khalam. Diharapkan artikel ini mampu membantu anda dalam memberikan kefahaman lebih lanjut tentang platform untuk berjual beli Bitcoin. Jika anda punyai sebarang pertanyaan, jangan lupa ajukan diruangan komen. Mana tau anda boleh memberi idea untuk artikel selanjutnya.
The post 3 platform jual beli Bitcoin di Malaysia untuk pemula appeared first on Azmir Shah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://azmirshah.com/platform-jual-beli-bitcoin-di-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Patut Jual Kat Y4hudi Netlzen Kec4m Alff Sykri Minta Pembeli Menabung Dulu Untuk Beli Mi Segera Rm16 90

Terkini Patut Jual Kat Y4hudi Netlzen Kec4m Alff Sykri Minta Pembeli Menabung Dulu Untuk Beli Mi Segera Rm16 90

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 365 hits
Selain terkenal dengan menjual jamu dan supplemen untuk wanita Datuk Seri Aliff Syukri kini nampaknya sudah menjeb4kkan diri dalam perniagaan makanan pula
Ramalan Bitcoin Pada 9 Februari Beli

Ramalan Bitcoin Pada 9 Februari Beli

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 220 hits
1 Analisis jumlah niaga hadapan bitcoin di Chicago Mercantile Exchange 2 Analisis trend jangka panjang 3 Analisis trend jangka sederhana 4 Analisis trend jangka pendek 5 Analisis graf lilin Jepun 6 Kesimpulan 7 Perangkaan 1 Analisis jumlah ...
Hiburan Tuntut Balik Wang Rm160 000 Urusan Jual Beli Tanah Dahulu Abby Abadi Minta Kuasa Tular Netizen Di Media Sosial

Hiburan Tuntut Balik Wang Rm160 000 Urusan Jual Beli Tanah Dahulu Abby Abadi Minta Kuasa Tular Netizen Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 346 hits
Berang dengan urusan jual beli tanah yang tertunda sejak tahun 2016 pelakon Abby Abadi berkata dia sudah tidak mahu mendiamkan diri dan ingin menuntut kembali wang cagaran bernilai hampir RM160 000 Sumber Instagram Abby Abadi Jelas Abby uru...
Buat Investment Yang Menguntungkan Di Malaysia Bersama Platform B4u Global

Buat Investment Yang Menguntungkan Di Malaysia Bersama Platform B4u Global

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 238 hits
Jika anda mahu menjana pendapatan pasif secara harian mingguan atau bulanan jom Paksu perkenalkan buat investment yang menguntungkan di Malaysia bersama B4U Global Syarikat B4U merupakan company investment dari Malaysia mempunyai puluhan bi...
Darurat Muhyiddin Dan Kerajaan Malaysia Fail Permohonan Batal Saman Pemula Khairuddin

Darurat Muhyiddin Dan Kerajaan Malaysia Fail Permohonan Batal Saman Pemula Khairuddin

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 209 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan Malaysia memfailkan permohonan untuk membatalkan saman pemula bekas penyelaras Parlimen Jasin Pakatan Harapan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berhubung isu darurat Muhyiddi...
Ramalan Bchusd Untuk 17 Februari 2021 Jual Beli Keuntungan Bulanan 4 95

Ramalan Bchusd Untuk 17 Februari 2021 Jual Beli Keuntungan Bulanan 4 95

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 218 hits
1 Analisis jumlah BCHUSDT pada pertukaran Binance 2 Analisis trend jangka panjang 3 Analisis trend jangka sederhana 4 Analisis trend jangka pendek 5 Analisis graf lilin Jepun 6 Kesimpulan 7 Perangkaan 1 Analisis jumlah BCHUSDT pada pertukar...
10 Cadangan Solusi Pelaksanaan Dasar Pembangunan Belia Di Malaysia

10 Cadangan Solusi Pelaksanaan Dasar Pembangunan Belia Di Malaysia

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 158 hits
Ir Muhammad Lukman Al Hakim MuhammadHadkan umur maksimum MP ADUN bersara wajib kepada 70 atau 75 tahun 1 MENAMBAH elemen pembangunan spiritual keagamaan yang holistik sebagai tunjang dasar2 Memberikan halatuju dasar yang jelas bagi membangu...
Malaysia S Rate Of Covid 19 Testing Above Global Standard Health Dg

Malaysia S Rate Of Covid 19 Testing Above Global Standard Health Dg

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 220 hits
COVID 19 The Health Ministry today defended the rate of its coronavirus testing saying that it is above par compared to the global standard set by the World Health Organisation Health director general Dr Noor Hisham Abdullah told a press co...
5409 Ahli Politik Wajar Contohi Dap Mca Ppim Malaysia Gazette 16 02 2021

5409 Ahli Politik Wajar Contohi Dap Mca Ppim Malaysia Gazette 16 02 2021

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 303 hits
KUALA LUMPUR Ahli politik Melayu wajar mencontohi DAP dan MCA kerana kedua dua parti itu tidak mencetuskan ketidakharmonian dalam kalangan kaum mereka Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata semua ahli pol...
Merry Christmas And Happy New Year

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Antara Hidup Lama Dengan Hidup Berkualiti Mana Satu Pilihan Anda

Masak Lemak Putih Kentang

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Why Are Some People So Serious All The Time

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan