Beli Air Fryer Kelen Munoz 3 8l
Beli Air Fryer Cantik Warna Merah Kelen Munoz 3.8L . hi there, alhamdulillah, rezeki dapat seketul air fryer. Walaupun mengidam agak lama juga untuk beli air fryer, tetapi memandangkan ianya bukan keperluan sangat, jadi simpan dan pendam dulu keinginan tu.
Tapi, rezeki tak salah alamat. Akhirnya, dapat juga memiliki seketul air fryer. mrs pip pilih Air Fryer Kelen Munoz (Model: KMAF3000, Saiz: 3.8L) pada harga RM149.00
Untuk air fryer kelen munoz model KMAF3000 ini, ianya didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan merah. Dan mrs pip pilih warna merah kerana nampak stunning sangat .
Specification 3.8L Air Fryer Kelen Munoz KMAF3000Sebelum itu, jom tengok specification Air Fryer Kelen Munoz KMAF3000 :-
Products Function & Features:
• Power: 200V ~ 220V,
• 50/60Hz, 1000W power
• Health Conscious – Rapid Air Technology for Healthier Frying. 40% faster!
• 3.8 liter capacity (Pan Size) • Removable non-stick coated cooking basket
• 30-minute timer with automatic shut-off
• Versatile – Fry, Grill, Roast & Even Bake
• Unique Design for Delicious and Low-Oil Cooking Results
• Double Layer Accessory for More Versatile Recipes
• Large Cooking Capacity for All Your Favorites Recipes
Actual Usage Capacity = 3L
Remark: This Air Fryer could accommodate Cake Barrel Size = 7 InchVersatile – Fry, Grill, Roast & Even Bake • Health Conscious – Rapid Air Technology for Healthier FryingUnique Design for Delicious and Low-Oil Cooking ResultsDouble Layer Accessory for More Versatile RecipesLarge Cooking Capacity for All Your Favourite RecipesHigh-Power Performance for Fast Cooking Result
Beli Air Fryer Kelen Munoz Online Shopping di PGMall.MyAir Fryer ni mrs pip beli di laman web PGMall. Sebenarnya untuk Kelen Munoz, ada laman web sendiri
Barangan elektrik Kelen Munoz juga boleh dibeli di platform e-commerce yang lain seperti Lazada dan PGMall
Dan mrs pip ada buat perbandingan harga untuk air fryer yang sama jenis dan model ni , so far seller di PGMall tu bagi harga sedikit rendah berbanding di laman web yang lain
So, why not grab ketika harga lebih affordable dan reasonable kan
Apa itu Air Fryer?Kalau ada yang belum begitu familiar mengenai air fryer, suka mrs pip jelaskan sedikit mengenai air produk ini
Air fryer seperti oven lah juga. Air fryer mengedarkan udara panas berkecepatan tinggi sekitar makanan
Kipas mekanikal di dalam air fryer menghasilkan udara panas tersebut.
Kerana suhu panas pada air fryer, maka kandungan air pada makanan di dalam air fryer akan menguap sehingga menjadikan masakan mempunyai tekstur renyah pada gorengan atau masakan anda
Jenis Masakan Yang Boleh Digunakan Air fryer ni agak versatile lah juga
Banyak juga jenis masakan boleh dimasak menggunakan air fryer seperti daging, frozen food, seafood, tauhu, tempe, kentang, keropok, dan selain itu air fryer pun boleh untuk bakar roti, panggang steak, bakar kek dan juga biskut
Wah, seronok dapat tahu boleh masak macam-macam di dalam air fryer ni kan
Kelebihan Menggunakan Air FryerMasakan lebih sihat kerana tidak menggunakan jumlah minyak masakan yang banyak.Hasil gorengan lebih rangup sebab kandungan air dalam makanan akan menguap sempurna ketika dimasak.Rasa kekal sama. Contohnya kalau kita goreng ayam di atas minyak, makan ayam yang di masak di dalam air fryer dikatakan boleh menyerupai ayam seperti yang digoreng tadi.Dikatakan masak guna air fryer ni , masakan akan yang lebih selamat tanpa guna minyak masak yang banyak. Rasanya juga kekal sama.Air fryer boleh guna untuk panggang dan bakar.Masak guna air fryer sangat praktikal buat mereka yang kejar masa dan tengah on diet.Kekurangan Menggunakan Air FryerAda beberapa kekurangan untuk seketul air fryer yang mrs pip ingin kongsikan:-
Mahal - tidak dinafikan air fryer agak pricey juga untuk dibeli.Tidak memasak semua jenis masakan - seperti adunan cair, tidak sesuai untuk masak di dalam air fryerSaiz yang kecil - kalau untuk keluarga besar, agak tidak sesuai untuk bergantung masak guna air fryer.
Pengalaman Masak Guna Air Fryer Kelen MunozWell, dah beli air fryer tu haruslah mencuba kan.
Kebetulan cuma ada fries di dalam peti sejuk, jadi mrs pip terus letak dalam basket air fryer tu untuk di masak pada ketetapan suhu 180 darjah, dan di masak sekitar 25minit
Time memasak ni, memang kena juga kacau-kacau fries tu sesekali untuk pastikan semua bahagian dimasak dengan elok
Nak cakap rangup tu, tak da lah rangup sangat seperti fries yang digoreng guna minyak masak
Tapi in terms of kesihatan, since masak tak guna minyak, jadi bolehlah kurangkan masakan berlemak dan berminyak.
Nak masak pun mudah sangat. Hanya perlu masukkan masakan ke dalam basket dan set suhu serta masa.
Jadi selama menunggu masakan siap, bolehlah siap kan benda lain pula
Untuk setiap pembelian air fryer kelen munoz, ada disertakan buku resipi. Daebak.
Nanti nak try tengok resepi resepi yang tersedia dalam buku resipi tu, nanti bolehlah main masak-masak di dapur bersama mr.Husband. ekeke
thanks for reading
cheers
Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mrspip.com/2020/11/beli-air-fryer-kelen-munoz-38l.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/eyYzxh+(MrsPipDotCom)